Oleh: Mokhtar Petah
Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga pada hari ini, orang Melayu di Pulau Pinang menjerit, meraung dan melolong meminta pembelaan, tetapi mereka terus terhimpit dan dihimpit oleh mereka yang berkuasa dan kapitalis disebabkan 'pak turut' para pemimpin mereka sendiri.
Pemimpin mereka terdiri dari indvidu - idividu dari dua golongan dalam Barisan Nasional, iaitu orang Melayu dari UMNO, orang Cina dan orang India dari GERAKAN, MCA dan MIC.
Sesiapa yang melawat ke Pulau Pinang dan meninjau ke bawah dari atas bangunan tinggi, dapat melihat bangunan-bangunan kilang, perdagangan dan perniagaan yang memperlihatkan pulau itu sebuah dunia perdagangan seperti bandar Petah Tekva, di negara Yahudi.
Di sana sini, di celah-celah bangunan tinggi dan indah terdapat rumah-rumah lama atau tua milik orang Melayu yang terhimpit dan dihimpit. Sebilangan dari rumah-rumah itu atas tanah wakaf dan tanah kubur milik Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Pulau Pinang.
Pada hari minggu lalu kerana urusan melaporkan satu mesyuarat parti politik, saya telah melawat ke pulau tersebut dan bermalam, di sebuah hotel, di Bukit Jambul. Saya terasa seperti mendengar suara orang-orang Melayu; Melayu asal pulau tersebut, dan Melayu campuran orang India Islam. Semuanya Melayu kerana mereka beragama Islam dan rakyat negara ini - , menjerit, melaung dan melolong meminta pembelaan dari orang - orang sebangsa dengan mereka supaya melepaskan mereka dari keadaan yang mereka alami sejak zaman berzaman itu.
Pada masa Barisan Nasional berkuasa, di Pulau Pinang. MCA nemikul tanggungjawab mengemudikan kerajaan di sana, tetapi orang Melayu di pulau itu (tidak termasuk Melayu di Seberang Perai) tidak terbela juga.Mereka menggigit jari melihat orang -orang Caina dan India di sana maju dalam semua bidang terutama perniagaan dan perdagangan.
Terdapat beberapa orang Melayu yang berkuasa di sana menjadi orang kaya raya dan memiliki tanah perindustrian, saham dan sebagainya.
Di antara wakil - wakil rakyat Melayu dalam UMNO yang tidak kaya raya pada masa itu, hanya Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi.Saya telah membuat kaji selidik di Pejabat Bendahri negeri, saya mendapati beliau tidak pernah membuat tuntutan alauns masyuarat dan berbagai- bagai allauns lagi termasuk alaus perjalanan. Beliau hanya menerima i alaun tetap sebagai ahli Dewan Undangan negeri dan ahli Exco kerajaan negeri terseebut.
Orang yang kedua berbuat demikian, ialah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mentri besar kelkantan dan Mursyidul Am PAS.
Apabila Parti GERAKAN - Barisan Nasional - diketuai oleh Tanb Sri Koh Tsu Koon mngusai kerajaan Pinang hingga lumpuh pada pilihan raya ke - 12, Mac 2008,orang Melayu masih di takuk lama juga.
Peluang bagi orang Melayu untuk menyertai perniagaan hartanah, perumahan dan sebagianya tidak terbuka, kerana golongan hartawan orang Cina menjadi pembolot ekonomi di sana.
Beberapa orang peniaga Melayu memberitahu saya, mereka telah mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah milik mereka, tetapi kerajaan Barisan Nasioanal - Gerakan pada masa itu tidak meluluskannya.
"Tapia, kalau kami usaha sama dengan syarikat orang Cina atau jual tanah itu kepada orang Cina, tanah itu diluluskan untuk dimajukan," katanya.
"Kami di Tanjung ni duk macam orang pelarianlah, kerajaan tak ambil tahu, orang - orang UMNO tak jenguk ..., dengak ceghita macam oghang Melayu di sini mmacam duk dalam syughga ...," kata mereka.
"Wakil-wakil rakyat Melayu pada pada masa itu duk cari kesenangan, jadi broker peniaga Cina, duk nak jual tanah kami ...," tambahnya.
Sekarang Pulau Pinang diperintah oleh - Pakatan Rakyat - DAP memegang kuasa utama. Orang Melayu Pulau Pinang kian terhimpit. Usaha awal kerajaan baru itu memperlihatkan kuasa mereka menghapuskan bahasa Melayu pada papan - papan tanda jalan.
Apabila tulisan menunjukkan indititi Melayu tidak ada pada papan tanda dan wujud tulisan Cina, maka orang -morang luar yang daatang ke pulau itu tentulah menyangka pulau tersebut telah menjadi sebuah negara kecil Cina.
Ada kemungkinan tanah - tanah milik orang Melayu di kawasan Balik Pulau, Teluk Bahang, Pulau Bitung dan tempat - tempat lain akan berpindah dari milik mereka sekiranya kerajaan negeri melaksanakan dasar seperti kerajaan PAP Singapura.
Ada kemungkinan semua tanah pusaka orang Melayu akan menjadi milik orang Cina dan bangsa - bangsa lain sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat - DAP - bertindak memajukan tanah - tanah tersebut mengikut rancangan dan kuasa kerajaan negeri.
Beberapa orang penarik beca yang meneruskan hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang memberitahu saya, " Kami di sini tak ada tempat nak minta tolong ..., mita kepada orang UMNO, tengok sebelah mata pun tak dak ..., pada orang GERAKAN, MCA lagi menyakitkan hati ..."
"Kami tak dapat beli ghumah kerana pendapatan kami tak menentu, semua irang Melayu di Tanjung ni macam kami, mana nak laghat belia rumah mahal ...,"kata seorang dari mereka.
Kebanhyakan orang bijak pandai meramalkan, oorang - orang Melayu Pulau Pinang - Tanjung - akan menenerima nasib seperti orang - orang merempat di Bandar London, Parid dan New York.
(Habis)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AZIZAN MESTI TEGAS
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bahawa jika DAP hendak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Negeri Kedah, bliau tidak boleh buat apa - apa kerana langkah itu hak mereka.
Beliau adalah orang kuat PAS dan mewakilili lebih 80 peratus orang Melayu dan umat Islam negeri itu. Atas bahu beliau terbeban amanah yang mesti ditunaikan bagi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
DAP akan bertindak keluar dari Pakatan Rakyat kerana tidak setuju dengan kuota 50 peratus bagi Bumiputera negeri itu memiliki rumah. Pada masa lalu hanya 30 peratus bagi kuota Bumiputera.
Ahli tunggal Dewan Undangan negeri Kedah DAP), Lee Guan Aik dan GERAKAN tidak setuju dengan dasar baru.
"Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana ..., mana boleh saya tahan," katanya.
Yang penting Azizan mesti tegas dan kalau tidak tegas, nasib PAS, di Kedah akan menjadi seperti UMNO negeri itu pada masa lalu.
------------------------------------------------------------------------------------------------
TIGA MANUSIA DI MALAYSIA
Berita Harian melaporkan, bahawa Pergerakan wanita UMNO Sabah dan Negeri Sembilan, semalam, secara terbuka menyokong Datuk Seri Sahrizat Abdul Jalil dan Sanato Datuk Kamilia Ibrahim menolak keputusan Exco pergerakan itu mengekalkan pelan peralihan kuasa Jun 2009.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz tetap mahu memegang jawata ketua pergerakan tersebut.
Beliau menyifatkan mereka yang menentang keputusan Exco pergerakan itu sebagai golongan yang tiada integriti.
Di Malaysia ini hanya ada tiga orang yang bercakap banyak, sukar meninggalkan jawatan tinggi atau tetap bertahan di tempat yang menguntungkan.
Tiga orang itu: 1) Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun telah tidak menjadi ahli UMNO, tetapi masih belum meletak jawatan penasihat Patronal dan Pengerusi Yayasa Kepimpinan Perdana. Baliau masih tetap menggunakan pejabatnya di bangunan tersebutm di Putrajaya, 2 ) Presiden MIC, Datuk Seri Sammy Vellu tetap mahu memperetahankan hak kempimpinannya atas parti politik orang India itu.
No comments:
Post a Comment