Saturday, November 8, 2008

KHUTBAH JUMAAT

HILANG IDENTITI MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Khutban Jumaat dalam bahasa Inggeris yang digunakan bagi khatib Masjid di KLCC, Kuala Lumpur, telah menjadi racun kepada penggunaan dan perkembangan bahasa Malaysis (Melayu) dan sekali gus seperti menujahkan jari ke dalam mata segolongan orang Melayu yang memperjuangkan 'Ketuanan Melayu'
Pada Jumaat - semalam- ,saya telah sembahyang Jumaat di masjid tersebut.Oleh kerana saya terlambat datang, maka saya terpaksa sembahyang bersama para jemaah di bahagian bawah - belakang sekali, dekat bilik air dan selang satu saf di belakang saya, Sastrawan Negara, A.Samad Said.
(beliau telah bertolak ke Mekah menunai fardu haji bersama isteri beliau pada hari ini).
Khutbah Jumaat itu dalam bahasa Inggeris, semua ayat Quran dalam bahasa Quran dan membicarakan tentang Allah menciptakah manusia. Menarik.
Satu dari ayat-ayat Quran itu bermaksud:
Hai umat manusia, kalau kamu semua masih ragu
dengan - hari - kebangkitan (manusia hidup kemba -
li pada hari kemudian - akhirat), maka ingatlah,
bahawa Kami telah menciptakan kamu dari tanah,
kemudiandari stetes air mani, kemudian dari segum -
pal darah beku, kemudian dari segumpal daging
yang sempurna, kejadiannya dan yang tidak sempurna,
supaya Kami jelaskan kepada kamu semua (bagaimana
kekuasaan dan kebijaksaan - Nya), dan Kami tetapkan
dalam kandungan (rahim) itu, mana yang Kami kehen-
daki, sampai pada waktu yang ditentukan; kemudian
Kami kekuarkan kamu sebagai bayi, kemudian kamu
menjadi dewasa; dan sebahagian kamu ada yang diwa -
fatkan, dan sebahagian sampai kepada usia yang sangat
lanjut, sehingga tidak mengetahui apan - apa (nyanyuk),
sesudah (dahulu) mengetahuinya bumi itu kering, tetapi
apabila Kami turunkan hujan ke atasnya, ia bergerak,
mengembang dan menumbuhkan segala macam tumbu -
han yang indah permai. -Al Hadid:5.
Khutbahnya menatik.Tetapi sebaik- baik selesai sembahyang, saya brtanya kepada dua tiga orang tua Melayu (dari kampung entah di mana), sama ada mereka faham aakan khutbah itu. Mereka geleng kepala dan masing - masing menjawab tidak faham.
Masalah yang saya bicara ini, ialah tentang menampakkan Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Walayah Persekutuan Kuala Lumpur, tidak prihati atau macam menentang penggunaan atau untuk mendauklatkan bahasa ketuanan Melayu.
Mengapa menggunakan bahasa Inggeris dalam masjid yang dikunjungi oleh para pengunjung -pelancong dan sebagainya - paling ramai orang Melayu -. Mengapa tidak menggunakana bahas Melayu, kecuali ayat Quran dan Hadis dalam bahasa Arab.
Semua orang luar negara yang berkunjung turut sembahyang Jumaat di masjid itu tentulah menyangka, bahawa negara ini - Malaysia - bukan negara orang Melayu lagi, kerana khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeria.
Mereka mungkin menyangka, mungbkin negara ini masih dijajah oleh Inggeris atau negara orang lain dan Melayu telah menjadi kaum minoriti.Kalau Negara Ketuanan Melayu, mengapa khutbah tidak menggunakan bahasa Melaysia (Melayu).
Di sinilah menampakan, orang Melayu, dari golongan politikus, ilmuan hingga para alim ulama telah beransur hilan identiti Melayu. Mungkin menentang bahasa Melayu dan 'ketuanan Melayu'
Siapa yang bertanggungjawab atas khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris itu.Kerajaan Malaysia? Menteri berkenaan dengan agama Islam? Jabatan agamaIslamdan Adat Istiadat Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau oleh lembaga masjid tersebut?
Khutbah Masjid al Haram, Mekah, Majsid an Nabawi, Madinah menggunakan bahasa Arab, sedangkan yang turut sembahyang Jumaat dalam dua masjid itu terdiri dari orang - orang Islam berbagai bangsa.
Masjid - masjid di London menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Arab (ayat Quran dan hadia) .Masjid India, Kuala Lumpur menggunakan bahasa Tamil kerana orang-orang India masih mengutamakan bahasa mereka.
Adakah dengan menggunakan bahasa Inggeris menunjukkaan yang negara kita ini telah maju dan Umat Islam telah berjaya? Inilah kelemahan. Inilah yang dinamakan kita telah merdeka tidak hakiki.Jiwa dan semangat kita masih dijajah.Masih menyanjung bahasa Inggeris.
Khutbah dalam bahassa Inggeris mencerminkan para mualim atau ulama di Kuala Lumur masih ada yang tidak percayakan diri sendiri dan mendewa-dewakan bahasa Inggeris serta memandang rendah kepada bahasa ibunda mereka sendiri.
Pada Jumaat itu saya nampak, lembaga masjid berkenaan lebih mengutamakan sebilangan kecil orang Islam yang sebahyang pada hari itu, tetapi mengenepikan beratus - ratus orang Melayu dan orang lain yang tidak mengerti atau memahami khutbah dalam nbahasa Inggeris.
Siapa silap dan siapa menentang penggunaan bahasa Melaysia?
Kalau sampai kepada mereka yang bergelar mualim atau ulama lebih cenderung menggunakan bahas Inggeris, maka sampai bilakah bahasa Melayu akan berdaulat? Tepuk dada tanya selera atau berfikirlah sepertri orang Melayu yang cintakan bahasa Melayu supaya meruah 'Ketuanan Melayu' tidak ternoda.
(Habis)

No comments: