Saturday, November 1, 2008

RASUAH DI KALANGAN ORANG POLITIK

BERKETUAKAN KAKI RASUAH DI LAKNAT ALLAH

Oleh: Mokhtar Petah

Perbuatan rasuah - makan suap - , sama ada oleh kerajaan, pegawai kerajaan, pihak swasta dan parti politik peneraju kerajaan atau pembangkang, tetap akan dilakanat oleh Allah dan rasul - Nya, Muhammad s.a.w.; mereka yang dilaknat oleh Alllah akan menderita zahir dan batin hingga ke akihir hayat dan di akhir dibenamkan ke dalam neraka.
Laknat Allah akan menimpa orang yang memberi
rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam
hukum. - Hadis; Perawi: Imam Ahmad dan Imam
Abu Daud.
Rasul Allah, Muhammad s . a. w. melaknat orang
yang memberi rasuah, orang yang menerima rasuh
dan orang tengahn (perunding atau broker atau
dalam balaci). Hadis; Perawi: Imam
Ahmad.
Pemerintah - Raja yang memerintah, Presiden,Perdana Menteri dan mereka yang mendukung pemeritahan (republik) atau kerajaan (ber Raja atau monarki) yang memberi peruntukan wang kepada rakayat - pembangunan dan sebagainya - dengan tujuan supaya rakyat menyokong atau mengundi (dalam piliha raya) mereka, maka perbuatan itu adalah rasuah juga.
Tetapi kalau wang digunakan untuk rakyat - pembangunan dan sebagainya - tidak bertujuan agar rakyat menyokong mereka, iaitu diberi atas tanggungjawab, maka tidak terhitung sebagai rasuah. Demikian mengikut pandangan Islam.
Negara yang ketua atau pendukungnya Raja, Presiden, Perdana Menteri dan sebagainya yang melakukan rasuah, maka negara itu tidak mendapat keredaan dan tidak mendapat keampunan Allah.
Untuk paduan mereka yang memerintah dan calon-calon pemerintah atau pemimpin, telitikan firman Allah dalam Quran, dalam surah Saba (satu negeri di Yaman, pada zaman Ratu Balqis, iaitu pada masa Nabi Sulaiman a.s. memerintah dunia sebagai rasul Allah), 15 - 17:
Sesungguhnya, penduduk-penduduk negeri Saba
itu mempunyai keterangan tentang tempat tinggal
mereka, iaitu dua taman (kebun atau ladang) di -
kanan dan kiri. Makanlah rezekit Tuhan kamu dan
bersyukurlah (berbuat baik termasuk tidak melaku-
rasuah) kepada - Nya. Negeri yang bertuah - mak -
mur dan Tuhan Maha Pengampun.
Tetapi mereka membelakang (dari peraturan Tuhan,
iaitu melakukan kejahatan), lalu Kami kirim kepada
mereka banjir besar (banjir besar itu memusnahkan
ampangan Ma'arib yang masyhur), dan Kami ganti-
kan kedua kebun (ladang) mereka itu dengan dau
kebun (ladang) yang menghasilkan buah yang pahit,
atsl (pohon yang jarang berbuah.Ada yang berpen-
pat, sejenis pokok yang daunnya untuk digunakan
mansi mayat) dan pohon sedikit pohon sadr di sana -
sini.
Negara yang tidak mendapat kemapunan dan keredaan Allah, walaupun kaya raya atau makmur, tetapi rakyat menderita, berlaku penyelewengan di kalangan pemimpin rakyat, para pegawai kerajaan, tidak jujur dalam perkhidmatan dan berbagai perkara lagi.
Bagi individu - individu yang melakukan perbuatan rasuah - seperti hasil kaji selidik saya, mereka yang telah melakukan rasuah telah mengalami keadaan hidup seperti berikut:
1) Menderita sakit yang mengazabkan, seperti
kencing manis, darah tinggi, kenser otak,
kenser usus dan sebagainya.
2) Isteri yang jujur berubah menjadi curang,
mencari lelaki lain atau suka melakukan
maksiat.
3) Anak - anak beku otak. Gagal dalam pelajaran.Kalau pandai pun
menjadi orang jahat, hisap dadah, mela curkan diri, liwat dan sebagainya.
4) Walaupun kehidupan mewah, tetapi hidup dalam keadaan resah gelisah, malam tidakdapat nyenyak tidur pendeknya dihambat oleh perasaan takut, sedih dan tidak ketentuan. Kadang - kadang bercakap seorang diri. Menyalah orang lain. Pendeknya berkeadaan barai atau seperti orang nyanyuk.
5)Mendapat malu, ditangkap oleh pihak berkuasa dan meringkuk dalam penjara.
Sebenarnya amalan rasuah di kalangan orang politik dalam parti-parti politik yang memerintah di negara ini telah berlaku semenjak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957 lagi. Sabah dan Sarawak diketahui, semenjak kedua negeri itu menjadi kerabat Malaysia.
Saya berpengalaman sebagai wartrawan dan penulis semenjak tahun 1951. Ramai individu - individu politik yang mejadi kawan saya. Saya mengetahui akan amalan mereka, kegemeran sehingga kawan bersanggul mereka.
Pada tiap-tiap kali Perhimpunan Agung UMNO (biar saya khususkan tulisan ini mengenai UMNO), kira-kira tiga bulan hingga sebelum berlangsung perhimpunan, bandaraya Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar maakmur. Semua bilik hotel mewah disewa oleh orang-orang tertentu untuk tujuan berkempen.
Semua coffee house dan lobi hotel menjadi tempat melepak orang-orang politik (kebanyakannya tidak faham atau tidak ada pelajaran poltik) dari kampung di seluruh negara. Mereka itu hidup mewah, menjadi wakil atau balaci ijdividu-individu yang akan bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Kira-kira sepuluh tahun yang lalu, saya telah menumpang kereta mewah seorang ketua bahagian UMNO - sebuah kereta mewah buatanYahudi. Sebaik-baik sahaja saya masuk ke dalam kereta itu, saya terkejut kerana melihat wang kertas $50 dalam keadaan seberkas RM1,000. bertimbun dalam kereta itu.
Saya anggarkan wang itu tidak kurang dari RM1 juta.
Menjawab pertanyaan saya, sang ketua bahagian itu berkata, " ...ini sikit,
untuk balaci-baloaci yang kempen untuk saya ..."
Saya diam. Hati saya bersuara, " ...kamu akan kalah, keran kamu rasuah ...." Allah telah mentakdirkan orang itu tidka berjaya.
Dalam negara akapitalis dan parti politik mengamalkan kapitalisme, perbuatan makan suap sukar dihapuskan.Suara Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengaum ke udara kerana membasmi rasuah, tetapi perbuatan itu berlaku juga. Ini bukan salah BPR, tetapi kerana corak negara dan disebabkan dalam parti politiki hari ini lebih ramai orang yang tidak jujur dari j ujur.
Kebanyakan indvidu yang bertanding untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi terdir dari mereka yang sukar dipercayai oleh ahli- ahli UMNO kerana rekod - rekod mengenai diri mereka telah menjadi pengetahuan orang ramai.Ada yang mempunyai rekod rasuah (orang ramai ketahui tetapi tindakan BPR tiada), terdapat juga rekod-rekod lain yang tidak manis didengar atau orang itu memang tidak populer dalam partinya, maka untuk mendapatkan undi, dia tepaksa menggunakan wang untuk merasuah para balaci, ahli-ahli parti politikinya di seluruh negara ini.
Presiden UMNO,Datguk Seri Abdullah Ahmad Badawi, setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis tertinggi semalam, memnberitahu media, bahawa beliau dengan kuasa Majlis Tertinggi telah mengarahkan pelobi, perayu dan peraih undi serta balaci-balaci calon supaya meninggalkan Bandaraya Kuala Lumpur dan kembali ke negeri masing-masing.
Beliau memberitahu, ramai pelobi dan perayu undi untuk individu UMNO yang akan bertanding berada di hotel - hotel dis edkitar Kuala Lumpur dan di negeri-negeri dan mereka tgelah diberi amaran supaya pulang ke tempat masing-masing atau akan menerima tindakan.
"Laporan yang diteima, ramai meereka itu sedang berada di h otel-hotel di sekitar Kuala Lumpur dan di negeri-negeri lain untuk berkempen secara langsung dan tidak alansung untuk dorong undi atau tidak mengundi seseorang calon,"kata beliau.
"Ini berleluasa di hotek sebagai tempat pertemuan. Bagi mengelak jadi lebih teruk, saya beri amaran (kepada mereka) agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau - pemantau yang telah mula menjalankan tugas masing-masing," tambah beliau.
Lankah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (kehakiman), Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Majlis tertinggi UMNO pada pemilihan Mca depan kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah atau politik wang dialukan oleh orang ramai.
Keputusan Nazri itu menunjukkan dalam UMNO hari ini memang atau telah banyak berlaku politik wang.
Ahli-ahli UMNO yang beragama Islam dan beriman tegar kepada Allah; hati-hatilah memilik dan mengundi calon, supaya tedah tepilih calon yang melakukan politik wang atau rasuah. Kalau memilih individu demikian, maka ahli-ahli UMNO itu dikutuk Allah.
Cubalah berdiri di hadapan ccermin besar, renung pada diri sendiri, bertanya kepada diri; adakah diri anda orang beriman atau memang menusia menentang hukum Allah. Tepuk dada dan tanya selera.
Sesungguhnya ada seorang pengembara ke kubur; melalui lubang kubur anda akan dimasukkan ke syurga atau dihumban ke dalam neraka.
(Tamat).





No comments: