Friday, November 21, 2008

WARTAWAN


DEDIKASI, BERANI DAN JUJUR TERAS KARJAYA
KARJAYA WARTAWAN JIHAD JUGA

Oleh: Mokhtar Petah


[Kami memandang peranan kewartawanan amat
penting kepada orang ramai dan negaran Malaysia, maka
kami dengan rasa rendah diri menyiarkan tulisan war-
tawan yang telah menjalankan kerjayanya sejak negara
kita belum merdeka
hingga pada masa ini. Dia telah me-
nulis berita dan artikel dan sebagainya kepada berpuluh
buah surat khabar dan majalah di Malaysia dan Indonesia.

Mokhtar Petah adalah wartawan pertamah di negara ini
yang telah mengadakan kursus ilmu kewartawanan kepada
mereka yang berminat bekerja dalam bidang kewartawanan
pada tahun 1960 - an.

Di antara para peserta kursus kewartawan yang diadakan
oleh Mokhtar Petah,ialah: Dr.Abdul Rahman Yusof (pada
masa menuntut di Malay College Kuala Kangsar) pegawai
di Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd. Nor Shamsuddin,
Shahbuddin HassanNasaruddin Abu Bakar, Yusof Bakar,
Abu Bakar As Siddiq(Utusan Melaysia).

Sepanjang perjuangannya, dia telah menulis dan dibaca,
mungkin ada yang diterima - pakai oleh lima Perdana
Menteri negara ini, iaitu dari Tunku Abdul Rahman Putra
hingga kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kami akan menyiarkan artikel yang bersifat ceramah
dalam kursus kewartrawanan ini pada setiap hari Jumaat.

- Editor, Petah Sharir Aidid.]

Wartawan dan berita mula wujud pada zaman permulaan Islam bermancar dan Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh menjadi Rasul-Nya di muka bumi ini.Pada zaman itu ada dua pokok awalan berita dan mereka yang menyampaikan berita, iaitu firman - firman Allah yang menyebut dalam bahasa Quran nabaa - berita, khabar dan imfarmasi -, terdapat ada 10 ayat dan nabbaa (perkhabaran) terdapat 21 ayat. Penyampai berita dan perkhabaran itu ialah malaikan Jibril (saya katakan seperti wartawan) kepada Nabi Muhammad s.a.w., ialah malaikat Jibril, iaitumenyampaikan berita peritiwa pada masa lalu, semasa Nabi Muhammad dan masa mendatang , di dunhia dan di akhirat.
Di antara ayat-ayat Quran itu mengenai nabaa - berita (news), ialah:

1 - ... tentulah telah sampai kepada kamu (Muhammad) tentang mereka
yang diutus (oleh Allah). - Al Ana'am:43

2 - Dan bacakan kepada mereka berita/ warta orang yang Kami telah
beri keterangan ... - Al Aaraf: 175

3 - Aku datasng dari Saba membawa berita/ warta yang benar - An
Naml:22

Di antara ayat-ayat Quran mengenai nabbaa - perkhabaran atau imformasi, ialah:

1 - Katakan akan: aku berita/wartakankah kepada kamu? - Ali
Imran:15.

2 - ... lalu diwartakan/ beritakan kepada kamu apa yang kamu
pertengkarkan itu. - Al Maedah:48

3 - Akan aku warta/beritakan hal yang lebih buruk dari itu.- Al
Maedah:60

UMAT ISLAM

Para ahli Hadis adalah terhitung sebagai wartawan/ penulis yang menerima percakapan, sama ada temu bual dan berdialog dengan Nabi Muhammad mahupun percakapan dan ucapan - khutbah atau syarahan nabi agung itu (Hadis) dan segala perbuatan atau amalan junjunga san percakapan (Sunnah)dilaporkan kepada umat Islam.
Pada zaman itu ada ahli Hadis sahih dan tidak sahih .Para wartawan pada maSa kini pun demikian juga, ada yang menerima dan menyampaikan berita yang betu dan ada yang tidak betul.

PENULIS BERDISIPLIN

Mungkin perkara ini akan dipertikaikan oleh sesiapa sahaja, tetapi bagi saya, pada zaman itulah mula munculnya wartawan dan penulis yang berdisiplin dan tidak mengikut hawa nafsu atau syaitan.
Dalam Quran, Allah telah menjelaskan mengenai sasterawan atau penyair, iaitu:

Dan penyair - penyair itu diikuti oleh orang-orang jahat;
tidakah kamu lihat, bahawa mereka mejelajah di setiap
lembah dengan tidak ada tujuan;
Dan sesungguhnya mereka perkatakan apa yang mereka
tidak malkannya. - Asy Syu'ura: 224 - 226.

WARTAWAN MELAYU


Saya berpedapat permulaan zaman kewartawanan yang berdisipiln, ialah pada zaman Nabi Muhammad di Makkah dan menjadi rasul Allah dan ketua agung Negara Islam pertama di Madinah.
Wartwan adalah manusia yang menjalankan kerjaya untuk menyampaikan perkhabaran atau maklumat kepada umat manusia.Mereka terikat kepada ajaran dan etika atau akhlak agama masing - masing - wartawan Melayu kepada agama Islam dan budaya Melayu yang tidak berlawanan dengan Islam - ,yang menuntut mereka beramanah dan menjauhkan dari kemungkaran.

BERGELAR WARTAWAN

Wajib atau mesti ada pada sentiap manusia yang bergelar wartawan (termasuk penulis),iaitu berpelajaran(jika boleh berbagai ilmu pengetahuan yang diadakan oleh Allah), intelektual atau cendekiawan,memerhati sesuatu kejadian atau benda di sebaliknya,misalnya wartawan berhadapan dengan seorang manusia, maka dia melihat manusia itu satu makhluk biasa atau sama dengan manusia-manusia lain, tetapi dalam manusia itu atau latarbelakang manusia itu berlainan, mungkia sepertri berikut:
* Sejujur nabi Allah atau wali.
* Haiwan dalam masyarakat manusia
* Syaitan bersifat mnanusia
* Munafik ataua hipokrit.
* Bangkai bernyawa yang harum bau tubuhnya.

PANCARAN KILAT

Pada zaman ini telah wujud bidang kerajaya wartawana, iaitu surat khabar, majalan, radio, radiofisyen, televisyen, pertubnuhan berita laman web dan blog.Pendeknya bidang kerjaya wartawan sekarang ini telah menjadikan dunia yang amat lebat ini amat sempit dan dekat. Pantas perjalanan laporan atau tulisan mereka sepantas pancaran kilat dan petir.

Waartrawan adalah pelapor segala macam kejadian kepada medianya.Pengkritik masyarkatnya danmasyarakat antarabangsa.Wartawan juga pemerhati yang bersenjatakan pena terhadap kerajaan atau pemerintah; adakah kerajaan atau pemerintah itu adil dan bertanggungjawab terhadap pemerintahan dan rakyatnya atau curang dan tidak bertanggungngjawa.
Kalau wujud di kalangan pemerinta - para politikus yang berkuasa - perkara demikian ,maka pena ( kini telah menggunakan bErbagai alat selain dari pena) adalah menjadi senjata untuk merobah atau menghancurkan mereka yang curang atau tidak amanah kepada pemerintahan dan rakyat.
(bersambung pada Jumaaf depan)

No comments: