Saturday, November 1, 2008

AMALAN KHURAFAT

GUNA DUKUN UNTUK DAPATKAN KEDUDUKAN

Oleh: Petah Shahrir Aidid

Orang- orang Mukmin yang menggunakan bomoh atau dukun untuk mendapatkan kedudukan - dalam parti politik atau kerajaan - boleh membawa diri kepada syirik atau kufur, demikian kata khatib Masjid Putra, di sini, Ustaz Mohd. Tahir Kamis.
Khatib itu telah menyatakan dalam khutbah Jumaatnya semalam, di hadapan didang Jumaat yang dihadiri oleh para menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Menurutnya, pada masa ini telah berlaku perbuatan khuarafat yang dilakukan oleh orang - orang Islam - Melayu -, seperti percayakan dukun atau bomoh, tukang tilik, hari - hari tertentu dan nombor kenderaan yang dipercayai ada tuah.
Ustaz Mihd. Tahir menjelaskan, bahawa orang Islam atau mukim yang menemui tukang tilik, dukun atau bomoh untuk meminta tengok nasib atau meminta supaya mendapat kedudukan adalah melakukan perbuatabn khrafat dan boleh menyababkan mereka menjadi syirik dan kafir.
Seperti kita semua ketahui, bahawa terdapat orang - orang Islam yang mahu mendapatkan kedudukan dalam parti politik yang menguasai kerajaan, mereka menggunakan dukun atau bomo, hingga sami di India untuk mendapatkan kedudukan, seperti pemimpin dalam parti dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
Kesedaran yang dibuat oleh khatib Mashjid Putra itu dalam keadaan orang-orang UMNO sedang kalut berkempen untuk mendapatkan kedudukan dalam Majlis Tertinggi, adalah dipandang sesuai dan perlu di insafi oleh mereka yang berkenaan.
Pada masa ini ramai orang Islam yang percaya kepada nombor - nombor bertuah untuk kenderaan. Ada yang membelanjakan beribu - ribu ringgi untuk membaya tender nombor kenderaankepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Perbuatan mereka itu yang percayakan nombor adalah boleh menjurus kepada khurafat dan syirik.
Demikian juga kepercayaan kepada hari; ada hari ini bertuah dan hari itu tidak bertuah. Kepercyaan itu juga khurafata, menurut khatib Ustaz Mohd. Tahir Khamis.
Beliau juga menerangkan, bahawa perbuatan percayakan tangkal, cincin dan sebagainya boleh menjadikan seseorang kebal, juga terhitung dalam khurafa dan boleh menjadi prang yang percaya itu menjadi kafir.
Behubungan ini, saya kira Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) wajib menjalankan kewajipannya menerangkan kepada orang ramai menerusi berbagai cara bagi menghapuskan kepercayaan khurafat di kalangan umat Islam.
Jika kita mengkaji hukum dalam Islam, bahawa orang kafir tidak boleh berkahwin dengan orang Islam. Kalau seorang dari pasangan orang Islam murtad atau menjadi kafir, maka, mereka itu tertalak atau tercerai sebagai suami isteri.
Dalam masyarakat Islam, telah berlaku sebilangan suami yang menggunakan bomoh atau dukun dan ada yang menyembah dan meminta kepada kubur yang dipandang keramat kerana meminta nombor ekor. Perbuatan mereka itu menjadikan mereka itu syirik atau kafir.
Sama ada mereka itu mengetahu atau tidak mereka telah menjadi kafir, mereka kembali ke rumah tidak memaklumkan perbuatan mereka menyembah kubur dan meminta nombor kepada isteri masing - masing. Mereka bersatu sebagai suami isteri dengan isteri mereka. Kemudian mereka mendapat anak, maka anak mereka itu adalah anak zina.
Saya berharap JAKIM dapat mengeluarkan sebuah buku yang menerangkan secara jelas akan perbuatan atau amalan khurafat boleh menjadikan seseorang itu kafir.
Sesungguhnya tidak siapa yang mahu dalam masyarakat orang Islam ada orang kafir yang tidak diketahui kekafirannya oleh anggota-anggota masyarakat itu. Hal yang demikian itu amat bahaya kepada bangsa Melayu dan umat Islam.
)Habis).



No comments: