Thursday, April 2, 2009

ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA

DOANYA UNTUK NEGARA DAN RAKYAT

RAKYAT YANG BERHATI IKHLAS SAHA DAN

TAHU BERSYUKUR KEPADA ALLAH

SAHAJALAH YANG MENGENANG

JASA DAN BUDI BELIAU

DENGAN HATI YANG

IKHLAS

Sesungguhnya, usaha untuk merealisasiakan aspirasi menajdi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan kati diri dan sentiasa memperkayakan diri dngan ilmu pengetahuan.

Semoga (kita) akan atercapai hasrat membina negara yang lebih makmur – maju – lebih progresif – lebih dinamik; negara yang berupaya menyediakan kualiti hidup lebih baik kepada warga.

Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di persada dunia.

Semoga segala keikhlasan dan kegigihan kita mendapat keberkatan dari Allah.

Ya Allah, Engkaulah juga yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui atas segalanya, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang nyata dengan yang gaib.

Lindungilah kami daripada bencana dan malapetaka - daripada kekacauan dan persengketaan.

Makbulkanlah doa dan usaha kami; pandulah kami dengan hidayah dari – Mu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang Engkau redai.

Bekalkan kami dengan barisan warga yang berniat ikhlas, bersifat amanah, berpekerti mulia dan bersifat jujur, bertanggungjawab membina sebuah negara yang maju – membina barisan wargayang bersatu – senantiasa memohon keredaan – Mu.

Amin.”

(Dari buku, Abdullah Badawi Penjana Modal Insan, oleh: Mokhtar Petah - 2006)
























































No comments: