Saturday, November 15, 2008

BERITA

BASMI NYAMUK ADIS

Putrajaya - Jabatan Kesihatan Putrajaya telah menjalankan gerakan menyembur kabus (thermal fogging) sekitar persit 8 dan sekitarnya uantuk membasmi nyamuk adis yang dipercayai hidup membiak dalam kawasan elit itu.
Difahamkan, gerakan itu dilakukan kerana telah beberapa kes demam dengi dalam kawasan tersebut.
Gerakan menyebur kabus itu dilakukan awal pagi tadus oleh para pekerj jabatan Kesihatan.
Dalam satu kerta siaran Jabatan Kesihatan Putrajaya yang dihantar kepada semua rumah penduduk, pada pagi ini, telah menyeru para penduduk supaya bekerjasama dalam membasmi nyamuk adis, iaitu:
1 - Membuka pintu depan, pintu bilik, bilik air dan stor;
2 - Tutup 'sliding door',pintu dapur, tingkap dan kipas;
3 - Menutup atau menyimpan makanan dan minuman;
4 - Menutup suis akuarium jika ada di dalam rumah;
5 - Membawa binatang perliharaan keluar dari rumah;
6 - Membawa ahli keluarga keluar dari rumah;
Jabatan iktu juga memberi nasihat kepada para penduduk; memberi kerjasama untuk semburan kabus (thermal fogging) ini mengikut seksyen 9, Akta Pemusnahan Serangga Pemb awa Penyakit 1975 (pindaan 2000).
Sekiranya gagal memberi kerjasama akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 23 Akta berkenaan dan jika sabait kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua - duanya sekali.


No comments: