KOLEJ RISDA
KERJASAMA
DENGAN INSTITUT PERTANIAN
Kolej RISDA – sebuah kolej yang khusus menjuruskan dalam bidang pertanian,di bawah RISDA, telah mencapai persetujuan kerjasama dengan Institut Pertanian Bogor, Indonesia, akhir minggu lalu.
Satu rombongan yang terdiri dari para pegawai akademik Kolej RISDA Melaka, diketuai oleh Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chin telah melawat ke institute tersebut dan mengadakan perbincangan yang membuahkan kerjasama.
Satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Kolej RISDA telah menyatakan, bahawa kerajasama antara Kolej RISDA dengan Institut Pertanian Bogor itu adalah sebagai menyahut saranan pengerusi RISDA,Rahim Tambi Chik, supaya Kolej tersebut mengatur program untuk mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti dan kolej di Asia Tenggara.
Kerjasama itu dengan Intitut Pertanian Bogor, Indonesia, Universiti of the Philipines Los Banos dan Filipina dan Kasertsart University, Thailan.
Pihak Kolej RISDA telah mengadakan lawatan kerja ke Insitut Pertanian Bogor pada 22 Julai lalu untuk melihat peluang kerjasa antara Kolej RISDA Melaka dengan Institut Pertanian
KOLEJ RISDA:
Menumpukan kepada program yang berasaskan pertanian. Program yang sedang dijalankan ialah:
i Diploma Pertanian
ii Diploma Pengurusan Industri Perladangan
iii Diploma Perakaunan
1v Diploma Pengurusan Perniagaan
v Diploma Keusahawanan
vii Diploma Komputer
viii Pra Diploma Sains
ix Pra Diploma Pengurusan Pertanian
x Pra Diploma Komputer.
Dua program kemahiran, iaitu:
i Sijik Kedoktoran Pertanian
ii Sijil Kedoktoran Kilang Sawit.
INSTITU PERTANIAN
Terdapat 9 Fakulti di Institut Pertanian
Fakulti Pertanian Institut Pertanian
Fakulti ini terdiri daeri 4 departmen dan yang menjadi tumpuan dan minat kolej RISDA untuk bekerjasama, ialah:
1. Departmen Agronomi dsan hortikultura: Genetika dan Ilmu
2. Departmen Ilmu Tanah dan sumberdaya Lahan: Kimia dan
3. Departmen Proteksi Tanaman;
4. Deparment Arsitektur Lanskap: Perancanaan, rekabentuk dan
menjana Lanskap, Bhagian Tanaman dan Tata hijau.
Buat pemulaan ini, Kolej RISDA dicadangkan untuk bekerjasama dalam dua program, iaitu, Diploma Teknologi dan Menajemen Ternak dan manjemen Agribisnis.
CADANGAN PROGRAM KERJASAMA
Perbincangan antara Institut Pertanian Bogor dan Kolej RISDA berkisar kepada peluang mengadakan kerjasama dan koloborasi program yang ada di IPB. IPB yang telah ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu, tentunya banyak perkara yang boeh dikaji dan dimenfaatkan.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment