Surat khabar berukuran tabloid itu diterbiktan oleh Ousat Khidmat Parlimen Kepala Batas.
Pada Oktober lalu, surat khabar tersebut terbit kali yang ke - 29.
Menurut kalangan ahli UMNO di sini, surat khabar itu menghabiskan wang UMNO bahagian sahaja kerana kandungannya lebih menonjolkan individu dan tidak nampak pranannya untuk membantu ahi dewan Rakyat (Kepala Batas), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kalangan itu menyifatkan surat khabar menjadi medan menojolkan seorang berdua yang berkepentingan sahaja dan wang yang dibelanjakan sia-sia.
Mereka menunjukkan contok, Ketua editor, Dr. Marzuki Ibrahim seolah - olah mengambi kesempatan menggunakan surat khabar itu untuk menonjolkan dirinya sendiri bagi satu satu kemungkinan pada masa hadapan.
Menurut mereka, pada halaman empat, kolom pertama (bawah) , tercatat: Ketua Editor, Dr. Marzuki Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah, Dr. Marzuki Ibrahim.
Pada halamanb 5, Dr. Marzuki Ibrahim menyiarkan artikelnya dan dihiaskan dengan gambarnya sendiri serta namanya yang besarnya hampiar sama dengan wajahnya.
Kalangan UMNO brpendapat. artikel itu tidak mencerminkan pendapat ahli Dewan Rakyat (Kepala Batas), Abdullah Ahmad badawi, sebaliknya seperti ' syok sendiri oleh Ketua Editornya.
Pada halaman 6, Dr. Marzukit (atau penulis lain) telah menulis artikel mengenai bekas ahli Dewan Rakyat yang kini menduduki kerusi Pengerusi UDA. Pada kolum ke tiga dan paragraf ke enam, sekali lagi Dr. Marzuki mengangkat dirinya menggunakan WPKB, dengan menulis: Kehadiran Dr. Marzuki Ibrahim sedikit sebanyak mengundang keceriaan pada pertenmuan di tingkat 17, di Menara Plaza Bukit Bintang, Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur.
Seorang ahki akademik - profesor -, tidak mahu disebut namanya menyifatkan Dr. Marzuki yang bertanding merebut jawatan Naib Ketua UMNO bahagian Kepala Batas telah melanggar 'Tata tertib ' UMNO yang melarang setiap ahli yang akan bertanding menggunakan media'
" ...dia guna media, guna WPKB, pada halaman B6, untuk memperkenalkan dirinya, perbuatan itu melanggar etika,"kata profesor tersebut.
"Kerana Dr. Marzuki bertanggunhgjawab sebagai Ketua Editor surat khabar itu, dia patut singkirkan artikel yang menonjolkan namanya untuk bertanding pada minggu lalu," kata profesor itu lagi.
Profesor itu hairan, mengikut biodata Dr.Marzuki pada halaman yang sama, mencatatkan beliau berpendidikan Master of Business Administration,Casmden University,US, tetapi mengapa dia pakai taitek Dr. (doktor) sedang taitle itu bagi orang yang memiliki digree Ph.D. sahaja.
"Seorang yang tidak memilki iujazah Ph.D. dalam sesuatu bidang, tidak boleh menggunakan title Dr. atau Doktor kerana berlawanan dengan etika universiti dan pendidikan antarabangsa," ujar profesot itu.
Seorang ahli UMNO cawangan UMNO Beertam, dalam bahagian Kepala Batas memberitahu, pada mesyuarat agung UMNO bahagian Kepala Batas, pada tahun lalu, ahli Dewan Negeri (Penaga), Datuk Azhar Ibrahim dalam ucapannya dalam mesyuarat agung telah menimbulkan persoalan, dari universiti mana Ijazah Ph.D. Ketua Editor WPKB itu menerima ijazah.
No comments:
Post a Comment