Tuesday, November 11, 2008

RAFIDAH AZIZ TELAH TUA

PARTI POLITIK BUKAN LADANG PUSAKA

Oleh: Mokhtar Petah

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mnenjadi seorang tokoh politik yang dibuli, maka adil beliau mahu ketuanya itu menimbangkan tarikh perletakan jawatan selaras dan seiring dengan UMNO indok, iaitu peralihan kuasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya.

Menurut Sharizat,permintaan itu selaras dengan perkembangan UMNO kini dan untuk meletakkan pergerakan itu atas landasan bersatu padu.

Shahrizat memberitahu Berita Harian semalam, bahawa beliau mempunyai asas untuk meminta supaya peralihan jawatan itu dipertimbangkan semula, terutama hasrat Rafidah supaya tidak berlaku pertandingan bagi jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua pada pemilihan parti akan datang.

Rafidah Aziz telah tua jika dibandingkan dengan ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO yang ada indentiti politik kebangsaan pada masa ini. Beliau telah mengalami sakit lutut.

Sebaik-baik contoh yang patut diikuti oleh Rafidah bukan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengekalkan kedudukan dan kuasanya terlalu lama, tetapi Datuk Seri Abdullah Ahmad yang secara orang bermaruah dan semangat perjuangan akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Mac tahun hadapan.

Rafidah juga terlalu lama menapak dalam kerajaan. Kerana mempertahankan kedudukannya, orang-orang lain yang lebih berwibawa dripadanya terpaksa menjadi seperti 'kura-kura' makan pucuk di bawah batu besar.

Kini, Shahrizat adalah tokoh wanita UMNO yang berwibawa. Beliau memiliki pengetahuan yang tinggi, maka telah patut Rafidah mengundurkan dirinya dan jawatan itu Presiden Pergerakan Wanita UMNO diambil alih oleh Shahrizat.

Rafidah dan semua ahli UMNO hendaklah sedar,bahawa UMNO adalah sebuah parti politik orang Melayu dan bukan ladang pusaka dari ibu bapa seseorang atau boleh dijadikan sebagai gedung beli-belah untuk mengaut keuntungan atau kedudukan

UMNO LARUT

Menurut laporan akhbar, 74 dari 97 cawangan UMNO dalam bahagian Larut,Perak telah mendesak Datuk Hamzah Zainuddin supaya bertanding merebut jawatan Ketua bahagian tersebut pada mesyuarat perwakilan bahagian itu, pada 16 November ini.

Seramai 400 ahli cawangan-cawangan berkenaan telah hadir dalam perjumpaan dengan Hamzah.

Hamzah Zainuddin adalah ahli Dewan Rakyat (Larut) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau akan mencabar bekas ketua bahagian tersebut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Umar yabng kini ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah.

Menurut pandangan sebilangan besar ahli-ahli UMNO di cawangan- cawangan dalam bahagian Larut, bahawa walaupun Raja Ahmad telah menjadi ahli Dewan Rakyat dan kini ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi beliau tidak banyak menyumbang kepada cawangan-cawangan UMNO dan orang ramai dalam kawasan Larut.

Raja Ahmad adalah anak didik Menteri Besar Perak, Allahyarham Datuk Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh (sebagai setiausaha akhbar) dan Tan Sri Ramli Ngah Talib (sebagai Setiausaha Politik).

Menurut kebanyakan ahli UMNO di sana, bahawa Raja Ahmad seperti tidak menumpukan secara serius kepda kepentingan rakyat dan beliau lebih mengutamakan bola sepak.

TENGKU RAZALEIGH PM?

Beberapa orang ahli undang-undang berpendapat,ada kemungkinan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan mencapai kejayaan memegang jawatan Presiden UMNO dan seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri yang ke enam, jika berlaku sesuatu yang berhubungan dengan undang-undang terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harapan Najib Tun Razak untuk memimpin UMNO dan naik ke kerusi Perdana Menteri masih kabur kerana nama beliau telah disebut-sebut akan dipanggil ke mahkamah tinggi berhubungan dengan pembunuhan ke atas wanita janda dari Mongolia, Altantuya Sariibuu.

Menurut mereka, jika Najib dipanggil ke mahkamah, maka masalah akan timbul baginya untuk menghadapi peralihan kuasa pada Mac tahun depan.

KONTRAKTOR KELAS F

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara, Datuk Azian Osman menyatakan di Ipoh, bahawa beliau kecewanya kontraktor kelas Bumiputera tidak mahu merebut peluang membina rumah khususnya rumah kos rendah syarikat tersebut. Menurut beberapa pemilik syarikat kelas F di Ipoh, bahawa mereka bukan tidka mahu menyertai kerja membina rumah syarikat tersebut, tetapi mereka sukar mendapatnya.
"Kebanyakan pegawai tidak menimbangkan permohonan kamu,kerana mengutamakan permohonan syarikat yang boleh menunaikan hajat mereka,"katanya.
"Kami kecewa, kerana dalam syarikat perumahan terdapat banyak perbuatan rasuah yang dilakukan olek sebilkangan pegawai syarikat tersebut," katanya lagi.

Mereka menyifatkan AzianOsman membuat ucapan untuk mengabui matapi hak atasan dan orang ramai, tetapi pada hakikatnaya Syarikat Perumahan Negara menjadi sebagai insatitusi mencekek kontrator kelas F.

Masreka berharap Azian melakukan penyelidikan ke dalam syarikat tersebut lebih dahulu sebelum membuat ucapan kepada orang ramai.

No comments: