Tuesday, November 25, 2008

POLITIK WANG

TANGGUNGJAWAB NAJIB BERSIHKAN UMNO

Oleh: Mokhtar Petah

"Perjuangan menghapuskan kejala rasuah dan politik
wang mesti dilakukan secara komprenhensif dan
ia satu proses membabitkan tempoh masa yang terten
tu.

"Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang
boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang
dalam parti."


Saya tertarik hati akan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas ini dan saranan itu adalah satu saranan yang bertanggungjawab untuk menghapuskan amalan rasuah dan politik wang dalam UMNO dan semua parti politik dalam komponan Barisan Nasional.
Najib telah membuat saranan itu dalam pertemuan dengan para wartawan Malaysia yang menyertai beliau ke Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), di Laima, Peru semalam.
Saranan yang dibuat oleh Najib Tun Razak sesuai dengan beliau akan memikul tanggungjawab berat pada Mac tahun hadapan - sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Barisanan Nasional.

AMALAN RAHUAH

Memanglah untuk menghapuskan amalan rasuah dan politik wang perlu dilakukan secara menyerluruh dan memakan masa yang panjang.
Di negara kita, amalan rasuah dan politik wang telah bermula sejak zaman awal Persetukutan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga pada masa ini.
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melaksanakan polisi negara ini sebagai persyarikatan dan banyak projek besar kerajaan dianugerahkan kepada syarikat- syarikat untuk melaksanakan secara runding terus, iaitu tidak melalu tender tertutup atau tender terbuka, maka amalan rasuah telah berlaku dengan berleluasa.

MENTERI KABINET

Pada masa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn banyak berlaku rasuah di kalangan menteri besar, menteri kebinet, wakil-wakil rakyat terutama yang berkedudukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan _ Raja dalam mesyuarat - Esco.
Pada masa tersebut,amalan politik wang tidak berlaku secara serius, kerana kebanyakan individu - invidu yang berjuang UMNO terutamanya, tidak hidup mewah dan banyak wang untuk dilaborkan dalam 'perdagangan politik' seperti zaman Dr. Mahathir Mohamad.
Pada ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Khas UMNO, pada 19 Jun 1994, Dr. Mahathir Mohamad telah berkata:
"Dalam parti kita (UMNO), jika politik wang diterima
sebagai perkara biasa yang tidak dapat dielakkan, maka
sudah tentu yang pertama sekali orang yang dipilih
untuk memimpin parti akan terdiri daripada orang yang
kaya dan menggap rasuah sebagi halal dan boleh di -
amalkan, dan ini bererti pemimpin - pemimpin kita
akan terdiri dari penjenayah."

AMALAN POLITIK

Najib Run Razak mengakui, bahawa menghapuskan amalan politik tidak mudah. Menurutnya Dr. Mahathir Mohamad juga tidak berjaya menghapuskannya.
Tun Abdul Razah prnah berkata kepada saya, bahawa kalau hendak ditangkap mereka yang rasuah (pada masa itu berlum lahir perkataan politik wang) dalam UMNO tentulah habis semua pemimpin UMNO kena tangkap ...,UMNO terpaksa tutup.
Sebenarnya, kalau dilihat secara rambang, hampir semua pemimpin - pemimpin UMNO dan parti-parti dalam Barisan Nasional di peringkat bahagian (kerana mereka itu berebut naik ke atas) melakukan amalan politik wangw, tetapu bukti dan sebarang tanda amat sukar di dapati.

HOTEL MEWAH

Pada masa menghadapi Perhimpunan Agung UMNO Maca tahu hadapan, saya diberitahu oleh satu sumber yang rapat dengan pihak calon - calon akan menduduki kerusi Majis Tertinggi, dan boleh diyakini,bahasa ada tokoh - tokoh UMNO yang betading telah menyewa bilik - bilik hotel mewah di Kuala Lumpur dari masa ini hingga perhimunan pada Mac nanti.
Saya setuju dengan pendpat Dr.Mahathir Mohamad "... pemimpin kita akan terdiri dari penjenayah.". Perbuatan rasuah dan politik wang itu dalah di sisi agama Islam dan undang - undang negara. Sesiapa yang mnelakukannya, dia adalah penjenayah.
Bagai mana pandangan orang ramai terhdap UMNO dan bagaimana mereka akan percaya dan menokong parti itu, jika pemimpin - pemimpinnya penjenayah?
Saya melihat dengan serius kepada UMNO dan masa hadapannya. Jika penjenayah -penjenayah yang memimpinnya, maka tentulah parti politik orang Melayu itu akan ditinggalkan oleh orang ramai kerana mereka tidak mahu menyertai jenayah.

PERINGKAT KEBANGSAAN

Maka, setelah Mac tahun depan Najib Tun Razak terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk membasmi rasuah dan politik wang.Saya yakin beliau mampu melakukannya sekira ada kerjasama dari semua pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti Barisan Nasional di peringkat kebangsaan hingga ke peringkat bahagian dan cawangan,
Dengan tanggungjawab yang serius dan menghapuskan penjenayaah - pejenayah dari memimpin UMNO peringkat kebangsaan, negeri, bahagian dan cawangan, akan menjamin UMNO akan terus dipercayai oleh orang Melayu.
Demikian juga parti - parti lain dalam Barisan Nasional. Jika penjenayah -penjenayan menjadi pemimpin, seperti kata Dr. Mahathir Mohamad, lebih baiklah orang ramai memilih parti yang bersih dari pada penjenayah.
(habis)





No comments: