Saturday, November 8, 2008

CERPEN

HAKIM TUA

Oleh: Mokhtar Petah

Pada petang itu, bunyi air mengalir dalam sungai kecil, di belakang chelet, dalam dusun durian seluas empat hekter berhimpit dengan hutan simpan, membelai hati orang tua, bekas hakim mahkamah tinggi, Datuk Wahab yang sedang duduk di muka pintu chalet itu.Hilang resah hatinya. Lega rasa takutnya.Pada ketika itu dirasa dirinya hanya sama dengan seekor lalat anjing yng sedang hinggap atas biji duria di kaki tangga chaletnya.
Mat Judin mati kena gantung kerana dituduh menyokong pengganas komunis. Bedul mati di tali gantung kerana dituduh membunuh orang. Kassim masti di tali gantung juga kerana dituduh melakukan jenayah berat.
Mereka itu mati digantung disebabkan Yang Arif Hakim Datuk Wahab telah menjatuhkan hukuman.
Dia ketuk kepala tukulnya atas meja lalu menjatuhkan hukuman gantung ke atas Judin.
Ketuk kepala tukulnya atas meja, Bedul yang didakwa itu mesti digantung.
Kasim senyum. Dia mengucap dua kalimah syahadat, sebaik - baik sahaja Datuk wahab mengetuk kepala tukul atas meja dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Mereka telah digantung hingga mati disebabkan Datuk Wahab menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Mangsa - mangsa itu tidak melakukan ke salahan demikian. tetapi mereka itu manusia - manusia miskin. Tidakada wang untuk membayar uoah peguam. tidak pandai bertingkah mulut dan berbohong.
Ramai yang telah kena penjara bertahun - tahun lamanya.
Ramai pula orang yang melakukan kesalahan jenayah - bunuh orang, dilepaskan. Tidak bersalah kerana pendakwa raya menggenyit mata dengan para peguam bela mereka yang tertuduh. Ada pendakwa menjadi kaya raya kerana menerima rasuah melalui peguam - peguam bela.
Datuk Waham membaca dan meneliti semua kertas pendakwaan. Butir - butir pendakwaan di atas kertras- kertas benar belaka. Tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
Datuk Wahab telah menuntut ilmu undang - undang di sebuah universiti di London.
Undang - undang Rom tua, undang Inggeris dan semua undang ciptaan manusia dipelajarinya. Dihayatinya. Diamalkannya.
Sekembalinya ke Tanah Melayu, dia bekerja dalam kerajaan penjajah Inggeris sebgai pengadil mahkamah rendah. Kemudian dia terus naik ke atas dan pada masa usianya telah mula meningkat kepada usia yang sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. mula menjadi rasul Allah, dia menduduki kerusi hakim mahkamah tinggi.
Datuk Wahab amat mahir akan undang - undang. Dia lebih mahir undang - undang berbanding dengan kemahirannya membaca dan memahami erti dan al Fatihah.
Datuk Wahab tidak pernah membaca dan tidak mengetahui undang - undang dalam agama Islam. Undang - unhdang jenayaa - hudud dan undang -undang mal dalam Islam tidak ada dalam kepalanya. Pendeknya dia mengangpap Islam hanya sebuah agama ratib, zikir, sembayang, puasa, zakat dan fitra seterusnya ibadat haji sahaja. Tidak ada undang. Tidak ada politik. Tidak ada tata negara. Baginya Islam sebuah agama ortodoks atau lebih kunuh dari itu.
Pada lewat tengah hari tadi, Datuk Wahab telah sembahyang Jumaat di masjid, di kampung yang berhampiran dengan dusunnya. Dalam masjid itu, dia sembahyang pada barisan kedua dari barisan hadapan. Suara khatbah muda yang membaca khutba dapat didengarnya dengan baik. suara khatib itu masuk melalui dua lubang telinganya dan terus ke hati sanubarinya.
Hai Daud, sesungguhnya kami telah melantik kamu sebagai
khalifah (menjalankan kekuasaan) di muka bumi ini. Oleh
itu (kamu) putuskan perkara (kes) antara manusia -
manusia dengan kebenaran (adil) , dan jangan kamu turut
kemahuan (hawa nafsu atau undang - undang ciptaan manu -
sia), nanti kamu disesatkan dari jalan Allah. Sesungguhnya
mereka yang tersesat dri jalan Allah itu, akan mendapat
seksaan yang sangst (keras), disebabkan mereka lupakan
hari perhitungan. - Quran; Shad: 26.
Suara khatib itu terbenam dalam minda Datuk Wahab. Arti ayat Quran itu menikam - nikam jantung lembut dan merah Datuk Wahab. Pada waktu itu, dia didera penyesalan atas perbuatannya.Keputusannya yang dilakukan hingga tiga orang digantung sampai mati amat menakutkannya.
" Aku, aku akan mati tak lama lagi, aku dah buat dosa besar, aku jatuhkan hukum atas dia orang tu dengan fikiran, hawa nafsu aku ..., tak ikut undang - undang Allah ..., aku berdosa ...," bisik Datuk Wahab.
"Aku akan dimasukkan ke dalam neraka, azab sangsara ..., ya Allah," Datuk Wahab berbisik lagi.
"Ya, Allah ..., ampunkanlah dosa aku ...," Datuk Wahab merayu kepada Allah.
Pada ketika itu bunyi lotong kakah bersahut -sahutan dalam rimba yang berhampiran dengan dudusnnya. Bunyi haiwan- haiwan itu dirasakan seperti mengejeknya. Seolah - olah semua haiwan itu meminta dia segra mati. Segera dibenamkan Allah ke dalam api neraka.
"Naimah ...,"laung Datuk Wahab sanbil mengesat air matanya dengan belakang tangannya.
Isterinya, Datik Syarifah Naimah As Sahab telah lama meninggal dunuia. Perempuan mandul itu telah meninggal dunia kerana sakit barah usus.
"Awak jadi hakim, awak tak hukum orang dengan hukum Allah," suara makhluk menjerkah ke cuping telinga Datuk Wahab.
"Kamu tak taatkan Allah," jekah makhluk itu lagi.
"Kamu akan mati ..., masuk neraka ..., neraka api menyala," jerkah makhluk itu.
"Neraka!"
"Neraka!"
"Neraka Jahannam!"
Jerkah makhluk itu menjadikan seluruh tubuh Datuk Wahab menggigil. Berpeluh. Degup jantungnya kencang amat. Seksa.
Chelet yang kukuh itu dirasakan oleh Datuk Wahab seperti sedang bergoncang. Akan roboh. Akan menyembah bumi. Bumbung dan rangka - rangka chelet itu bagaikan akan menghempap tubuhnya.
Angin. Ribut menyerang seluruh dusun Datuk Waham. Beberapa pohon duriannya yang sedang berbuah telah patah, sekah, runtuh dan mengehempap bumi basah kerana dipanah petir.
Datuk Wahab tidak dapat brkata apa - apa. Pada ketika itu dia tidak teringatkan nama - nama Allah lagi. Dia lupa kalimat - kalimat suci dalam azan. Lupa semua ayat - ayat Quran. Ayat - ayat suci telah terhasik dari otak dan hatinyanya.
Pada ketika itu Datuk Wahab berkeadaan orang kafir bodoh.
Kilat dan petir menerpa chalet cantik dalam dusun durian itu. Datuk Wahab turut di sambar petir.
Chalet yang tebakar bersama tunbuh DatukWahab ditebangkan ribut ke bawah buki.
Tubuh Hakim Datuk Wahab terbakar. Hitam seperti arang bersama kayu, papan dan ata chalet itu.
Azab.
Azab.
Azab tekah menimpa Datuk Wahab dalam dusunnya sendiri. Dalam dunia ini. Di akhiranya para malikat akan mengelingininya. Menghumbankan tubuhnya ke dalam neraka.
(Tamat)





No comments: