Friday, April 17, 2009

SEJARAH NEGERI PERAK



DATOK PNGLIMA GANTANG DILUPAKAN

RASUAHA DAN ADUN BERBASIKAL

Oleh: Mokhtar Petah

Pada masa menghadapi kemerdekaan yang disetujui oleh penjajah Inggeris,para pemimpin Melayu dalam perjuangan kanan (UMNO) di Negeri Perak, telah berpecah belah dan menjadi dua golongan, iaitu:

1 – Golongan Ghazali Jawi

Ghazali Jawi telah berjaya menjatuhkan Panglima Bukit Gantang, Dato Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (Menteri Besar) pada zaman penjajah Inggeris dan pemimpin UMNO Perak. Kemudiannya beliau dipecat dari UMNO sdan jasanya sebagai pejuang kemerdekaan (pihak kanan) telah dilenyapkan dari ingata orang Melayu Negeri Perak.

Maka setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, maka pemimpin UMNO – Perikatan, Tunku Abdul Rahman Putra telah memengemukakan Ghazali Jawi kepada Sultan Perak, Aultan Yusuff Izzuddin Shah untuk dilantik dan perkenan memegang jawatan Menteri Besar Perak.

2 – Golongan Panglima Bukit Gantang

Setelah dipecat dari UMNO, Dato Penglima Bukit

Gantang menyeretai golongan istana dan Orang –

Orang Besar Perak yang meneruskan perjuangan

dalam National Association of Perak(NAP) bersama:

1 - Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor

2 - Dr. Haji Megat Khas

3 - Megat Yunus bin Megat Isa

4 - Putih Mariah binti Ibrahim Rashid

5 - Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman

6 - Haji Ismail Hamzah (Mufti)

7 - Raja Haji Shahar Shah bin Raja Harun

8 - Dato Poanglima Kinta, Wan Mohd. Yusof atau C.M.

Yusof

9 -Sheikh Hamzah bin Mu'ti.

11 -Tok Muda Orang Kaya Menteri, Wan Mohd.

Nor bin Wan Mohd. Nasir.

12 - Raja Hanif Shah

Kira – kira stahun lepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, National Association of Perak (NAP) telah berkubur disebabkan tidak mendapat sambutan dari orang Melayu dan orang – orang dari keturunan lain.

Pada zaman itu Negeri Perak kawa raya dengan hasil mahsulnya, iaitu:

1 – Bijih Timah

2 – Batu besai

3 – Kayu balak, dan

tanah kerajaan sesuai dibangunkan untuk taman

perumahan, industri dan sebagainya.

Pada zaman itu para wakil rakyat terdiri dari bekas guru Melayu, mereka yang berpelajaran rendah.Pendapatan atau alauns wakil rakyat terlalu kecil,iaitu kira – kira antara RM 250.00 hingga RM500.00 sahaja.

Ada beberapa orang ahli Dewan Negeri Perak pada zaman itu menggunakan kenderaan hanya basikal dan motosikal.Ada beberapa orang memaakai kereta.

Di antara ahli-ahli Dewan negeri yang menggunakan basikal untuk melawat ke seluruh kawasan DUN mereka, ialah:

1 - Khalid Abas Adam – Padang Rengas

2 - Ahmad bin Abbas – Alor Pongsu

3 - Ali Zaini bin Haji Mohd.Zain - Karai

4 - Ahmad bin Shazali – Batang Padang.

5 - Haji Muhamad bin Din – Keroh.

Oleh kerana wakil rakyat mesti melayah ahli – ahli UMNO dan para penduduk dalam kawasan masing-masaing, maka untuk mendapatkan wang ( setengah dari mereka) terpaksa menggadai harga diri dan curang, iaitu melakukan rsuah.

Di antara mereka menerima rasuah darii para saudagar Cina dan India yang berdagang bijih timah, batu besi, kayu balak dan tanah.

Kemudian di kalangan UMNO Negeri Perak sendiri telah berpecah belah keranatidak puas hati dengan cara Ghazali mengetuai Kerajaan Negeri; kononnya beliau lebih mengutamakan orang – orang dalam kawasan Lenggong - Hulu Peradari orang – orang kawasan lain dalam mengagih habuan seperti bijih timah, kayu balak dan demikian juga dengan perunjtukan wng untuk pembangunan.

(bersambung kepada hari Isnin)



No comments: