Tuesday, November 11, 2008

MASJID DI SELANGOR


HALANG PAS AMBIL ALIH MASJID

Oleh: Mokhtar Petah

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Taib meminta masyarakat Islam termasuk semua ahli UMNO, di negeri itu supaya menghalang PAS daripa mengambil alih masjid-masjid itu sebagai wadah politik akar umbi dengan mengambil alih pengurusan masjid.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bekas menantu Sultan Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya itu, berkata, bahawa beliau dimaklumkan bahawa PAS parti dalam Pakatan Rakyat (PR) telah menghantar wakil mereka untuk menyelinap masuk dalam pengurusan masjid.

Saya telah meneliti kata- kata bekas Menteri Besar Selangor itu, bahawa beliau adalah seorang pemimpin peringkat negeri tebal rasa dengkinya kepada perjuangan Islam, kental taksubnya terhadap asobiah sempit dan menampakkan beliau jahil tentang pegangan politik PAS dan kedaulatan atau kuasa Sultan Selangor ke atas semua masjid di negeri itu.

SUPER POWER

Masjid tertakluk di bawah agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Perlembagaan telah menentukan, bahawa sultan di negeri-negeri dalam Malaysia adalah mengetuai majlis tersebut. Ertinya bukan UMNO. Pada masa ini PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), maka tidak ada salahnya PAS menyertai atau meresap masuk dalam pengurusan masjid.

Di sinilah saya melihat Muhammad Taib yang seolah-olah menegakkan super powernya itu mahu menghalang orang Islam dari PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut.

Adakah orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut berlawanan dengan agama Islam dan Perlembagaan Negeri Selangor? Muhammad Taib patut menginsafkan diri, bahasa orang PAS dan orang UMNO adalah orang Islam lagi mukmin.

Jika Muhammad Taib menghalang penyertaan orang PAS dalam pengurusan masjid di Selangor, bererti beliau mencuba untuk memecah belahkan umat Islam di negeri itu. Kalau pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., beliau termasuk dalam golongan Abdullah Ibni Ubai yang sering menghalang orang-orang dan Muhajirin dan Ansar menyertai jemaah masjid-masjid di seluruh Yathrib atau Madinah.

LEBIH BERKUASA

Pada zaman itu golongan Ibu Musa (pemimpin orang-orang munafik yang tinggal di Syam) dan Abdullah Ibni Ubai telah membina sebuah masjid dhirar - huruhara atau memecah belah, di Yatrib (Madinah) seperti jelaskan Allah dalam Quran:

Dan mereka (orang - orang munafik) yang membina masjid Dhirar hendak memecah bekahkan orang - orang yang beriman dan kerana menyambut orang - orang dari sejak dulu
telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.Dan sesuangguhnya mereka telah bersumpah: Kami hanya hendakkan kebaikan. Dan Allah menjadi saksi, bahawa sesungguhnya mereka itu para pendusta. Jangan kamu berdiri (sembahyang) dalam masjid itu selama- lamanya
. –

At Taubah:107, 108.

Apakah Muhammad Taib mahu menjadi orang dalam golongan tersebut dengan menghalang orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid-masjid di Selangor?

Apakah Muhammad Taib dan UMNO lebih berkuasa dari Sultan Selangor? Rakyat Selangor mungkin tidak lupa, bahawa pada masa Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah dimurka oleh Sultan Selangor, Al Marhum Sultan Salahuddin Aziz kerana berkahwin dengan puteri Baginda dengan tidak diketahui oleh Baginda, di luar Selangor.

Saya fikir, Datuk Abdullah Ahmad Badawi yang faham ilmu Islam, mufti dan para ulama Selangor tidak menyebelahi Muhammad Taib kerana pendapat beliau hampir benar dengan pendapat Abdullah Ibni Ubai.

MEMECAH BELAH

Kalau hendak diambil kira, perjuangan PAS yang mempertahankan Islam dan mahu menegakkan negara Islam di bumi ini lebih baik dari parti yang diperjuangkan oleh Muhammad Taib. Tetapi kerana parti itu semua ahlinya orang Melayu dan Islam (di Semenanjung), saya kira kerjasama ahli-ahli parti itu dengan UMNO amat baik bagi dan ini saya kira tidak ditolak oleh orang-orang yang hatinya ikhlas dan jujur sesama umat Islam.

Muhammad Taib boleh berjuang dalam partinya dan boleh naik ke puncak sehingga ke kerusi Timbalan Perdana Menteri, tetapi fikir-fikir secara orang mukmin, jangan memecah belahkan orang Islam kerana perjuangan politiknya.

Percayalah, Allah melaknat manusia yang memecah-belahkan umat Islam! Sebenarnya Muhammad Taib kini, adalah seorang yang sedang bernafsu hendak menjadi pemimpin - Timbalan Presiden UMNO dan mungkin Timbalan Perdana Menteri,maka apa sahaja boleh mendapat publisiti, maka beliau lakukan.


1 comment:

Anonymous said...

Alah.. pak chu pun bukan baik pun. Kerana pak chu, sampai skrg aku geli dgn lelaki bermisai. Tak guna punya Bekas Pak Sedara. Bekas Bini pun kau buat mcm sampah. Dpt gading, tanduk tak berguna lagi. Dah tua gayut ni, tak mau minta maaf ke dgn Mak Su? Pasti kau tau aku sapa.. Blog author, aku tau komen aku ni tak diapprove, tapi tolong sampaikan kat dia.