Sunday, November 30, 2008

CERPEN

CEMBURU SEORAGN JANDA

Oleh: Mokhtar Petah

Petang Jumaat.

Usataz Hanim Senyum. Manis senyumannya. Sepasang pipinya yang putih gebu laksana terlur berkupas itu terhias dua lesung pipit. Pupur puyuh.Semua wajah manusia sejenisnya yang sedang duduk bersimpuh, bersila dan tidak ada yang mengangkang dalam dewan orang ramai itu. Mereka sedang mendengar ceramahnya dengan khusuk.

“Bukan senang nak masuk syurga …, syurga Jannatun Na’im , syurga nikmat, puan - puan, saudari – saudari …,”kata ustazah Hanim.

Wajahnya berhias senyuman.

“Puan – puan, saudara saudari, tau tak, apa nikmat yang ada dalam syurga Jannatun Na’im?” Dia bertanya kepada semua yang hadir itu. Masing-masing tunduk. Geleng – geleng. Semua biji mata bagaikan berbgolek atas perpaidani biru itu.

“Tak tau, Ustazah, “suara lembut dari seorang perempuan yang berusia setengah abad yang duduk di sudut dewan tersebut.
“Tak tau, ustazah,” suara seorang gadis berkaca mata.

“ …macammana, Ustazah?” suara mereka menjadi sepebetung.

Semua yang hadir menunggu ustaza itu menerangkan kepada mereka segala yang ada dalam syurga Jannatun Na’im.

Ustazah Hanim senyum. Dia sendiri belum pernah melawat ke sana. Sambil menggoyang - goyangkan dadanya seperti ustazah yang bercakap di hadapan kemera televisyen, dia berkata, “ …baiklah, saya akan terangkan …,” katanya.

“Baik, Ustazah,” sahut beberapa orang perempuan di hadapannya.

“ … dalam Quran, surah Al Waqi’ah, ertinya Peristiwa besar,” percakapan Ustazah Hanim terhenti sejenak. Dia teringatkan suaminya yang sedang berjuang di Pattani, Selatan Thailand.

“ …Yang, kalau ana terkorban syahid di sana …, ana nanti Yang di syurga …,” madah suaminya serak basah dalam mindanya.

Pada detik – detik itu, Ustazah Hanais didera oleh prasaan cemburunya sendiri; dia cemburu kepada bidadari – bidadari dalam syurgsa Jannatun Na’im. Cemburunya kepada para bidari di syurga melebihi cemburunya, kepada gadis Arab, mahasiswa universiti Al Azhar yang bersahabat dengan kekasihnya dulu.

“ … dalam syurga, sekumpulan orang purbakala.

Dan sedikit dari orang yang kemudian.

(duduk – duduk) atas sofa bertatahkan emas dan permata.

Beredar di sekeliling mereka anak - anak muda yang tetap (muda).

(mereka) membawa mangkuk, cerek dan piala yang penuh minuman yang jernih berkilau.

Mereka tidak rasa pening kepala dan tidak mabuk kerananya.

Dan buah - buahan, mana saja yang mereka pilih.

Dan daging burung, mana saja yang mereka inginkan.

Dan mereka dilayan bidadari bermata bulat (jelita).”

Hati Ustazah Hanim dimamah perasaan cemburu kepada para bidadari. Bidadri - bidadari itu cantik. Mereka permadona syurga. Mereka akan memiliki suaminya. Suaminya memiliki mreka.

Dia memang yakin amat; lelaki seperti suaminya, seorang pejuang pada jalan Allah. Penjuang memerdekkan umat Islam dari penjajah muarikin –Hindu atau Budha - , apabila telah meninggal dunia, Allah mengirimnya ke syurga Jannatun Na’m.

Cemburu ustazah, cemburu seorang perempuan muda. Seperti perempuan – perempuan yang sentiasa didera perasaan cemburu kepada perempun – perepuan yang mendampingi suami mereka.

“Seperti mutiara yang dijaga (simpan) dengan sebaik - baiknya.

(Semuanya itu) balasan bagi (amalan baik) yang mereka telah lakaukan).”

“Bidadari tu lebih canti dari aku, muda tak ada jerawat macam aku “…, mulut tak berbau macam aku …, ketiak tak busuk hapak macam aku …, tak datang bulan macam aku …,” pekek hati Ustazah Hanim. Cemburunya telah menguasai dirinya.

Pada ketika itu dilihatnya semua wajah di hadapannya kelabu macam dalam hujan lebat. seperti kepala sepuak ikan patin dalam tasik. Mereka faham akan caramanya.Tetapi mereka tidak mengetahui isi hatinya.disebalik dua ulas bibni merah dan wajah jelita tersembunyi duka. Lara. Derita.

Hati Ustazah Hanim dibui oleh ayat Quran dalam surah At Taubah (21,22), Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan kurniaan rahmat daripada-Nya dan keredaan serta hyurga, di dalam syurga mereka mendapat nikmat yang kekal. Mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya Allah menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar.

Pada ketika Ustazah Hanim mengakhiri ceramahnya, terasa dua pasang sendi lututnya longgar, laksana roda - roda kereta lembu zaman kesultanan Melaka.

Ustazah Hanim yang berlesung pipit itu, lepasan universiti Al Azhar, Masir. Dua gulung ijazah menjadi miliknya; M.A dan Ph.D.

Sebelum melanjutkan pelajarannya di universiti AlAzhar, dia telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Pada masa Ustazah Hanim menuntut di universiti Al Azhar, dia telah berkenalan, bersahabat karib dengan mahasiswa Melayu, Muhammad Iqbal Al Pattani. Pemuda dari Pattani, Selatan Thailand.

“Ana …,inni uhibbuki ya saidati (Saya …, sesungguhnya saya cintakan anda, hai puanku …,” kata Muhammad Iqbal Al Pattani kepada Hanim, pada ketika mereka makan dalam restoran Ad dujaj, dalam Bandaraya Kaherah, pada satu malam.

Sepasang mata milik masing-masing bertemu dilebuhraya cinta. Seperti kata Dr.Pryono, Indinesia, “Jika telah cinta kata – kata tidak perlu lagi.”

Hanim membiarkan tangan kanan dan jari jemarinya dipegang, di ramas – ramas dan diusap-usap oleh mahasiswa sains politik Islam itu. Dia merasai nikmatnya. Mesra.

Sejak malam itu mereka bercinta. Cinta mereka seteguh cinta maharani Balqis kepada Nabi Sulaiman. Laksana cinta Qais dan laila dalam kisah Laila wa majnun.

Tiga bulan kemudian mereka menikah di Kaherah.

Sekembalinya mereka ke Malaysia; Ustazah Hanim bertugas sebagai pensyarah pengetahuan Islam, di kolej al Istiqlal, Damansara. Suaminya telah menyertai pejuang Islam Selatan Thailand. Dia sering keluar masuk ke sana. Pemuda anak hartawan Pattani itu berjihad untuk menuntut kemerdekaan bumi umat Islam di sana.

Semenjak Ustazah Hanim memberi ceramah mengenai syurga Jannatun Na’im kepada wanita - wanita pada sebulan lalu, hati nuraninya sentiasa didera oleh perasaan cemburu kepada para bidadari di syurga. Bidadari – bivdadari itu akan merampas suaminya daripadanya.

Walaupun dia tahu kematian bagi setiap manusia di tentukan oleh Tuhan, tetapi dia terpaksa berdoa, agar suaminya panjang umur. Tidak lekas mati. Dia tidak mahu suaminya dimiliki oleh bidadari -bidadari di syurga yang lebih cantik daripada dirinya, walaupun mereka tidak makan jamu kacip Fatimah, janda galak dan mas cotek.

Saban malam khayalan Ustazah Hanim,diganggu gugatoleh bidadari – bidari bermata bola. Manja amat. Mereka melayan ssuaminya. Meriba. Medakap.Memeluk sekehendak hati mereka. Manja bidari lebih dari manjanya sendiri. Cemburunya menyiksa dirinya saban malam.

Pada satu petang, Ustaz Hanim dikejut oleh perkabaran suka. Dia telah menerima sms dalam telefon bimbitnya. Mesej itu dihantar oleh seseorang dari Pattani.

‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Saya sampaikan berita sedih, Ustaz Muhammad Iqbal Al Pattani telah meninggal dunia. Dia meninggal dalam pertempuaran dengan musuh-musuh Islam, di Pattani.’

Ustazah menangis. Sedih. Air matanya berladung dalam dua telaga matanya. Tumpah. Luruh atas dadanya yang subur. Pada ketika itu, dia rela mengikuti suaminya ke alam baka.

“Orang yang mati syahid, sebenarnya tidak mati …,” Ustazah Hanim teringat akan kata - kata pensyarahnya, di universiti Al Azhar, Profesor Dr. Hamdan. Pensyarah itu mengambil ke terangan Allah dalam Quran. Dia memberi kuliah tentang jihad – berjuang pada jalan Allah - kepada para mahasiswanya.

Ustazah Hanim tidak dapat pergi ke Pattani. Kalau dia datang menziarahi jenazah suaminya, tentulah dia akan diberkas atau diapa-apakan oleh musuh umat Islam di sana. Hanya dari jauh dia mengucapkan, “ …pergilah sayang, Allah lebih sayangkan sayang, …enta syahid, sayang.”

Sejak hari itu, perasaan cemburu Ustazah Hanis kepada bidada para bidadari amat sukar dijauhkan diri dirinya.Tubuhnya yang genit telah kurus bagai pelepahbertam kering. Wajanya yang ayu, telah cengkung. Pucat seprti cacing dalam hujan.

Kurus dan cengkungnya, bukan kerana tidak makan dan minum, tetapi kerana ditinggalkan suaminya dan cemburukan bidadari - bidadari di syurga yang mendakap mesra suaminya.

(Tamat).

QURAN

Perupamaan orang - orang yang mengambil pelindung selian dari Allah, sama dengan labah - labah membuat rumah (sarang). Dan sesungguhnya rumah - rumah (sarang) yang paling lemah (daif), ialah rumah (sarang) labah – labah, kiranya mereka mengetahui.

Sesungguhnya Allah mengetahui akan sesuatu yang mereka puja (sembah ataun meminta) selain dari Allah, dan Dia (Allah) Maha kuasa dan Bijaksana.

Dan perumpamaan yang demikian Kami buatkan untuk manusia, dan hanya orang - orang yang berilmu (alim) dapat mengerti. - Al Ankabut:41 – 43.

HADIS

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Allah kasih kepada lelaki yang bangun solat pada waktu malam dan membangunkan isterinya (mengajak solat). Jika (isterinya) idak suka bangun, isiram air ke mukanya. Demikian pula Allah kasihkan perempuan yang solat pada waktu malam , dan membangunkan suaminya (mengajak solat), jika (suaminya) menolak, maka disiramkan air ke mukanya.

Perawi: Imam Abu Daud

PETUA

Para gadis, janda dan perempuan yang muda yang banyak jerawat pada muka, atau khuatir jerawat tumbuh mengerumni mukanya, boleh mencuba dengan cara ini:

1 - Mkan sop ubi lobap pada tiap tiap malam.

2 - Padsa waktu ambil air sembahyang usap-usapkan air

pada seluruh wajah dan meminta kepada Allah

menyembuh , mengurang atau tidak menumbuhkan

jerawat.

3 - Elak berkhayal atau angan-angan akan seseorang

lelaki pada waktu akan tidur pada waktu malam.

Perbuatan itu akan membakar darah anda dan akan

menjadi jerawat.

No comments: