Tuesday, April 7, 2009

PIKUL AMANAH RAKYAT

PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN YANG ADIL

Oleh: Mokhtar Petah

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak telah berikrar,bahawa beliau memegang jawatan tertinggi negara adalah kerana memikul amanah rakya dan akan melaksanakan pembaharuan yang adil untuk semua rakyat.

Ikrar tersebut adalah lahir dari hati seorang pemimpin yang jujur dan bertangungjawab dan kita yakin, bahawa beliau akan melakukannya seperti mana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah berikrat pada tahun 2004 dan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Perubahan yang akan Najib lakukan itu tidak akan mencapai kejayaan sekiranya tidak ada sikap kegotong – royongan dari para anggotra kabinet, wakil rakyat, ahli UMNO, Barisan Nasional dan rakyat jelata.

Dalam sesebuah negara demokrasi,siapa sahaja yang berjaya membentuk kerajaan dan memerintah negara melalui kemenangan dalam pilihana raya, maka semua rakyat, sama ada dalam parti – parti -parti pembangkang mahupun mereka yang tidak menyertaia mana- mana parti politik mestiklah memberi taat setia kepada kerajaan yang wujud dan berkuasa.

Sekarang UMNO – Barisan Nasional memerintah negara ini, maka semua ahli parti – parti pembangkang dan rakyat mestilah dengan ikhlas taat kepada kerajaan Barisan Nasional dan begitu juga semua ahli UMNO – Barisan Nasional dan rakyat mestilah taat setia kepada kerajaan Selangor, Kedah, Pulau Pinang yang di terajui oleh Pakatan Rakyat – PR dan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS.

Sesiapa juga yang tidak mentaati kerajaan Malaysia dan kerajaan- kerajaan negeri, bukan sahaja dia telah melakukan percaanggahan dengan semangat demokrasi, bahkan telah tidak ada kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja – Rayu.

Dengan pmbaharuan yang sedang dilaksanakan oleh Najib, saya berharap pada masa pilihan raya akan datang tidak ada lagi menteri, menteri besar,ketua menteri dan mereka yang ada kedudukan dalam UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mengelaurkan kata – kata yang saya kira tidak bersopan,jahil politik dan berlawanan dengan meruah Perlembagaan Negara, iaitu seperti berikut ini:

              1 - Kalau mahukan pembangunan undilah

              calon Barisan Nasional

2 - Kalau pilih calon parti pembangkang

jangan harap kerajaan akan

mendakan pembangunan di sini.

3 - HanyaBarisan Nasional yang mampu

mengadakan pembangunandan

kemakmuran rakyat.

4 – Kalau Barisan Nasional tidak

memerinta rakyat negara ini akan

papa kedana.

5 - Para penuntuttidak akan mendapat

bantuan dan biasiswa sekiranya tidak

undi calon Barisan Nasional.

Dalam keghairan berpolitik dan berkempen, setiap politiku memang patut tidak boleh melupakan atau pura - pura jahil' bahawa semua parti politik yang wujud di negara ini adalah di bawah ruang yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara, iaitu rakyat bebas menubuh persatuan.

(Bersambung esok)





No comments: