Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan (kejahatan) mereka, iaitu Kami telah menghancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
Kesudahannya, rumah - rumah mereka itu telah runtuh - ranap - disebabkan mereka melakukan kezaliman; sesungguhnya kejadian yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi mereka yang mahu mengetahui (akan sebab musabbabnya).
Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan); (ingat tragedi) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu semua melakukan perbuatan yang keji (homoseksual) sedangkan kamu nampak kejinya?
Sesunguhnya kamu semua mendatangi lelaki (homoseksual), bukan (dengan) perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu sekalian (perbuatan kamu itu amat keji), bahkan kamu semua kaum yang bodoh.
Lalu Kami selamatkan Nabi Luth dan keluarganya serta para pengikutnya,kecuali isterinya (permepuan ini mengamalkan lesbian), Kami takdirkan dia seorang dari golkongan yang tertinggal itu.
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (hujan batu berapi laksana bom) yang membinsakan (mereka), maka amatlah buruknya azab (dari) hujan yang menimpa orang - orang yang telah diberi amaran. - An Naml: 50 -58.
HADIS
TERKUTUK
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Dunia (segala kejahatan) ini terkutuk dan segala isinya (mereka yang melakukan kejahatan), kecuali zikirullah (taat dan taqwa kepada Allah) dan serupa itu, dan orang -orang alim serta mereka yang menuntut ilmu.
Perawi: Attirmizi
PETUA
Orang lelaki yang hendak menanam anak kelapa, kendaklah dengan cara berdiri atau duduk rapat ke tanah, tetapi tidak boleh duduk bersila. Petua orang tua - tua; adapun duduk bersila akan menyebabkan tandan - tanda buah kelapa itu nanti tidak terletak atas pelepahnya, tetapi tergayut atau terjuntai dari pelepahnya. Akibatnya buah - buah kelapa itu akan rosak kerana tandanya patah atau terseliuh.
No comments:
Post a Comment