Saturday, November 22, 2008

QURAQN

MEMUJA SYAITAN

Bukankah Aku telah memerintahkan kamu semua hai anak - anak Adam, bahawa jangan (tidak boleh)lah memuja syaitan? Sesunguhnya, syaitan itu musuh yang terang bagi kamu sekalian.
Dan kamu semua hendaklah memuja Aku; inilah jalan yang lurus.
dan sesungguhnya, syaitan itu telah menyesatkan sejumlah besar dari antara kamu semua. Tidakah kamu sekalian mengerti?
Inilah neraka jahannam yang telah dijanjikan kepada kamu semua.
Pada hari itu, Kami tutup mulut mereka, tetapi tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi terhdap apa yang mereka telah lakukan.
- Yasin:60 - 65


HADIS

MENYUMPAH

Rasul Allah Mhammad s.a.w. telah bersabda: Seorang hamba (Allah) jika melaknat (mengutuk) sesuatu (seseorang), maka lakanat itu naik ke langit, maka tertutup semua pintu langit, kemudian ia turun ke bumi, maka tertutup pula pintu - pinhtu bumi, kemudian lari ke kanan dan ke kiri,hingga ia tidak mendapat tempat, baru ia pergi kepada yang dilakanat, jika layak dilaknat, jika tidak (layak dilaknat), maka kembalilah laknat itu kepada orang yang melaknat (berkata) itu sendiri.
Perawi: Imam Abu Daud


PETUA

KASUT TUMIT TINGGI

Perempuan - perempuan (mungkin tidak semua) yang memakai kasut tumit tinggi (melebihi 2 inci), akan mengakibatkan sakit sendi - sendi tulang, tulang belakang, pening kepala,mata rabun, kurang kuasa berfikir dan lemah nafsu berhai atau syahwat. - Orang tua-tua Melayu.

No comments: