Oleh: Mokhtar Petah
Pada satu hari minggu Encik Lee Foo San telah mengajak saya menonton lomba kuda. Saya tidak berminat pergi ke padang lomba kuda. Tetapi kerana kawan karib mengajak, saya pergi juga ke sana.
Para pemilik kuda - kuda lomba itu berharap kuda masing akan menang. Dapat memberi faedah atau keuntungan dalam perjudian mereka. Pendeknya mereka meletakkan 'amanah' kepada haiwan - haiwan hamba kaum kapitalis itu.
Di padang kuda itu saya telah mendapat pengetahuan, iaitu padang kuda itu adalah tempat manusia - manusia yang berpelajaran tinggi, kaya raya dan berkendukan, tetapi mereka tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan, iaitu kuda mereka.
"Mana - mana kuda yang tidak dapat lari kuat mreka tembak,"kata Encik Lee Foo San kepada saya.
Saya merenung wajahnya. Hati saya mengutuk orang membunuh kuda. Pada masa kuda sihat, gagah, berlari kencang, disayangi, disanjung, tetapi bila kuda itu lemah, tidak dapat berlari kencang. Di tembak. Dibunuh.
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan bekas Pegawai Penerangan UMNO, Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamalullail berkata kepada saya, bahawa Perhimpunan Agung UMNO seperti padang lomba kuda dan orang - orang yang bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO macam kuda lomba.
"Tapi I tak kata deme tu kuda ..., deme tu macam kuda sajale ...,"katanya.
Padang lomba kuda dan kuda lomba telah menjadi pengetahuan saya. UMNO dan individu - individu UMNO yang bertanding juga menjadi pengetahuan saya.
Maka menghadapi Perhimpunan Agung UMNO Mac depan dan pemilihan calon-calon yang akan menduduki kerusi Timbalan Presiden hingga kepada para ahli Majlis tertinggi UMNO, saya kira setiap individu yang mewakili bahagian-bahagian masing - masing hendaklah mempunyai pandangan, fikiran dan harapan seperti para kapoitalis pemilik kuda lomba.
Paling tidak baik kalau para perwakilan itu mempunyai pandangan, perhatian dan fikiran sebagai jururawat dalam wad hospital. Orang sakit parah, sakait cabuk, sakit buntut, darah tinggi,kencing manis dan pendeknya semua pesakit dalam wad itu dilayan dengan baik.
Para perwakilan hendaklah berpandangan, berfikiran dan menggantung harapan kepada calon - calon yang akan dipilih nanti seperti para kapitalis menyayangi kuda - kuda lomba yang sihat, cergas, pantas berlari dan dapat memberi faedah atau keuntungan. Faedah atau keuntungan dari individu - individu yang menduduki kerusi - kerusi dalam MT UMNO, ialah untuk UMNO, kerajaan dan rakyat terutama orang Melayu.
Saya menatap nama mereka yang akan bertanding merebut jawatan dalam MT UMNO nanti ada dua golongan. Golongan pertama, terdiri dari orang - orang tua dan telah menduduki MT UMNO dan menduduki jawatan penting dalam kerajaan.
Golongan kedua terdiri dari orang-orng muda, ceqrgas, berpengetahauann tinggi, banyak idea dan sebagainya - ada yang telah menduduki kerusi MT UMNO dan berkedudukan baik dalam Kerajaan Pusan atau Kerajaan - kerajaan Negeri.
Mereka yang tua, kalau diibaratkan kuda lomba, tidak boleh diharap untuk berlomba lagi. Selain dari tua, daif dan banyak rekod yang menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai, sama ada benar atau tidak mereka lakukan sepertri yang dibualkan oleh orng ramai.
Meeka itu biarlah terciri untuk kebaikan UMNO dan orang Melayu khasnya dan negara amnya.
Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhammad bin Haji Mohd. Taib, Datuk Seri Ali Rustam, Dato Seri Mohamed Khir Toyo,Rafidah Aziz dan beberapa orang yang tua lagi.Mereka itu kalau hendak diharapkan untuk berlomba,ada yang sakit lutut, sengal sendi dan sebagainya. Kalau kuda tentulkah kena tembak. Maka jika mereka dipilih akan rugilah UMNO dan kerajaan juga akan terjejas.
Paling baik, mereka yang telah tua itu mengundurkan diri. Tidak usah jadikan UMNO sebagai ladang pusaka ibu bapa sendirfi. Atau menjadikan UMNO sebagai gelanggang untuk mendapatkan sara hidup sebelum tangga kata pergi dan kubur kata mari.
Berilah perluang kepada orang-orang muda menduduki kerusi MT UMNO. Mishalnya,kalau mahukan tenaga muda dan berpelajaran, saya kira mereka yang muda-muda, di antara mereka, Datuk Dr. Ahmad Zahaid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Khaled Nordin dan bebera orang muda lagi elok diberi undi atau dipilih.
Merek itu muda, cergas dan berpengetahuan tinggi. Mereka boleh diharap melakukan pembaharuan dalam UMNO, menjalankan UMNO secara lebih menarik daripada masa UMNO di bawa orang-orang yang telah tua.
Sebagai orang luar UMNO, saya kira para perwakilan yang tidak mementingkan wang (kalau - kalau ada politik wang) tetapi mementingkan UMNO dan orang Melayu, dapat menggunakan fikiran yang baik dan waras, agar individu - individu yang akan menduduki kerusi MT UMNO dapat menguatkan UMNO dan menjamin UMNO tidak terlepas dari menjadi parti politik peneraju kerajaan pada masa akan datang terutama pada pilihan umum nanti.
(Habis)
No comments:
Post a Comment