Sering berlaku pengamal politik menipu rakyat.
Oleh: Mokhtar Petah
Pengamal - pengamal politik bergantung kedapada:
* Ilmu pengetahuan
* Kuasa atau kuat kuasa
* Harta dan kekayaan
* Wartawan atau media
* Tentera dan senjata
SEMUA RAKYAT
Undang -undang mereka itu adalah undang - undang taghut seperti yang Allah nyagtakan dalam Quran:
Alla Pelindung (mengawal dan menolong) mereka
yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegela -
pan (kufur) kepada cahaya (beriman kepada Allah).
Dan orang - orang kafir, penolong -penolong mereka
ialah taghut (syaitan, berhala, manusia mengaku Tuhan
yang kedua dan yang memutar belitkan atau menolak
hukum Allah), yang mengeluarkan mereka dari caha -
ya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah
mengsa neraka. - Al Baqarah: 257.
Tidakkah kamu (Muhammad s.a.w.) - hairan- melihat
orang - orang (munafik) yang mendakwa mereka telah
beriman kepada Quran yang telah diturunkan kepada
kamu dan kepada (kitab - kitab) yang telah ditgurunkan
(oleh Allah) daripada kamu? Mereka itu berhakim (me-
nggunakan perlembagaan dan undang - undang) taghut
padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur
(ingkar) kepada taghut itu.Dan syaitan ( Iblis atau manu-
sia musuh Allah) sentiasa hendak menyesatkan mereka
dengan kesesatan yang amat jauh. - An Nisa:60.
BARATNEGARA
Perlembagaan sesebuah negara yang tidak taghut sifatnya,ialah yang mengguna - pakai atau berpandukan hukum - hukum yang ditetapkan dalam Quran, seperti
Undang - undang atau hudud bagi kesalahan yang mesti dikenakan Qisas (pembalasan) , seperti firman Allah yang maksudnya seperti berikut ini:
Hai orang - orang yang beriman,diwajibkan atas kamu
semua qisas (pembalasan) dalam kes pembunuhan:
a - Orang yang merdeka dengan orang yang merdeka;
b - Hamba sahaya dengan hamba sahaya;
c - Perempuan dengan perempuan.
Sesiapa (pembunuh) yang dimaafkan oleh saudaranya
(mangsa) dengan meminta pembayaran - sedikit, hen-
daklah digturut dengan patut dan membayar dengan
sebaiknya. Itulah keringanan dan rahmat dari Tuhan
kamu, sesiapa yangmelanggar hukum selepas itu nes-
caya akan memperoleh seksaan(dari Allah) yang amat
pedih. Al Baqarah:178.
Manakala hukum atas orang yang mencederakan orang lain, adalah seperi firman Allah yang maksudnya berikut ini:
Dan Kami telah perintahkan dalamnya (kitab - kitab
Allah Injil kemudian Quran), bahawa (balasan):
a - Jiwa dengan jiwa;
b - Mata dengan mata;
c - Hidung dengan hidung;
d - Gigi dengan gigi.
Bahkan luka pun ada balasannya. Sesiapa dengan reda
menjalankan hukuman, diamemberikan tebusan dosa.
Siapa yang tidak menghukum mngikjut yang diturunkan
oleh Allah, maka mereka itulah orang - orang yang
zalim. - Al Maidah: 45.
PARTI POLITIK
Tulisan ini tidak memihak kepada mana - mana parti politik di negara ini. Tulisan ini adalah satu pelajaran untuk mereka yang mehu mengerti atau memahami mana satu parti politik di negara ini yang mengikut taghut dan yang mengikut hukum yang diturunkan oleh Allah.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PEKEMBAR (UMNO) amalan politiknya bersifat dua hala, iaitu:
Menikut Islam
a . Mengikut hukum yang diturunkan oleh Allah.
Membolehkan ahli - ahlinya mempertahakan Islam,
mengikut beberapa bahagian hukum dalam Islam,
seperti hukum mal (civil), keluarga dan pusaka.
b . Hukum mengenai zakat, baitul mal dan sebagainya.
c . Bangk dan kewangan Islam.
Mengikut Taghut
a . Hukum jenayah (criminal) - pembunuhan, kecedera-
an.
b . Jenayah zina dan khalwat dikenakan hukum penjara
atau denda.
BERSAMA ISLAM
Part- parti politik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, MCA, MIC, GERAKAN tidak akan mengikut atau mengamalkan undang - undang taghut.
Hanya PAS, sebuah parti politik yang tidak mengamal -pakai politik dan unhdang - undang taghut. Parti tersebut berjuang bersama Islam dan mengikut atau berpandukan hukum atau undang - undang yang diturunkan oleh Allah dalam Quran ,Sunnah Nabi Muhammad s,a.w. dan Ijmak ulama.
Bekas profesor sains politik Universiti Wasington, Samue A. Johnson, Ph.D, dalam bukunya Political Science (1966):
Islamic law, based on the Koran, is the basis of the
legal system in most Muslem caountries. In ealier
times, the judge applied the wor1d of the Koran as
law. As these countries becam modernized, the
Koran was supplemented by decrees of rulers and
still later by modern legislation, and the need of
judicial interpretation too judge-made law. To day
most Muslem caountries have made heacy borrowing
of rules and procedures from other legal system,
chieffly Roman law ( undang - undang taghut - mp).
Semenjak Tunku Abdul Rahman hingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara ini, tidak nampak perubahan pihak kerajaan untuk mengamal - pakai undang - undang yang diturunkan oleh Allah (kecuali a dan c di atas).Tetapi apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin negara ini, beliau telah melangkah ke arah pendekatan negara ini dengan perundangan Islam, iaitu dengan mengemuka doktrin; Quran dan Hadin jadi pedoman kerajaan dan rakyat.
Malangnya, perkara ini menjadi salah satu dan beberapa sebab beliau tidak disukai oleh sebilangan ahli UMNO sehingga beliau rela meletakkan jawatan pada Mac tahun hasapan.
ISLAM HADHARI
Adakah Datuk Seri Najib tun Razak yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac depan akan menyambung pendekatan negara ini dengan perundangan Islam, atau menghapuskannya, termasuk Islam Hadhari?
Semua pengamal politik hati ini telah mengetahui, bahawa ramai dari golongan muda Melayu pada hari ini cenderung dan pendeknya berjuang untuk menegakkan Negara Islam, maka, jika UMNO tidak mengubah corak atau pegangan politiknaya kepada Islam, maka sebilangan besar dari golongan muda Melayu akan menyertai PAS.
Pendeknya sebilangan orang Melayu, terutama yang berpengetahuan Islam akan membuat perhitungan; menyertai UMNO akan hanaya mendapat habuan di dunia dan menyertai PAS akan mendapat habuan di dunia dan di akhirat.
Mereka akan berpegang teguh kepada maksud ayat Quran berikut ini:
Orang - orang yang beriman, brpindah dan berjuang
pada jalan Allah dengan harta dan dan diri mereka,
lebih tinggi darjatgnya di sisi Allah, dan itulah orang -
orang yang berhasila cita-citanya (menang).
At Taubah: 20
Mereka akan berfikir, jika mereka menyertai UMNO, mereka tidak menepati firman Allah yang bermaksud di atas dan mereka takut diri mereka akan menjadi seperti maksud ayat Quran di baah ini:
Mereka ketawa sendikit dan menangis banyak, sebab
pembalasan dari apa yang mereka usahakan.
At Taubah: 82.
Maka, untuk mengelak dari UMNO ditinggalkan oleh mereka dari golongan muda Islam, setiap pemimpin parti tersebut, dari peringkat kebangsaan hingga ke cawangan - cawangan di kampung - kampung berusha mengubah- suaikan parti terebut dengan Islam atau mengenepikan amalan taghut.
(Habis)
No comments:
Post a Comment