Saturday, April 11, 2009

SEJARAH NEGERI PERAK

SEJARAH NEGERI PERAK

KERAJAAN ABAIKAN RAKYAT

Oleh: Mokhtar Petah

[Mulai hari ini kami akan menyiarkan tulisan Mokhtar Petah, mengenai negeri – negeri dalam Malaysia dengan bermulakan dengan Negri Perak. Tulisan beliau berkisat di segi sejarah, politik dan kehidupan rakyat jelata. Kami berharap tulisn ini akan dapat memberi faedah kepada pempbaca yang membacanya. - Editor, Petah Shahrir Aidid.]

NEGERI PERAK.

Negeri Perak terletak di antara negeri – negeri Selangor, Pahang, Kelantan, Kedan, Pulau Pinang dan kawasan empat wilayah di Selatan Thailand. Sebahagian dari negeri itu, iaitu dari daerah Hilir Perak, Manjong, Larut – matang dan Kerian bersempakan pantaai gigi laut. Sebahagian pula gunung ganang, iaitu sempadan antara negeri itu dengan negeri Pahang, Kelantan, empat wilayah Selatang Thailan dan Kedah.

Sejarah

Nama Negri ini, Perak, ada berbagai cerita. Berasal dari nama Orang Besar - Besar Melaka, iaitu Tun Perak. Berasal dari baha galian,iaitu bijih putih yang pada zaman itu belum terkenal dengan nama bijih timah. Cerita yang satu lagi,ialah dari sanam suku Orang Asli dalam rimba di sana, iaitu 'Perak'. Kerana orang Perak menyebut setiap huru yang di depannya 'alif' atau 'a' dan 'e tand di atgas' bunyinya dimerengkan, iaitu: Kata – kate, jala – jale dan mata – mete. Maka suka kata 'Pe' pada 'Perak” tidak dibunyian ke atas, iaitu bunyi dimerengkan, 'pe', maka jadi Perak, iaitu bunyinya tidak di ataskan. Di merengkan.

Bijih Timah

Menurut catataan seorang ahli pelombong bijih Melayu, Sayed Culan dan Toh Tan Abdullah , pada zaman sila, orang Melayu belum menamakan bijih timah, mereka menyebutnya 'kacang bumi'.

Pada satu hari beberapa orang Melayu pencari galian tersebut menghilir di sebatng sungai di Cenderiang, Tapah, mereka ternampak beberapa orang perempuan Melayu sedang mendulang galian tersebut. Seorang dri mereka bernama Timah ( mungkin Fatimah) sedang mendulang dengan bercangkung dan menghadap ke hulu sungai. Kain sarung yang dipakainya terselak hingga ternampak kemaluannya. Salah seorang pencari galian yang ternampak kemaluan Timah. Kemudian dia menamakan galian itu 'biji Tima'. Tetapi kemudiannya kata 'biji' itu ditambah 'h' di hujungnya, menajdi 'bijih'.

Negeri Perak berada dalam catatan sejarah yang amat panjang.Dijajah oleh Kerajaan Kepuche, Siam, Inggeris, Jepun, dan Inggeris kali terakhir.

Sultan

Sultan yang memerinta Negeri Perak berasal dari putera Sultan Melaka yang lari ke Kampar, Sumatera, setelah 1511, Sultan Mahmud Shah, iaitu Raja Muzaffar.

Sebelum ke datangkan pejajajah Inggeris,Negeri Perak adalah sebuah negeri Islam beraja seperti Iran dan mengguna pakai Undang- Undang 99. Dalam Undang – Undang 99 ada artikel mengenai Undang – Undang Hudud. Pada zaman itu,undang – undang tersebut diguna – pakai.

Sultan Perak kemudiannya ada dua saluran keturunan Melayu dari Sumetera. Asal usul Al marhum Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah berasal dari Raja pemerintah Acheh. Sultan sekarang, Sultan Azlah, berasal usul dari Melayu Melayu Minangkabau.

Adat Istiadat

Adat istidat yang diguna pakai oleh Istana Perak - Sultan Perak pada zaman silam, hingga pada masa ini, adalah bercamur aduk: Hindu, Iran, Inggeris dan Islam (mengikut khalifah tidak terus kepada Quran dan Sunnah).

Pada hari ini Sultan masih menggunakan ' kata Sultan kata pemutus'. Di antara yang digunakan, ialah pemecatan ke atas Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin dan menggantikan dengan Menteri besar baru, Dato Dr.Zambry Abdul Kadir.

Pentadbiran

Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hinnga sbekum pilihan raya umum 2008 pentadbiran Negeri Perak dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional, iaitu di bawah Menteri – Menteri Besar.

Tetapi kerana pentabdiran bercampur aduk dengan politik dan ada yang kurang cekap,maka negeri itu menjadi negara yang mudufr dan rakyatnya tidak mendapa layanana yang saksama.

Pada masa ini negeri Perak telah kehabisan hasil rimba, ranah komersial dan tanah pertnaian kerana di keluarkan dengan tidak menghitungkan masadepan rakyatnya.

Setelah pilihan raya 2008, Negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, iaitu Parti – parti Politik, Parti keadilan Rakyat (Sosio – demokrasi), DAP (sosio – demokrasi) dan PAS (Islam).

Pakatan telah diketepikan memerintah Perak setelahm Sultan Perak memberhentikan khidmat Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin sebagi Menteri Besar dan pafra anggota Exconya.

Politik

Polilitik di Negeri Perak telah bermula pada zaman sebelum Inggeris menjajah negeri itu, iaitu politik Istana yang berfalsafahkan ' kata Sultan, titrah Allah. Menentang Raja, menentang Allah. Rakyat yang setia dilindungi Sultan. Rakyat yang derhaka akan mnerima hukuman 'poanmcung tak bertanya'.

Setelah Ingggeris menjajah, telah lahir politik kebangsan Melayu (kapitalis dan monarki) dan politik bercorak Islam,tidak bergerakdalam parti – parti politik yang disahkan oleh kerajaan. Hanya bergerak secara gelap. Penjajah Inggeris telah menuyifatkan sebuah pergerakan Melayu, di Kuala Kangsar sebagai 'kongsi gelap'. Di antara pejuang- pejuangnya, Mohd. Ali Kafi dari Kota Lama Kiri bersama keluarganya telah dibuang ke Pulau Labuan.

Bermula dari 1940, telah wujud parti – parti politik di Negeri Perak, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM),pimpinan Ibrahim Yaakob.

Pada kira – kira Mac 1945 lahir parti politik Hizbul Muslimin(Islam), pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir,di Gunung Semanggul

Setelah UMNO ditubnuhkan pada 1946, Negeri Perak turun menerima partgi politik pimpinan Dato' Onn itu. Pada tahun yangsama telahwujud di negeri itu sebuah parti politik kebangsaan Malaya,iaitu Nasional Association Of Perak – NAP..

.Kemudian, pada 1948 semua pendudkung parti politik itu ditangkap oleh penjajah Inggeris di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri – Internal Security Act (IAS) yang terletak di bawah kuat - kuasa Undang – Undang Darurat yang diistiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Adwar Gent.

(bersambung esok)

No comments: