Monday, November 10, 2008

ABDULLAH BADAWI


PRJUANGAAN TETAP DITERUSKAN

"Turun dengan rela atau paksa?"

Oleh: Mokhtar Petah

Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikrar; walaupun beliau tidak ada kuasa selepas Mac tahun hadapan, tetapi beliau akan terus berjuang dalam UMNO bahagian Kepala Batas kerana bahagian itu mempunyai catatan yang unik dalam sejarah kebangkitan orang Melayu dan kemerdekaan negara ini.
Abdullah berikrar demikian pada ketika berucap merasmikan meshyuarat agung UMNO bahagian tersebut, di Bangunan Budi Penyayang, Kepala Batas semalam.
Selain dari para perwakilan dari cawangan - cawangan Kepala Batas, lebih dua ribu orang ahli UMNO dan penduduk termasuk beberapa orang ahli PAS turut serta mendengar ucapan amanah beliau.
"Walaupun saya tidak lagi menjadi peneraju negara ini (Perdana Menteri), tetapi saya tetap bersama UMNO Kepala Batas ini untuk menyuarakan pandangan dan suara akar umbi bagi memastikan parti terus kukus dan mencapai kejayaan yang cemerlang," katanya.
"Saya tidakakan meninggalkan UMNO seperti orang lain, saya akan terus berjuang dalam parti ini kerana UMNO adalah satu -satunya parti politik yang sejak awal lagi membela orang Melayu dan kaum - kaum di negara ini,"katanya.
"Ada orang bertanya kepada saya, adakah mashyuarat agung ini sebagai ucapan 'selamat tinggal' saya kepada UMNO Kepala Batas, saya jawab, mana boleh selamat tinggal, saya akan terus berjuang dalam bahagian ini, insya Allah saya lebih banyak masa untuk bahagian ini," katanya.
"Kami akan memastikan UMNO Kepala Batas ini tidak ketinggalan dalam arus perjuangan orang Melayu dan perpaduan semua kaum di negara ini," tambah Abdullah Badawi.
Abdullah yang memakai pakaian Melayu warna biru muda yang mekambangkan keamanan dan perpaduan, dengan wajah berbungkus senyuman, telah menjelaskan, bahawa UMNO Kepala Batas adalah mempunyai catatan unit dalam sejarah kebangkitan dan perjuangan bangsa Melayu.
Datuk beliau,Sheikh Abdullah Fahim adakah seorang ulama, orang pertama memegang Pengerusi Jawatankuasa Khasa Agama Islam dalam UMNO, pelopor perjuangan orang Melayu yang berkehendakkan negara Islam di Tanah Melayu.Salah seorang muridnya,ialah UstazAbu Bakar Al Baqir, Presiden Parti Islam Hizbul MUslimin (1945) dan penentu tarikh kemerdekaan negara ini.Sheikh Abdullah Fahim juga Mufti Pulau Pinang yang awal.
Bapa beliau, Datuk Haji Ahmad Badawi, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya (belum merdeka) dan lepasa merdeka; ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, ahli Exco negeri dan pernah memegang jawatan Pemangku Ketua Menteri negeri tersebut.
( Sila baca dua buku: Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos'57, oleh: Mokhtar Petah, Datuk Abdullah Ahmad Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat,oleh: Mokhtar Petah (1997) dan Abdullah Badawi Penjana Modal Insan, oleh: Mokhtar Petash (2006) - Editor: Petah Sharir Aidid.)
Abdullah Badawsi telah memegang semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas setelah menenang tanpa pencabarnya.
Beberapa bulan sebelum mesyuarat agung tersebuta, ada gerakan dalama bahagian itu untuk menolak beliau dari mengetuai bahagian tersebut dan seorang tokoh politik tempatan yang dikatakan memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Muhammad
akan mencabar beliau.
Bercakap dalam sidang akhbar setelah memberi ucapan
perasmian, Abdullah memberitau, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi shah Allam yang membebaskan penulis blog Malaysia To Day , Raja Putra Kamaruddin.
"Tetapi kerajaan akan mengemukak
an rayuan dalam masa terdekat mengenai keputusan itu,"katanya.
Beliau menegaskan, bahawa kerajaan sentiasa
berhati-hati dalam tindakan menahan seseorang mengikut Akta Dalam Negeri (ISA).
Menurut beliau, sikap berhati - hati membuat keputusan menahan mereka (yang layak ditahan dibawah ISA) telah diamalkan sejak lama dulu lagi.
Menurut beliau lagi, kuasa ISA bukan boleh dibuat sewenang-wenang dan sebelum diambil tindakan menahan seseorang dipastikan sebab
- sebab dan fakat seseorang itu lebih dahulu.
Sepanjang mesyuarat agung sejak pagi hingga malam itu, kebanyakan para perwakilan tgelah menyuarakan perasaan tidak puas hati atas sikap Setiausaha Politik Perana Menteri (dulu Menteri kewangan)
Rizal Marican yang dikatakan telah memainkan peranan 'pilih bulu' terhadap orang - orang UMNO dan orang ramai Kepala Batas.
Terdapat ramai wakil dari bahagian - bahag
ian yang telahjmenyuarakan, Abdullah Badawi akan meletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Macha dan; adakah kerana ada paksaan dari pihak-pihak tertentu atau dengan sukarela.
Ramai di kalangan wanita UMNO menyurakan secara bisik - bisik sesama mereka dalam di dalam dan luar dewan tempat mesyuaratagung itu, dan ada yang telahmedluahkan perasaan kepada saya, bahawa bekas Perdana Menterik Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad
adalah orang yang menjadi punca menjatuhkan Abdullah Badawi sehingga berlaku 'mala petaka' peralihan kuasa yang akan berlaku pada Mac nanti.
Seorang wakil berkata, "Kerana baik hati dan
mesra Pak Lah, saya dan kawan telah tujuh kali datang hendak jumpa Pak Lah di pejabatnya kerana sebabn-sebab mustahak, tak dapat jumpa kerana pegawai - pegawai di Jabatan Pertdana Menteri tak benar kami jumpa Pak Lah."
Sebilangan ahli veteran UMNO Kepala Batas menyifatkan para pegawai di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang menyebabkan orang ramai memandang rendah atau tidak puas hati kepada pemimpin negra itu.
"Kami kenai depa tu, depatla yang duk tikam belakang Tok Lak ..., kami tak nafi juga, adadi antara depa tu makan besak ..., maka suap ..., rasua
h ...., tapi nak kata apa, depa pandai, tak ada bukti ...,"kata mereka.
Abdullah Badawi dalam ucapan penagguhan
nya, telah mengumumkan, bahada Datukahmad Darus telah dilantik semula memegang jawatan setiausaha UMNO bahagian tersebut.
Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman desa tidak hadi ralam mesyuarat agung tersebut,kerana beliau telah berpindah ke sebuah UMNO cawangan Sik, Kedah.




No comments: