Friday, November 14, 2008

AMANAH KEPADA KERAJAAN

SAMPUL SURAT DAN BIL KAROKE

Oleh: Mokhtar Petah

Saya sering bertemu dan bercakap dengan orang - orang penting - vip - dalam kerajaan Pusat dan kerajaan negeri - negeri, dan mereka itu sering bercakap tentang amanah terhdap kerajaan dan rakyat, tetapi saya mendapati, ada di antara mereka itu tidak mengamalkan amana dengan sempurna.
Mungkin hal tidak berakhlak ini tidak disedari oleh mereka atau memandang perbuatan mereka itu amat kecil atau remeh temeh sahaja.Tetapi, bagi saya sama ada besar mahu kecil ke salahan dilakukan, maka ia tetap salah.
Pada tahun 1970 - an, dalam coffee house, di sebuah hotel,dalam Bandar Kuala Lumpur ,seorang menteri kabinet telah bercakap dengan saya mengenai dia mengamalkan amanah kepada kerajaan dan rakyat, tetapi sebentar kemudian, di hadapan saya, dia meneriam sekeping cek bernilai RM50,000 dari seseorang kerana komisyen kerana dia telah meluluskan satu projek kepada syarikat orang tersebut.

REZEKI TAK BOLEH TOLAK

Seorang Menteri Besar sering berucap dalam masjid dan di hadapan massa tentang amanah dan dia menasihatkan orang ramai mengamalakan amanah.Pada satu malam saya telah menjadi tetamu di kediamannya.Pada waktu kami sedang bercakap - cakap itu, datang seorang (mungkin tukang pungut hasil rasuah) ke dalam bilik khas tempat kami bercakap. Orang itu menyerahkan sebuah beg dari kulit dan berkata: "Dato, ni duit RM3,50,000 Ah Chong beri...,dia dah dapat ..., minggu depan dia beri lagi ..."
Saya merenung MB dan orang itu. Mereka senyum.
Kata MB "Rezeki tak boleh tolak."
Pada ketika saya duduk di sebrang meja seorang pegawai kerajaan yang rajin beribadat. Dia sedang bercakap melalui telefon pejabatnya dengan seorang peniaga.
" ...begini ..., awak tambah harga barang tu ..., yang RM10 tambah RM5 lagi ..., ha, buat pada semua barang yang kami order tu ..., yang lebih tu ..., beri cek pada saya di masjid malam esok ..."

GADIS ATAU JANDA

Seorang aktivis politik memberitahu kepada saya, bahawa dia telah pergi bersama seorang setiasuaha parlimen kepada menteri, ke sebuah karoke dalam Bandaraya Kuala Lumpur.
Dalam dewan karoke itu, mereka makan dan minum, menyanyi dan bergauk dengan wanita - wanita cantik yang tak tentu; sama ada gadis atau janda ataupun isteri orang.
"YB tu belanja kami makan, macam - macam ...,
saya nak bayar, dia kata tak apa, dia boleh masukkan
dalam alauns melayan tetamunya ..., kerajaan bayar,"
katanya.
Pada tahun 2003, di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang, seorang wakil rakyat dari Perak sedang duduk- duduk dengan seorang perempuan cinta yang cantik.Wakil rakya itu perkenalkan wanita itu kepada saya.
"I sama Datuk ni sangat baik ..., Datuk banyak tolong I dapat
tanah kerajaan negeri ..., perbadanan ...,"kata perempuan itu.


RESTORAN NASI KANDAR

Seorang wakil rakyat telah berkata di hadapan saya dengan seorang peniaga yang ditolongnya," ...dahlah aku tolang kamu dapat projek ..., takkanlah nak makan di restoran nasi kandar ..., maka tempat lainla ..., aku nak makan di coffee house ..."
Begitulkah pengalaman saya dengan para pegawai kerajaan yang sering bercakap tentang mengamalkan amanah terhdap kerajaan dan rakyat.
Di sebuah pejabat kerajaan, dalam Wilayah Persekutuan terdapat sungutan, bahawa pegawai - pegawai bahagian Bekalan dan Perolehan tidak menunaikan amanah kepada kerajaan, di antara perkara-perkara yang dilakukan itu, ialah:
1 ) Memberi perojek sama ada tender atau tidak kepada syarikat -
syarikat yang telah menjadi 'penghulur habuan' kepada nya.
2 ) Barang - barang kelengkapan pejabat dibeli dengan harga lebih
sekali ganda dari harga sebenar. Harga yang digandakan itu
untuknya.
3) Barang - barang seperti koputer, mesih faks dan sebagainya
dibeli yang terpakai (sh) tetapi dalam bil dan bocer dibayar
dengan harga barang - barang baru.

ADA PEGAWAI PEMBELIT

Pada satu hari saya bersama bekas Ketua Pengrah Dewan Bahasa,Datuk Hassan Ahmad sedang makan di sebuah restoran, tiba - tiba datang seorang pensyarah dan penulis buku ilmiah. Dia mengadu kepada Hassan Ahmad:"Saya tak pandang sebekah mata kepada DBP, ada pegawai pembelit ..., buku saya tulis ..., janji hendak bayar royalti mengikut janji, tapi bila buku itu terbit,saya dapat tiga peratus saja ..., yang lain pegawai - pegawai dbp ambil ..."
Allahyarham Datuk Abdul Aziz Ahmad, pemilik Pustaka Antara berkata kepada saya, " ...kalau ana tak hulur ..., kepada dua tiga orang pegawai ..., ana tak dapat ..."
Seorang kontrektor dari Kelantan, lepasan sekolah menengah berkata,"...ana tau amalan rasuah tu dilaknat Allah, tapi ana kontrraktor kelas A, kalau ana tak buat,tak rasuah kepada pegawai - pegawai kerajaan, ana tak dapat projek ..."

KEPENTINGAN DIRI MEREKA

Terdapat sebilangan kaki tangan kerajaan yang 'curi tulang', mereka datang ke pejabat setiap hari, kerja yang mereka lakukan sedikit, tetapi kepentingan diri mereka lebih banyak, iaitu: Mereka datang ke pejabat dan masukkan kad kedatangan. Dudud - duduk di pejabat dengan membaca suarat khabar atau bercakap - cakap sesama mereka mengenai perkara yang tidak ada kena mangena dengan kerja mereka pada hari itu.Lepas itu mereka turun ke kantin dan makan minum di sana kira - kira sejam.
Masuk ke pejabat semua dan mula menjalankan kerja.Sebentar lagi mereka keluar semula kerana 'tea times'.Masuk semula ke pejabat, tidak menjalankan kerja. Lepas itukekluar kerana waktu makan tengah hari.
Di pejabat - pejabat kerajaan terdapat kaki tangan tidak mengendahkan kerigian yang dialami kerajaan, misalnya membiarkan lampu dan hawa dingin terpasang walaupun pada waktu mereka tidak ada di pejabat.

DALAM SAMPUL SURAT

Jika kita meninjau diperhentian bas setiap hari, di Putrajaya dan di mana- mana sahaja di negara ini, kita akan mendapati wanita-wanita pejabat kerajaan membawa bakan makanan atau alat soleh dalam sampul surat yang baru atau belum dipakai, milik kerajaan.
Sampul satu sampul surat itu harganya kira - kira RM1.00. Jika 50 orang pekerja menggunakan sampul itu, bermakna kerajaan telah rugi RM50.00. Jika dijumlahkan dengan 30 hari dalam sebulan, bukankan jumlah banyak. Jika dis eluruhn negara ini ada malan begitu, berapa jumlah wang kerajaan yang terbuang.
Pada waktu saya menulis ini, saya teringat pula kepada tiga kejadian yang berlaku, di Negeri Perak, pada tahun 1960 dan 70-an,iaitu:
1 - Pekebun - pekebun kecil mengadu kepada saya, pegawai - pegawai yang berkenaan dengan pekebun kecil berlaku
curang kepada mereka,iaitu anak - anak getah baka baik yang diberi oleh kerajaan kepada kerajaan dijual kepada
pihak estate getah milik swasta dan anak - anak getah yang tidak baik diberi kepada pekebun-pekebun kecil.
2 FAMA membeli ubi kayu dari penanam - penanam ubi kayu di Perak sebanyak 7 sen sekilo, tetapi ada sebilangan pegawainya membayar kepada petani 6 sen sekilo dan satu sen bagi setiap kilo untuk mereka.
3 Bahagian Bantuan Makanan PBB telah menghantar bijirin
skoi kepada Jabatan Orang Asli (JOA) Malaysia untuk
diagih - agihkan kepada penduduk - penduduk Orang Asli
dalam rimba, tetapi ada di antara pegawai dan pemandu
lori JOA menjualkannya kepada peneternak ayam dan
wangnya untuk mereka. Alasannya Orang Asli atidak
makan bijairin itu atau susah hendak menghantar bijiarin
yang berguni - guni itu kepada mereka.
Tulisan ini adalah satu catatan yang berlaku dalam masyarakat orang-orang jujur dan memegang amanah, tetapi mereka melakukan perbuatan yang berlawanan. Wang atau hasil perbuatan mereka itu adalah haram di makan dan tidak diterima oleh Allah untuk disumbangkan kepada jalan-Nya.
(Habis)

No comments: