Friday, April 3, 2009

TERUKIR DALAM INGATAN


DATANG DAN PERGINYA DENGAN REDHA ALLAH

Pada hari ini, dalam keluhan dan sedih rakyat, pemimpin kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meluruhkan kuasa di tangannya kepada rakan seperjuangannya, Dato seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri baru bagi negara kita. Abdullah telah berkata, bahawa sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah membebaskan orang ramai mengkritik dan menegurnya. Beliua mendengar nasihat dan teguran mereka.


Beliau tidak mahu hanya kerajaan dan pemimpin boleh berfikir dan orang laian tidak boleh. Itu bukan cara beliau. Beliau sanggup menerima kritik, teguran dan kecaman, “ ...tapi orang lain tak sanggup,”katanya. Berikut ini kami menyiarkan sedutan beberapa ucapan beliau sebagai tanda betapa kami menyanjung kepimpinan beliau dan rasa sedih di atas pemergian beliau.


Kami menyambut baik akan pemimpin baru, Perdana Menteri ke enam, Dato' Seri Najib Tun Razak; mudah – mudahan beliau berjaya memimpin negara dan rakyat serta mendapat keredaan Allah. (Editor, Petah Sharir Aidid)

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi raises the flag ...

Abdullah Badawi (Gambar Associated Press)

Kita merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yang telah pernah memimpin UMNO dan kini telah memilih mengundurkan diri dari barisan kepimpinan. Walaupun begitu, mereka kekal aktif dan cekal bersama menyokong usaha kita. Perkhidmatan , jasa bakti dan pengorbanan mereka amatlah berharga, kekal terukir dalam ingatan – kekal terpahat dalam kenangan. Kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka dan keluarga terutamanya kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO kelima yang hadir bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di majlis ini. Dalam usia 58 tahun UMNO, Tun Dr. Mahathir mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO yang paling lama, memimpin UMNO selama lebih 22 tahun.

Dalam tempoh masa beliau memimpin UMNO dan memimpin kerajaan, beliau telah membawa perubahan besar kepada pembangunan kuasa negara dan bangsa. Keputusan beliau mengundur diri ketika gagah berada di puncak adalah tanda bukti sifat ikhlas seorang negarawan yang tidak tamak kuasa.

Kita juga amat menghargai kehadiran-kehadiran bekas-bekas pemimpin UMNO di pelbagai peringkat. Kehadiran setiap seorang dari mereka adalah tanda bukti hubungan kasih – ikatan setia mereka kepada UMNO. Mereka bukan saja pernah menjadi pemimpin yang dapat dijadikan teladan, malah adalah contoh ahli UMNO yang benar-benar menghayati semangat Bersatu! Bersetia! Berkhidmat!

Pilihan Raya Umum ke-11 telah berlangsung pada 21 Mac 2004. UMNO mencapai kejayaan gemilang. 109 dari 117 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada UMNO telah kita menangi. Calon-calon UMNO di peringkat Dewan Undangan Negeri telah memenangi 303 dari 338 kerusi yang kita tandingi. Bersama parti-parti komponen, Barisan Nasional telah memenangi 199 dari 219 kerusi Parlimen dan 452 dari 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. Barisan Nasional sekali lagi berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan menguasai 12 kerajaan negeri. Kerajaan Terengganu kembali kepada Barisan Nasional menguasai 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu kemenangan besar. Di Kelantan, kita menjadi anggota pembangkang yang kuat, menguasai 21 dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri. Bagi kawasan Parlimen, Barisan Nasional memenangi 9 dari 14 kerusi. Barisan Nasional di Kelantan, adalah satu tenaga politik yang dinamik dan penuh potensi. Barisan Nasional di Kelantan tidak lagi melukut di tepi gantang.

Catatan:

Pada malam pilihanraya, Abdullan Badawi telah bercakap dalam satu wawancara dengan para wartawan dari TV3, di Bangunan UMNO bahagian Kelapa Batas.Saya berada di sana bersama beribu-ribu orang di pejabat UMNO tersebut.

Sebaik-baik Abdullah Badawi selesai bercakap, beliau masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan mukanya dari bahan-bahan make-up. Saya menemuinya dalam bilik ditingkat atas Bangunan UMNO itu.

Insya Allah, ante akan berjaya. UMNO akan menang besar,”saya kata kepda beliau.

Insya Allah,”sahut Dr Abdullah.

Pada waktu itu saya dengan segala rendah hati bersyukur kepada Allah,bahawa dengan kudrat dan iradat-Nya – Beberapa tahu lalu,Dr Abdullah Badawi pernah dijatuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kedudukannya sebagai Ketua UMNO Pulau Pinang. Anwar Ibrahim telah menduduki tempat beliau.

Pada malam itu Dr Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim masih dalam penjara Sungai Buluh.Entah mengapa pada waktu saya berjalan beriringan dengan Dr Abdullah Badawi menuruni tangga Bangunan UMNO itu, saya yakin Perdana Menteri itu lebih suka musuh politiknya dibebaskan daripada meringkuk dalam penjara.Lalu saya menelan bacaan ayat al Quran yang bermaksud, “Hai Daud, sesunguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi. Sebab itu hukumlah perkata di antara manusia dengan kebenaran dan ajanganlah kamu menurut kemauan (nafsu),nanti kamu akan disesatkan dari jalan Allah…”1

Sebelum malam itu saya telah menaruh keyakinan,bahawa Dr Abdullah Badawi dan partinya akan mendapat kemenangan besar kerana beberapa sebab di bawah ini:

* Dr Abdullah Badawi berwatak, ilmu, iman dan taqwa,

akhlak mulia,lemah lembud dan dalam apa keadaan beliau

sentisa senyum atau ada cahaya hatinya yang ikhlas.

* Beliau seorang yang berpengetahuan Islam dan

arah tuju politiknya Islam. Ramai para pendidik

Melayu yang dulunya menyebelahi PAS kerana

kerana Islam, tetapi perjuangan Abdullah Badawi

juga berdasarkan Islam,maka mereka memehak

kepada beliau.

* Orang-orang beragama lain telah Menaruh

keyakinan,bahawa Islam boleh menjadikan mereka

hidup aman dan bersatu padu, kerana Islam tidak

mengajar manusia bermusuhan.

Pada waktu hampir tengah malam Abdullah Badawi dan saya turun dari Bangunan UMNO itu. Di bawah tiga orang UMNO dari Kota Kinabalu,Sabah sedang menunggu beliau. Mereka itu telah datang dari Kota Kibabalu dan menemui saya di sebuah hotel di Pulau Pinang. Saya telah membawa mereka ke Kepala Batas,kerana hajat merdeka untuk bertemu muka dengan pemimpin negara itu.-mokhtar petah)

Dalam pilihan raya kecil yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada 28 Ogos 2004, Barisan Nasional bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi tersebut, tetapi mereka doakan kejayaan lebih besar dengan meningkatkan majority undi dari majoriti 1,695 yang diperoleh ketika pilihan raya umum kepada majority 2,059. Bagi Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan juga, Barisan Nasional turut berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Saya berterima kasih kepada ahli parti yang tekun berusaha – kuat bekerja, dengan penuh disiplin – penuh komitmen , menyusun jentera secara teratur – mengatur program secara tersusun, memungkinkan parti mencipta kejayaan – mencipta kegemilangan. Saya berterima kasih kepada parti komponen Barisan Nasional yang sama-sama bekerja kuat, dengan kesefahaman erat, mendukung satu manifestasi perjuangan untuk membangunkan Malaysiayang lebih sejahtera; Malaysia yang lebih bersatu; Malaysia yang lebih maju. UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional kekal senada dalam bersuara – serentak bertindak dalam bergerak. Saya lebih berterima kasih kepada sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang memperlihatkan kematangan berpolitik. Rakyat Malaysia yang objektif membuat penilaian – rasional membuat pilihan. Rakyat Malaysia yang sama-sama menghayati semangat ‘Bekerja Bersama Saya’; lalu memberikan kepercayaan kepada kita untuk membawa Malaysia mencapai tahap cemerlang, gemilang, terbilang.

Keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa pendekatan progresif dan amalan sederhana berjaya mengalahkan ideologi konservatif dan amalan ekstrimisme.

Yakinlah! Cahaya kebenaran, tidak mungkin terlindung selama-lamanya oleh kabus kepalsuan.

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang telah lenyap. (Al-Israa’:81)

ISLAM HADHARI

Kejayaan UMNO adalah kejayaan perjuangan yang mengamalkan kesederhanaan – perjuangan yang mengutamakan kemajuan. Perjuangan yang insaf dan sedar bahawa umat Islam perlu menjadi umat yang maju. Untuk maju, umat Islam perlu mencipta kejayaan di dunia di samping membekalkan diri untuk menghadapi alam akhirat. UMNO kini membuktikan kepada dunia akan contoh pendekatan pendekatan Islam secara progresif. Untuk itu, UMNO harus meningkatkan penghayatan akan konsep pembangunan yang kita bawa melalui Islam Hadhari2.

Islam adalah sebaik-baik ajaran dan panduan dari Allah s.w.t untuk manusia sejagat. Sebagai hamba Allah, manusia wajib menzahirkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Mencipta, bermuhasabah dan bersedia merenung kelemahan diri. Sebagai hamba Allah yang sentiasa bertahmid dan bertasbih kepada Penciptanya, manusia bertanggungjawab meletakkan Islam di mercu kemuliaan. Sebagai rakyat kepada sebuah negara, manusia wajar berterima kasih kepada negara dan berterima kasih kepada kepimpinan negara – kepimpinan yang berjaya menguruskan sebuah negara yang aman lagi makmur dengan adil dan beramanah. Sebuah negara yang dapat menyediakan kemudahan dan memperlengkapkan persekitaran untuk memudahkan manusia mencipta kejayaan demi kejayaan, serta hidup dalam permuafakatan dan kesejahteraan.

Sejak ditubuhkan, dari perjuangan menentang penubuhan Malayan Union, disusuli dengan perjuangan mencapai kemerdekaan, mengisi kemerdekaan, memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, dan pelbagai perkara lain yang diperjuangankan, UMNO memilih pendekatan yang tidak mengamalkan kekerasan. Di sebaliknya, kekuatan UMNO terbukti dilandaskan kepada pendekatan perjuangan penuh berhikmah (bil hikmah). Perjuangan yang berasaskan tamadun bangsa yang mementingkan kebijaksanaan akal dan pemikiran rasional. Perjuangan berpandukan budi pekerti tinggi dan jiwa yang tenang.

Pendekatan sedemikian akan terus diamalkan dan dijadikan budaya UMNO, selaras dengan seruan yang terkandung di dalam Al-Quran:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (An-Nahl:125)

Dan tidaklah sama (kesan dan hukumnya) perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada kamu) dengan cara yang baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat:34)

Kerana itu dakwah Islam diseru untuk disampaikan secara penuh hikmah, secara memberi peringatan, secara nasihat, secara seruan – disampaikan dengan baik melalui dialog dan pertukaran fikiran. Perjanjian Hudaibiyah adalah pengajaran besar yang wajib dijadikan petunjuk, betapa kejernihan hati nurani umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang berpegang kepada prinsip bahawa peperangan dan kekerasan bukan satu jalan pintas yang boleh membawa kejayaan. Kalimah-kalimah Allah yang terkandung di dalam al-Quran disampaikan dengan penuh berhikmah, menyeru, menegur, memperingatkan dan menasihati manusia ke jalan kebaikan – jalan yang menuju kedamaian – jalan yang mendapat keredhaan Ilahi.

Catatan:

Perjanjian Hudaibiyah telah berloansung pada bulan Mac 628 M. Perjanjiann itu di antara Nabi Muhammad s.a.w.dengan kaum Arab Qurisy Mekah,di suatu tempat bernama Hudaibiyah (Sekarang wujud masjid Ridhwan).Prjanjiann itu adalahsatu perjanjian gencatan senjata.

Perjanjaian itu berlaku disebabkan kaum Qurisy menghalang Nabi Muahammad s.a.w. dan rombongannya hendak menunaikan fardhu haji di Mekah.

Perjanjian yang banyak diplomasi pihak Nabi Muhammad s.a.w. itu di anggap satu cara ‘mengalahan’ pihak kaum muslimin terhadap kaum Qurisy Mekah.Anggapan Kaum Qurisy,golongan munafiq dan ada juga dari kaum muslimin sendiri yang Nabi Muhammad s.a.w.,adalah disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Sikap mengalah Nabi Muhammad s.a.w. dan rombongannya membatalkan ibadat haji tahun itu adalah satudiplomsi yang kemudiannya umat Islam mencapai kemenangan yang gemilang,cemerlang dan terbilang.

Ringkasan perjanjian itu, ‘Inilah yang telah dipersetujui oleh Muhammad bin Abdullah.’. Perjanjian ini tidak didahului oleh ‘basamalah’,kerana wakil kaum Qurisy yang akan menanda tangani perjanjian itu, Suhil bin Amr tidaka mahu kalimat suci itu dimasukkan,kerana dia berkata yang dia tidak kenal nama ‘Rahman’ dan ‘Rahim’.

Dalam perjanjiann itu kedua belah pihak mengadakan gencatan senjata selama dua tahun (Ada ahli sejarah berpendapat sepuluh tahun),dan sesiapa daripda golongan Qurish menyeberang ke pihak Nabi Muhammad s.a.w. denan tidak dengan keizinan walinya,mesti dikemablikan kepada kaumnya. Sesiapa dari pihak Nabi Muhammad s.a.w. menyeberang ke pihak kaum Qurisy tidak dengan keizinan walinya,tidak akan dikembalikan.

Sesiapa dari kaum Qurisy yang ingin mengadakan perhubungan atau kebaikan dengan Muhammad s.a.w. diperbolehkan dan dengan pihak Muhaammad s.a.w. dengan pihak kaum Qurisy pun diperbolehkan.

Pada tahun ini Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya mesti meninggalkan Mekah dan kembali ke Madinah, iaitu tidak menunaikan fardu haji dan mereka akan boleh menunaikan fardhu haji pada tahu di muka.3 - mokhtar petah)

Islam Hadhari memberi tekanan kepada pembangunan.Pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokas kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan system ekonomi, system perdagangan dan system kewangan yang dinamik. Pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas – kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam . Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas – jika difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Bukannya budaya UMNO untuk bermain dengan agama. UMNO tidak pernah membenarkan agama dijadikan alat. UMNO menentang tegas agama dipolitikkan. UMNO menentang keras jika Islam dijadikan alat – dijadikan instrument yang boleh memesongkan akidah. Kerana itu UMNO memastikan bahawa Islam dan umat Islam senantiasa dilindungi. Atas kesedaran tersebut, UMNO ketika terlibat secara langsung menggubal Perlembagaan Persekutuan, memasukkan artikel-artikel tertentu mengenai Islam dan meletakkan Islam di bawah naungan bidang kuasa Ketua Negara dan Ketua Negeri.

Catatan:

Persidang Alim Ulama di bawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam UMNO Malaya,anjuran UMNO,di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1951 memutuskan, ‘Raja Melayu menjadi Ketua agama Islam di negeri masing-masing’ untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.-mokhtar petah)

Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

  1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

  2. Kerajaan adil dan beramanah.

  3. Rakyat berjiwa merdeka.

  4. Penguasaan ilmu pengetahuan.

  5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.

  6. Kehidupan berkualiti.

  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

  8. Keutuhan budaya dan moral.

  9. Pemuliharaan alam semula jadi.

10. Kekuatan pertahanan.

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama – berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh – berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu. Warisan dan tamadun Islam memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan bangsa Melayu.

Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:

  1. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama;

  2. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal;

  3. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa;

  4. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta;

  5. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan.

Catatan:

Menjaga,memertabatkan dan memperkasakan agama Islam memerlukan individu muslim dan muslimat yang kukuh tauhid dan taqwa kepda Allah.

Dan Tuhan kamu itu satu.Tiada tuhan selain daripada-Nya,yang Pemuraha dan Penyayang.’4

Berakhlak mulia,iaitu tidak melakukan perbuatan dosa – tidak melakukan segala yang ditegah oleh Allah seperti biadap,tidak melakukan perbuatan maksiat dan tidak melakukan perbuatan rasuah.

Pemberi dan penerima rasuahdilaknat oleh Allah’5

Laknat dari Allah lebih besar atau dahsyat dari doa. Kalau dosa mungkin Allah membalas dengan azab atau derita di dunia atau akhirat,tetapi laknat selain dari azab atau derita di dunia atau akhirat,akan berlaku k eats orang itu, di antaranya:

* Ditangkap oleh penguasa dan di hokum

penjara dan mungkin di sebat beberapa

kali.

* Mendapat malu.

* Kemalangan atau kecelakaan.

* Rumah terbakar dan sebgainya.

* Anak-anak menjdi penagih dadah

Atau gemar kepda perbuatan

maksiat, sepertimzina,judi dan

seumpamanya.

* Isteri berlaku curang atau

Melacurkan diri secara

terhormat.

* Setelah bersara dihingapi

berbagai penyakit,di antaranya:

Kencing manis, darah

tinggi,jantung,kenser dan lain-

lain lagi.6

Tiga orang ulama bertsar Indonesia pada zaman Presiden Soekarnor,iaitu Haji Agus Salim, Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amarullah (HAMKA) dan Kiyai Hassan Bandung telah berkata,bahawa rang-orang yang telah melakukan dosa yang dilaknat oleh Allah tidak boleh dipilih untuk menjadi pemimpin mana-mana masyarakat, pertubuhan,parti politik dan negara,kerana dosanya dan ketidakredhaan Allah atas dirinya akan mengakibatkan setiap Maka saya brharap,pimpinhnya akan porakperana atau kacau bilau.

Maka saya berharap, individu yang telah mengamalkan dosa tersebut dan sedar dia dalam keadaan dilaknatkan oleh Allah,eloklah secara ikhlas tak usah bercita-cita untuk menjdi pemimpin. Jika telah terpilih menjadi pemimpin,walau pun pemimpin ‘tangga kambing’ sekali pun eloklah mengundurkan diri,agar orang lain tidak terlibat dengan laknat Allah ke atas dirinya.

Orang-orang yang beriman dan takqwa kepada Allah amat sedar segala perbuatan jahat dan baik walau sebesar zarah sekali pun Allah mengetahuinya.- (mokhtar petah)

MELAYU PERLU IJTIHAD DAN JIHAD

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri bangsa Melayu dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya Melayu memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan.

Catatan:

Imam Al Ghazali dalam kitabnya al Mustasyfa menyatakan beberapakeringanan dalam masalah ini (ihjtihad), ‘seorang mujtahid (Ahli ijtihad) tidak perlu melacak hadis-hadis dari segi penyebarananya,akan tetapi ia cukup memiliki sebuah sumber yang merangkum hadis-hadis hkum seperti kita Sunan Abu Daud, dan ia cukup mengetahaui tempat-tempat setgiap permasalahan sehingga ia dapat merujuknya ketika ia membuka hal tersebut’ –Al Ghazali – al Mustasyfa, juz 1,h,351.

Iman Asy Shafie memasukkan pengetahuan dasar ilmu I’tiqad (Usuluddin) dalam syarat-syarat ijtihad. Al Ghazali berkata, “Meneurut saya cukup saja baginya (Mujtahid) mengetahui yang mesti-nmesti saja,jadi tiak disyaratkan baginya untuk mengetahui ilmu Usuluddin ini secara mendalam seperti metode ahli ilmu kalam.

seorang mujtahid harus (mesti) mengetahui ilmu bahasa Arab,kerana nas-nas syari’at berasal dari bahasa Arab, ia juga harus memahami dalam terapan memahami bahasa Arab,tidak cukup dengan hanya merujuk buku-buku referensi,kerana buku-buku tersebut hanya mengandung makna-makna lafaz,sedangkan makna-makna yang terkandung dari alur bahasa itu hanya dapat difahami oleh orang yang ikut memahami pada laham tarapan.

ia harus tahu ilmu nahu soraf (Ilmu tata bahasa Arab),kerana dari ilmu inilah dapat difahami dan digali kebanyakan dari hal-hal yang musykil (lafaz atau ungkapan) yang sama-samar) dalam lafaz Al Quran.7 –mokhtar petah)

Bangsa Melayu perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan bangsa menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan lil ’alamin) untuk membolehkan bangsa berperanan secara berkesan di peringkat global. Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing Melayu. Bangsa Melayu perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif bangsa Melayu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam.

Bangsa Melayu perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati.

Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu diberikan perhatian oleh bangsa Melayu. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Melayu yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan.

Melayu, UMNO dan Islam di negara ini tidak dapat dipisahkan. Ia adalah satu cantuman yang telah membina satu budaya – satu bangsa – satu identiti. UMNO bertanggungjawab melalui perkataan – melalui perbuatan, mencerminkan imej – membina budaya Islam sebenar. Budaya yang mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Antara fardhu kifayah dengan fardhu ain. Bahawa tanggungjawab dunia yang dilakukan secara sempurna dengan niat ikhlas, insya-Allah mendapat keredhaan Ilahi, diterima sebagai amal yang dapat dijadikan bekalan untuk kehidupan di akhirat.

Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (al-Qasas:77)

UMNO hendaklah membawa wadah perjuangan yang dapat membawa umat menghadapi dunia secara positif. Bahawa dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah s.w.t dengan menyempurnakan tanggungjawab fardhu kifayah secara sempurna – secara jujur – secara telus – secara amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangan terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah s.w.t untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu – dengan pengetahuan – dengan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia.

Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai system kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisma memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. UMNO juga tidak pernah bersifat sekularisma yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.

Kita adalah sebuah negara yang aman lagi stabil. Kita adalah sebuah negara demokrasi yang berjaya mengamalkan sistem pilihan raya yang terbuka lagi telus. Kita menjadi negara Islam contoh, yang berjaya mengimbangkan pembangunan fizikal dengan pembangunan rohani. Kita merupakan negara pelbagai agama – pelbagai kaum yang menjadi contoh dari segi kejayaan memupuk perpaduan dan berkongsi kuasa politik. Kita adalah negara contoh dari segi pencapaian ekonomi dan kestabilan politik di kalangan negara menbangun.

Dalam tempoh kurang setengah abad kita berjaya sampai ke peringkat kejayaan ini. Kejayaan yang mungkin merupakan satu impian kepada banyak negara di dunia ini. Untuk itu kita bersyukur ke hadrat Ilahi dan kita amat berterima kasih kepada rakyat yang senantiasa bersama kita, sepakat dalam fikiran – senada dalam bersuara – selangkah dalam tujuan – seiring dalam bertindak.

Segalanya kita capai – kita peroleh bersama, mencipta kejayaan – mengukir sejarah, dalam semangat bulat muafakat – dalam semangat ringan dijinjing, berat dipikul. Segalanya kita capai – kita peroleh, bersandarkan prinsip kemanusiaan – bertiangkan keadilan – berlandaskan kebenaran – bernaungkan bimbingan Ilahi. Kita berpegang dan terus berpegang kepada keyakinan bahawa Allah s.w.t akan melimpahkan rahmat dan perlindungan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, berusaha lagi bersyukur.

OIC PERLU KIKIS

PRASANGKA TERHADAP ISLAM

Tahap pencapaian ini telah meningkatkan keyakinan dunia kepada kita, lalu kita serentak diberikan peranan penting – diberi kepercayaan menjadi Pengerusi kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Catatan:

NAM (Non – Alignment Movement) telah ditubuhkan paa tahun 1961. Pada sidangnya di Balgrade,pada tahun 1969,Malaysia telah diberi penghormatan,iaitu dipilih menduduki kerusi Naib Presidennya.-mokhtar petah)

Kita menerima amanah – kita menerima tanggungjawab ini. Kita bersyukur dengan penghormatan ini – kita menghargai kepada sokongan yang diperolehi. Pengharapan tinggi diletakkan kepada kita dalam memenuhi peranan sebagai Pengerusi OIC dan NAM.

Perpaduan di kalangan anggota-anggota OIC perlu diusahakan. OIC secara kolektif perlu membersihkan prasangka buruk yang dilukiskan terhadap umat Islam di seluruh dunia. Masyarakat antarabangsa hendaklah berhenti dari mewarnakan Islam sebagai keganasan, kemiskinan dan kemunduran. OIC perlu menangani unsure-unsur pertentangan yang semakin menimbulkan kerenggangan hubungan antara Islam dengan dunia Barat. Pada masa yang sama, tahap kemajuan dan pembangunan di kalangan anggota NAM perlu ditingkatkan. Potensi kerjasama yang dapat dijalinkan untuk membantu perkembangan dan pembangunan ekonomi di kalangan amggota NAM perlu diterokai secara optimum.

Dengan rasa penuh tanggungjawab kita berazam untuk m-memenuhi amanah tersebut sebaik mungkin, berpandukan petunjuk Ilahi serta bersandarkan persefahaman – berlandaskan persepakatan dari negara-negara anggota.

Catatan:

Organisation of The Islamic Conference (OIC) telah ditubuhkan dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar Negara Islam,di Jedah,Arab Saudi.

Tunku Abdul Rahman Putera dari Malaysia telah dipilih memegang jawatan Setiausaha Agung pertubuhan itu bagi tahun 1971 – 1975. Hassan Al Tauhami –Mesir, 1975 – 1979. Dr Amadou Karim Gaye –Sengal, 1975 – 1979.Habib Cahtty – Tunisia,1979 – 1984.Syed Sharifuddin Firzada –Pakistan, 1985 n- 1988. Dr Hamid

Algabid –Niger, 1989- 1996. Dr Azeddin Laraki – Moroco’ 1997 -2000. Dr Abdelouhed Belkeziz – Moroco,2001.

Negara-negara dalam OIC ialah:

*Afghanistan*Albania*Algeria*ArabSaudi *Azerbijan *Bahrain *Bangladesh *Benin*Brunei Darul Salam* Burkina Faso* Cameroon* Chad* Comoros* Cote d’Ivoire* Djibouti* Mesir* Gabon* Gambia *GuineaBissau *Gukyana *Inodonesia *Iran *Iraq *Jordan *Kazakhstan*Kuwait*Kyrghyzistan*Lebano*Libya*Melayusia*Maldives*Mali*Mauritania*Moroco*Mozambique*Niger*Nigeria*Oman*Palestin*Pakistan*Qatar*Senegal*Sierra Leone* Somalia* Sudan * Surinam* Syria *Tajikistan*Togo*Tunisia*Turki*Tukmenistan*Uganda* Emirate Arab Bersatu *Uzbekistan *Yamen.

Usrah: Dalam sejaraah berhubungan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan fardu haji atau mengerjakan ibadat Umrah di Mekah,semenjak beratus-ratus tahun hingga pada masa ini terlalu ramai orang-orang Islam yang mengalami kesukaran dalam perjalanan.Di antaranya berlayar dengan kapal layar di tengah lautan,kapal api,menaiki unda dan brjalan kaki.Ramai yang telah mati dalam kemalangan dan seumpamanya .Oleh kerana OIC telah kuat tentulah projek tersebut boleh dilaksanakan. Saya mendapat tahu dari dana kewangan antarabangsa,bahawa kalau projek itu dijalanakan,wang dari dana dapat digunakan untuk menjayakan projek gergasi ini. Maka saya syorkan OIC mengambil langkas positif untuk membina keretapi laju atau bullet train (seperti KL Central – Lapangan Terbang Atarabangsa) dari Jeddah ke kota Mekah dan terus ke Padang Arafah.- mokhtar petah)

Kita akan terus berusaha meningkatkan kesedaran dan fahaman dunia betapa pentingnya di rangka agenda antarabangsa untuk membasmi kemiskinan di peringkat global.

Isu Palestin yang masih belum selesai merupakan isu sentral yang perlu dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan komuniti global. Kita akan terus berusaha dan bersuara, mencari sebaik penyelesaian, penyelesaian yang adil dan berkekalan berhubung Palestin, selaras dengan Roadmap Quartet untuk Palestin yang telah dipersetujukan. Masyarakat antarabangsa harus sama-sama membela hak rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara berdaulat lagi merdeka dengan ibu negaranya terletak di Al Quds Al Shariff (Jerusalem).

Catatan:

Bangsa Yahudi adalah dari rumpun bangsa Smiti.Mereka keturunan Nabi Ibrahim Khalilullah. Rasul Allah itu mempunyai dua orang isteri.Isteri tuanya,Sara, dari gulungan bangsawan dan hartawan.Isteri mudanya,Hajar,hamba atau gundik Sara yang dalam usia kanak-kanak telah dihadiahkan oleh hartawan Mesirny. Apabila Hajar telah gadis sunti,Sara telah menghadiahkan kepada suaminya untuk dijadikan isterinya.Sara yang isteri yang mandul hingga lanjut usianya.

Apabila Hajar hamil,Sara cemburu.Ats wakyu Allah,Nabi Ibrahim menghantar isteri kesayangannya itu ke sebuah lembah di hutan belantara Mekah.Ibrahim telah meninggal isterinya yang sedang hamil.Sara telah melahirkan puteranya,Nabi Ismail alaihis salam di lembah antra Saafa dan Marwa. Kini terletak dalam kawasan Masjidul Haram.Nabi Muhammad s.a.w. adalah ganarasi dari Nabi Ismail alaihis salam.

Apabila Nabi Ismail alaihis salam telah remaja,Nabi Ibrahim khalilullah datgang ke Meka dana menemui puteranya. Mereka telah sama-sama membina semula Kaabah.

Setelah slesai membina Kaabah,Nabi Ibrahim Khalilullah kembali semua ke pangkuan isterinya,Sara di Palestin.Mereka telah tua.

Pada suatu hari malaikat menyamar manusia datang menemui Nabi Ibrahim Khalilullah dan isterinya. Malaikat memberitahu mereka bahawa Allah akan menguniakan Aallah kepada mereka seperti dikhabarkan oleh Allah dalam Quran:

Pada ketika mereka (malaikat) masuk kepada Ibrahim dan mengucapkan:Salam. Ibrahim menjawab:Salam – Dalam hati –orang-orang yang tidak dikenalinya.

Lalu dia peergti dengann diam-diam kepada ahli(isterinya),lali dibawa daging anak lembu yang gtemuk.

Dan (daging itu) diletakkan (hidang) di hadapan mereka (tamunhya).Katanya (Tanya):Mengapa tak makanh?

Keranan itu dia berasa taku tterhadap merekaa. Kata mereka: Jangan kamu takut!Dan merteka menyampaikan berita gemabniraa kepdanya,akan mendapat seorang putera yang pandai.

Dan isterinya (Sara) datangdengan memekik dan menepuk muka,katanya:Perempuan tua yang mandul (Akan dapat putera?).

Mereka (tamu) berkata: Begitulah Allah berfirman! Sesungguhnya Dia Bijaksana dan Maha Tahu.8

Dan kami berikan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yaakub,masaing-masing kami beri pimpinan.9

Pada waktu melahirkan puteranya Nabi Ishak alaihis salam,Sara ketawa. Nama Ishak ertinya dalam bahasa Nabi Ibrahim alaihis salam,ialah ketawa.

Anak Nabi Ishak alaihis salam,ialah Nabi Yaakub alaihis salam.

Nabi Ishak alaihis salam beribadat pada siang hari dan junjungan berjalan pada waktu malam. Orang berjalkan malam digelar Israil.Anak cucu Nabi Ishak alaihis salam,iaitu anak-anak Nabi Yaakub digelar Bani Israil.

Dari keturunnan Nabi Ishak alaihis salam, iaitu anak-anak Nabi Yaakub – saudara-saudara Nabi Yusof alaihis salam,adalah yang menyeleweng dari ajarana dartuk nenek mereka. Dari mereka itu lahir kaum bergelar Yahudi.

Kerana mereka jenis manusia keras kepala menenetang Allah dan para Rasul-Nya,maka Allah telah menyifatkan mereka itu:

Dan kamu mengetahaui orang-orang yang melanggar aturan di antara kamu pada hari Sabtu,kerana nitu Kami kata kepada mereka,hendaklah kamu menjdi monyet-monyet yang dibenci oleh manusia’10

Dari Protokol Yahudi kita dapat menetahui yang mereka membangga diri mereka,bahawa mereka lebih mulia daripada keturunan Nabi Ismail,kerana dari Sara wanita bangsawan lagi hartawan sedangkan Nabi Ismail alaihis slama dari Hajar,perempuan gundek kepada Sara.

Pada zaman Nazi-Jerman,kira-kira 6 juta Yahudi telsh disebelih dan dibunuh dengan gas.Kaum Yahudi tidak mengalami keamanan sampai bila-bila.Mereka mempunyai pengaruh yang luas di Amerika Syarikat dan hampir setiap Presiden Amerika Syarikat tunduk di bawah pengaruh mereka itu.-mokhtar petah)

Kita mahukan dunia yang aman – dunia yang damai. Malaysia akan terus merintis usaha untuk memastikan dunia yang lebih aman – dunia yang lebih damai. Bahawa orde dunia yang aman dan damai hanya dapat diwujudkan apabila ia dilandaskan kepada beberapa prinsip utama:

  1. Menghormati undang-undang dan institusi antarabangsa;

  2. Menghormati kedaulatan kemerdekaan sesebuah negara;

  3. Menyelesaikan pertikaian secara rundingan;

  4. Tidak menggunakan kekerasan melainkan dengan mendapat restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; dan

  5. Mengagihkan kekayaan secara saksama demi kebahagian manusia sejagat.

Malaysia kekal mempertahankan dasar luar yang bebas lagi berkecuali. Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memajukan persekitaran serantau dan persekitaran antarabangsa yang stabil lagi aman. Untuk membangunkan dan memakmurkan negara. Malaysia tidak mungkin melaksanakannya secara bersendirian. Kita perlu membina rangkaian kerjasama dengan negara-negara lain. Malaysia perlu meningkatkan diplomasi ekonominya, bukan saja di peringkat bilateral malah di peringkat serantau dan di peringkat global.

Kita akan meneruskan jalinan dengan negara-negara di dunia dan akan saling bekerjasama dalam usaha mencapai matlamat perjuangan yang sama. Kita mengutamakan kemakmuran serantau. Untuk itu kita cekal berusaha meningkatkan persefahaman kerjasama dengan negara-negara Asean berteraskan semangat asal penubuhan ASEAN untuk mewujudkan sebuah rantau yang aman, stabil lagi berkecuali. Malaysia akan meningkatkan usaha memperteguh ASEAN dan memperkukuhkan kedudukannya di arena antarabangsa. Kita akan mempertingkatkan usaha untuk memastikan ASEAN mencapai tahap integrasi politik dan integrasi ekonomi dalam usaha membina komuniti ASEAN.

Catatan:

Sebelum ASEAN telah wujud Melayu Raya,diikuti oleh MAPILINDO (Malaya,Filipina dan Indonesia).Anggota-anggota ASEAN: Thailand,Indonesia,Filipina,Singapura, Brunei dan Malysia.- mokhtar petah)

TERJALIN PERKONGSIAN

Secara bersungguh Malaysia akan menerokai segala usaha diplomasi memastikan terjalinya perkongsian yang lebih bermakna antara negara-negara ASEAN dengan tiga negara Asia Timur – China, Jepun dan Korea, dengan tujuan untuk Sidang Kemuncak Asia Timur dapat dilangsungkan. Kita berazam menjadikan Asia Timur kawasan yang maju dan makmur. Kita berusaha kea rah membentuk Asia yang aman dan stabil.

Dunia memerlukan persekitaran yang lebih kondusif untuk memungkinkan orde antarabangsa yang lebih adil dan saksama dapat diwujudkan. Dunia tentunya berasa bimbang dalam keadaan terdapat satu kuasa besar saja yang melakukan dominasi ketenteraan, dominasi ekonomi, dominasi politik dan dominasi budaya. Dunia akan menjadi lebih aman dan lebih makmur jika kekayaan dapat diagihkan secara lebih saksama – jika penindasan politik, penindasan ketenteraan, penindasan ekonomi dan penindasan perdagangan dapat dihentikan. Kekayaan dunia perlu diagihkan secara seimbang – perdagangan dunia perlu berbentuk lebih saksama. Kekayaan perlu digunakan untuk membantu membangunkan ummah dunia dari segi perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Kita mahukan sebuah dunia yang memberi keadilan kepada yang lemah, yang lemah diberikan peluang, yang lemah berasakan ada harapan meningkatkan taraf social dan taraf ekonomi mereka. Kita akan berusaha ke arah yang dapat merapatkan jurang antara negara mundur dengan negara maju.

Dunia menjadi lebih bahagia dan pastinya memberi keselesaan kepada negara-negara maju, apabila manusia sejagat dapat diseimbangkan pencapaian mereka dari segi sosial dan dari segi ekonomi. Dunia tidak seharusnya dipisahkan sebagai negara maju dan negara mundur, negara kaya dan negara miskin, negara utara dan negara selatan, negara timur dan negara barat, negara Islam dan negara bukan Islam. Dunia bukan galeri untuk mempamerkan peralatan perang. Dunia bukannya padang sasar untuk menguji kehebatan senjata. Allah s.w.t tidak mencipta dunia untuk dimusnahkan oleh manusia.

Kita akan terus memainkan peranan dalam arus perdana hubungan antarabangsa. Kita akan berusaha memperkukuhkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi satu badan dunia yang kekal berkecuali, bebas, adil dan saksama, diterima dan dihormati serta mendapat kepercayaan semua negara. Adalah menjadi hasrat kita supaya PBB dapat berfungsi secara lebih bermakna dan lebih berkesan, lebih representif sifatnya kepada realiti dunia semasa. PBB perlu diberikan kuasa bukan saja untuk menjamin keselamatan dan keamanan dunia, malah dapat menjamin kedaulatan kemerdekaan dan keutuhan wilayah sesebuah negara. PBB perlu diberikan peranan yang sewajarnya untuk memerangi keganasan.

Keganasan yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa perlu ditentang secara tegas. Keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, baik oleh negara atau oleh mana-mana kumpulan militant tidak dapat diterima. Istilah ‘jihad’ tidak harus disalahgunakan – tidak harus diselewengkan tafsirannya untuk menghalalkan keganasan. Perbuatan sedemikian hanya mencemarkan kesucian ajaran Islam. Islam sama sekali tidak menghalalkan keganasan. Keganasan jika dibiarkan akan membiakkan kezaliman yang tidak akan membawa sebarang faedah. Dalam usaha membendung keganasan, isu-isu utama yang menyentuh rakyat di negara atau wilayah tertentu perlu diselesaikan secara adil.

Kita menyokong supaya pembangunan Iraq pasca serangan luar dilaksanakan sepenuhnya di bawah pengawasan PBB. Kita akan aktif membantu usaha di bawah naungan PBB untuk memulihkan Iraq. Iraq adalah sebuah negara yang mempunyai nilai sentimental kepada umat Islam di seluruh dunia. Iraq bukan sahaja sebuah negara bangsa yang pernah merdeka dan berdaulat tetapi mempunyai kekayaan – memiliki kepakaran. Iraq adalah satu tamadun, satu simbol kehebatan Islam.

Baghdad adalah sebuah kota yang pernah melahirkan ulama dan cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. Baghdad adalah kota ilmu – gedung yang menghasilkan dan khazanah yang menyimpan tamadun berharga. Segalanya telah musnah – segalanya telah hancur. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama negara-negara Islam lain, memainkan peranan aktif, membantu proses pembangunan semula Iraq. Jika negara-negara Islam tidak tampil ke hadapan untuk berperanan aktif membantu pembanguan semula Iraq, dibimbangkan Iraq akan dibangunkan melalui pengaruh dan acuan orientalis Barat.


Catatan:

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS),Eisenhwer,pernah berkata bahawa Tumur Tengah merupakan negari segala ada. Eisenhower bercerita,warisan terbesar yang datang dari sana bukan hanya kehadiran agama besar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. melainkan juga kekayaan yang sangat melimpah,yakin energi (minyah dan gas).

Timur Tengah bukan sahaja tampil sebagai pusat peradaban dunia dengan keemasan masa keislamannya,mereka pun hadir sebagai sebuah pusat kekuatan ekonomi dan politik dunia yang menjadi ancaman negara besar lain. Akan tetapi,itu tidak bias merek menfaatkan dengan baik,malah negara-negara Teluk tercabik-cabik dan saling berseteru di tangah kemewahan yang ada di hadapan mreka.

Barat dan Amerika mengerti betul posisi strategis tersebut. Apa pun akan mereka lakukan untuk menancapkan pernagurnya di sana,termasuak dengan jalan perang tentunya.Apalagi,negara-negara seperti Arab Saudi,Iraq,dan Iran memiliki cadangan minyak yang sangat besar,sedangkan Amerika memerlukan minyak yang tidak kalah besarnya.

Iraq, negara yang tidak pernah lepas dari controversial,memiliki cadangan minyak terbesar ke 2 di dunia. Iraq termsuak negara OPEC11yang sebetulnya memiliki pengaruh dn peanan yang besar dalam menentukan kebajikan produksi serta harga minya mentah dunia.Hanya kerana sanki BPP masih berlaku,produksi minyak Iraq dibatasi hanya 2.5 juta barel per hari.

Jauh sebelum OPEC lahir,Amerika,dengan tujuh perusahaan minyaknya yang diekenali sebagai ‘Seven Sister’ mampu mengontrol produksi dan harga minyak mentah dunia.Kelebihan itu sangat merugikan negara-negara OPEC di mana sebagai produsen minyak besar malah tidak bias mengatur harga minyak. Kerananya,dibentuklah OPEC. Setelaha itu,peranan Amerika Syarikat yang sangat luar biasa itu pelan-pelan hilang. Dengan mengusai minyak Iraq, Amerika mencoba mengembalikan pernan dhasyatnya itu.

Presiden Amerika Syarikat George Bush sudah menghitung-hitung bersama para penasihatnya bahawa jika mereka menguasai Iraq, produksi minyaknya akan digenjut sampai 6 juta bph. Soal sanki PBB, Bush akan mengurusnya untuk membatalkan – tentunya dengan alasan kemanusiaan dan Iraq sudah aman dasrfi senjata pemusnah missal.12

Jangan katakana ini sebagai sebuah tyeori konspirasi tingkat tinggi. Jangan katakana pula sebagai sebuah keyakinan agama Bush. Ini murni dari bekerjanya sebuah sistem kapitalisme yanhgsangat besar…

Demikian dikemukakan analis Amerika,Matt Siegfied, dalam suatu tulisannya beberapa waktu lalu. Perang dengan Iraq memang bukan rencana yanhg datang begitu saja,melainkan sudah difikirkan sejak lama. Jauah-jauh hari sebelkum Presiden George W.Bush menduduki takhtanya untuk kedua kalinya. Pentagon dan Amerika Syarikat sudah memikirkan untuk mengguling pemerintahan Saddam Hussein yang tidak bias diajak kompromi.

Banyhaki orang percaya dan sedar bahawa minyaki memainkan peranan dalam pemerintahan Bush saat menginvasi (menyerng) Iraq. Memang persoalan Amerika versus Iraq tidak sesedarhana itu. Untuk mengatakan minyak menjadi penyebabnya,tentu ada alasan-alasan logis di belakangnya, terutama terkait dengan cadangannya minyak dan jumlah yang tersedia di pasaran.

Salah satu alasan utama di balik perang adalah terkait dengan kepentingan minyak dan industri militer.Dalam industri militer,Amerika menegaskan akan melakukan uji coba persenjataan barunya,sedikitnya ada lima,di antaranya Dragon Runner dan Smart Bom. Dalam perang Teluik pertama tahun 1991 lalu,selain mencoba persenjataan terbarunya,Amerika juga teernyata menjual senjata-senjatanya ke Iraq dengan keuntungan yang mencapai milkiaran dola Amerika Syarikat.13

Alasan-alasan Amerika menyrang Iraq,ialah:

* Alasan ekonomiadangan terbesare ke dua

di dunia. ,terutama minyak yang dimiliki oloeh Iraq.

* Iraq masih memiliki senjata pemusnah

missal, biologi,dan kimia,dan sejauh ini Iraq

terus mengembangkannya.

* Iraq terkait dngan jaringan terisme

dunia,seperti Al Qaeedah.

* Dendam peribadi Bush terhadap Saddam.

* Alasan keagamaan.

* Iraq tidak demokrasi dan Bush ingin

mengubah itu.

* Perseteruan Dolar AS versus Euro.14

- (mokhtar petah)

UNTUK MEMIMPIN NEGARA

UMNO adalah parti politik terbesar di negara ini. Apa juga dasar yang telah ditetapkan oleh UMNO memberikan impak kepada seluruh warga Malaysia, malah mendapat perhatian dari negara-negara jiran dan juga dunia antarabangsa. Realiti masyarakat pelbagai agama – pelbagai kaum menuntut budaya saling menghormati – saling memahami di kalangan warga. Perpaduan warga yang berbilang agama – berbilang kaum adalah penentu kepada kestabilan politik, keamanan dan keharmonian negara. UMNO dan pimpinan UMNO hendaklah peka kepada isu-isu sensitif yang menyentuh agama, kaum, budaya dan bahasa. UMNO selama ini telah menunjukkan contoh terbaik. Kerana itu UMNO diterima oleh parti komponen Barisan Nasional untuk memimpin mereka dan UMNO diterima rakyat jelata untuk memimpin negara.

UMNO berperanan dan diterima sebagai peneraju pucuk pimpinan politik negara. Seali gus kita menjadi peneraju kepada kerajaan yang diamanahkan kuasa oleh rakyat di negara ini. Di samping memimpin perjuangan bangsa Melayu, UMNO adalah juga untuk pemimpin warga Malaysia pelbagai agama – pelbagai kaum. Sesungguhnya rakyat telah memberi kepercayaan kepada parti kita untuk sekali lagi menubuhkan kerajaan. Rakyat meletakkan harapan untuk kita terus membawa kemajuan supaya negara kekal aman, lebih makmur dan bertambah padu.

Oleh itu UMNO harus mengamalkan satu bentuk etika dan disiplin di dalam parti untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar dihormati dan disegani.

Apatah lagi di kalangan mereka yang pernah mencerca, menghina dan menderhaka kepada UMNO. UMNO tidak harus membenarkan mana-mana pihak sekalipun memperalatkan UMNO untuk dijadikan tangga bagi melonjakkan mana-mana orang perseorangan.

Kekuatan UMNO adalah himpunan kekuatan tenaga bangsa secara kolektif, tenaga dan semangat dari ahli yang setia kepada parti, ahli-ahli yang mengabdikan diri berkhidmat untuk parti dan atas nama parti, sama ada yang menyandang jawatan, diberi pangkat, mahupun sebagai ahli biasa. UMNO akan menjadi parti yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan secara kesinambungan, jika, kekuatan parti disandarkan kepada mana-mana orang perseorangan. Tdak ada pemimpin – tidak ada individu yang akan kekal hidup selama-lamanya. Pemimpin datang dan pergi. Yang kekal adalah UMNO. Kepimpinan UMNO memperkasakan parti. Kekuatan UMNO meneguhkan kepimpinan.

Atas keinsafan pentingnya dibina satu budaya parti yang penuh disiplin dan sebagai menyahut permintaan majority ahli UMNO, Majlis Tertinggi berusaha dan berikhtiar menggariskan langkah untuk memantau urusan pemilihan pimpinan parti, dari peringkat cawangan membawa ke bahagian, hinggalah ke peringkat pimpinan Pergerakan-Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Majlis Tertinggi. Setiap kali pemilihan diadakan, perwakilan membangkitkan suara menentang politik wang. Majlis Tertinggi diminta mengambil tindakan.

Segala langkah yang diambil oleh Majlis Tertinggi adalah pendekatan terbaik yang dapat kami fikirkan. Ia mungkin belum yang terbaik. Namun, hakikatnya, disiplin diri datangnya dari dalaman. Tarikan yang terdorong oleh nafsu hanya dapat dikawal oleh fikiran yang rasional dan hati yang tulus. Betapa ruginya parti, kekuatan persepakatan yang kita padukan semasa menghadapi pilihan raya umum, kini bagaikan retak kerana proses pemilihan pemimpin parti.

Begiti mudah kita melupakan keadaan genting yang kita hadapi dalam pilihan raya umum 1999. Maruah parti baru kita tebus pada pilihan raya umum baru lalu. Malah terlalu baru untuk membolehkan kita mula bersengketa. Kita tidak akan hidup selamanya. Sebagai umat Islam setiap perbuatan kita disaksikan malaikat. Orang Islam itu adalah saudara mu. Ahli UMNO itu adalah rakan seperjuangan mu. Elaklah perbuatan yang boleh memberatkan timbangan dosa. Murnikanlah hati untuk menambahkan timbangan pahala.

Tanyalah pada hati, putuskanlah dengan pemikiran rasional, landaskanlah pertimbangan berasaskan matlamat untuk kebaikan parti – untuk kepentingan perjuangan. Pilihlah barisan pemimpin yang dapat bergerak secara kolektif memperkukuhkan parti, barisan pemimpin yang dapat memperjuangkan agama, negara, bangsa dan parti, barisan pemimpin yang dapat membawa UMNO, bangsa, negara dan agama mencapai puncak persada perjuangan.

Pilihlah barisan anggota Majlis Tertinggi dari kalangan orang-orang yang berwibawa lagi beramanah yang dapat memberikan pimpinan yang baik. Mereka yang kita pilih hendaklah memiliki keupayaan menjadi pemimpin nasional yang dihormati di dalam UMNO, pemimpin nasional yang disegani oleh parti komponen Barisan Nasional, pemimpin nasional yang diterima oleh rakyat. Keputusan pemilihan bukan hanya untuk memberi kemenangan kepada mana-mana individu, mana-mana kumpulan atau mana-mana negeri. Keputusan pemilihan ini hendaklah memberi kemenangan kepada parti dengan memberi barisan kepimpinan yang berwibawa. Kita tidak mahu berlakunya keadaan, individu menang – tetapi UMNO kalah.

Saya dan Datuk Seri Najib memerlukan bantuan dari satu pasukan kerja yang kuat di peringkat Majlis Tertinggi, dari kalangan mereka yang berpegang kuat kepada prinsip dan asas perjuangan, dari kalangan mereka yang bersemangat cekal – berjiwa kental. Mereka yang telah terbukti sanggup dan sedia berkorban untuk parti, untuk bangsa, untuk negara, untuk agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sebaik-baik pemimpin dan pemerintah kamu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu. Mereka mendoakan untuk kamu dan kamu mendoakan untuk mereka. Manakala pemimpin kamu yang jahat pula ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu. Kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu.

Sedarilah! Bahawa tugas pemimpin itu amat berat. Tanggungjawab memimpin itu adalah satu amanah yang akan dinilai di dunia dan di akhirat. Manusia adalah makhluk yang telah berani mengambil tanggungjawab kepimpinan ini walaupun telah ditolak oleh makhluk-makhluk lain sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah dalam Al Quran:

Se Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.(Al Ahzab:72

Setiap seorang saudara-saudari hari ini memegang amanah-amanah dari ahli parti – amanah bangsa. Penentuan yang dibuat oleh saudara-saudari akan mempengaruhi corak dan warna, barisan pemimpin yang akan membantu tugas-tugas saya dan Datuk Seri Najib nanti. Penuhilah amanah itu secara jujur – secara bertanggungjawab. Semoga Allah s.w.t. memberikan petunjuk supaya parti kita berada di bawah barisan pimpinan yang terbaik – barisan pemimpin yang dapat membawa perjuangan parti mendapat keredhaan Ilahi.

Kita adalah sebuah negara demokrasi. Kita menghargai pemilihan rakyat dan menghormati hak rakyat menentukan kerajaan. Tidak ada sebab mengapa mana-mana golongan perlu bertindak di luar lingkungan demokrasi atau di luar batasan undang-undang. Ketika sebilangan negara di dunia dilanda pelbagai ancaman yang menggugat kestabilan mereka, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman dan selamat. Kita dapat membangunkan negara dan menikmati kejayaan kerana kita senantiasa dirahmati dengan adanya keamanan dan kestabilan politik. Kita wajib menghargai nikmat ini dengan penuh kesyukuran.

Perjalanan kita masih jauh. Agenda pembangunan bangsa dan negara masih banyak. Kita tetap bersama rakyat menjayakan program pembangunan negara dan bangsa. Apa jua halangan dan rintangan atau rusuhan dan keganasan, akan kita hadapi dengan penuh ketegasan berlandaskan undang-undang.

Orang Melayu dan kaum Bumiputera, akan menjadi lebih terbuka dan lebih bertoleransi sifatnya, jika, status sosial dan status ekonomi mereka berada di paras yang seimbang dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Langkah-langkah pengukuhan masih perlu difikirkan tetapi perlu dilaksanakan dengan dimensi pendekatan untuk membina kekuatan bangsa menghadapi cabaran globalisasi. Agenda pembangunan bangsa hendaklah bertujuan untuk membina kapasiti Bumiputera yang kompetitif. Bumiputera yang menghargai dan mengerti akan istilah meritokrasi. Bumiputera yang gigih berusaha untuk mencapai taraf yang dihormati, penghormatan yang disandarkan kepada merit.

Langkah pengukuhan perlu kita tumpukan untuk membina kapasiti Bumiputera supaya dapat menguasai sesuatu secara berkekalan dan secara berpanjangan. Kita tidak lagi boleh meneruskan pendekatan memberi ikan tetapi kita perlu terus membantu membekalkan mata kail dan perahu, membekalkan pukat dan kapal, membekalkan kompas dan peta, supaya mereka sendiri berupaya mengharungi gelombang – dan bersedia mencari ikan di laut dalam. Percayalah! Yakinlah! Jika cabaran ini berani diambil, mereka akan mendapat ikan yang lebih besar atas usaha sendiri dari mengharap pemberian ikan yang telah berada di dalam kolam.

Sumber manusia Bumiputera ini perlu ditingkatkan nilai ditambah mereka. Ilmu, pengetahuan dan kemahiran berperanan penting. Usaha meningkatkan kapasiti Bumiputera untuk menguasai ilmu, menguasai pengetahuan dan menguasai kemahiran perlu dilipat gandakan. Oleh itu, usaha melahirkan lebih ramai professional, tenokrat dan usahawan Bumiputera yang berkualiti merupakan satu tanggungjawab yang wajib kita laksanakan, dan dilaksanakan dengan segera. Usaha menbangunkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera perlulah diberikan fokus dalam usaha membela nasib bangsa dan dalam hasrat mengimbangkan tahap pencapaian Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

Usaha membasmi kemiskinan, sama ada kimiskinan mutlak mahupun relative wajib ditingkatkan. Sektor pertanian berupaya memacu pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pertanian yang maju memberi kesan langsung membangunkan ekonomi luar Bandar. Majoriti petani yang berada di luar Bandar terdiri dari orang-orang Melayu. Bertani adalah profesion kerja yang begitu sebati dengan masyarakat Melayu. Mereka memerlukan pembelaan agar taraf hidup mereka dapat ditingkatkan.

Usaha-usaha akan diperhebat untuk membantu masyarakat tani meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan nilai ditambah kepada hasil pertanian mereka. Sektor pertanian perlu diperluas dan diperkasakan. Produktiviti petani perlu dipertingkatkan dan pelbagai aktiviti hiliran ditambah nilai perlu diperbanyakkan. Industri kecil dan sederhana asas tani perlu dijayakan dengan penyertaan Bumiputera seramai mungkin.

Langkah menyusun semula tenaga professional perlu dilipat gandakan. Usaha-usaha secara lebih fokus perlu dirangka untuk meramaikan golongan menengah Bumiputera supaya dapat menjadi pemangkin bagi memperbesarkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Di samping syarikat milik kerajaan, sector swasta milik Bumiputera hendaklah menunjukkan contoh membantu merealisasikan pencapaian semangat Dasar Ekonomi Baru dengan menberikan peranan lebih signifikan kepada tenaga professional dan usahawan Bumiputera. Kepada syarikat –syarikat milik bukan Bumiputera, saya mengingatkan supaya sama-sama mendukung aspirasi nasional ini dengan memberi kepercayaan kepada tenaga kerja professional Bumiputera terutama di peringkat pengurusan tinggi.

Saya menyeru kepada Bumiputera yang telah berjaya supaya tampil ke hadapan bersama membantu hasrat – bersama menyokong usaha untuk melahirkan lebih ramai masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, masyarakat usahawan Bumiputera, masyarakat professional dan tenokrat Bumiputera, masyarakat sains dan teknologi Bumiputera. Jadikanlah hasrat ini sebagai satu aspirasi bersama bangsa Melayu – bangsa Melayu yang tidak redha melihat ayam kelaparan di kepuk, itik kehausan di air, anak di riba mati tak makan.

Melahirkan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera adalah satu keperluan kritikal. Untuk itu kaedah pendidikan yang menggalakkan kecenderungan kepada kreativiti dan penyelidikan hendaklah diberikan keutamaan. Pendidikan yang mengutamakan kualiti adalah satu kemestian. Pendidikan vokasional dan latihan kemahiran perlu dirangka selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Program pendidikan hendaklah holistik sifatnya. Di samping membekalkan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, di samping membantu pembangunan intelek, ia juga bertanggungjawab membina insan secara menyeluruh dari segi pembangunan rohani, jasmani, sosial dan moral. Warga muda Malaysia hendaklah dididik mempercayai kepada Tuhan, berakhlak mulia, menghargai nilai keluarga, berkeyakinan, dan patriotik terhadap negara.

Lebih 70 peratus penduduk negara berusia di bawah empat puluh tahun dan hampir 50 peratus penduduk adalah wanita. Wanita dan golongan muda adalah asset berharga penuh potensi. Pandangan kumpulan ini sangatlah penting untuk ditimbangkan dalam merangka dasar-dasar negara. Wanita dan golongan muda perlu dibawa bersama di peringkat perundingan, di peringkat perancangan dan diuji, malah diberikan kepercayaan di peringkat pelaksanaan. Wnita dan golongan muda adalah tenaga berpengaruh yang akan menentukan kejayaan kita. Untuk itu, dasar-dasar yang digariskan oleh negara tidak harus menyisihkan kumpulan ini. Kumpulan ini perlu di bawa bersama untuk memahami dan menyertai perjuangan kita. Kita pula wajib memahami idealisma dan cita rasa kumpulan ini.

Agenda dan usaha ini tidak terpikul oleh kerajaan semata-mata. Agenda dan usaha memartabatkan bangsa adalah tanggungjawab bagi setiap mereka yang sayang dan kasih kepada bangsa. Badan-badan swasta milik Bumiputera dan individu Bumiputera yang telah mendapat nikmat awal – yang telah mencapai kejayaan, hendaklah memainkan peranan sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai Bumiputera yang berjaya. Alangkah kuatnya asas ekonomi bangsa, jika Bumiputera yang telah pernah diberikan pertolongan – yang telah diberikan kemudahan sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, lebih ramai yang mencipta kejayaan pada hari ini. Tentulah mereka dapat memberikan kesan pertambahan secara mendadak membangunkan lebih ramai anak bangsa khususnya Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Catatan:

Semenjak zaman Tun Abdul Razak memimpin negara ini hingga pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad banyak sungutan dan ‘pedih dan sakit’ Bumiputera yang giat dalam perniagaan dan perindustrian – termasuk industri pembinaan dan hartanah, disebabkan kebanyakan pegawai-pgawai kerajaan dari jabatan-jabatan bawahan hingga ke Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerjaraya dan sebagainya.

Saya yang terlibat secara langsung dalam bidang ‘ research,investigate and writing’ ,telah banyak mengetahui dan mencatat perkara-perkara yang melemah atau mematahkan semangat Bumiputera oleh sebilangan pegawai dan kaki tangan kerajaan. Tetapi pihak atasan tidak mengetahuinya. - mokhtar petah)

Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bangsa yang memerlukan kita bermuhasabah. Kita jangan hanya mencari kelemahan kerajaan – carilah juga kelemahan diri sendiri. Dalam mengharapkan peranan kerajaan, kita juga mesti sanggup mengambil tanggungjawab. Kita sendiri hendaklah bersedia melakukan perubahan untuk membawa pembaharuan, bermula dari dalam diri – bermula dari dalam parti. Oleh itu, kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari, adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.

Kuasa politik yang kita miliki ini hendaklah kita optimumkan penggunaannya untuk mengorak perubahan – untuk membawa pembaharuan. Di tahun 2020, sesuai dengan sasaran menjadi negara maju, bangsa Melayu hendaklah menjadi warga yang memiliki sifat-sifat positif sebagai peneraju utama sebuah negara maju. Bangsa Melayu di tahun 2020 hendaklah dihormati, berpendidikan tinggi, berkemahiran, berdiri sama tinggi, berlari sama pantas. Jadikanlah ini azam.

Tanah dan air ini adalah tanah air pusaka bangsa kita. Kitalah yang akan memberikan nilai. Kitalah yang akan menentukan maruah kedaulatannya. Ingatlah bangsaku! Janganlah kalah dalam saingan – perlu menang dalam perjuangan.

Kepada Allah s.w.t. kita mohon mendapat petunjuk dan hidayah memandu kita atas jalan siratulmustaqim, jalan yang mendapat keredhaan dari-Nya.

Bersatu! Bersetia! Berkhidmat!, Hidup UMNO! Hidup Melayu!.

MELAYU HIDUP

BIAR BERMERTABAT

(Hang Tuah kata: Melayu tak hilang di dunia.Dr Abdullah Badawi kata:Melayu hidup biar bermertabat. Di bawah ini ialah ucapan penggulungan Dr Abdullah Badawi sebagai Presiden di akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 25 September 2004.Ada kata tersirat di sebalik kata dan ada tersirat kata di sebalik kata tersirat pada ucapannya ini – mokhtar petah)

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana pada hari ini buat kali pertama memberi ucapan penggulung perbahasan (sebagai Presiden) dan seterusnya menamatkan Perhimpunan Agung UMNO kita kali ini.

Tadi saya bertanya kepada (Setiuasaha Agung UMNO), Datuk Radzi Sheikh Ahmad, “Saya ini hendak bercakap di sebelah sana atau sebelah sini?” Saya tanya sebabnya dulu Tun Dr. Mahathir Mohamad suka (berucap) di sebelah sana. Saya suka sebelah sini sebab dekat dengan isteri saya (sikit ketawa).

Oleh kerana Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir yang pada masa itu, Yang Berhormat Presiden kita, suka sebelah sana, jadi saya ini tidak terikut tradisi dialah. Cara dia kadang-kadang saya tidak terikut walaupun saya sudah ganti dia sebagai Presiden dan juga sebagai Perdana Menteri.

Datuk Badaruddin Amiruddin membuat satu penilaian yang dia kata tepat, kata dialah. Dia kata Dr. Mahathir ini keras dulu selepas itu lembik; Pak Lah lembik dulu lepas itu keras, tak sama. Jadi walau bagaimanapun, sama ada di sebelah sana atau sebelah sini, tetapi pandangan saya tetaplah kepada semua (perwakilan) yang ada di hadapan.

Empat Pagar

Saya Kena Lompat

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana pada hari ini kita sudah sampai ke tahap perhimpunan ini ditangguhkan. Dan saya amat bersyukur sekali kerana dengan selesainya Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini bermakna empat pagar yang saya kena lompat itu sudah dapat saya laksanakan.

Apabila saya mengambil alih sebagai Perdana Menteri dulu, saya memang tertanya kepada diri saya, apakah yang hendak saya laksanakan. Itulah yang ada dalam fikiran saya. Orang tanya saya Pak Lah jadi Perdana Menteri ini rasa macam mana?

Saya kata, “Apa yang saya tahu kerja banyak. Itu saja yang saya tahu. Lain daripada itu saya belum tahu lagi.”Tetapi apabila tugas itu telah diberikan kepada saya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya amat memahami, bahawa saya mewarisi satu kerajaan yang cukup berjaya.

Kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri memang diketahui di seluruh dunia kerana membangunkan Malaysia menjadi negara yang maju dan terkenal. Di samping itu pula saya kena memangku jawatan Presiden parti. Itu pun adalah satu tugas yang amat berat yang terpaksa saya pikulkan.

Kepada siapa lagi yang hendak saya mintak tolong melainkan mula-mula sekali kepada Allah s.w.t., kerana Dialah yang mentakdirkan segala-galanya.

Kerjasama Dan Sokongan

Dari Kawan-Kawan

Itulah takdir-Nya. Maka saya terpaksa memegang dua jawatan itu. Saya amat menghargai kepercayaan yang diberi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada saya. Kepada Tuhan, yang pertama sekali saya mengadap, sujud kesyukuran meminta bantuan. “Kerana-Mu Allah, maka hamba-Mu ini ditakdirkan memegang amanah dan tanggungjawab yang begini besar.”

Pohon minta pertolongan, pohon minta hidayah, pohon dirahmati, pohon dijauhkan daripada apa-apa yang boleh membawa bala bencana dan mala petaka akibat perbuatan saya kepada negara dan kepada bangsa. Selepas daripada itu, saya meminta restu daripada ibu saya15, di Kepala Batas, dan meminta fahaman dan sokongan pula daripada isteri saya.

Yang akhir sekali tentulah yang amat penting juga, meminta kerjasama dan sokongan daripada kawan-kawan yang ada dalam Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi UMNO. Dan akhir sekali tentulah kepada semua ahli-ahli UMNO yang tuan-tuan, saudara saudari yang menjadi wakilnya pada hari ini.

Kepada tuan-tuanlah saya menyerahkan diri meminta kerjasama dan sokongan supaya kita sama-sama memajukan negara, sama-sama menjayakan perjuangan kita. Itulah yang dapat saya lakukan.

Alhamdulillah, perkara yang pertama yang perlu ditangani pada waktu itu ialah hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan, hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi yang berada dalam keadaan defisit yang perlu ditangani dengan berhemah, supaya ia tidak meningkat, supaya ekonomi masih terus bergerak. Itulah pendekatan yang perlu diambil. Kalau tidak diambil maka akan menjadi masalah.

Saya Terpaksa Menjalankan Kerja

Dengan Cara Saya Sendiri

Saya pun pada masa itu menghadapi bermacam-macam pandangan dan cakap-cakap orang, sama ada Pak Lah ini boleh buat atau tidak, sama ada si lembik ini boleh buat kerja atau tidak.

Bukan senang hendak ganti Dr. Mahathir Mohamad. Dalam satu dialog yang diadakan macam-macam soalan ditanyakan kepada saya untuk cuba melihat saya boleh jawab atau tidak. Macam-macam soalan ekonomi dan sebagainya termasuk politik. Kadang-kadang juga ada soalan yang berkaitan dengan peribadi.

Ada seorang bangun bertanya kepada saya setelah dia mengisahkan pembangunan negara ini. Katanya, Tunku Abdul Rahman menjadi Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Hussein Bapa Penyatuan, Tun Mahathir Bapa Kemodenan, Pak Lah hendak jadi bapa apa?

Saya kata dengan terus-terang, Pak Lah hendak jadi Pak Lah, tak ada lain lagi. Itu sahaja. Tetapi hari ini kata mereka bagi nama lain kepada saya pula. Saya tak tahu, tak dengar.

Walau bagaimanapun, saya terpaksa menjalankan cara saya sendiri; tidak terikutlah saya dengan cara Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi satu perkara yang saya tahu, kerja saya mesti saya laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kenapa Orang Tua Ni

Cakap Begini

Saya masih teringat satu peristiwa pada 20 Jun tahun 2002, iaitu di dewan ini juga, pada waktu Dr. Mahathir Mohamad memberi ucapan. Pelik bunyinya dan perkataan-perkataan yang digunakannya itu pun saya tidak berapa hendak dengar kerana dia telah meminta maaf, berkali-kali meminta maaf.

Katanya, “saya minta maaf. Saya tak dapat buat apa lagi dah dengan orang Melayu ini; tak boleh hendak ubah fikiran mereka, tak boleh ubah sikap.” Macam-macam lagi katanya yang saya percaya saudara-saudari mungkin ingat. Perkara itu cukup besar ertinya kepada kita dan sampai hari ini semua orang UMNO masih mengingatinya.

Sambil beliau berkata begitu, beliau kata, “Saya sudah gesa, saya sudah marah, saya sudah rayu, saya sudah doa, saya menangis.”

Saya pun hairan, “Kenapa orang tua ini cakap begini, macam lain tabiatnya pulak.” Rupa-rupanya beliau mengumumkan hendak letak jawatan. Hendak bersara daripada politik dan kerajaan.

Itulah yang mengejutkan kita semua. Tetapi pada saya itulah satu peristiwa yang saya cukup ingat. Saya ingat sekali kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu itu, terutama perkara-perkara yang beliau tidak dapat laksanakan.

Menjamin Kesinambungan

Perjuangan Kita

Saya tertanya diri saya, mungkin itulah ruang yang saya perlu penuhi sebab pada fikiran dia itu adalah aspek yang paling penting sekiranya orang Melayu hendak maju ke hadapan, dengan semangat Malaysia boleh, Melayu boleh. Maka segala pemikiran saya (Yang ada pada saya) saya tujukan kepada matlamat untuk menjadikan Melayu boleh sebab itu nyata ada ruangnya.

Bukan senang menggantikan Dr. Mahathir Mohamad. Untuk menokok tambah kerja-kerjanya yang begitu baik, begitu cemerlang bukan senang. Kalau kita menggantikan orang bodoh kita senang nampak cerdik. Kalau kita menggantikan orang malas yang tidak buat kerja, kita senang menunjukkan kita buat kerja. Ini menggantikan orang yang begitu rajin buat kerja, dan bersungguh-sungguh juga.

Dengan perkiran itulah, saya memperkenalkan idea, iaitu kalau itulah yang perlu diisikan untuk mencukupi, untuk menjamin kesinambungan perjuangan kita, kesinambungan kerja yang telah diusahakan selama ini, untuk menokok tambah kepada apa pun yang telah diusahakan dengan elok dan cemerlang itu, kita dengan itu perlu memastikan orang Melayu mesti boleh ditambah nilainya.

Untuk menambah nilai orang Melayu supaya berkemampuan, kita mesti menjadi bangsa apa yang kita katakan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kata orang, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah buat segala hardware. Saya cakap kepada pegawai-pegawai kerajaan, bangunan-bangunan yang cukup elok di Putrajaya ini hardware. Tetapi softwarenya ialah manusia yang ada dalam bangunan yang serba indah dengan alat-alat kelengkapan dengan teknologi terkini dan sebagainya.

Sebab itu dalam satu ucapan, saya kata, kita ini jangan jadi satu bangsa yang mempunyai kemudahan-kemudahan kelas pertama, tetapi fikiran dan cara kita kelas ketiga.

Catatan:

Pada hakikatnya orang Melayu tidak malas.Kalau ada pun sebilangan kecil sahaja.Yang wujud sejak dulu hingga hari ini adalah disebabkan beberapa karenah seperti berikut:


Meningkatkan Kemampuan

Dan Kebolehan Ddiri

Ini adalah satu pembaziran yang amat besar. Jika kita tidak mampu menggunakan kemudahan-kemudahan yang begini baik untuk menghasilkan kerja-kerja yang lebih baik, kita sebenarnya telah menganiaya diri kita sendiri.

Apabila kita tidak tahu menggunakan sesuatu yang sudah jadi milik kita, tidak tahu menggunakan sesuatu yang telah pun diserahkan kepada kita untuk menggunakannya, kita menganiaya diri kita sendiri. Kita membazirkan peluang baik yang begitu banyak yang boleh membantu kita menjalankan kerja kita dengan baik.

Oleh kerana adalah amat penting untuk kita meningkatkan lagi kemampuan dan kebolehan diri maka saya juga kata, pekerja-pekerja mesti ditingkat nilai mereka supaya nanti kita dapat menjadi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Atas usaha-usaha seperti ini, saya juga kembangkan idea ini kepada pelajar-pelajar kita. Saya bercakap kepada mereka, atas rasa seorang bapa. Saya kata kepada mereka, kamu diberi sekolah sama, guru sama, makmal sama, buku-buku yang digunakan sama, pensyarah sama, profesor sama.

Jadi usahakanlah supaya capai kejayaan yang lebih besar lagi. Kalau orang lain pun dalam keadaan yang sama mampu mencapai kejayaan yang lebih baik mengapa kita tidak jadi lebih baik. Saya gesa mereka supaya menghadapi, memahami dan menghargai apa yang terbaik yang dapat diberikan kepada mereka dalam bentuk peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, lebih baik mutunya daripada masa dulu.

Kita Perlu Ubah

Sikap Kita

Maka itulah, pada waktu ini memang kena idea cemerlang, gemilang dan terbilang itu dijadikan amalan, dijadikan budaya _ sesuatu yang mesti dapat dihambat oleh pelajar-pelajar kita.

Maka dengan itu lahirlah idea cemerlang, gemilang dan terbilang supaya kita jadikan ini sebagai apa yang orang kata keriakan kita, yang melambangkan bahawasanya kita rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu memahami kejayaan yang telah kita peroleh selama ini yang telah dihasilkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah kita terima ini digunakan sebaik-baiknya supaya kita menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Maka dengan itulah kita perlu mengubah minda kita. Kita perlu ubah sikap kita, cara kita bekerja untuk membolehkan kita menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Ini bukan sesuatu yang tidak kena. Kepada saya ini memang sudah kena. Kita tidak mahu nanti segala pembangunan yang lain terlalu ke hadapan tetapi kita ketinggalan di belakang. Orang lain mengguna kemudahan-kemudahan yang dibawa oleh pemimpin kita, orang lain mendapat kejayaan yang lebih besar daripada kita, tetapi kita makin ketinggalan walaupun kemudahan itu ada di sekeliling kita.

Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada kita. Atas sebab itulah ketika membentangkan bajet buat pertama kalinya di Parlimen, saya telah memilih perancangan yang besar iaitu memberikan perhatian kepada sektor pertanian yang sebegitu lama telah dianggap sebagai sektor yang paling lembab. Sektor paling tinggi sektor perkilangan. Sektor perkhidmatan itu yang tinggi, sektor perkilangan agak lembab.

Dapat Membangun

Ekonomi Kita

Kita (orang Melayu) begitu ramai sekali ada dalam sektor pertanian ini. Maka saya amat yakin dan percaya bahawa sektor pertanian boleh memperkasakan orang Melayu dalam usaha membangunkan ekonomi mereka. Kita akan buktikan ia boleh dilakukan dan saya akan pastikan ia akan berlaku.

Saudara Shahiruddin (Moin) dari Pahang, semasa berucap di sini, mengatakan kerajaan perlu mengadakan satu jawatankuasa untuk membuat sesuatu, supaya nanti kita dapat membangunkan ekonomi kita.

Kita mahu mencadangkan akan ada satu jawatankuasa industri yang akan kita tubuhkan dan akan kita laksanakan nanti program-program yang difikirkan boleh membuat kemajuan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Sebenarnya apa yang (beliau) hasratkan telah pun diwujudkan. Saya sendiri menjadi pengerusinya, Jawatankuasa Kabinet Industri Kecil dan Sederhana yang sekretariatnya di Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa. Kita akan laksanakan apa juga program termasuk industri kecil dan sederhana asas tani.

Ini list hendak buat industri kecil tetapi buat yang besar. Kalau buat yang besar pun tidak boleh yang kecil pun belum boleh macam mana kita hendak dapat apa-apa. Sebenarnya dalam dunia ini banyak syarikat-syarikat gergasi pada hari ini bermula sebagai industri kecil dan sederhana.

Jadi mampukah, atau tidak kita apabila terlibat dengan bidang ini kita mengembangkannya?

Keupayaan Menguasai

Ilmu Pengetahuan

Insya Allah, dengan rancangan-rancangan yang telah kita ambil, dan akan kita jayakan, kita harap kita akan melihat perubahan yang besar di kawasan luar bandar nanti.

Memang saya amat memahami dalam usul ekonomi yang diluluskan oleh perhimpunan di mana telah ditetapkan pada tahun 2010 kita hendak capai matlamat 30 peratus bumiputera dalam masyarakat perdagangan dan industri.

Kalau itulah yang menjadi matlamatnya, kita tidak ada pilihan melainkan kena berkerja bersungguh-sungguh dengan kuat supaya kita dapat mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan kecekalan. Ia memerlukan kerajinan dan kesabaran. Ia memerlukan kita sentiasa meningkatkan lagi keupayaan menguasai ilmu pengetahuan. Itu akan kita laksanakan.

Ada juga yang meminta supaya diwujudkan monitoring ataupun satu agensi yang akan memantau segala tindakan yang diambil untuk menentukan sejauh manakah pencapaian bumiputera dalam bidang ekonomi nanti. Itu telah pun kita laksanakan, cuma saya tidak umumkan.

Ia telah pun kita laksanakan kerana saya masih berpegang kuat pada rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia tamat pada 1991 dan digantikan dengan rancangan baru. Semangat dasar itu telah diputuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada masa saya berada di Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Catatan:

Dr Abdullah Badawi telah memegang jawatan Setiausaha. MAGERAN telah tubuhkan setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969 bnerikutan rusuhan kaum.iaitu pada 14 Mei. Negara telah diistihar di bawha undang-undang darurat dan Parlimen di gantung dari 14 Mei hingga 31 Januari 1971.Parlimen disambung semula pada 23 Februari 1971.

Pengalaman tersebut menjadi salah satu catatan kecemerlangan Dr Abdullah Badawi di bandingkan dengan ahli-ahli politik di negara ini.16- mokhtar petah)

Saya tahu bagaimana ia bermula. Saya tahu bagaimana hasrat yang dibayangkan oleh mereka yang ketika itu berbincang berbulan-bulan lamanya untuk melahirkan sesuatu yang boleh menjamin bahawa orang Melayu boleh mempertingkatkan dirinya dan tidak menjadi bangsa yang terbiar dan tertinggal dan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan masalah politik lagi akibat keadaan yang begitu.

Mereka tidak mahu berlaku lagi peristiwa seperti 13 Mei. Saya memahami apa yang berlaku dalam Majlis Perundingan Negara pada waktu itu, di mana semua kaum daripada pelbagai pertubuhan berbincang secara tertutup.

Hasil perbincangan itulah kita dapat mengambil intipatinya, apa yang dikehendaki oleh mereka. Itulah yang menjadi ramuan untuk mewujudkan DEB, ramuan untuk membesarkan ikatan Barisan Nasional, ramuan yang telah menwujudkan Rukunegara.

Kita tahu bahawa yang dikehendaki oleh rakyat pada waktu itu ialah satu pembangunan yang adil dan saksama untuk semua. Tidak ada golongan yang akan terbiar. Tiada siapa yang tahu tetapi kekayaan telah diagih kepada semua.

Itulah semangat yang melahirkan DEB dan dengan semangat itulah pada hari ini saya masih kekal memegang semangat DEB itu.

Matlamat yang hendak kita capai belum lagi tercapai. Saya kira ia bukanlah sesuatu yang berlawan dengan aspirasi nasional, aspirasi Bangsa Malaysia. Masih ada lagi kerja-kerja yang perlu kita laksanakan untuk mencapai cita-cita yang telah kita tetapkan, tetapi dalam kerangka, matlamat dan pendekatan yang lain.

Namun kita tetap caranya dengan hikmah. Maka dengan itu, dengan adanya badan yang akan mengawas dan menyelaras, kita akan tahu pada setiap masa cara kita bergerak: Apakah kita berada pada landasan yang betul atau kita telah tergelincir dan tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

Ini adalah kerja-kerja yang mesti kita laksanakan. Memang lebih senang bercakap daripada buat tetapi kita mahu juga berusaha supaya kerja kita pun jadi senang. Insya-Allah dengan muafakat kita akan dapat laksanakan.

Dengan kerja-kerja yang telah pun dibuat, dengan apa yang anda semua ketahui sebab itulah dalam pilihan raya lalu kita mendapat kemenangan besar.

Saya memang takut mula-mula menghadapi pilihan raya. Bukan takut Barisan Nasional tidak boleh menang. Boleh menang. Tetapi kita ini terlalu biasa menang mesti tidak kurang daripada dua pertiga. Itu sudah jadi kebiasaan UMNO, kebiasaan Barisan Nasional. Sebagai pemimpin, jika kejayaan itu tidak diperoleh mungkin hari ini saya tidak berdiri di sini lagi sebagai Presiden parti.

Tetapi kita berusaha berkat sokongan semua sahabat-sahabat saya dalam kabinet, sokongan saudara-saudara kita semua berkerja bersungguh-sungguh. Kita mahu menang sekurang-kurangnya dua pertiga.

Generasi Selepas Genarasi

Pejuang Kemerdekaan

Oleh sebab kita bekerja bersungguh-sungguh dan rakyat tahu kita bekerja bersungguh-sungguh, maka akhirnya kita mendapat kemenangan luar biasa yang belum pernah diperoleh Barisan Nasional selama ini.

Orang memberi pujian ini sebagai kejayaan Pak Lah, macam-macam pujian. Mungkin mereka nampak saya berkempen di sana-sini. Kejayaan ini kalau pun kerana saya, sebenarnya kejayaan kita semua. Alhamdullillah, kita bersyukur kepada Allah.

Hari ini, dengan adanya pemilihan ini, maka mungkinlah apa yang Tan Sri Isa Samad katakan tadi generasi baru selepas generasi pejuang kemerdekaan, kitalah generasi baru. Tahun 1957, saya masih di sekolah. Tahun 1946 itu pula terlalu kecil untuk mengambil bahagian dalam apa-apa yang ada hubung-kaitnya dengan perjuangan masa itu.

Tetapi sebagai anak UMNO, saya faham dan yakini, Datuk Najib faham, Datuk Hisham faham, semua kawan-kawan saya faham, bahawasanya perjuangan bangsa kita yang dimulakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan itu, adalah perjuangan untuk menjadikan kita ini bukan sahaja bermaruah, bukan sahaja bangsa yang maju, bukan sahaja bangsa yang berjaya, tetapi bangsa yang benar-benar maju, yang saya katakan begitu cemerlang, yang lebih gemilang dan yang menjadi terbilang.

Ini wasiat mereka dan kita mesti mengambil berat. Kalau kita telah diberikan parti yang begitu baik untuk kita mewarisinya, jentera yang begitu kuat untuk kita mewarisinya dan kita perlu menggunakannya untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi pada masa hadapan. Hasrat mereka perlu kita penuhi.

Tanya ahli-ahli UMNO yang ada, walaupun kita melalui proses pemilihan baru-baru ini, ramai yang bimbang apakah yang akan berlaku dengan UMNO.

Macam-macam tuduhannya. Tetapi kita melalui proses ini dan akhirnya sampailah ke dewan ini, di mana kita membuat pemilihan, di mana kita menyingkirkan kepimpinan parti kita dan dengan itu muncullah barisan kepimpinan baru parti UMNO untuk meneruskan perjuangannya.

Parti kita cukup berpengalaman, hebat, teguh, masih berperanan induk dalam BN. Rakyat memahami dan memberi kita satu mandat dan amanah yang begitu besar. Mandat itu adalah amanah. Apabila kita terima amanah, kita mesti laksanakan. Kita akan laksanakan dengan segala kekuatan yang ada pada kita.

Dengan kekuatan yang ada, kita berusaha melaksanakannya. Kalau tidak, kita tidak akan mencapai apa-apa. Kita mesti ingat jalan ke hadapan bukan sahaja jauh dan mendatar. Jalan ke hadapan ialah jalan yang jauh, jalan kita memanjat bukit. Tahun 2020 berada di puncak gunung bukan 200 atau 300 kilometer lagi.

Apabila negara maju, kita hendak tambah lagi kemajuannya. Apabila berjaya cemerlang kita mahu gemilang. Apabila gemilang kita mahu terbilang.

Perjalanan kita bukan mudah malah memerlukan segala tenaga dan muafakat yang teguh. Kita perlu dengan berani menerima dan melaksanakan amanah yang diterima. Kita meenrima amanah ini bukan untuk kita bermegah.

Kita tubuh kerajaan, jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri, ketua menteri dan exco bukan untuk berlagak. Itu pada saya tidak ada erti. Yang ada erti ialah kuasa yang mesti kita gunakan dengan sebaik-baiknya.

Bertongkat Lama

Nanti Lutut Bengkok

Tidak ada erti bermegah dengan kebesaran fizikal yang pada kita jika sekiranya kita buat tak kena dan tak baik, jika sekiranya kita rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Buat apa? Depan kita orang kata “Apa khabar Yang Berhormat” tapi belakang kita, “Pergi da!”

Saya tidak mahu begitu. Apa orang kata depan kita baik; kita tidak ada pun, orang cakap baik. Kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh dalam perkara ini.

Insya Allah, dengan kepercayaan yang diberikan itu kita boleh memastikan apa yang dikehendaki dan dihajati oleh bangsa dan rakyat Malaysia akan dapat dilaksanakan.

Saya masih ingat lagi apabila saya membuat ucapan dasar kelmarin, yang jelas dan terang mengenai Islam Hadhari, hal Melayu dan hidup Melayu di depan ketua komponen BN. Mereka mendengar ucapan pasal Islam Hadhari yang agak panjang. Banyak ayat al-Quran yang berulang-ulang saya sebut hingga ada orang kata Pak Lah dah mula berkhutbah.

Tetapi sebab hendak menerangkan satu pendekatan baru yang kita ambil, itulah yang mereka dengar _ pemimpin Islam mesti beramanah, bersikap adil kepada manusia bukan hanya kepada orang Islam.

Yang kita buat itu adalah yang baik, nilai-nilai universal yang juga mereka pegang kuat.

Mereka rasa bukan sesuatu yang menakutkan bahkan amat berbangga jika sekiranya UMNO dapat melaksanakan program ini menggunakan agama sebagai pencetus daya dan usaha kerana orang Melayu mudah dicetuskan semangat, dipujuk jika pendekatan Islam itu dapat digunakan.

Kalau kita dapat cetuskan idea dan kekuatan baru dengan didorong oleh semangat Islam Hadhari itu, InsyaAllah kita akan jadi bangsa yang tidak lagi mengharapkan apa-apa lagi bantuan tetapi kita sendiri boleh membantu dengan kebolehan kita.

Pada saya amat malang jika sekiranya sampai bila-bila pun kita menjadi bangsa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Tidak boleh, ia mesti dihentikan. Tidak boleh bertongkat lama, nanti lutut bengkok. Kita mesti terdedah kepada saingan, rintangan dan cabaran kerana itu semua akan memberi kekuatan kepada kita.

Ini adalah kepercayaan saya tetapi kita juga membantu. Saya tidak kata bahawa kita tidak membantu lagi. Kita bantu yang patut dan wajar. Yang sudah elok mesti berusaha dengan sendiri. Ini penting. Jangan lagi diharap bantuan kerajaan.

Sepatutnya yang sudah elok dan kuat bongkok sendiri. Ini penting. Jangan sudah elok dia suruh pula kerajaan bantu. Tidak boleh begitu.

Ini yang saya katakan, kita sebenarnya sudah mula ada kekuatan. Tenaga profesional, tenaga saintis dan teknologi serta usahawan ini sepatutnya jadi pelengkap dan pembantu kepada kerajaan iaitu sebagai pemangkin supaya proses untuk maju ke hadapan akan menjadi lebih cepat lagi.

Sebab itu tuan-tuan sendiri menyuarakan bahawa syarikat milik kerajaan (GLC), tentang betapa penting swasta bekerja dengan kita. Saya mendengar semua itu dan saya akan bawa mesej tuan-tuan kepada syarikat-syarikat ini supaya mereka memahami perjuangan dan tuntutan kita dalam hal ini.

Maka dengan kekuatan yang kita ada Insya-Allah kita akan lebih maju tapi peliharalah kekuatan ini, peliharalah UMNO ini. UMNO adalah satu kekuatan politik yang pada kita dan kita patut bersyukur kerana UMNO telah diserahkan kepada kita untuk kita memajukannya.

Disogok

Dengan Politik Wang

Sebarang masalah yang boleh merosakkan dan melemahkan UMNO, ini mesti kita elak dan ketepikan.

Saudara-saudari. Macam-macam perkara tidak elok yang kita dengar; disogok juga dengan hal politik wang. Ini tidak boleh ada. Apa yang penting ialah kita mesti membina kekuatan kita dan menjauhkan daripada apa juga yang boleh melemahkan parti. Ini adalah prinsip perjuangan yang mesti kita patuh.

Saya cukup ingat kejayaan. Apabila kita kata sudah berjaya maka kita akan berjaya selama-lamanya. Perjuangan Melayu diasaskan kepada fahaman bahawa orang Melayu itu mesti tuntut merdeka; kita sudah lama dijajah.

Kita tahu bahawa ucapan di zaman awal tuntutan kemerdekaan ketika saya masih bersekolah tetapi saya faham iaitu `Hidup Melayu!’

Hang Tuah kata, “Takkan Melayu hilang di dunia'.” Hebat betul. Saudara tahu atau tidak, semasa Hang Tuah berkata demikian semasa itu dia sebagai panglima dan laksamana yang hebat dan gagah pada zaman Kesultanan Melaka yang juga Empayar Melayu yang terkenal di seluruh dunia.

Tetapi apa jadi kepada Kesultanan Melayu itu? Tidak tahan lama kerana apa? Kerana dalam istana ada politik pemimpin yang melemahkan Melaka dan membolehkan Portugis masuk seterusnya menawan Melaka. Itu sejarahnya.

Selama 400 tahun Melayu tetap ada di Semenanjung Tanah Melayu ini tetapi Melayu tidak ada darjat. Melayu di bawah penjajahan, selepas Portugis datang Belanda, selepas Jepun datang Inggeris.

Mujurlah ada UMNO. Kalau Hang Tuah kata, “Takkan Melayu hilang di dunia'”, Pak Lah kata, “Melayu hidup biar bermartabat”.

Kita mesti isikan pembangunan. Kita mesti memberi martabat kepada bangsa kita. Kita telah jadi bangsa berdaulat kerana kita ada kerajaan dan memerintah. Yang menyelamatkan Melayu dan memartabatkan bangsa ini dan menamatkan penjajahan selama 400 tahun ialah UMNO yang membela orang Melayu.

Inilah pusaka dan kekuatan yang perlu kita hargai sungguh-sungguh supaya dalam zaman moden ini kita dapat capai kegemilangan yang diharapkan.

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana mesyuarat kita ini dapat diikuti di seluruh dunia. Kita ada UMNO TV yang telah menyiarkannya melalui internet. Saya diberitahu yang UMNO TV ini telah mendapat `hit' sebanyak 1.2 juta. Saya kira ini merupakan satu kejayaan, Alhamdulillah.

Mereka mengikutinya semenjak ia ditubuhkan dan tidak sampai tiga bulan, dan sepanjang kita bermesyuarat selama empat hari, sudah ada 700 hit yang datang terutama dari Amerika. Mereka hendak tahu apa yang sudah berlaku. Mereka hendak ambil peduli pasal UMNO. Dulu mereka tidak peduli.

Sensitif Terhadap

Kehendak Rakyat

Mereka hendak ambil tahu kerana UMNO adalah parti tunggak kerajaan hari ini, kerana kepimpinan UMNO juga kepimpinan nasional dan kepimpinan kerajaan.

Mereka hendak tahu apa kita cakap. Mereka hendak tahu apa kita buat. Mereka hendak tahu ke arah mana kita hendak bawa parti kita ini. Semua ini menjadi minat mereka.

Sebab itulah bukan hanya surat khabar Malaysia sahaja tetapi surat khabar antarabangsa juga melaporkan apa yang berlaku semasa kita bersidang.

Minat mereka kepada kita begitu tinggi sebab kita sudah jadi orang yang berjaya, parti yang berjaya. Inilah yang perlu kita fahami.

Kita perlu sensitif terhadap apa yang sedang berlaku, mudah-mudahan kita mendapat kejayaan seperti mana yang kita harapkan di masa hadapan. Kita perlu sentiasa sensitif terhadap kehendak rakyat dan kehendak masa depan.

Saudara saudari sekalian, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat kemenangan, yang telah dipilih dan diberi amanah untuk memimpin parti.

Kita akan berkerja sama. Ada orang tanya: Pak Lah, siapa kawan kamu di sana? Saya kata: Semua yang ada di sini adalah kawan saya.

Tiap-tiap orang UMNO adalah orang saya. Saya bukan pemimpin kepada mana-mana kumpulan tertentu. Saya menjadi pemimpin kepada semua orang UMNO kerana saya tetap adil dan saksama pada semua orang, tidak ambil kira daripada mana.

Saya ucapkan tahniah kepada mereka.

Moga-moga kami akan berkerja sebagai satu pasukan yang baik. Saya masih ingat masa saya kalah dulu, orang lama ingatlah, tempat ini jugalah saya buat ucapan.

Pada masa itu saya baca ayat Al-Quran yang agak panjang tetapi kali ini saya baca ayat yang lain pula sebab kali ini saya menang, menang tanpa bertanding pula.

Ayat ini juga untuk semua yang hadir dan yang menang. Maknanya:

Apabila kamu telah dirahmati Allah dengan kemenangan, kekayaan dan kejayaan dalam persaingan, kamu hendaklah berlembut hati dengan mereka. Dan sekiranya kamu kasar, maka mereka akan jauh hati dan mereka akan lari dari sisi kamu.

Ampunilah mereka, berdoalah kepada Allah. Apabila kamu telah melakukan semua ini, berazamlah betul-betul, bertawakallah kepada Allah kerana Allah sayang pada mereka yang bertawakal.

Ini adalah satu pedoman dari kitab al-Quran yang patut kita jadikan panduan pada perjuangan kita. Ini bermakna kalau kamu menang, janganlah sombong. Besar sangatkah dengan kemenangan itu?

Ingat, kita menang kerana orang sokong, kalau tidak menang nanti kena turun ke bawah. Itu perkara biasa, bukan saya anggap yang di bawah itu hina, tidak.

Saya tidak kata begitu. Kita kena menghargai sokongan dan jadilah orang yang baik. Sokongan itu adalah satu amanah. Kerja mesti kita laksana dengan sebaik-baiknya.

Dalam Perjuangan

Tidak Ada Pencen

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama. Saya agih-agihkan kerja kerana hendak bagi semua orang ada kerja supaya jawatankuasa pengurusan pun ada kerja, Naib-Naib Presiden semua ada kerja.

Tan Sri Muhyiddin buat kerja pentadbiran dan perlembagaan parti, Tan Sri Muhammad bantu bila ada pilihan raya kecil. Najib jaga hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran parti termasuk pendaftaran sebagai pengundi pilihan raya. Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita masing-masing dengan peranan mereka.

Catatan:

Mohonlah (berdoa) kepada Tuhan kamu dengancara merendahkan diri dan suara renda (lembut),bahawa Allah,tidak menykai orang-orang yang melampaui batasa; dan janganlah kamu emelakukan kebinasaan di muka bumi (masyarakat) setelah ia baik; dan mohonlah (berdoa) kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat berharap),ksesungguhnya rakmat Allah itu sangat dekat denhgan orang-orang yang ihsan (beriman kepada Allah dan berbuat kebajikan sesama manusia).17

Ya Allah, jadikanlah diriku orang yang beriman,jujur dan tidak mengingkari perintah-Mu.Jadikanalah keluagaku, keluarga yang beriman dasn tidk melangar perinhtah-Mu.

Ya Allah,jadikanlah negara kami,pemimpin kami dan kaum mulimin dan muslimat dalam keredaanmju.

Ya Allah,Kau bukalah hati kami,jika kami telah melakukan kemungkaraan dn tidka jujur atau ikhlas dal;am perjuangan kami,jadikan hati kami tawar memikul tanggungjawab atas akami dan jadikanlah kami kalah dan mencapai apa-apa peluang dalam perjuangan kami.Kami tahu perjuangan kami adalah sia-sia.

Ya Allah,Kami mehon keampunan dan keredaan-Mu.

Ya Allah, Kau muliakanlah Nabi Muhammad yang ummi dana keluarganya.Amin. – mokhtar petah)

1 Shad:26

2 Mokhtar Petah,2004,FALSAFAH KEPIMPIN DR ABDULLAH BADAWI, Kuala Lumpur,Yayasan Amal Maaruf Malaysia, hlm; 1 – 17.

3 Cabutan dari AS SIRATUN NABAWIYAH, li ibni Hisham, Birut, Darul Kitab 1993.

4 Al Baqarah:163.

5 Maksud dari Hadis Nabi Muhammad s .a . w .

6 Mokhtar Petah, 2004, FALSAFAH KEPIMPINAN Dr. ABDULLAH BADAWI, Kuala Lumpur, Yayasan

Amal Maaruf Malaysia, hlm: 36,37.

7 Imam Jamaluddin As Sayuti,1982, TAISIR AL IJTIHAD -Terjemahan: Cara Mudah Ijtihad - A.Alimin

Koto el Majid) Mekah, al Maktabah at Tijariyah Mustafa Ahmad al Baz,1982 –

Jakarta,2001,CV.Cendekia Sentra Muslim (IKAPI),hlm:50,51,52.

8 Adz dzariat:25, 26, 27, 28, 29, 30.

9 Al Anaam:84.

10 Al Baqarah:65.

11 Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC),telah dibentuk pada tahan 1960. Dianggotai oleh

11 negara banyak minyak, iaitu ABU Dabi, Algeria, Arab Saudi, Indonesai, Iran, Iraq,Libya, Nigeria, Qatar

dan Venezuela.

12 Elba Damhuri, 2003,DI BALIK INVASI AS KE IRAQ, Jakarta, Senayan Abadi Publishing, hlm . v, vi .

13 Ibid:19, 20.

14 Ibid: 53.

15 Allahyarham Datuk Hajah Kai Lan binti Haji Hassan. Meninggal dunia di Kepala Batas,Pulau

Pinang, pada Isnin,2 Februari 2004.Dikebumikan di tanah perkuburan kawasan Majd Al

Badawi, tempatan.

16 Mokhar Petah, DATUK ABDULLAH BADAWI PEJUANG KEMANUSIA SEJAGAT, Kuala

Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.,1997.

17 Al ‘Afar: 55, 56.

No comments: