Nik Aziz
“Terlalu banyak kelemahan undang – undang ciptaan manusia (peodal, monarki, kapitalis, sosialis, komunis), kadang kala disebabkan kepintaran dan kebijaksanaan manusia, mereka dapat melepaskan diri dari hukuman atau memebasakan diri dari tuduhan. Para penjenayah mempunyai berbagai helah untuk melepaskan dri dari ditangkap.
Penjenayah tidak gentar dengan hukuman undang – undang ciptaan (manusia), sebahagian besar dri hukumannya tidak menjadikan penjenayah serik. Denda dengan wang tidak menjadi beban berat kepada penjenayah yang telah menghimpun banyak wang dari perbuatan jenayah mereka.
Kelamahan undang – undang ciptaan manusia adalah disebabkan kelemahan manusia itu sendiri, justeru itu mereke memerlukan suatu peraturan yang lebih sempurna.Oleh kerana Allah SWT sebagai pencipta manusia dan alam seluruhnya, maka undang – undang dan hukum-Nya paling sempurna.
Undang – undang agama (Islam) yang berteraskan wahyu Allah dan As Sunnah tidak memberi ruang walau sedikit pun bagi manusia terlepas dri hukuman. Jikapun di dunia mereka terlepas, tetapi di akhirat mereka pasti menerima baklasan setimpal dengan kejahatan yang dilakukan.
Kesepurnaan undang – undang dan hukum Islam itu, selain dari hukuman secara fizikal, tetapi ia memiliki konsep dosa pahala, keyakinan trhdap dosa pahala menjadi asas terpenting bagi mencegah diri dari melakukan jenayah dan juga kejahatan.
Tidak seorang pun manusia yang melakukan maksiat dan dosa boleh mengelakkna dari balasan azab kubur dan juga siksaan apai neraka.Begitu banyak ayat – ayat Allah (Quran) yang menjekaskan, bahawa Allah sentiasa melihat semua kejahatan menusia samaada yang dilakukan secara terang atau secara rahsia.
Semua itu kerana hanya ajaran agama (Islam) sahaja yang menjelaskan bahawa swetiap perbuatan yang baik atau yang buruk akan dicatast dengan terang. Semuanya telah tersedia di dalam rekod Allah Taala.”
No comments:
Post a Comment