Wednesday, April 1, 2009

ARTIKEL DALAM KOMPUTER VIRUS

SAMBUT NAJIB DENGAN HATI TULUS

MELEPAS PAK LAH DENGAN AIR MATA

Oleh: Mokhtar Petah


Sekarang Abdullah Badawi bersama Najib Tun Razak, para menteri kabinet dan semua ahli UMNO mempunyai tujuan yang sama untuk menguatkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional bagi menjamin negara maju dan rakyat makmur dan harmoni..
Pada masa lalu
, iaitu sebelum Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak memimpin negara ini, banyak sungutan di kalangan orang ramai mengenai kerajaan telah membelanjakan wang negara kepada projek-projek yang tidak memberi faedah kepada rakyat umum. Di samping itu ada juga suara mengenai sesuatu projek itu memakan kos yang lebih dari kos yang sebenar.
Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak nampaknya telah dan sedang mengatasi perkara itu.

Mereka telah menjaga dengan cermat agar perpecahan di kalangan ahli-ahli UMNO seperti pada masa lalu tidak akan berulang lagi. Perpecahan dalam politik Melayu itu tidak akan mengakibatkan orang Melayu menghadapi masa depan yang kabur.
Pusaka Bangsa
Satu pengajaran ke atas para pemimpin dan ahli
UMNO pada masa lalu, iaitu kerana krisis yang timbul dalam parti politik Melayu sehingga sampai ke mahkamah seperti yang telah berlaku pada 4 Februari 1988.
Nasib malang yang menimpa
UMNO yang menjadi pusaka bangsa Melayu itu disebabkan tindakan ‘Kumpulan 11’ dan kelemahan Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Sanusi Junid. UMNO yang ada sekarang adalah sebuah organisasi yang baru. Bukan UMNO pusaka bangsa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1946. UMNO tersebut telah berkubur atas keputusan mahkamah.
Dalam keadaan yang tidak menyenangkan akibat daripada kritikan Dr. Mahathir Mohamad,
UMNO bahagian Kuala Kerai, Kelantan telah mengambil keputusan menyokong dan berdiri di belakang Abdullah Badawi. Mereka berpendapat keadaan itu boleh mengakibatkan UMNO negeri itu berada dalam keadaan lemah.
Keadaan Khuatir
Sebenarnya bukan UMNO bahagia Kuala Kerai berkeadaan demikian, bahkan semua bahagian UMNO di seluruh Malaysia dalam keadaan khuatir akan kemungkinan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Elok benar setiap ahli
UMNO meneliti kembali akan catatan mengenai pengharaman ke atas UMNO 1946 oleh Hakim Harun Hashim pada 4 Feberuari 1988. Berikut ini adalah ringkasan dari catatan tersebut:

Kumpulan 11 tidak dapat menarik kembali tuntutan yang telah dibuat di mahkamah, walaupun pelbagai pihak mendesak supaya mereka menarik bali sama tersebut. Dikatakan Team A tidak mahu memenuhi permintaan mereka supaya perhimpunan agung UMNO diadakan sekali lagi, memandangkan terdapatnya perwakilan yang tidak sah hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung yang lepas.
Tidak dapat dipastikan mengapa pihak Dr. Mahathir tidak mahu mengadakan perhimpunan
UMNO sekali lagi, apa yang diminta oleh Kumpulan 11 adalah logik dan rasional. Soal menang atau kalah dalam pertandingan, bukan soal pokok.
Team A mendapat Team B (Kumpulan 11) menuntut supaya Dr. Mahathir Mohamad meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, barulah mereka menarik balik sama itu, selain berbagai syarat lagi yang diminta oleh Kumpulan 11. Apa yang disebut terdahulu daripada ini, pihak Kumpulan 11 menafikan tuduhan itu dan jika diteliti kenyataan di mahkamah yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (plaintif dan defendan), tiada sebarang syarat pun seperti yang dinyatakan. Malah tidak ada surat hitam putih yang menyatakan adanya syarat itu dari Kumpulan 11. Bagaimanapun, menurut hemat penulis, alasan sebenar yang menyebabkan Dr. Mahathir tidak mahu mengadakan perhimpunan agung sekali lagi ialah: Pertama, keadaan ini akan menegangkan lagi suasana serta membuang masa dan wang. Kedua, jika berlaku pertandingan sekali lagi, dikatakan beliau pasti akan kalah. Oleh itu, beliau sanggup menghadapi apa juga kemungkinan, namun untuk mengadakan perhimpunan sekali lagi adalah tidak mungkin. Ada juga pemerhati politik berpendapat, jika beliau tidak mahu mengadakan pemilihan dan seterusnya menghadapi kekalahan, beliau boleh meletakkan jawatan. Dengan itu kes sama dan perpecahan dalam
UMNO boleh selesai. Tetapi Dr. Mahathir tidak mahu memilih cara ini kerana beliau berpendapat cara ini tidak boleh menyelesaikan masalah, dan memburukkan lagi keadaan.
Beliau yakin mahkamah merupakan cara penyelesaian yang paling baik. Jika penyelesaian dilakukan dengan cara mengadakan perhimpunan sekali lagi, beliau meramalkan keputusannya pasti memihak kepada team B (andaian penulis).
Bertitik bertolak dari faktor di atas, maka bermula satu babak baru dalam UMNO, iaitu membawa masalah ini ke mahkamah. Faktor mengapa Kumpulan11 menyaman Sanusi Junid merupakan perkara yang menarik untuk dibincangkan.
Setelah rayuan demi rayuan dibuat oleh pihak tertentu dalam setiap cawangan yang terlibat dengan perkara cawangan tidak berdaftar dan tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan
UMNO, maka Kumpulan 11 pun mengambil tindakan mahkamah. Di bawah ini diperturunkan secara ringkas antipati faktor pencepat mengapa mereka menyaman Sanusi Junid.

1. Ingin melihat persaingan yang sihat.

Ingin melihat parti mengamalkan sikap mesyuarat dan keadilan kepada semua pihak. Tindakan ini tidak bererti menentang musuh,tetapi bersaing sesama ahli dalam parti.
Berlakunya penyelewengan dalam cawangan iaitu 30 cawangan yang tidak berdaftar menghantar wakil mereka ke mesyuarat bahagian dan turut mengundi. Perkara ini merupakan satu kesalahan kerana mereka hanya boleh menjadi pemerhati sahaja.
70 orang perwakilan dalam perhimpunan agung UMNO dianggap tidak sah keahliannya.
Sesetengah wakil pemuda dan wanita
UMNO juga tidak sah keahliannya kerana dasar yang sama.
Dr. Mahathir menang dengan kelebihan 43 undi dan wakil bahagian yang tidak sah lebih daripada 70 orang.
Rayuan dan bantahan dari cawangan atau bahagian pro Team A tidak dilayan oleh Setiausaha Agung UMNO.
Bagaimana
UMNO Menjadi Tidak Sah?
Setelah perlihatkan bahawa dalam penghakiman Harun Hashim, jelas membuktikan perhimpunan agung
UMNO 24 April 1987 itu tidak sah. Seperti yang diketahui bahawa peguam Kumpulan 11 ialah Raja Aziz Addruse dan Shafee Abdullah. (Peguam utama mewakili UMNO dan Sanusi Junid ialah Sri Ram berketurunan India. Menurut Sanusi Junid, Sri Ram dipilih kerana peguam Melayu tidak boleh dipercayai. Terdapat sesetengah orang yang gemar memutarbelitkan kenyataan,membenarkan perkara yang tidak benar membetulkan perkara yang salah. Dalam perbicaraan itu, Kumpulan 112 telah mengemukakan banyak bahan bukti yang berupa surat antara Kumpulan 11 dengan Sanusi Junid, seperti surat daripada setiausaha bahagian kepada Setiausaha Agung dan nama cawangan, ahli yang terlibat dan sebagainya.
Sebelum Hakim Harun Hashim menjalankan penghakimannya pada Februari 1988, Kumpulan 11 telah meminta peguam mereka supaya jangan menyimpang daripada tujuan asal mereka iaitu meminta mahkamah mengisytiharkan perhimpunan agung
UMNO 24 April 1987 iaitu sebagai tidak sah, oleh sebab terdapat wakil dari 30 cawangan UMNO yang tidak sah mengambil bahagian dalam mesyuarat bahagian. Kumpulan 11 tidak meminta atau mendesak supaya mahkamah mengharamkan UMNO seperti yang didakwa oleh Dr. Mahathir dan Team A.
Peguam Kumpulan 11 patuh dengan kehendak mereka itu. Raja Aziz Addruse merayu kepada hakim agar jangan merujuk kes ini kepada seksyen 12(3) dalam Akta Pertubuhan 1966 yang berbunyi:

Jika sesuatu pertubuhan berdaftar menubuhkan sesuatu cawangan dengan tiada terlebih dahulu mendapat kebenaran pendaftar, maka pertubuhan berdaftar itu dan cawangan yang disifatkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang’.
Penghakiman Lisan (terjemahan).
Penghakiman lisan diberikan oleh Yang Arif Hakim Dato’ Harun Hashim pada 4 Februari 1988.
Perkara ini ialah tuntutan yang dibuat oleh pihak yang menuntut iaitu ahli UMNO yang berbangkit daripada pemilihan semasa perhimpunan agung yang berlangsung pada 24 April 1987. Aduan utama ialah mereka tidak begitu gembira dengan cara mesyuarat itu dijalankan sehingga pada peringkat perhimpunan agung atas alasan terdapat 30 cawangan yang tidak diluluskan, yang menghadiri mesyuarat peringkat bahagian da n menghantar (perwakilan) ke perhimpunan agung itu. Aduan lain ialah gadis di bawah umur, mereka yang bukan ahli, pemuda yang lebih umur dan terdapat juga beberapa aduan lain. Di Nibung Tebal, terdapat 22 cawangan yang dihalang daripada memilih perwakilan.
Pernyataan tuntutan ini diteruskan atas tegasan pertama bahawa terdapat kontra berasaskan duluan yang mengikat saya. Perlembagaan
UMNO membentuk satu kontrak antara ahli-ahlinya dan peraturan ialah kontrak antara pihak yang menuntut dengan ahli UMNO yang lain.
Tuntutan ini menyatakan bahawa mengikut seksyen 12, Akta Pertubuhan,
UMNO tidak boleh menubuhkan cawangan tanpa kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan cawangan ini dianggap tidak sah. Aduan dibuat terhadap 30 cawangan yang tidak diluluskan ini dan semuanya ialah cawangan yang haram.
Terdapat duluan yang cukup mengatakan bahawa apabila rujukan dibuat terhadap status ini tentang ketidaksahan, maka mahkamah tidak boleh mengetepikannya. Terdapat juga duluan yang menetapkan bahawa apabila mahkamah menyedari sebarang ketidaksahan atau perlanggaran mana-mana status, mahkamah tidak boleh mengetepikan pelanggan undang-undang itu.
Dalam warta Kerajaan Persekutuan bilangan No.1209 bertarikh 1.5.88 telah diwartakan bahawa
UMNO bilangan PPM 457/49 telah dibatalkan pertubuhannya yang berkuat kuasa pada 12.2.88 (PPM Am Pen.1.11.Jld.7-(12A).
Dengan warta kerajaan itu, rasmilah bahawa
UMNO telah tidak wujud lagi mulai 12 Februari 1988. Tamat riwayat pertubuhan itu yang bergerak dari 11 Mei 1946 hingga 12 Februari 1988 iaitu genap usianya 42 tahun 7 bulan.1
Agama Islam
Cabaran yang wujud hari ini menjadi sedikit gugatan kepada kekuatan UMNO sebagai sebuah parti politik bangsa Melayu dan memperjuangkan hak ketuanan negara, kedaulatan bangsa dan keagungan agama Islam. Maka, semua ahli UMNO mestilah berhati jujur memberi sokongan kepada dua pemimpin kini untuk mempertahankan parti itu dari berlaku sesuatu yang tidak di ingini.
Dr. Mahathir Mohamad telah memimpin negara dan rakyat Malaysia selama 22 tahun. Kini beliau telah berada di luar kerajaan dan bertaraf rakyat biasa. Sebagai bekas pemimpin yang popular, kita menghormati beliau sebagai seorang bapa atau datuk kita dalam rumah tangga kita.
Manusia dengan keluarga dan masyarakatnya; dalam sesebuah keluarga terdapat seorang tua bergelar bapa atau datuk. Pada masa mudanya dia seorang yang cergas, dedikasi dan bijaksana, tetapi bila pada masa usianya yang telah lanjut, keadaannya telah berbeza.
Biasanya orang tua demikian, walaupun dia banyak berleter dan semua tak kena, tetapi anak cucunya tetap menyanyinya dan menghormatinya dengan ikhlas. Dalam masyarakat orang Melayu, orang tua yang demikian disifatkan sebagai ‘Quran buruk’.

Gerak Laku
Pada masa ini yang menjadi pengganti datuk atau bapa kita yang telah tua dalam keluarga ialah Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Merekalah menjadi pemimpin keluarga kita. Fikiran, kata-kata dan gerak laku mereka perlu kita ikuti.
Selagi pemimpin-pemimpin kita itu tidak membawa kita ke arah luar batas Quran dan Sunah, sebagai umat Islam kita kena ikut mereka dengan jujur dan rela.
Taat kepada Allah dan taat kepda Rasul-Nya, dan kepada pemimpin kamu semua.
2
Hendaklah kamu sekalian mendngar dan mematuhi perintah, biarpun yang diangakat untuk memimpin kamu sekalian seorang hamba sahaya bangsa Habsyi yang rambutnya seperti anggur kering sekalian seorang hamba sahaya bangsa Habsyi yang rmbutnya seperti anggur kering.3
Maksud ayat Quran dan Hadis di atas ini, ialah Allah dan Rasul-Nya tidak memaksa para pengikut seseorang pemimpin itu taat secara membuta tuli. Selagi pemimpin itu berpegang teguh pada agama Islam, maka para pengikutnya mesti mentaatinya, walaupun pemimpin itu bukan dari golongan rakyat yang dipimpin atau seorang yang dipandang paling rendah dalam sesuatu kelumpuk manusia.
Demikian
guided democracy - demokrasi terpimpin dari Allah dan Rasul-Nya. Allah dan Rasul-Nya memandang tinggi lagi mulia, hanyalah hamba-Nya, dan umat Rasul yang terakhir yang beriman dan takwa kepada Allah yang memiliki 99 asmaul husna – nama-nama yang baik.
Pada hari Juma ini, maka berakhirlah Abdullah Ahmad Badawi berdiri sebagai pemipin kita. Tidak lagi bergannding bahu dengan Najib Tun Razak. Beliau menjadi rakyat biasa dan Najib mengganti tempatnya memikul amanah Allah, negara dan rakyat sebagai Perdana Menteri negara kita.

Abdullah ahmad badawi telah menabur bakti kepada negara dan kita semua, sukar kita menilainya; hanya Allah Maha Mengetahui betapa kita sedih melepskan beliau pergi, tetpai apa hendak di katakan kehendak Allah atasa beliua dan kehendak berbuat begitu. Mengakhiri tulisan ini,dalam sedu sedih, saya mencatat dengan tinta air mata akan pantu pusaka bangsa kita:

Pulau Pandan jauh ke tengah,

gunung daik bercabang riga,

hancur badan dikandung tanah,

budi (Pak Lah) yang baik dikenang juga.


1 Ahmad Atory Hussain, Domensi Politik Melayu 1980-1990, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

dan Pustaka,1993, hln.127 – 136.

2 An Nisa:59.

3 Hadis, Rawi: Imam Bukhari.

No comments: