TRESA KOK DAN WARTAWAN
Oleh: Mokhtar Petah
Gadis politik, keturunan orang Cina, rakyat Malaysia yang setia kepada negara ini, Tresa Kok – ahli DAP, telah bersungut atas sekurang – kurangnya empat perkara yang menarik hati setiap idividu yang memerhati kedaan politik di rantau ini.
Tresa Kok telah bercakap dengan wartawan HARAKAH (suara PAS), Irwan Mohamad Zain, pad 12 November , bahawa selepas dia ditahan di bawah Internal Security Act (ISA), dia lebih dikenali oleh masyarakat, iaitu lebih popular.
Rakan saya, wartawan Alex Joesy (1953) berpetua: Kalau mahu jadi terkenal, lakukan salah satu dri dua perkara; buat baik dan sangat bani, dan buat jahat dan sangat jahat.
“Wartawan yang popular adalah wartawan yang berani dan jahat menulis(tulisannya menimbulkan keadaan bergolak dalam sesebuah Negara) sesuatu perkara yang nyata di hadapan matanya sendiri,” katanya.
Empat perkara yang menjadi pokok sungutan gadis ayu ini, ialah:
* Kebebasan wartawan dan media.
* Masalah berhubungan dengan petisyen membantah
azan.
* Kementerian Dalam Negeri perlu melonggarkan
peraturan kepada akhbar parti pembangkang.
* Menentang dan dan mengecam penggunaan ISA.
Tresa telah bercakap mengenai kebebasan wartawan dan media di negara ini, katanya:
“Bila kita bercakap tentang kebebasan media atau kebebsan bersuara, kita harus (mesti?) sedar, bahawa ianya bukanlah satu perkara yang boleh disalahgunakan.
Maknanya kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk melemparkan fitnah atau tohmahana kepada mana – mana individu atau mana – mana badan. Kebebasan media juga bukan bermaksud kita boleh membuat pembohongan sesuka hati.
“Kalau lemparkan fitnah, tohmahan dan memnbuat pembohongan, itu bukan kebebasan media. Kita harus sedar, kebebasan media itu ada tanggungjawab sosial, tanggungjawab negara dan tanggungjawab terhadap masyarakat.
“Kalau kebebasan media mengikut kefahaman pemimpinh Barisan Nasional, itu salah, kerana bagi mereka kebebsan media itu boleh berbohong, boleh buat fitnah dan tohmahan kepada sesiapa sahaja, terutama pemimpin pembangkang dan parti - parti pembangkang.
“Saya dulu belajar dalam bidang kewartawanan. Saya mahu jadi wartawan sebenarnya. Jadi saya telah diajar tentang prinsip dan etika kewartawanan serta media.
“Saya cadangkan agar media yang ada lebih bertanggungjawab dengan membuat laporanyang tidak berat sebelah.”
DAPAT MENYANGGGAH
Dialog Tresa tentang kebegbasan kewartawanan dan media, tidak ada siapa pun yang dapat menyanggahnya. Tresa hanya belajar ilmu kewartawanan tetapi tidak pernah bekerja dalam bidang tersebut.
Jika Tresa sendiri sebagai pemilik organisasi media. Organisasi itu terikat dengan beberapa kepentinga. Di antaranya dengan pemerintah, pemasang iklan, para pembaca dan kewangan yang menjadi nafas perusahaan media. Apa langkah Tresa?
Ramai mereka yang berkuasa dan pemimpin serta para politikus menyalahkan wartawan yang menulis berita tidak tepat,mengkritik atau menuduh mereka. Tetapi mereka tidak sedar, siapakah yang berkuasa ke atas para wartawan. Tentulah editor, ketua editor dan mereka yang menguasai organisasi media itu.
DEWAN RAKYAT
Saya tidak menyebelahi wartawan dan media yang memfitnah dan membohong, tetapi saya kira Tresa sedar di mana bumi dia pijak dan di mana langit dia junjung. Bagaimana kalauj Tresa berada di negra- negara sosialis dan komunis?
Saya sendiri telah mengikuti Tresa berucap dalam Dewan Rakyat, siodang akhbar, ucapan - ucapan dan sebagainya, Tresa berkeadaan seperti orang bercakap sebelum berfikir.
Banyak percakapannya seperti kebudak –budakan, menyentuh hati nurani orang lain, menyedihkan mereka yang mendengar dan menimbulkan sentiment nasional dan agama pada diri mereka.
SENTIASA KESEPIAN
Hal ini berlaku, di sebabkan Tresa seorang wanita yang tidak bersuami yang sentiasa kesepian dan tidak mendapat bimbingan dari lelaki bergelar suami.
Sebagai seorang ahli politik, Tresa tentu amat mengetahu, bahawa tidak ada sebuah negara pun di dunia ini – sama ada negara yang mempraktikan kapitalisme, peodalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme - yang memberi kebebasan kepada wartawan dan media.
Malaysia tidak boleh mengamalkan kebebasan wartawan dan media, kerana rakyat negara ini berbilangan bangsa (keturunan), pelbagai agama dan budaya. Jika kebebasan diwujudkan, akan berlakulah di kalangan wartawan dan media menulis dan menyiarkan sesuatu yang membakar perasaan sesuatu golongan dan akhirnya berlaku bergaduhan atau perang saudara.
KERAJAAN
Jika ditakdirkan parti politik Tresa, Parti Tindakan Rakyat (DAP) – berdasarkan sosiao – demokrasi - berjaya menjadi parti mengusai kerajaan Malaysia , adakah kerajaaan DAP – atau pun bersama dalam Pakatan Rakyat – akan memberi kebebasan kepada wartawan dan media?
Republik Singapura, di bawa PAP yang berdasarkan sosio – demokrasi tidak mengamalkan kebebasan akhbar dan wartawan. Banyak sekatan dan kongkongannya.
Amerika syarikat, negara kapitalis, tidak mengamalkan kebebasan wartawan dan media sepenuhnya. Wartawan dan media mesti memehak kepada siapa yang menjadi presiden.
Sebenarnya sebilangan manusia sering bercakap apa yang mereka tidak mengetahui, bercakap apa yang mereka tidak amalkan dan bercaakap sebelum berfikir.
MEMBANTAH AZAN
Berhubungan dengan petisyen membantah azan, tidak dapat saya kemukakan pendapat di sini. Saya sendiri tidak membatah azan yang diadakan pada masuk waktu sembahyang. Tetapi saya selalu bersungut, kerana kita hidup bermasyarakat yang anggota-anggota menganut berbagai agama, maka, elok benar (patut sedar) pada waktu sebelum masuk waktu sembahyang Subuh, ada orang rajin membaca ayat-ayat Quran dan zikir, tak usah menggunakan alat pembesar suara
kerana mengganggu mereka yang tidur di kediaman masing – masiang, di sekitar surau atau masjhid itu.
Saya kira membaca Quran dan zikir itu sunat, tak payah menggunakan pembesar suara, kerana perbuatan itu menjadi ria dan mengganggu orang – orang sekeliling. Janganlah kerana sunah kita merosakan hubungan jiran tentangga yang juga diwajibkan oleh Allah menjaganya.
Tresa menyeru KDN melonggarkan peraturan kepada akhbar parti – parti pembangkang. Saya kira hal ini telah lama berlaku. KDN mengenakan syarat tertentu sebagai hak kerajaan untuk menjaga apa yang diperlukan. Kelonggaran kepada akhbar parti-parti pembangkang telah wujud.
Contohnya, KDN telah mengeluarkan permit Harakah (PAS).Mengikut peraturan, semua surat khabar, majalah dan risalah yang diterbitkan oleh pertubuhan poliitik dan bukan politik, hanya boleh diedarkan dengan percuma atau dijual kepada ahli – ahli sahaja. Kandunganya tidak boleh sama dengan kandungan akhbar bukan milik pertunbuhan.
Bagaimana, kalau DAP memerintah Negara ini dan Tresa memegang jawatan Menteri Dalam Negeri berhadapan dengan pelanggaran peraturan demikian?
PENGGANAS KOMUNIS
Berhubungan dengan Internal Security Ack –ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) . Undang itu diwujutkan oleh Menteri Dalam Negeri, Daqto Onn Jaafar dan Kerajaan Inggeris pada tahun 1948 dengan tujuan untuk membenteras pengganas komunis dan anasir sebersif.
Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya
Dalam keadaan sekarang ini, undang itu baik di guna pakai di Malaysia. Kalau tidak digunakan dan hendak mengharapkan keputusan mahkamah atas seseorang yang dituduh sebersif dan sebagainya, saya kira tidak tercapai maksud, kerana negara kita ini bebas menggunakan peguam. Kebanyakan kes bergantung kepada kepandaian peguan. Yang benar membunuh jadi tidak membunuh, Yang tidak membunuh dikenakan hukuman membunuh.
Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang maksudnya, jika sesuatu kes antara orang –orang yang berbalah di bawa kepada junjungan, dan ada di kalangan yang berbalah ada orang pandai berbicara, berhujah dan sebagainya, kalau Junjungan membuat keputusan mengikut orang berhujah itu, maka balasannya puntung api neraka.
Maka, saya kira ISA tidak boleh di hapuskan di Malaysia, kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak setia, iri hati kepada Raja Melayu dan orang Melayu. Tetapi penggunaan itu mestilah secara baik, adil.
Tresa telah brpengalaman dalam tahanan. Apa bezanya dalam suasana dalam tahanan dengan suasana di luar – bebas? Sekurang –kurangnya Tresa telah berpengalam dalam tahanan seperti orang berpengalaman dalam universiti. Saya belum lagi.
(Habis)
No comments:
Post a Comment