UMNO KUAT
MASA DEPANNYA TIDAK MENENTU
Oleh: Mokhtar Petah
Setiap orang yang yakin akan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, ada keyakinan pada mereka, bahawa UMNO akan kuat dan akan terus menerajui kerajaan Malaysia hingga satu abad lagi, tetapi bagi individu yang berkeyakinan lain melihat UMNO kian lemah dan masa depannya tidak menentu.
Saya takin, Naji akan dapat memulihkan UMNO dan akan dapat menjadi sebuah parti Melayu yang kuat dan akan meneruskan kuasanya, jika beliau dan paran anggota Majalis Tertingginya dapat pertahankan dan mengubah cara seperti berikut ini:
1 - Terus memperjuangkan kedudukan orang Melayu
peringkat bawahan (golongan murba atau marhein).
2 - Kurangkan menggunakan idea dan membela golongan
atasan yang berkedudukan ’ ketuanan Melayu’.
3 - Elakkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dari mencapuri
politik UMNO dan kerajaan.
4 - Tegas dan ikhlas dalam membasmi rasuah dalam semua
besar dan ketua menteri.
5 - UMNO - BN dan kerajaan Pusat membantu rakyat jelata
walaupun mereka berada di negeri, kawasan Dewan
Rakyat dan Dewan Negeri yang diwakili oleh parti
pembangkang.
6 - Para wakil rakyat UMNO mestilah sentiasa mndampingi
rakyat, walaupun mereka itu dari parti pembangkang.
7 - Elakkan wujudnya puak - puak dalam UMNO seperti
pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8 - Para pemimpin wanita UMNO dan isteri para wakil
rakyat, bila melawat ke kampung - kampung tidak usaha
memakai perhiasan dan pakaian yang mahal - mahal.
9 - Semua wakil rakyat UMNO hendaklah bersedia menjadi
imam sembahmyang di masjid dan surau serta boleh
memberi tazkira seperti yang telah dilaukan oleh pihak
PAS - PKR dilakuikan
10 - UMNO mestilah adakan media sendiri seperti PAS dan
PKR. UMNO tidak boleh mengharapkan akhbar arus
perdana sahaja.
Saya melihat, pelantikan tokoh - tokoh UMNO untguk mengetuai UMNO negeri, adalah baik kerana selama ini kebanyakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, lebih banyak bercakap dan pulisiti tetapi kerja tak sebanhyak mana, akhirnya negeri jatuh ke tangan parti pembangkang.
Saya yakin tokoh - tokoh yang mengetuai UMNO negeri - negeri itu akan dapat mengembalikan semangat juang semua ahli UMNO, jika 10 perkara di atas ini dapat dilaksanakan.
Berikut ini adalah mereka yang dilantik mengetuai Badan Perhubungan UMNO di negeri - negeri, iaitu:
Selangor: Najib Tun Razak dan timbalanya
Dato Noh Omar.
W. Persekutuan: Tasn Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan, Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin.
Pulau Pinang: Dato Dr. Zahid Hamidi
Timbalan, Datuk Zanal Abidin
Osman.
Kedah: Datuk Serishafie Afdzal
Timbalan, Datuk Padauka Ahmad Masha
Md Hanapiah.
Perlis: Dato Seri Mat Isa Sabu.
Timbalan, Datuk Zahidi Zainal Abidin
Kelantan: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin.
Terengganu: Datuk Hishamuddin Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said
Pahang: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan, Datuk Sharkar Shamsuddin
Perak: Datuk Dr. Zambry Abdul Kad ir
Timbalan: Datuk Ahmad Husni
Hanazlah.
Melaka: Datuk Seri Mohd. Ali Rostam
Timbalan, Dato Wira Abu Seman
Yusof.
Johor: Datuk Abdulk Ghani Othman
Timbalan,
Timbalan, Dtuk Salleh Said Keruak.
Walaupun mereka yang diberi tanggungjawab memimpin UMNO negeri - negeri itu ’tidak berupaya’ mengatasi pengaruh parti - parti pembangkan, seperti Perak, Kedan, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, tetapi kalau ada kerjasama daari akar umbi ahli - ahli UMNO di negeri negeri tersebut, ada kemungkinan kelemahan itu dapat dipulihkan.
*** ***
NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
RAKYAT
DIDAHULUKAN
Buku ini akan diterbitkan oleh sebuah
badan Anak Yatim dan Orang Kurang
Upaya (OKU) semua kaum untuk
memungut derma.
No comments:
Post a Comment