Sunday, April 5, 2009

PM DEKATI RAKYAT


LIHAT SAMPAH BAWAH PERMAIDANI


Oleh: Mokhtar Petah


Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak ke pasar rakyat, Jalan Seri petaling, kawasan gelisah Brickfields dan brmasalah, di Bukit Kerinci, dalam Bandaraya Kuala Lumpur mengingatkan saya kepada Presiden Indonesia, Ir. Soekarno (1901n – 70), pada masa beliau berkuasa, sering melawat kekawasan rakyat secara mengejut.

Saya lakukan lawatan tidak rasmi dan dan lawatan mengejut ..., saya tak mahau prmaidani merah, tak mahu bungan manggar,” katanya jepada para wartawan.

Lawatan saya adakah untuk berjumpa rakyat biasa untuk mengetahui masalah mereka,” katanya kagi.

Najib macam bapanya. Bukan tidak percaya kepada para menteri dan pegawainya, tetapi mahu melihat sendiri; apakah di bawah permaidani ada sampah yang baru disapu orang ke bawahnya.

Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah satu-satunya pemimpin negara ini yang telah melakukan lawatan diluar protokol, iaitu lawatan mengejut ke kawasan rakyat yang kebanyakannya golongan marhein.

Pada tahun 1970-an, pada satu malam,Tun Abdul Razak pernah melawat secara mengjut ke pasar lambak Lam low Kim, dalam Pekan Lama Ipoh dan besoknya melawat ke kawasan rakyat, di
Tupai dalam bandar Taiping.

Pada esoknya, saya telah membaca sehelai risalah memuji Tun Razak sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan mengambil berat akan nasib rakyat miskin. Risalah itu (entah benar atau tidak) ditulis oleh ketua 'kongsi gelap' di Kuala Lumpur, iaitu Botak Cin.

Elok saya nyatakan, Botak Cin, di Kuala Lumpur dan Raja Laut dalam kewasan laut Pulau Pangkor hingga ke Krian dan Seberang Perai, adalah terkenal melakukan jenayah – samun dan sebagainya- , tetapi mereka seperti cerita Robin Hood; An English outlaw, probably legendary,who figures in a series of ballads from the 14th century .According to the Lytell Geste of Robin Hood (c 1495) he killed the evil Sheriff of Nottingham, was visited in his forest home by the king, and was subsequntly employed in the royal house hold. His Mistress Maid Marian and his association with Sherwood were later additions ti the story. (The Macmillan Encyclopedia 1981) menyamun orang - orang kaya untuk membantu mereka yang fakir miskin.

Tindakan melawat secara mengejut oleh Perdana Menteri memanglah disanjung oleh rakyat miskin, tetapi boleh menimbulkan di kalkangan polis dan yang bertanggungjawab dengan keselamatan.

Saya yakin tidakan Najib itu, jika diteruskan di mana – mana dan sepanjang tahun – tahun beliau berkiuasa, akan menghapuska nke pura – puran para wakil rakyat dsan pegawai kerajaan yang ' menyapu sampah ke bawah permaidani pada ketika PM melawat ke sesuatu kawasan.

Perbuatan menyampu sampah ke bawa permaidani sering dilkakukan oleh Menteri Besar, Keqtua Menteri, menteri dan wakil – wakil rakyat sertapegawai – pegawai kerajaan yang bermuka- muka dengan Perdana Menteri.

Apabila Pertdana Menteri melawat ke satu satu kawasan, rakyat miskin dan brmasakah tudak berpeluang menemjui Perdana Menteri, tetapi yang mngelilingi beliau adalah para menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Apabila Perdana Menteri mengajukan pertanya kepada mereka tentang masaklah rakyat di tempat tersebut, jawapan mereka, “ OK, baik, bagus ..., tak ada masalah YAB.”

Setelah Perdana Menteri meninggalkan kawasan itu, sampah baah permaidani bersepah semula dan masaalah orang ramai masih kusut atau tidak selesai juga.

Langkah najib membuatg lawatan mengejut, jika di teruskan, beliau akan memperolehi banyak maklumat tentang rakyat miskin dan akan dapat membantu mereka dalam rancangan pembaharuan yang beliau rancangkan.

Bukan saya sahaja yang berharap, mungkin ramai orang lain berharap sama, iaitu hendaknya pada masa – masa akan datang Najib akan membuat lawatan mengejut ke beberapa kawasan orang miskin dan ketinggal di seluruh negara.

(Tamat)









No comments: