Oleh:Mokhtar Petah
"Kalau awak turun nanti, awak akan tengok penuntut
dikampus ini berkumpul mengikut kaum sebaab dia
tidak selesa.Mungkin Universiti Islam Antarabangsa
lebih baikkerana bertaraf internasional. Ia patut men -
ajdi satucontoh, kenapa Universiti Islam Antarabangsa
tidak sama dengan Institut Pengajian tinggi lain.
Kalau di sekolah - sekolah, bahasa tidak menjadi ma -
salah.Tetapi pergaulan masih menjadi masalah.
agama boleh menjadi faktor, budaya juga.
Kalau di sekolah - sekolah, bahsa tidak menjadai masa -
lah. tetapi pergaulan masih menjadi masalah. Agama
boleh menjadi faktor. Budaya juga.
Agama misalnya, saya dengan beberapa kawan berbin -
cang, agama Islam tidak difahami oleh orang - orang
bukan Islam dan tidak ada usaha orang Islam untuk
memberi penjelasan tentang Islam kepada orang bukan
Islam.
Orang Islam merasakan agama Islam menjadi kepunya -
an mereka. Tidak ada kaitan dengan orang lain. Dan
keadaan itu bila orang bukan Islam dari semasa ke semasa
membaca tulisan yang pelbagai, mereka mendapat imej
tentang keburukan Islam yang menakutkan.
Orang Islam hendaklah memberi penjelasan tentang agama
Islam melalui banyak penulisan mereka. Tetapi orang
Melayu ramai yang beragama Islam. Apa yang saya tahu,
semua orang Islam adalah mubaligh yakni tuga mereka
adalah untuk memberi penjelasan tentang agama Islam
kepada semua orang.
Keluar (terbit) kan lebih banyak penulisan tentang agama
Islam yang memberi penjelasan yang tepat tentsng Islam
supaya orang bukan Islam boleh baca.
Dulu ada akhbar Singapura Malay Tribune sebelum pedrang
tahun 1930 - an. Setiap minggu ada kolum mengenai agama
Islam.
(Banyak karya Islam di pasaran). Ia bukan dalam bahasa
Inggeris. Jadi Islam dijadikan sesuatu yang dimiliki atau
kepunyan kaum sehingga banyak orang salah faham walau-
pun ada yang menyatakan seorang Melayu mesti beragama
Islam. Tetapi Perlembagaan tidak menyatakan demikian.
Iaitu orang Islam mesti daripada bangsa Melayu. Jadi mereka
salah faham. Mereka jadikan Islam sebagai hak milik mereka.
(Dakwaan UMNO Islam milik mereka). Bukan, kerana Islam
itu adalah milik semua orang."
BERTANGGUNGJAWAB
Siapakah yang lebih bertanggungjawab atas perkara besar itu? Mungkin para penulis Islam boleh menulis seberapa banyak artikel dan buku tentang Islam dalam bahasa Melayu (kebangsaan) tetapi untuk menterjemahnya menjadi masalah seperti masalah siapa atau pihak mana yang akan menerbitkan buku - buku tersebut.
Pada umumnya para penulis yang baik, dedikasi dan kreatif tidak dapat membuat dua pekerjaan, iaitu untuk menjalankan perniagaan sebgai penerbit dan pengedr buku - buku karya mereka.
DIPERDAYAKAN
Sejak lama dulu hingga kini kebanyakan penulis, khusunya penulis - penulis buku -buku Islam telah menjadi mangsa penerbit-penerbit buku yang dimilki oleh orang - orang India Islam yang menerbitkan buku - buku Islam karya mereka.
Contohnya, seorang penulis Islam telah diperdayakan oleh pihak sebuah syarikat penerbit buku, iaitu buku pengetahuan Islamnya diterbitkan, tetapi royaltinya tidak dibayar. Bukunya laris dijual di seluruh negara ini.
PENULIS
Kira - kira setahun kemudian, penulis itu bagaikan meraung kerana sedih, kerana buku hasil karyanya diterbitkan oleh penerbit yang sama, tetapi nama penulisnya buakan dia lagi.Kandungan bukunya sama.
Sebuah buku seorang ulama, diterbitkan oleh sebuah penerbit, di Kuala Lumpur. Royaltinya dibayar sekadar RM1,000. Tetapi bukunya laris dan diulang cetak dua tiga kali, tetapi royalti bagi buku-buku yang dicetak seterusnya tidak diterimanya.
KARYA
Beberapa orang penulis buku Islam membertahu saya, buku - buku karya mereka telah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan terkenal milik orang Melayu, tetapi royalti buku-buku itu tidak dibayar kepada mereka.
Saya menginsafi dialog Prof. Dr. Khoo Kay Kim dan masalah para penulis Islam, di negara ini, maka, saya nampak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bertanggungjawab atas badan dabn hak ehwa Islam0, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIN),Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz memikul tanggungjawab yang amat penting atas perkara penyebaran agama Islam kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam dan menerbitkan buku - buku mengenai agama dan pengetahuan Islam dalam berbagai bahasa.
PERUNTUKAN
Seperti orang ramai tahu, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai peruntukan yang banya dari Kerajaan Pusat. Jabatan itu telah membelanjakan wang itu atas banyak hal, termasuk jamuan, tetapi tidak nampak kecnderungan apa lagilah kemajuan JAKIM menerbitkan buku - buku pengetahuan Islam.
Saya dengan ikhlasa menyanjung dan mumuji usaha Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di bawah pengerusinya yang dedikasi, Tun Ahmad saarji telah menerbitkan banyak buku Islam.
KEBANGSAAN
Mengapa Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Wang Mohamad Sheikh Abdul Aziz tidak nampak - atau tidak mahu ambil berat - tetang tanggungjawab menerbitkan buku - buku mengenai Islam dalam bahasa kebangsaan, Inggeris, Cina dan Tamil.
Wang kerajaan yang dibelanjakan untuk projek menerbit buku itu hendaknya tidak diambil kira tentang ' untung atau laba', tetapi dikira tanggungjawab, manfaaf bagi umat manusia memahami Islam dan menampakkan JAKIM tidak seperti ' sura naga berjalan semut'.
MENJENGUK
Kerajaan Malaysia, Menteri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) eloklah menjenguk ke negara Arab Saudi yang telah bertanggungjawab - membelanjakan wang berbilion ringgit) untuk menerbitkan Quran - bahasa Quran, Inggeris dan bahasa - bahasa lain - dan buku pengetahuan tentang Islam dan disebarkan ke seluruh dunia dengan percuma.
HADIS
PELANCONG
Masjid Pura, di Putrajaya, saban hari dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara, tetapi mereka tidak menerima hadiah walaupun sebuah buku tentang Islam di masjid tersebut.
Mungkin ada pihak yang terasa dengan artikel saya ini.Tetapi kerana untuk kebaikan Kerajaan Malaysia,menteri berkenaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; walaupun pahit artikel ini saya kemukakan untuk dibaca oleh orang ramai.
MENGORAK
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) eloklah mengorak langkah menerbitkan buku - buku mengenai Islam dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. Buku itu mungkin boleh dijual dengan harga rendah kerana jabatan patut mengelak dari mementingkan untung atau laba ataupun diberi percuma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk melaksanakan tanggungjawab ini, Menteri berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) eloklah menganjurkan dan mengdakan:
1 - Pertemuan dengan para penulis Islam semua peringkat.
2 - Menubuhkan penal penulis Islam atau kumpulan penulis Islam.
3 - Mengadakan laman web Islam seperti yang dilaksanakan oleh
laman web Islam sedunia.
4 - Mengeluarkan filem dan sebagainya mengenai Islam dan
pegnetahuan Islam.
KEMENTERIAN
Jika kementerian - kementerian lain dabn jabatan - batan lain ada daya dan ada ikahtiar mendapatkan wang untuk tujuan masing - masing, maka saya kira menteri yang bersangkutan dengan Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mampu mendapatkan wang bagi melaksanalan projek - projek jihad yang saya utra ini.
Sesungguhnya, hanya bergantung kepada tanggungjawab, ambikl berat, mahu melaksanakan dan tulus ke arah mengembangkan syiriah dan pengetahauan Islam orang - orang bukan Islam seperti pendapat Prqof.Dr.Khoo Kay Kim, usaha itu akan mencapai kejayaan.
(Habis)
No comments:
Post a Comment