Oleh: Mokhtar Petah
Semenjak mereka berkahwin lima tahun lalu, mereka sentiasa tidur sekatil. Suka dan seronok atas sebuah tilam. Lena dan berdengkur di bawah sehelai selimut. Merekalah sepasang suami isteri yang bahagia pada bulan - bulan madu .
Harun seorang usahawan muda yang sentiasa mendapat kurniaan Allah. Usaha dan perniagaannya maju, Pendapatannya berganda. Berkatnya ada, kerana Harun tidak bakhil. Jiran tentangganya yang kurang rezeki, dibantu. Anak-anak yatim ditolong dengan wang ringgitnya. Dia seorang lelaki yang soleh.
Isteri Harun bercita-cita tinggi.Setinggi langit. Kerana cita-cita isterinya itu, maka Harun tidak mendapat cahaya mata. Dia menjadi lelaki yang kempunan anak.Berbagai ikhtiar untuk mendapatkan anak telah dilakukan oleh Harun. Dalam kawasan belakang rumahnya ditanam berjenis harba. Tongkat Ali Mas cotek, halia bara, lempoyang, ubi jaga, cekur dan kacip Fatimah.
Harun sentrisa berdoa kepada Allah; Mudah - mudahan dengan meminum air rebusan dan serbuk pokok - pokok harbanya itu, Allah akan mengurniakan kepada mereka beberapa orang anak.
Dia lelaki. Lelaki yang tidak ada cacat cela pada dirinya. Sebagai lelaki yang sempurna, dia tidak mahu dirinya menjadi seperti rambutan jantan; orang berbunga awak berbunga, orang berbuah awak tidak.
Biji - biji ubat percang beranak yang ditelan oleh Zainab dan bekubang dalam ususnya, telah memusanah bibit benih suaminya yang bakal bercmbah dalam rahimnya.Bibit- bibit itu dimusnahkan agar tidak cambah. Tidak membesar. Tidah menjadi anak.
Zainab tidak mahu anak. Kalau dia melahirkan anak, anaknya akan menyusakannya. Menyekat kebebasannya sebagai seorang politikus wanita yang brcita-cita besar. Dia mahu menjadi pemimpin bahagian partinya. Mahu dipilih sebagai calon partinya dalam pilihan umum. Mahu mewarnakan dirinya sebagai ahli Dewan Rakyat. Mahu menyandang jawatan menteri. Kalau dia boleh meragas sigai naik ke atas, dia mahu memegangjawatan perdana menteri wanita pertama negaranya.
" ...wau, ahli Dewan Rakyat, Yang Berhormat Puan Zainab," Zainab bercakap sendirian pada ketika dia memandu keretanya pada satu petang.
" Wakil rakyat ...,ahli Parlimen ...," bisiknya sambil sebelah tangannya memutar stering keretanya.
"Lepas tu YB Puan Zainab jadi menteri ..., menteri apa ha ...?" Dia bertanya kepada dirinya sendiri.
"Menteri apa - apalah ...," jawab nafsunya.
Zainab senyum. Dua biji matanya merenung kaca pb atas dahinya.Wajahnya cantik. Kedua belah pipinya merah. Sepasang bibirnya laksana mawar kembang pagi. Wajahnya yang jelita kelihatan mengembang. Cantik. Manis. Menawan. lima bulan lalu dia telah mendapat rawatan botok pada mukanya, di Sumatera Utara.
Zainab merenung seledang warna samar yang membungkus kepalanya. Selendang gadis partinya. Direnung pula pakaian rasmi ahli partinya yang membalut tubuhnya. Tubuhnya yang gempal kelehatan jelita sebagai perempuan Melayu sejati.
"Aku ahli politik ..., Zainab orang politik ..., Zainab bakal wakil rakyat ...," hati Zainab bermadah dalam nafsu seorang perempuan.
Zainab lepasan sebuah universiti, di utara. Dia telah menerima segulung ijazah BA (Hon.). Ijazah itu sebagai pemidang iklan menunjukkan dia berpengetahuan tinggi dalam bidang HR - sumber manusia. Ada hubung kait dengan modal insan.
Pasa masa menuntut di universiti dulu, Zainab seperti kebanyakan mahasiswa yang berperibadi sebagai burung segan. Mereka tidak membaca banyak buku. Bermacam - macam buku. Mereka hanya membaca buku - buku yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari sahaja. Tidak menggunakan fikiran yang kreatif. Jauh sekali dari melunakkan adea sebagai cendekiawan.
Mereka hanya menghafal semua pelajaran. Mereka tidak memerah otak menulis tesis. Tesis mereka ditulis oleh orang lain yang mengambil upah menulis tesis. Kelulusan yang mereka terima pada peperinsaan akhir, kerana pandai mereka tetapi tidak kerana intelektual mereka.
Kebanyakan mahasiswa wanita senang lulus. Bila - bila masa mereka boleh lulus kalau mreka baik dan mesradengfan profesor atau pensyrah mereka.Krisis jiwa dan krisi akhlak itu sedang berlaku di kalangan pensyarah - pensyarah di kebanyakan universiti di Asia. Mungkin di seluruh dunia.
Zainab tidak ada ilmu pengetahuan politik. Dia berjuang dalam partinya dengan kepala yang tidak ada pengetahuan politik - sains politik. Nampak sahaja dia seorang yang pandai politik. Tetapi dia seorang yang buta politik.
Percakapan dan ucapannya menunjukkan dia seorang yang seperti kebanyakan orang yang berjuang dalam arena politik, tetapi buta politik.Macam si buta berhadapan dengan tugu peringatan yang ditegah oleh Islam. Laksana si buta huruf Quran melihat tulisan jawi pada papan tanda.
Semenjak Zainab menceburkan dirinya dalam arena politik, berpuluh ribu ringgit wang suminya telah digunakan untuk perjuangannya. Pada masa merebut jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Zainab telah melakukan 'politik wang'. Ramai ahli dalam cawangan di bawah bahagian disogok wang. Ramai broker atau balaci politik diberi wang yang tidak sendikit. Mereka menjadi seperti monyet dalam kebun bunga yang magih kacang dan makanan dari pelawat - pelawat yang berkunjung ke situ.
Ramai pula rakan Zainab dalam partinya telah kebas wangnya. Mereka telah memperdayanya dengan berbagai cara untuk mendapatkan wangnya.Mereka menghampunya.Memuji dirinya setinggi langit. Zainab menjadi buntal perut kembung kerana menelan puji dan puja dari rakan - rakan seperjuangannya.
" Puan memng layak jadi ketua bahagian ...," kata Embun penjual insuran kepada Zainab.
"Saya berani potong jari telunjuk, puan tentu menang ..., bukan tu saja, tak lama lagi PM pilih Puan jadi calon ..., wakil rakyat ...," kata Timah ketot.
" ...tentu punya puan, ...lepas jadi wakil rakyat ..., puan jadi menteri ...," kata Mina Bibi yang pandai menghampu pemimpin.
Zainab senyum. Panjang senyumannya.
" ...aku tak nak jadi menteri kebajikan ..., tak dapat dui banyak ..., jadi Menteri JKR, boleh dapat duit banyak dari kontraktor, ...jadi menteri keluar AP ...," hati Zainab bersuara.
Pada satu malam, Harun sendang membaca berita-berita pada muka komputernya. Dia terkejut melihat seorang politikus berjalan dengan bergari dua puntung tangannya dan diringi oleh beberapa orang Pegawai Pencegah Rasuh dan anggota polis. Politikus itu ditangkap kerana telah melakukan rasuah - politik wang.
Harun memanggil isterinya, mengajak isterinya menonton berita itu. Puas dia memanggil isterinya, perempuan itu tidak menyahut akan panggilannya.Sambil menggeliat, Harun bangun dari meja komputernya dan masuk mendapatkan isterinya dalam bilik tidur.
Zainab tidak mendengar suara suaminya memanggilnya kerana radio kecil atas meja kecil di sisi sedang meluahkan lagu - lagu berirama rokck. Harun melabuhkan punggungnya di birai katil, lalu melingkarkan lengan kanannya pada pinggang isterinya. Zainab berpura -pura rela suaminya memanjainya begitu.
"Nab, abang nak anak ...," Harun berkata kepada isterinya.
" ... abang nak anak?" Zainab bertanya sambil menolak tangan Harun yang membelit pinggangnya.
"Ia, abang nak anak ...,abang kempunan anak ...," jawab Harun sambil menunjukkan tidak berkenan dengan wajak kembang dik botok isterinya itu.
"Susahlah abang ...," sahut Zainab. Dahinya berkerut dalam cahaya lampu bilik tidur.
"Apa susahnya ..., kan anak dapat gembirakan kita?" Harun bertanya.
"Susah, Nab nak berjuang kerana bangsa ..., nak jadi ketua bahagian ..., nak jadi wakil rakyat ..., ahli Parlimen ..., nak jadi menteri, abang tau ...," Zainab mengangkat suaranya.
Harun diam. Dengan menggonggong perasaan marah dan sedih, dia meninggalkan isterinya.Hampa hatinya. Pada ketika itu dia menyifatkan isterinya; akan menjadi laksana kalkatu patah sayap. Mintanya kepada Allah; isterinya tidak akan mendapat keredaan Allah. Dia juga tidak meredai isterinya.
Pada satu petang, Zainab masih berada di sebuah hotel terkemuka bersama rakan - rakan poliitiknya. Mereka semua pelobi politik. Pada ketika Harun mencari sarung kakinya dalam lemari pakain, dia telah terjumpa sebungkus pil perancang beranak yangftersorok di bawah pakaian lamanya.
Bersama bungkusan pil itu terdapat sehelai kertas yang tercatat jadual isterinya menelan pil perancang beranak tersebut. Pada dua hari lalu isterinya telah menelan pil - pil itu.
Mulai dari hari itu, Harun tidak lagi bersungut kepada isterinyayang dia kempunankan anak. Hatinya mulai tawar terhadapa isterinya. Dia sedar orang politik tidak menghargai cinta sesama suami isteri.Sesama rakan seperjuangan.
Harun tidak kisah wangnya banyak dihabiskan isterinya kerana berjuang dalam parti politik.Tetapi dia amat sedih kerana isterinya lebih mementingkan perjuangannya daripada suaminya sendiri.
" Allah laknat dia kerana tak nak anak.," suara hati Hrun.
Sebaik - baik sahaja selesai sembahyang hajat dalam masjid Syedina Othman, Harun telah berdoa kepada Allah. Khusyuk. Tawakal hatinya.
"Ya, Allah, Kaulah Maha Kuasa, Maha Pemurah,
tunjukkanlah kepada isteriku cara yang kausuka.
Aku mohon kepada Kau ya Allah, redakanlah aku
berkahwin lagi ..., sesungguhnya, Aku hamba -Mu
yang hina ini kempunan anak ..., Janganlah kau
bebankan diri aku sebagai suami yang dayus ...
Aku tahu, ya Allah, suami yang dayus tidak dapat
masuk ke syurga - Mu.Ampaunkahlah dirikua,
ya AllahAmin."
Dua bulan kemudian, Harun berkahwin dengan Humaira Saddam, gadis Arab dari Jordan. Dia lepasanUniversiti Islam Madinah yang telah datang ke Malaysia kerana melawat sambil belajar.
Pertemuan secara kebetulan antara Harun dengan Humaira itu dalam satu jamuan yang diadakan oleh rakan Harun, bekas ahli Dewan undangan Negeri, Wan Iqbal al Hafiz.
Perkahwinan Harun dengan Humaira secara rahsia itu tidak diketahui oleh sesiapa, selain dari Wan Iqbal al Hafiz, jurunikah, dua orang saksi dan Imam Masjid Aqaba.
Sebagai seorang wanita politik, Zainab tidak ambil tahu akan suaminya. Suaminya balik ke rumah atau tidak , tidak menjadi jadual dalam hidupnya lagi.Jadual politik, parti politik dan rakan - rakan yang suka melepak dalam coffee house dan di warong - warong tea tarik lebib penting dari lelaki yang telahmenjaadi suaminya
Pada satu hari Zainab bersama balaci politiknya, Norman, telah pergi ke sebuah kelinik.Doktor kelinik itu telah memeriksa payudara Zainab yang sejak seminggu lalau terasa sakit. Ngilu. Perit. Doktor telah mengesahkan dia telah diserang kanser payudara.
Sekembalinya Zainab ke rumahnya dari kelinik, dia mendapati semua pakaian, barang - barang dan dokumen penting suaminya tidak ada lagi dalam rumahnya.
Satu sampul surat berukuran A4 terletak atas katil dalam bilik tidur mereka. Sebaik - baik sahaja Zainab selesai membaca surat peguam syarei suamnya - suarat suaminya telah menceraikannya dengan satu talaq - , dia terasa dirinya melayang. Pingsan.
Bersama surat itu sekeping cek brnilai R200,000 dan surat akuan: Rumah dan kereta menjdi milik Zainab. Harta - harta lain akan diuruskan oleh peguam.
Pada ketika Zainab siuman semula, dia bangun sambil tangan kanannya menghampu dua buah dadanya yang misih ngilu. Perit. Dia memanggil, bekas suaminya,"Abaaang!".
Tamat.
No comments:
Post a Comment