Monday, November 17, 2008

PENDAKWAH

CERITA BANYAK ILMU SEDIKIT
ADA YANG ALIM TEMBOLONG

Oleh: Mokhtar Petah

Seru (ajak)lah mereka kepada jalan Tuhan kamu dengan
bijaksana dan pengajaran yang baik, bertukar fikiran
dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya.Sesung-
guhnya Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang tersesat
jalannya, dan Dia lebih mengetahui pula mereka yang
mengikuti jalan yang benar. - An Nahl:125.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz telah menyarankan, bahawa para pendakwah di negara ini perlu melengkapkan diri masaing - masaing dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi menempuh pelbagai cabaran yang menunutut kebijaksanaan untuk menyelesikan berbagi isu.
Beliau telah menyaran demikian dalam ucapannya kerana merasmikan mesyuarat agung Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuanyang ke -45 , di Kuala Lumpur semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Encik Abd. Halid Sintol.
Saranan Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bahawa setiap pendakwah di negara ini hendaklah melengkapkan diri masing - masing dngan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi menempuh pelbagai cabaran yang menuntut kebijaksanaan dalam menyelesaikan berbagai isu.
Beliau menyaran lagi, dalam perkembangan berdakwah, mestilah ada kelansungan menjadikan dakwah itu releven dan segar.

MENGISI DADA

Sebenarnya pendakawah seperti penulis. Dua golongan ini mestilah mengisi dada dan minda mereka dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.Kalau tidak ada ilmu pengetahuan yang banyak, bagaiamana pendakwah hendak berdakwah di hadapan khalayak dalam masjid dan di tempat- tempat lain yang sebilangan dari mereka memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan prbagai pula.
Penulis tidak berjaya berperanan sebagai penulis kalau dirinya cetek ilmu pengetahuan, kerana massa yang membaca tulisannya terdiri dari mereka pelajaran yang rendah, sederhana, tinggi dan paling tinggi.
Saya berharap, kandungan ucapan Ketua Pengarah JAKIM itu dapat diparktikan oleh badan yang memegang manah kerajaan dan rakyat itu.Di antara cara-caranya, JAKIM menganjurkan bengkel, kursus atau seminar yang terbuka kepada para pendakwah pihak kerajaan dan pendakwah bebas.

CARA BERDAKWAH

JAKIM juga membelanajakanwangnya untuk menerebitkan buku panduan berdakwa. Mengandungi cara berdakwa. Isi percakapan yang ringkas tetapi pada. Penkehnya tidak berlaku 'cerita banyak ilmu sendikit'.
Saya mengesyurkan kepada JAKIM agar menterjemah dan menerbitkan buku panduan berdakwah yanb saya kira baik, iaitu, Al Hikmatu fi Dakwati ilallahi Taala (1412 Hijriah) - 647 halam - , Oleh:Sa'id Ali bin Wahf Al Qahttani, Riadh.
Sebenarnya dakwah atau gerakan dakwah di Tanah Melayu semenjak agama Islam mula berkembang, di seluruh Nusantara lagi.
Dari zaman itu hingga pada masa ini, para pendakwah terdiri dari dua golongan, iaitu:
1 - Golongan ulama atau pendakwah yang bertanggungjawab dan ikhlas;
2 - Golongan pendakwah atau ulama yang dikatakan ulama mencari
makan atau 'ulama tembolok'.

INSTITUSI PONDOK

Pada masa ini terdapat pendakwah yang terdiri daripada mereka pengetahuan Islam sekadar lepasan sekolah agama (rakyat)Islam, sekolah agama Islam kerajaan, isntitusi pondok, siswazah Universiti Islam antarabangsa Malaysia dan bebera pa universiti Islam, di beberapa buah negara, termasuk Masir.
Pada umumnya pendakawah pda masa ini terdiri daridapa mereka yang mencari pendapatan tambahan. Mereka ada pekerjaan tetapi, tetapi berdakwah untuk mendapat habuan tambahan.
Terdapat pendakwah menerima bayaran dari pihak yang mengudang mereka, sekadar RM50 bagi sekali brdakwa, ada yang menerima RM200 hingg RM500 dan ada pula yang setiap orang, badan atau mesjid yang mengudang mereka mesti membayar samoai RM3,000 hingga RM5,000 dan pergi dan balik dengan kapal terbang yang tambangnya dibayar oleh pihak yang mengundang.

KITAB KUNING

Terdapati sebilangan pendakwah Tidak mempunyai pengetahuan 'am yang sempurna. Mereka tidak banyak merujuk kepada Quran dan Hadis. Lebih menumoukan kepada kitab - kitab tua atau kitab kuning yang bertulisan jawi dan jalan bahasa sukar difahami.
Saya telah banyak kali menghadiri majlis dakwah di bberapa suarau dan masji di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan beberapa negeri, maka saya mendapati kebanyakan pendakwah gasgal menyempai pendakwahan secara berkesan.
Di sebuah masjid, saya mendengar pendakwah bercakap mengenai Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w., tetapi cara penmyampaian, pengetahuan dan fakta dri sejarah besar itukabur . Peneknya dia seperti mengulang memasang piaring hitam atau pita rakaman yang lama.

MENIMBULKAN SUNGUTAN

Di Putrajaya, seorang pendkawa mengisahakan tentang maulidur rasul. Tetapi bercakap sedkit amat tentang maulidur rasul, sebaliknya dia mengisahkand dirinya, keluarganya dan orang lain.Pendek dia telah melakukan 'cerita banayak ilmu sedikit'.
Di sebuah masjid di Hulu Klang, telah menimbulkan sungutan tidak puas hati para jemaah lelaki dan perempuan ( majlis itu dihadiri oleh gadis - gadis dan kanak-kanak) kerana pendakawan itu menumpukan tetang kisah hubungan suami isteri atau seks sahaja.
Pada ketika dia berdakwah itu ternampak dia terlalu ghairan memperkatakan seseuatu yang ditdap patut diperkatakan.

PASUKAN GENDANG

Manakala di sebuah masjid dalam kawasanKuala Lumpur, seorang pedakwah dari Negeri Sembilan telah datang bersama pasukan gendang.Sebelum dia berdakwah dalam masjid itu, pasukan itu telah memukul gendasng seperti orang Arab Badawi.
Beberapaorang yang hadir telah bersungut kepada saya, kerana perbuatan memukul genang dalam masjid itu berlkawanan dengan Sunnah Nabi Muhammad
s.a.w. dan cara begitu pencemaran ke atas rumah Allah.
Setahu saya semua pendakwah diwajibkan memiliki tauliah atau surat kebenran mengajar agama daripejabat-pejabat agama Islam di tiap - tiap negeri. Mereka yang tidak memiliki tauliah atau surat kebenaran tidak dibenarkan memberi syarahan, berdakwah atau mengajar ilmu agama kepada orang ramai di maasjid dan sebsgainya.

GOYANG - GOYANG BADAN

Tetapi ada kelonggrannya, kalau pihak lembaga atau jawatankuasa masjiud atau surau memberi kebenaran kerana pendakwah itu tidak mengamalkan ilmu salah, maka orangitu bolohlah mengajar agama atau berdakwa di masjid atau surau tersebut.
Pada hari ini, terasa sedih dan tidak puas hati, terdapat pendkawah - pendakwah wanita muda, pada waktu mereka berdakawah atau bercakap di hadapan khalak mahupun di hadapan kaca tv,memperlihatkan lakonan; goyang - goyang badan dan dada hingga kelihatan tergolek - golek dua buah dada asing - masing, becakap dengan suara manja dan dngan memek muka seperti untuk menjadikan para penonton lelaki tertarik minat atau berahi terhadap mereka.
Selian dari itu ada pula yang menggoyangkan tangan yang lengang bersalut bebebera urat gelang atau beberapa utas rantai rantai.
Perbuatan yang tersebut di atas ini menampakkan pendakwah - pendakwa itu membelakangnilak moral atau akhlak dan mereka termasuk dalam golongan orang yang ria dan takbur.
(Tamat)

No comments: