Sunday, November 23, 2008

MENITI ZAMAN KINI

MAHASISWA

Sekumpulan mahasiswa wanita sedanG makan - makan, di sebuah warong, di Jitra, pada satu hari minggu.Aku makan di meja selang satu meja dari meja mereka.Semua mahasiswa itu mamakai pakaian yang sesuai dengan mahasiwa Islam.
Yang peliknya mereka brcakap sering menyebut perkataan gila. Perkataan gila itu menggantikan kata - kata 'sangat' atau 'lebih'.
Misalnya: 1 -Kepala aku terhentuk kepada tiang, sakit gila. 2 -Aku makan nasi di rumah orang kampung tu, karinya pedas gila. 3 - Baju yang Ramlah beli itu cantik gila.

TAAT SETIA

Seorang bekas Brigadear Askar Melayu telah bersungut di sebuah kelab. Pasukan askar Melayu ditubuhkan pada 1 Mac 1933.Pasaukan itu ditubuhkan dengan kehendak Raja -Raja Melayu pada zaman tersebut.
Pada zaman ditubuhkan hingga kepada zaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Raahman Putra Askar Melayu yang menggunakan moto 'taat setia', iaitu taat setia kepada Raja Melayu telah menjadi barisan pertama di belakang Raja- Raja Melayu.
Tetapi Perdana Menteri, Tun Razak atelah mengubahnya dengan meletakkan askar Melayu di belakang para pegawai ekzekutif. Maka jadilah Askar Melayu di barisan kedua selepat pegawai eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri.
"Pada masa ni nampaknya Askar Melayu macam tak ada daya nak pertahankan Raja Melayu dan bangsa Melayu,"kata bekas pegawai tinggi Askar Melayu itu.

FILEM PASIR SALAK

Di resot Pasir Salak, Perak, beberapa orang kampung di sana bertanya, "Mana filem kisah prjuangan orang Melayu menentang oghang putih di Pasir Salak ..., dengor ceghita Datuk Jims Shamsuddin nak buat.
"Ngape le ni baghu timbul, dengan kabor pada zaman Tan Sri Ngah Talib jadi Menteghi Besor Peghak dulu, Jim tu dan abil duit Yayasan Perak lebih satu juta ghinggi nak buagt filem tu,"kata seorang dari orang-orang kampung itu.

RAJA PETRA TAUKEH BEEHON

Rupa - rupanya editor laman web Malaysia To Day, Raja Petra yang baru bebas dari khemah tanahan Kemunting pernah jadi taukeh kilang beehon di Kuala Terangganu.
Patutlah, semenjak dia jadi editor laman web dia tidak suka makan beehon.

BUKU TAK ADA BAYAR DULU

Sama ada benar atau tidak, tak pasti, seorang dari syarikat pengedar buku telah bersungut, ada pegawai di satu agensi, di bawah kementerian yang jaga kebudayaan, maca berpakat dengan para pengedar; dalam senarai oder buku tercatat nama buku-buku untuk isntitusi itu, tetapi banyak buku yang tidak dapat dibekalkan. Walau bagai mana pun bayaran dibawar bersama dengan harga buku-buku yang tidaka ada itu. Maklumlah berpakat.
Kata orang itu lagi, yang peliknya, buku harganya Rm5.00 dibayuar dengan harga RM15.00.
Nampaknya BPR kena kerja kuat. Jalan siasat. Tengok bil atau bocer dan recif, kemudian periksa buku - buku itu.

Pak Long



Publish Post


No comments: