Sunday, November 16, 2008

CERPEN

DIARI SEORANG ISTERI

Oleh: Mokhtar Petah

"Ina, abang berikrar ..., janji dengan Hanim ..., abang tak buat jahat ..., tak makan suap ..., tak rasuah ..., kalau abang buat semua tu ..., abang rela kalau Hanim mintsa cerai ...,demi Allah wa nnabi, abang reda ..." Nawi menggenggam erat tangan isteri.
Lembut kuli tangan dara pada malam itu meresap ke dalam ketul hati lelaki bergelaar suami itu. Lembut tangan isteri selembut hatinya perempuan beriman.
"Iake, abang ...," tanya isterinya.
" ...ia, sungguh ...,abang lelaki beriman, Hanim, abang rela ...,abang reda ...," sahut Nawi dengan ikhlas.
Isterinya mudanya mengangguk. Senyum. Dua ulas bibirnya merah basah bak ulas limau itu dijilat cahaya suram - rimatis - lampu bilik tidur mereka.

TILAM BARU
KATIL BARU

Sambil melepaskan tangan isterinya, dia mengajak isterinya tidur atas tilam baru dan katil baru.
" ...ia, abang, Hanim nak sembahyang Isya sekejap ...,lpas tu ...," sambut isterinya sambil berkesut ke bilik air.
Nawi tidak sabar menanti isteri seperti kebanyakan wakil rakyat menanti alauns masing - masaing pada tiap bulan.
Yang Berhormat Nawi baru sebulan lalu menikah dengan Akmal Hanim. Gadis itu lepasa sekolah agam Islam, di kampung Gajah Mati. Dia gadis beriman dan bertaqwa kepada Allah.Halal tetap halal baginya. Haram juga begitu.Gadis solehah seperti dia tetap mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

MENGHAYATI CINTA ANTARA
LELAKI DENGAN PREMPUAN

Sebagai seorang gadis yang akan melangkah ke alam rumah tangga. Besuami. Beranak pinak.Dia telah mempelajari, memahami dan menhayati cinta antara lelaki dengan perempuan.
Kisah cinta dua manusia awal; Nabi Adam a.s. dengan isterinya, Hawa.
Cinta isteri Nabi Nuh yang mengingkari suaminya lalu tenggelam dalam banjir.
Cinta gembala kambing, puteri Nabi Syuib kepada suaminya Nabi Musa.
Cinta isteri nabi Luth dan mengekari suaminya, melakukan amalan lisbian bersama wanita - wanita, di Sodom.Kemudian tertimbus dan terbakar akibat dosa perbutan lesbian dan liwat.
Ratu Balqis yang memerintah Saba - Yaman -, mencintai Nabi Sulaiman. Meninggalkan negerinya dan beriman kepada Allah serta menjadi isteri nabi Allah itu dengan setia.

BETAPA CAINTANYAKHADIJAH
KEPADA SUAMINYA MUHAMMAD

Zaleha, si jelita di Masir, terhiris jarinya dengan pisau tajam demi cintanya kepada Nabi Yusuf.

Dan perempuan itu (Zaleha) memang sukakannya
(Yusuf). Dan dia (Yusuf) sukakannya (Zaleha), jika
dia (Yusuf) tidak melihat keterangan dari Tuhannya.
Begitulah kami hindarkan kesalahan dan perbuatan
yang tidak sopan daripadanya (Yusuf).Sesungguhnya
dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang tulus ikhlas.
-(Yusuf:24).

Betapa cintanya Khadijah kepada suaminya Nabi MUhammad.
Kisah - kisah fiksyen di bacanya juga; Percintaan antara Romeo dengan Juliet dan antara pemuda Qais dengan puteri kepada hartawan, Laila, dalam kisah cinta Laila dan Majnun.
Sebagai seoran gadis kampung dan kuat amat pegangannya kepada ajaran agama Islam, maka walaupun Akmal Hanim percaya cinta itu anugera dari Allah dan dia boleh mencintai mana - mana lelaki yang dipilihnya; walaupun lelaki tua, tetapi dia sanggup mengorbankan cintanya kerana iman dan taqwanya kepada Allah.

MENGERJAKAN AMALAN
YANG MAKRUF

Allah mentakdirkan Akmal Hani bertemu dengan YB Nawi. Pertemuan tidak dijadualkan itu berlaku dalam majlij Maulidur rasul di kampungnya. YB Nawi telah berucap dalam majlis itu.
" ...sempena dengan hari menyambut keputeraan Junjungan besar ini, kita semua hendaklah mengerjakan amalan yang makruf dan menolak dari mengerjakan amalan mungkar." Kata - kata wakil rakyat itu dicatat oleh akmal Hanis dalam diarinya.
Jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Manusia hanya mentdbir, Allah yang mentakdir.YB Nawi telah jatuh cinta kepada Akmal Hanim dan cintanya disambut ikhlas oleh gadis solehah itu.

MEMINANG
BAKAL MADUNYA

Isteri YB Nawi, Radiah. Guru Sekolah Menengah, reda bermadu dengan Akmal Hanim. Di segi cantik, dia lebih cantik dari bakal madunya.Dia sendiri telah datang meminang bakal madunya itu.
"Madu manis tapi nak dapatnya susah ..., kerana lebah ada sengat ..., ada bisa ...,"kata Radhiah.
YB Nawi telah berkahwin dengan Akmal Hanim pada awal bulan Januari.Rezeki dari Allah datang kepada hamba -Nya dengan tidak disangka- sangka oleh hamba- Nya. Dua minggu setelah berkahwin dengan Akmal Hani, YB Nawi telah dilantik oleh Menteri Besar sebagai anggota Majlis Eksekutif Negeri. Alaunsya bertambah banyak. Kuasa eksekutifnya ada dan boleh digunakan pada bila - bila masa.

*** ***

KALAU HANIM TAHU
BEGITU NIKMATMU

3 Januari ..., Ya Allah, Kalau Hanim tau begitu nikmatmu, tentu dah lama Hanim kahwin.Tapi dengan siapa .... Hanim tak tahu, ya Allah. Abang Nawa satu - satunya lelaki di dunia ini yang menjadi manusia yang memberi nikmat kepada Hanim seperti yang tersebut dalam kita suci- Mu, ya Allah. Al hamdulillahi Rabbil 'alamin.
8 Januari ..., malam ini abang gilir rumah kak Radhiah, Dua malam.
27 Januari Januari ..., abang bawa balik duit RM20,000.00. Kata dia duit tu taukeh Cina beri.
12 Feberuari ..., abang bawa balik kereta besar, mewah. Abang kata kereta tu dihadiahkan oleh Datuk Bakar usahawan hartawan.

TAUKEH SYARIKAT
LOTRI HDIAH

11 Mac ..., abang bawa balik cek bernilai RM300,000.00 Kata abang, Ah Chong taukek syarikat lori hadiah kepada dia.
22 April ..., Abang bawa balik barang - barang kemas kepada Hani. Nilainya lebih RM20,000.00.
3 Mac ..., abang bawa balik sepasang pena jenama terkemuka, dua pasang kot. Abang beritahu, Encil Sammy Dorai, peniaga tuak dan ayam tak potong hadiah kepada dia.

MAJLIS JAMUAN
HARI RAYA CINA

15 April ..., abang menghadiri majlis jamuan hari raya Cina yang diadakan oleh seorang taukeh judi ekor.Abang bawa balik duit RM50,000.00.
Akmal Hanim tidak memakai barang - barang kemas itu. Dia telah membeli barang dapur dan makanan dari wangnya sendiri.
Pada beberapa hari - hari selepas mereka berkahwin, Akmal Hanim telah makan makanan yang dibeli oleh suaminya.Dia menjadi hairan. Takut. Sejak itu beberapa ayat Quran yang dihafalnya telah hilang dari ingatan.
Dia teringat akan kata - kata gurunya, Ustaz Andul Kadir: "Sesiapa makan makanan haram, hasil rasuah, curi, samun ..., macam - macam jalan haram lagi ..., ayat - ayat Quran yang dihafalnya hilang ..., Allah tarik ..."

DALAM PERIUK TANAH
BUARUK DI BAWAH KATIL

Wang pemberian suaminya tidak pernah dibelanjakan. Disimpan dalam periuk tanah buruk di bawah katilnya. Akmal Hanim tidak mahu memakai pakaian dan perhiasan dan menelan makanan haram.
11 Mei ..., tiga orang lelaki telah datang ke rumah kami pada satu malam. Abang telah beri wang RM5,000.00 kepada mereka. Abang minta mereka bantu dia untuk mendapatkan undi banyak dan kemenangan untuk jadi ketua bahagian partinya.
18 Jun ..., abang bawa balik wang RM20,000.00. Abang kata, duit tu hadiah dari taukeh pasir sungai dan pasir bekas lombong.
19 Julai ..., abang telah pergi ke Australia dengan kak Radhiah. Mereka ke sana mengikut rombongan yang dianjurkan oleh Mr. Khoo Kai Lim, taukeh judi belangkas dan tiga nombor ekor tepi laut.

SONGKOK
POTONGAN RIAU

1 Ogos ..., abang pakai sampin merah. Abang kata kain sampin - baju, seluar, songket dan songkok potongan Riau itu dihadiahkan oleh Mimee Chua. Setahu Hanim perempuan Cina itu jadi ibu ayam - berniaga pelacuran.
11 September ..., abang bawa balik kereta baru buatan Malaysia. Kereta itu untuk kak Radhiah. Dia kata kereta tu dihadiahkan oleh Mat Sebarau, kerana abang tolong adiknya dan Ah Kuan mendapatkan lesen arak.
16 Oktober ..., Abang telah menghadiri majlis jamuan makan malam yang diadakan oleh persatuan penternak babi.

HANIM TAK NAK
KERETA

7 Movember ..., Abang bawa balik kereta baru, buatan Great Britain. abang kata kereta tu untuk Hanim. Dato' Lew Wai Kee hadiah.Hani tak nak kereta tu.Haram Hani pakai kereta tu.
30 Disember ..., Hani takut dilaknat oleh Allah. Allah melaknat orang yang makan suap atau rasuah.Laknat Allah bukan abang seorang saja yang kena, Hanim, kak Radhiah, habis anak-anak dia kena sama.
31 Disember ... Hari ini terlepaslah Hanim dari dosa dan laknat Allah.Setelah Hanim minta cerai kerana abang buat dosa. Abang ceraikan Hanim dengan talak satu.Hanim reda korbankan cinta.Putus cinta.Musnahkan cinta Hanim kepada abang. Demi Allah. Hanim tak mahu menanggung dosa. Takutkan laknat Allah.
Hari ini, Hani berjanji dengan diri Hanim; bali semula kepada abang tidak sekali, kerana darah, daging dan tulang belulang abang bercampur baur dengan zat dari makanan haram.
Selagi Hani Hanim tidak bertemu dengan lelaki yang soleh, Relalah Hanim hidu menjada sampai tangga kata pergi dan kubur kata mari.
Akmal Hanim yang masuih salam edahitu meminta izin kepada bekas suaminya untuk pergi ke kelinik di bandar. Dia hendak periksa badan. Dengan menumpang sebuah teksi buruk, dia telah pergi ke kelinik.Doktor pakar sakit puan, Dr.Ramlah Yeeyee tlah memerika perut dan rahim Akmal Hani.
"OK, Puan tak hamil ..., tak ada ..., akan hamil," kata doktor pakar itu.
Akmal Hanim bersyukur kepada Allah kerana dalam rahimnya tidak ada bibit suaminya. Kalaulah ada, tentulah anaknya akan berdaging, tulang, darah dan urat sara yang terhasil dar zat makanan yang haram.
Akmal Hani bin Haji Abdul Karim,
Kampung Puyu Lapar,
Bukit Seguntang,
Nusantara.
(MP)




No comments: