Sunday, November 23, 2008

ABDULLAH AHMAD BADAWI

PERALIHAN RELA ATAU PAKSAAN?

Oleh:Mokhtar Petah

Aku cari bukan harta bertimbun,
untuk hidup kaya.
Aku cari bukan wang berjuta,
untuk hidup bergaya.
Aku cari bukan kawan – kawan,
untuk hidup sekadar berfoya – foya.
Aku cari mana Al Ghazali,
Aku cari mana Asy Syafie;

Kita bongkar rahsia kitab suci,
cari pedoman.
Kita bongkar rahsia Sunnah Nabi,

cari pedoman.
Aku hidup kerana dia Rabbi,
Dialah Teman,
Dialah Wali,
Dia mencukupi.
Aku hidup bererti,
menikmati damai abadi.

DOKTRIN DAN PEDOMAN

Sajak di atas ini ditulis oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sajak ini ditulisnya setelah beberapa hari beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ramai orang bijak pandai berkata, bahawa sajak tersebut adalah doktrin dan panduan baginya memerintah negara ini.

Beliau telah membuat pembaharuan yang beRbeza dengan Perdana Menteri sebelum beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kitab suci, Sunnah dan dua iman Islam yang masyhur telah menjadi pegangan dan ikutannya.
Ramai orang berkata, bahawa sajak yang bersifat falsafah dan pilot perjuangan Abdullah Ahmad Badawi ini, telah menjadikan beliau berhadapan dengan dua golongan ahli UMNO, iaitu:
1 - Menyokong, menyanjung dan menyokongnya,
kerana ada pembaharuan ke arah mempraktik –

perundangan, amalan dan kemasyarakat yang
bercorak Islam, iaitu berdasarkan Quran, Sun-

nah.
2 – Menentang dan mengutuknya, kerana sajak itu
Dianggap sebagai penghalang kepada mereka
Yang mahukan Negara ini terus mengamalkan
perundangan, amalan dan kemasyarakat seper-
ti yang telah sedia.
Doktrin ini menjadi penghalang kepada sumber rezeki yang telah mereka perolehi sejak lama.

GOLONGAN KOPORAN

Sesiapa pun tidak dapat menolak,bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan semua ahli UMNO, akonomi – perdagangan, perusahaan dan mereka yang dalam golongan koporat.

Rasa tidak berminat berketuakan Abdullah Ahmad Badawi di kalangan sebahagian ahli UMNO dan mereka dalam golongan koporat, apabila beliau mengemuka Islam Hadhari untuk diamalkan oleh Kerajaan dan rakyat.

Di antara perkara yang amat tidak digemari oleh mereka, ialah dalamm Islam Hadhari itu ada kuasa menyekat perbuatan rasuah di kalangan ahli UMNO dan para pegawai dan kaki tangan kerajaan.

BERPINPINAN TANGASN

Satu perkara lagi, pada hari Abdullah Ahmad Badawi melawat Kelantan, beliau telah berpimpinan tangan (membantu) Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka kira amat patu kalau Abdullah Ahmd Badawi berpimpinan tangan dengan Datuk Anwar Musa, Ketua PerhubunganUMNO Kelantan dan Tengku Razaleigh Hamzah ahli Dwan Rakyat kawasan Gua Musang.

Sebahagian daripada golongan ekonomi atau koporat telah membantu UMNO dengan berbagai cara – wang, kebendaan dan sebagainya.Kalau mereka tidak ada ihsan, UMNO tidak akan mendapat kemewahan yang luar baisa, terutama pada tahun - tahun di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

CERUK RANTAU

Di antara kemewahan itu, pada tiap - tiap Perhimpunan Agung UMNO, Bandaraya Kuala Lumpur telah menjadi sebagai satu perayaan oleh ahli - ahli UMNO yang datang dari seluruh ceruk ranrtau di negara ini.

Mereka itu datang sebagai wakil dan pemerhati dari bahagian masing - masing. Pendeknya kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra telah menjadi tempat orang - orang UMNO berkampung.

Semua wakil dan pemerhati itu menginap dalam bilik beberapa buah hotel mewah di sekitar Bandaraya dan makan minum dalam coffee house di hotel - hotel tersebut.

TEMPAT EKSLUSIF

Apabila Dr. Mahathir Mohamad mula mencela, mengutuk dan menidakkan kebolehan Abdullah Ahmad Badawi melalui ucapan – ucapan di tempat – tempat eskelusif dan tulisan – tulisannya dan siding akhbar, maka semua mereka dalam golongan yang menyokong beliau ikut menentang dan mahu Perdana Menteri yang ke lima itu segera berundur atau meletakkan jawatan.

Menurut pendapat para penulis dan pemerhati politik negara ini, bahawa Dr. Mahathir Mohamad mulai memperlekehkan atau mengutuk Abdlullah Ahmad Badawi, sekurang – kurangnya dua sebab. Pertama: Kerana Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu menurut telunjuk beliau dan yang kedua: Kerana Abdullah Ahmad Badawi bersama para angota kabinetnya membatalkan projek jambatan bengkok Johor Bharu – Singapura

Sebilangan ahli UMNO dan orang ramai di luar UMNO dan Barisan Nasional tertanya; adakan peralihan kuasa Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan melalui sukarela beliau sendiri atau kerana paksaan.

PENCEGAH RASUAH

Kalau tidak ada aral melentang, pada Mac tahun hadapan Abdullah yang telah membawa Malaysia kepada era baru; pendekatan dengan Islam, iaitu mengemukan konsep Islam Hadhari, modal insane, kebebasan parad haki, Badan Pencegah Rasuah dan membasmi amalan rasuah, akan meninggalkan kita semua.

Pada hari itu, tentula sebilangan ahli UMNO dan rakyat Malaysia ketawa terbahak-bahak kerana pmergiannya. Sebilang lagi menangis tersedu sedan kerana sedih dengan pemergian pemimpin berbudi bahasa itu.

Sebenanya Abdullah Ahmad Badawi yang mengikuti jurusan art – Islamaic study, berjawatan tinggi dalam Kerajaan Pusat dan pernah bqertugas sebagasi Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MAGERAN), di bawah Pengerusinya, Tun Abdul Razak bin Dato Hussein tidak pernah merangcang untuk menjadi orang politik apa lagi menteri dan Perdana menteri.

DEWAN UNDANGAN

Seperti cerita bekas Setisauaha UMNO bahagian Kepala Batas dan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan setempat, Datuk Haji Ahmad Nor Ahmad, kalau tidak kerana Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd.Nor tidak menolak dari dipilih menjadi calon Barisan Nasional bagi kawasan Dewan Rakyat (Kepala Batas) pada Pilihan Raya Umum 1978, tentulah Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak berkedudukan seperti sekarang ini.

(Baca buku, Datuk Abdullah Badawi Pejuang

Kemanusiaan Sejagat (1997),oleh:Mokhtar Petah.

Tan Sri Murad telah menolak pemintaan pihak UMNO UMNO Kepala Batas supaya beliau menajdi calon. Beliau telah berkata kepada Ahma Nor Ahmad:

“Nor, ni aku nak beri tau kat hang, aku ni pandai dalam hal aku kerja la ni, tapi aku bodoh dalam politik. Adakah hampa orang politik mi berfikir , tempat aku bodoh hampa suruh aku bekerja? Lingkup hampa habis.”

MENJADI CALON

Kemudian Abdullah Ahmad Badawi juga menolak menjadi calon Barisan Nasional. Akhirnya pihak UMNO bahagian tersebut telah memberi kata dua kepada beliau. Maka, beliau telah menerimanya.

Dr.Mahathir Mohamad telah memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Pertdana Menteri pada masa beliau marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada masa beliau marah kepada Abdullah Ahhmad Badawi, beliau memberitahu yang beliau salah tersalah pilih.

Kita semua boleh menunggu dan melihat, setrelah setahun hingga liam tahun dari hari Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, ramai ahli UMNO akan menyesal dan menyaolahkan diri sendiri, keeana telah menjadi seperti kata orang tua-tua Melayu; dengar cakap enggang makan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

(Habis).


No comments: