Tuesday, November 4, 2008

HELIKOPTER EUROCPTER

KITAS BUKAN NEGARA BERMUSUH

Oleh: Mokhtar Petah

Pengerusi Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negera, Datuk Seri Azmi Khalid telah mengumumkan, bahawa jawatankuasa tersebut mengesahkan, tidak berlaku penyelewengan dalam prosedor proses terder pembelian 12 helikopter C-725 yang bernilai RM1,604 billion dan menepati piwaian antarabangsa.
Memang benar tidak ada penyelewengan - kalau ada pun Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara suka melihatnya,kerana urusan tender, beli dan bayar helikopter itu nanti adalah dalam dunia perdagangan moden.
Prosedor tender betul dan harga barang 12 helikopter itu betul, tetapi bolehkan kita bertanya dan adakan orang yang akan menjawab; seseorang minum secawan kopi dalam kedai mama nasi kandar harganya RM1.00 atau lebih sedikit, tetapi secawan kopi seperti itu dalam coffee house harganya kira - kira RM10.
Biasanya,dalam urusan perdagangan atau jual beli, yang menjual barangan ada peruntukan dalal kepada orang tengah, perunding, brokar atau orang pihak pembeli yang mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu barangan itu.
Menjadi perkara biasa, seseorang membawa orang untuk membeli sebuah motosikal atau kereta, apabila kenderaan itu telah dijual, maka orang yang membawa pembeli itu diberi komisyen atau dalal. Komisyen atau dalam itu termasuk dalam harga motosikal atau kereta tersebut dan yang menjadi beban ialah orang yang membeli.
Kerana ada peruntukan dalal, maka, misalnya barangan berharga RN1,000 akan naik harganya kepada beberapa peratus, kerana dalal telah dibayar kepada mereka yang tersebut. Mungkin 12 buah helikpter Eurocopter yang benilai RM1,604 billion itu termasuk dalal orang perantara dan sebagainya.
Pada masa ekonomi seperti buntal terrsadai dipantai ini, mana lebih penting membeli 12 helikopter cangih berharga RM1.604 billion tidak untuk berperang - simpan dan jaga sebagai bahan- bahan mezium - dari menggunakan wang itu sebanyak itu untuk rakyat terutama rakyat di luar bandar yang hidup ibarat makan sambal terlunjuk berdiri dan seperti brselimut kain panjang lima; tutup kaki kepala terbuka dan tutup kepala kaki terdedah.
Saya kira kerajaan kita - Kementerian Pertahanan dan Kementerian kewangan -,
yang beria - ia benar hendak membeli 12 buah helikopter tersebut tidak akan berlaku seperti Maha Raja Firaun , di Masir (tahun 2600 - 2500 sebelum Masihi) membina piramid makam diraja Khufu, Kahfre dan Menkaura.
Kos membina semua piramid itu terlalu tinggi. Tetapi Firaun membinanya dengan wang kerajaan dalam keadaan semua rakyatnya miskin dan menderita.Wang yang banyak digunakan untk membina piramid sedangkan rakyat dibiar miskin atau papa.
Saya kira, Malaysia tidak perlu mengguna helikpoter canggih, bukan sahaja sekarang, tetapi walaupun 200 tahun lagi, tidak perlu.Kita tidak hendak berperang dengan negara - negara lain dan negara-negara itu tidak akan menyerang negara kita.
Republik Indonesia misalnya, pandai menjimatkan wang negara dan rakyat. Mereka masih menggunakan helikopter - helikoper lama untuk tentera mereka.
Malaysia patut menilai diri dan rakyat. Paling baik kerajaan mencari cara tidak mewujudkan musuh, apa lagi membanyakkan musuh di ngara - negara jiran, kerana dengan cara itu negara ini aman.
Bagi saya,di sebalik membeli 12 buah helikopter itu, ada tujuan yan sukar di raba pada pihak-pihak tertentu seperti yang diamalkan dalam dunia pentendaran dan perusahaan.
Saya kira, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Badawi berpendapat yang sama dengan pendapat saya tetang membeli 12 helikpter; kepentingan rakyat lebih untama dari membeli helikopter - helikopter canggih yang tidak untuk berperang.
Pada masa ini, sabab hari mereka dalam kerajaan menyeru rakyat melalui media - radio, tv dan surat kihabar, supaya berjimat cermat, tetapi dengan membeli helikopter canggih bernilai RM1.604 billion itu adakah terhitiugn sebagai berjima cermat wang kerajaan dan rakyat?
(Habis)

No comments: