DOKUMEN RAHSIA
JAMBATAN BENGKOK
PUNCA DR. AHATHIR KUTUK
ABDULLAH AHMAD BADAWI
Oleh: Mokhtar Petah
Kritik demi keritik. Kecaman demi kecaman dan berbagai cara telah dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad terhadap Abdullah Badawi, tetapi sebagai orang berbudi ‘diam lebih baik dari banyak bercakap’, Abdullah tidak menjawab semua tutur kata kesat oleh bekas ketuanya itu.
Seperti yang saya ketahui; Abdullah Badawi yang kelihatan lembut dan lemah itu, sebenarnya seorang yang tegas dan teguh hati. Berfikir sebelum bercakap. Sentiasa mengelak dari memburuk-burukkan orang lain.Ini adalah nilai peribadi yang diwarisinya dari datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Haji Ahmad Badawi.
Manakala Dr. Mahathir Mohamad seperti yang kita ketahui sering bercakap ‘lepas mulut’ atau tidak berfikir sebelum bercakap. Pada massa dia berkuasa tidak ada siapa yang membantah, hatta para wartawan yang terikat dengan sesebuah organisasi media yang berada di bawah teduhan kerajaan atau UMNO. Pada masa itu Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah fikiran dan tindakannya ‘benar adanya’.
MENJADI MANGSA
Berkata seorang dari ulama yang mursyid kepada saya; semua orang yang melakukan ‘keburukan’ atas Anwar Ibrahim telah menerima balasan; termasuk individu yang menendang pintu rumah Anwar di Bukit Damansara dan menangkapnya. Hanya seorang lagi belum menerima balasan dari Allah!?.
Sebagai orang Islam dan mukmin, kita tidak dapat mengatakan Dr Mahathir Mohamad salah atau benar. Kita adalah manusia, ‘Sesungguhnya manusia itu amat tidak jujur dan amat bodoh’[1]. Kita hanya orang-orang yang menanti waktu, ‘...tunggulah sampai Dia (Allah) menghukum antara kita. Dan Dia(Tuhan)lah sebaik-baik Hakim’[2].
MENUTUP BANGKAI
Manusia sering menutup kesalahan yang dilakukannya. Ada kalanya yang ditutup itu tidak dapat diketahui oleh manusia. Ada pula dia menutup kesalahannya seperti ‘menutup bangkai dengan tapak tangan’. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Pada 14 Julai 2006 lalu semua rakyat ini telah mendapat tahu secara jelas akan sebab-sebab Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Badawi tidak mahu meneruskan projek ‘Jambatan bengkok’ dari Johor ke Pulau Singapura yang dimulakan pada masa Dr. Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri negara ini.
Berikut ini saya merakamkan ‘Kenyataan Jabatan Perdana Menteri’ berhubungan dengan ‘jambatan bengkok’ yang menjadi faktor Dr. Mahathir Mohamad mengkritik Abdullah Badawi
‘Kerajaan telah mengklasifikasikan semua beberapa dokumen rahsia yang relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan yang menggantikan Tambak Johor itu.
Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad iaitu:
* Kerajaan Malaysia menerima cadangan
Malaysia untuk membina sebuah jambatan
bengkok.
* Jambatan berkenaan bukan sebahagian
daripada pekej bertunggak isu dua hala.
* Malaysia adalah negara lemah dan tidak
mempunyai bekeranian (half past six with
no guts) dengan tidak menerukan projek
jambatan bengkok.
* Ketika di meja rundingan, Malaysia yang
mengemukakan isu penjualan pasir dan
kebenaran untuk Tentera Udara Republik
Singapura (RSAF) menggunakan ruang
udara negara ini.
SEJARAH
Ini adalah kali kedua dalam sejarah Negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah dikalifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan masyarakat awam. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya kerajaan ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan.
Di dalam pekej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat yang dibuat antara Dr. Mahathir dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong.
Petikan daripada rekod mesyuarat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk tatapan umum.
Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama:
1- Perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dr. Mahathir sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan menjadi sebahagian daripada isu berpekej yang ingin diselesaikan bersama Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan dari tahun 1998 sehingga 2002. Ini terbukti dalam surat Dr. Mahathir kepada Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002.Isu yang sama inilah yang dibangkitkan oleh Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat bersama Abdullah Badawi pada 1 Mac 2005. Fakta ini menangkis dakwaan Dr. Mahathir bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet-jet pejuang RSAF.
2 - Penjualan pasir kepada Singapura dibangkit kan oleh republic tersebut semasa mesyuarat di antara Abdullah dan Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005.
Ini menangkis dakwaan bahawa kerajaan sekarang yang membangkitkan isu pasir di meja rundingan.
3- Pendapat undang-undang dari Jabatan Peguam Negara menunjukkan bahawa Malaysia tidak boleh meneruskan usaha membina jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang. Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjina Pemisahan 1965.
Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan Tambah Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsuang menjejaskan paip-paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri kanak Tambak Johor. Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak milik paip-paip tersebut diberi kepada Lembaga Kemajuan Awam Singapura (Publik Utiliti Bad atau PUB).
Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, ‘Malaysia perlu mendapat kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok’,
Di bawah Perjanjian pemisahan Malaysia – Singapura 1965, Malaysia menjamin abligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air Johor –Singapura 1961 dan 1962, paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961. Justru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh diguna pakai ke atas paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh diguna pakai ke atas paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor. Oleh itu dakwaan paip air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral) setelah memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar.
TEGAS
Dengan mengambil kira fakta ini, kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk menolak cadangan timbang balas (quit-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan ruang udara. Keputusan ini dibuat memandangkan ia akan menjejaskan kedaulatan Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan ini memandangkan ia selaras dengan sentimen rakyat dan kepentingan Negara.
Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah – Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak.
Jambatan lurus sepenuhnya yang dicadangkan oleh Malaysia sepatutnya menjadi simbol persahabatan dan seharusnya memberi manfaat kepda kedua-dua Negara. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mencapai matlamat ini tidak hanya terletak kepada Malaysia semata-mata.
Keterangan lanjut mengenai isu ini terkandung dalam Lampiran A yang diserahkan bersama.
Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membuat pelbagai dakwaan berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
. Kerajaan kini ingin membentangkan fakta-fakta dan menjelaskan rentetan sejarah mengenai keputusan yang telah diambil.
Dakwaan: Bahawa Kerajaan Singapura telah meminta cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia.
Fakta:Pada 4 Mac 2002 Dr.Mahathir telah menulis kepada Lee Kuan Yew mengenai cadangan Malaysia berkenaan pekej isu dua hala yang tertunggak. Antara lainnya, beliau telah mencadangkan pembinaan jambatan di sebalah Malaysia manakala Singapura akan membina jambatan di sebelah Singapura dengan masing-masing menanggung kos sendiri. Setelah jambatan tersebut siap, Tambak Johor akan dirobohkan. Dr. Mahathir seterusnya mencadangkan bahawa sekiranya Singapura tidak mahu membina jambatan di sebelahnya, Malaysia bercadang untuk membina jama batan di kawasannya sendiri. Sebaik-baik sahaja jambatan itu siap, Tambak Johor sebelah Malaysia akan dirobohkan.
PENDEKATAN
Pada 11 April 2003, Goh Hok Tong membalas surat tersebut dan menyatakan persetujuannya, walaupun beliau lebih gemar kepada cadangan jambatan penuh. Bagaimanapun, cadangan ini telah dibuat dalam konteks pendekatan berpekej untuk isu-isu dua hala yang tertunggak, yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi di peringkat menteri dan pegawai kanan.
Pada 7 Oktober 2002, Dr.Mahathir memberitahu Goh Chok Tong bahawa Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan isu-isu tertunggak secara berpekej dan hendak memberi tumpuan kepada penyelesaian isu air mentah yang dibekal kepada Singapura. Pendekatan ini diambil kerana tiada kemungkinan dapat dicapai persetujuan dalam menyelesaikan isu-isu ini secara berpekej
. Pada 14 Oktober 2002, Perdana Menteri Goh Chok Kong bersetuju untuk tidak mneneruskan perbincangan mengenai isu-isu tertunggak ini secara berpekej. Singapura menerik balik persetujuan yang diberikan untuk pembinaan jambatan bengkok yang dilakukan dalam konteks penyelesaian secara berpekej dan menyatakan persetujuan yang telah diberi lebih dahulu untuk projek jambatan kini tidak boleh dipakai lagi.
TANAH
Perdana Menteri Goh Chok Tong menulis: ‘…saya sebenarnya telah bersedia untuk memberi konsesi (concessions) dengan mengubah suai Points of Agreement (POA) dengan beberapa bidang tanah tambahan, membenarkan pengeluaran awal bagi caruman Central Provident Fund (CPF) dan untuk membina jambatan di kawasan kami untuk menggantikan Tambak Johor dengan kos yang ditanggung oleh kami sendiri, sebagai pertukaran (trade off), supaya anda boleh memberi kepada kami ruang udara dan air di masa hadapan pada harga yang berpatutan. Oleh kerana anda kini mahu membincangkan isu air secara berasingan dan tidak meneruskan pendekatan berpekej, pertukaran-pertukaran (derat off) kini tidak boleh dilakukan.’
Kesannya, surat ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak kembali kepada status quo. Kenyataan Perdana Menteri Goh tidak disangkal oleh Dr. Mahathir. Malah, Dr. Mahathir tidak menjawab surat Perdana Menteri Goh.
Singapura kemudiannya mengulangi pendiriannya dalam Nota Diplomat pada 29 November 2004, ketika Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Cagar sedang dibina. Ia menyatakan: ‘…rundingan-rundingan yang berdasarkan pakej ini telah secara unilateral dihentikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Oktober 2002.’ Dengan terhentinya perundingan isu-isu berpakej ini, persetujuan Singapura untuk jambatan bengkok tidak lagi wujud.
Kesimpulan: Adalah tidak benar untuk menyatakan Singapura menerima cadangan Malaysia untuk membina jambatan bengkok dalam wilayahnya. Persetujuan Singapura bagi Malaysia membina jambatan bengkok adalah sebaik-baiknya, satu persetujuan yang diberi secara tidak rela hati sepenuhnya dan dilakukan semata-mata berdasarkan pendekatan berpakej.
Dakwaan: Bahawa surat daripada Perdana Menteri Goh Chok Tong pada 11 April 2002 adalah komintmen muktamad republic tersebut untuk cadangan pembinaan jambatan oleh Malaysia.
Fakta: Semasa rundingan antara kedua Negara, telah wujud persefahaman bahawa sebarang cadangan tidak akan dianggap muktamad selagi ia tidak dimeterai dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura. Ini adalah seperti yang dijelaskan dalam surat Lee Kuan Yew kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Menteri Kewangan dahulu, Tun Daim Zainuddin pada 24 Ogos 2000.
PRASANGKA
Antara lain, surat itu menyatakan; ‘Untuk memudahkan kita menulis satu sama lain, untuk mencuba pelbagai pilihan, segala nota atau surat yang saya hantarkan kepada anda atau Mahathir, dan sebalik nya, perlu dilihat sebagai Tanpa Prasangka (Without Prejudice): Bahawa tiada persetujuan melainkan semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua- dua PM.’
Kesimpulan: Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa Goh Chok Tong telah memberi komitmen terhadap jambatan ini di dalam suratnya pada 11 April 2002. Tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-kedua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura berhubung pembinaan jambatan ini.
Dakwaan: Bahawa jambatan ini tidak termasuk sebagai sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala.
Fakta: Pada mulanya, isu-isu berpekej tertunggak hananya meliputi empat perkara – air, Central Provident Fund (CPF), ruang udara dan menempatkan semula Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin KTM di Singapura. Ini telah disepakati oleh kedua-dua Negara di Hanoi pada 27 Disember 1998.
Namun demikian, projek jambatan itu telah dimasukkan kemudiannya ke dalam isu-isu berpakej melalui surat Dr.Mahathir kepada Lee Kuan Yew pada r Mac 2002 dan isu jambatan telah menjadi salah satu daripada lima isu di dalam pakej bertajuk ‘PAKEJ LIMA ISU MALAYSIA – SINGAPURA - CADANGAN MALAYSIA’.
Kesimpulan: Isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala yang belum selesai disebabkan surat Dr. Mahathir telah memasukkannya dalam isu berpakej.
Dakwaan: Bahawa keputusan kerajaan untuk membatalkan projek jambatan ini akan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.
Fakta:Jumlah kos pembinaan CIQ jambatan bengkok dan landasan KTM (Keretapi Tanah Melayu) yang baru merentasi Selat Johor adalah RM2.373 bilion.
PAMPASAN
Buat masa ini, kerajaan masih lagi mempertimbangkan bayaran pampas an kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. Namun begitu,perlu ditekankan bahawa keputusan untuk membatalkan projek jambatan itu bukanlah satu keputusan ekonomi. Setelah berpuas hati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan secara unilateral atau tunduk kepada tuntutan Singapura, pembatalan rancangan pembinaan jambatan ini adalah keputusan kewangan yang paling bertanggung- jawab dan tepat.
Kesimpulan:Bukanlah satu keputusan yang wajar untuk membelanjakan RM1.13 bilion untuk struktur pembangunan yang akhirnya menemui jalan buntu.
Dakwaan:Bahawa Malaysia adalah Negara yang lemah dan dayus (half past six) kerana membatalkan- kan projek jambatan tersebut.
Fakta: Jelasnya, kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Kerajaan telah menimbangkan semula keputusan unilateral yang dibuat oleh Dr. Mahathir untuk membina jambatan bengkok tetapi yang akhirnya tidak menghasilkan penyelesaian yang terbaik.
WARISAN
Jambatan bengkok bukanlah satu warisan yang harus dan wajar ditinggalkan kepada generasi mendatang Malaysia. Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan itu, kerajaan telah mengkaji bukan sahaja Perjanjian Wayleave tetapi juga Perjanjian Air Johor- Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan Malaysia-Singapura(separation Agreement) 1965 dan turut mengambil kira pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.
Berikut adalah Pendapat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara: ‘…pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia perlu dikaji secara menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang-undang antarabangsa khususnya kesan alam sekitar terhadap Singapura dan di sekitar kawasan Selat Johor.
Selain daripada itu, pembinaan jambatan bengkok ini akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini akan secara langsung menjejaskan paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang terletak di kiri dan di kanan Tambak Johor. Dalam konteks ini implikasi undang-undang perlu dikaji berdasarkan Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan Malaysia- Singapura (Separation Agreement) 1965.
PRINSIP
Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bebas mempunyai kuasa mutlak terhadap kawasannya dan di dalam melaksanakan kuasa tersebut, tidak ada Negara lain yang berhak campur tangan. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh mengambil tindakan unilateral tanpa mengambil kira prinsip dan tuntutan undang-undang antarabangsa,yang turut menyentuh serta mengambil kira hak dan kepentingan negara-negara jirannya.’
Kesimpulan: Dengan timbulnya pelbagai ke keliru-
-an, adalah penting bagi kerajaan untuk mengkaji keputusan- nya dan melakukan tindakan yang betul. Untuk mentadbir kerajaan, ia tidak seharusnya didorong oleh kemahuan mengejar populariti ataupun untuk menimbulkan sebarang konflik. Pengurusan kerajaan adalah mengenai pertimbangan baik dan buruknya sesuatu tindakan, dan seterusnya membuat satu keputusan yang terbaik untuk Malaysia.
Dakwaan: Malaysia menawarkan ruang udara dan pasir kepada Singapura.
Fakta: Isu berkaitan penggunaan ruang udara Malaysia adalah sudah pun dibawa ke meja rundingan antara tahun 1998 dan 2002. Dr. Mahathir sendiri memasukkannya di dalam surat kepada Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Beliau menawarkan kemudahan tersebut sebagai satu pertukaran (trade off) semasa rundingan berpakej, dakwaan yang dibuat Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi relevan.
PERUNDINGAN
Sebelum ini,Singapura pernah menikmati lima jenis kemudahan penerbangan sebelum ditarik balik pada tahun 1998.Semasa perundingan, Singapura telah meminta agar Malaysia membenarkan semua kesemua kemudahan tersebut tetapi kerajaan sekarang hanya bersedia menawarkan dua daripada lima kemudahan berkenaan, iaitu Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) dan Transit Koridor (Northern Transit Corridor) dengan terma dan syarat yang perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Kemudahan mencari dan Menyelamat ditawarkan berdasarkan prinsip timbal balas (reciprocity) dan ia adalah selaras dengan amalan antarabangsa. Kemudahan Laluan Koridor Utara pula hanyalah bagi tujuan transit ke Laut Cina Selatan. Pesawat tentera udara Singapura tidak dibenarkan berlegar di ruang udara Malaysia.
Kesimpulan: Penggunaan ruang udara dibangkitkan oleh Goh Chok Tong semasa mesyuarat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mac 2005 di Putrajaya.
Singapura menyatakan bahawa isu ini adalah penting bagi mereka dan ia akan memudahkan untuk pembinaan jambatan diterima oleh Singapura.
Perlu ditegaskan, bagi Singapura, mereka tidak menganggap ada keperluan untuk menggantikan Tambah Johor dengan jambatan. Justeru, Singapura inginkan timbang balas bagi mereka apabila bersetuju dengan jambatan. Merekalah yang meminta pasir serta penggunaan ruang udara sebagai balasan.
Namun begitu, apabila jelas yang Malaysia tidak mahukan penjualan pasir atau penggunaan ruang udara oleh jet pejuang RSAF, kerajaan bertindak tegas dan membuat keputusan yang boleh diterima -iaitu tidak meneruskan dengan rancangan membina sebuah jambatan.
Sekiranya kerajaan menerima dua syarat Singapura bermakna kerajaan membelakangkan kehendak sebilangan besar rakyat Malaysia. Kerajaan sentiasa menegaskan bahawa sebarang keputusan dibuat adalah keputusan politik, yang mana ia berdasarkan sentimen, kedaulatan dan maruah rakyat Malaysia.’[3]
MENCAPAI KEJAYAAN
Setelah kita meneliti kenyataan di atas ini, ternyatalah ‘kritik, provokasi atau ceroboh maruah’ Dr. Mahathir Mohamad terhadap Abdullah Badawi berhubungan dengan jambatan bengkok dapat memberi kefahaman kepada orang ramai, bahawa bekas Perdana Menteri itu berkedaan seperti orang frust dalam perciantaan. Frust kehilangan kuasa. Frust kerana gagal mencapai kejayaan. Beliau bercakap mengikut perssaan atau sentimen. Tidak menggunakan fakta sebenar atau menyalahi fakta.
‘Dalam hal ini Abdullah harus bijaksana dan cermat menilai apakah maksud serangan dan kritikan pedas yang ditimbulkan Mahathir itu. Yang jelas Mahathir tidak akan berhenti, beliau ada agenda tersendiri kenapa menimbulkan persoalan itu. Dalam hal ini jawapan terhadap persoalan itu bukan sangat diingini (oleh?) Mahathir daripada Abdullah. Sebagai orang yang pernah mewarisi takhta, beliau tahu akan segala permainan ‘kongkalikung’ itu semua. Tanpa soal pun Mahathir Boleh menjawabnya kerana persoalan seperti itu sudah lama berputar pada dirinya.
Ada mesej lain yang lebih mendalam daripada apa yang dimaksudkan itu. Isu-isu yang dibangkitkan itu disengajakan untuk menimbulkan keributan kepada Abdullah dan kerajaan. Apa yang Mahathir nantikan Abdullah pening dan akan mabuk dengan
Sesiapa sahaja yang menerjunkan dirinya ke dalam perjuangan suci, iaitu perjuangan untuk tanah air, bangsa dan negara, wajiblah ada padanya ‘niat’ yang baik dan sekap yang ikhlas. Tidak boleh wujud dalam dirinya perasaan tamak (termasuk mengaut hak miliki kerajaan, rasuah dan seumpamanya) kepada kekayaan, sayangkan pangkat dan nama, rasa tidak puas hati dan dengki atau cemburu kepada rakan atau rakan-rakan seperjuangan.
SELURUH DUNIA
Banyak contoh dalam sejarah politik negara-negara di seluruh dunia, kejatuhan seseorang pemimpin disebabkan perbuatan mereka berlainan dari niat pada awal mereka menerjunkan diri dalam perjuangan.
Satu dari contoh, di negara jiran kita, Thailand; Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang telah digulingkan oleh tentera negara itu yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin, dikatakan menggunakan negaranya sebagai ladangnya dan mengetepikan kepentingan rakyat Thailand.
Memang telah menjadi kebiasaan atau tradisi para pemimpin negara di seluruh dunia di kelilingi golongan kapitalis, borjois dan mereka yang mengejar kekajayaan dan tidak mengambil peduli penderitaan rakyat. Maka, kita di Malaysia berharap dua pemimpin kita, Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak tidak berada dalam senarai pemimpin dunia yang demikian itu.
Banyak kajian yang telah dibuat oleh para penulis politik atau penulis bebas, bahawa ramai pemimpin berkeadaan seperti yang tersebut di atas itu tidakterlepas dari perbuatan-perbuatan yang merugikan rakyat dan mengancam ke setabilan negara, di antaranya rasuah.
Dalam kertas kerja ‘Kempen Anti Rasuah’ oleh Konsortium Permodalan Usahawan Bumi (KOPUB) pada tahun 2004, telah menyatakan, ‘rasuah pembunuh bangsa’. Dan kertas kerja itu memetik dari Website UCLA Asia Intitut, iaitu hingga tahun 2003, kedudukan Malaysia dalam Rangking Asia paa tahap 5.2 (paling tinggi poin bererti kurang kajadian rasuah.
No comments:
Post a Comment