Friday, November 14, 2008

ORANG KELANTAN

ADA CAHAYA MATAHARI ADA ORANG KELANTAN

Oleh: Mokhtar Petah

Orang Melayu di Semenanjung Malaysia ini yang paling tamadun, berikiran kreatif, menghormati orang lain, bebudi bahasa dan kukuh taqwa kepada Allah, hingga pencuri yang hendak mencuri pun berdoa kepada Allah, ialah orang Kelantan.
Rakan saya, Allahyarham Datuk Mohd.Asri bin Haji Muda telah berkata kepda saya pada tahun 1960-an, bahawa menunjukkan kuatnya orang - orang Kelantan berpegang kepada agama Islam dan beriman kepada Allah, pencuri - pencuri di Kelantan sebelum masuk ke sesebuah rumah untuk mencuri, mereka membaca doa lebih dahulu. Lepas mencuri, mereka mengucap syukaur - Al hamdulillah.

TAK MINTA KAYA

Menurut Mohd. Asri, " Pada umumnya orang Kelantan tegar iman, mereka percaya kepada diri sendiri ..., tapi tak minta kaya ..., suka miskin, kerana miskin iman demo tu jadi kuat."
"Dulu, sebelum PAS perintah Kelantan, ramai perempuan jadi pelayan kelab malam, pelacur dan macam - macam kerja maksiat lagi, tapi bila selesai kerja, demo tu sembahyang ...," jelas Mohd. Asri.

YAKIN KEPADA JIHAD

Pada hari ini, kita tidak boleh menolak, orang Kelantan berpolitik dengan politik yang bedasarkan Quran dan Hadis, tidak ada orang dari negeri - negeri lain dapat melemahkan mereka.
Sebilangan besar orang Kelantan kuat berpegang kepada agama Islam dan yakin kepada jihad - pejuangan dan politik Islam.Seperti dimakan sumpah atau memang ditakdirkan oleh Allah, siapa sahaja orang Kelantan yang menentang orang Kelantan berjuangan kerana Islam, maka ia tidak akan naik ke atas, bahkan akan turun ke bawah atau meraban ke hulu negeri atau ke dalam rimba banat.

TIDAK TERDAYA MEKAWAN

Contoh yang baik, Tengku Raszaleigh Hamzah, semenjak beliau menentang orang - orang Kelantan yang berjuang dalam PAS, kedudukan beliau dalam bidang politik nasionalis dan kapitalis seperti pokok padi dalam lalang. Ada rakan seperjuang menolak atau hendak menjatuhkan beliau.Hajat hendak naik ke atas seperti sukar tercapai.
Tun Dr.Mahathir Mohamad terkenal seorang yang bijak, super power dalam kerajaan dan politik, tetapi selama lebih dua puluh tahun beliau memerintah, beliau tidak terdaya melawan perjuangan dan kegiatan politik umat Islam Kelantan.

MELANGGAR DISIPLIN PARTI

Sekarang, seorang peguam dan tokoh politik dari Kelantan, Tenku Tan Sri Tengku Ahmad Rethauddin menjadi penentu buruk atau baik orang - orang penting dalam UMNO. Beliau mempunyai kuasa (diberi oleh UMNO) untuk menentukan ahli - ahli parti itu bersalah atau melanggar disiplin parti atau tidak.
Walaupun sebilangan besar orang penting UMNO di Kuala Lumpur, Putrajaya dan selauruh negara marah dan bencikan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tetapi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tinggi pengetahuan Islam telah datang ke kelantan dan memimpin orang super power PAS itu.

DENGAN PERALIHAN KUASA

Di antara banyak sebab rakan - rakan Abdullah Ahmad Badawi dalam UMNO, telah bertindak hingga beliau akur dengan peralihan kuasa, adalah disebabkan beliau akrab dengan Nik Abdul Aziz.
Dalam bidang ekonomi - peniagaan dan perdagangan, dari sebesar - sebesar atau diperingkat profesionalisme hingga ke peringkat menjual sayur ,keropok lekor dan tomyam di seluruh Malaysia, dikuasai oleh orang Kelantan.

BERKAMPUNG DALAM RIMBA

Jika kita melancung atau meninjau ke setiap tempat di negara ini, kitra akan mendapati di mana sahaja ada orang Kelantan berniaga, berusaha dalam berbgai bidang.
Pada masa FELDA Padang Piol, Pahang, baru dibuka dan menenpatkan peneroka - peneroka di sana, orang - orang Kelantan telah lama berkampung dalam rimba sekitar tepi sungai Kelantan dan kawasan FELDA tersebut.

MENGUASAI ORGANISASI MEDIA

Pendeknya di selaauruh semenanjung Melayu ini, di mana sahaja ada cahaya matahari, maka di sana ada orang Kelantan berniaga, berusaha dan bekerja sebagai pekerja mahir atau buruh.
Pada masa ini dua tiga beradik atau anak berana orang Kelantang menguasai organisasi media terkenal - Karangkraf -, menerbitkan akhbar dan majalah, di antaranya, Sinar Harian.

JABATAN PERDANA MENTERI

Penullis politik, Mohd.Sayuti Omar, berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, kini pemilik akhbar Minguan Siasah.
Peneraju Perbadanan Nasional Berhad, beberapa orang penting dalam bidang ekonomi di negara ini adalah orang Kelantan. Kebanyakan pegawai - pegawai tinggi kerajaan , dari Jabatan Perdana Menteri hingga ke pejabat -pejabat daerah
terdiri dari orang Kelantan juga.

PALING TEKUN BEKERJA

Dua tiga orang pegawai tinggi kerajaan - ketua setiasusaha - telah bersara, memberitahu saya, bahawa orang - orang perempuan termasuk gadis Kelantan mempunyai rekod paling tekun bekerja, amanah dan dedikasi.
"Jarang kaki tAngan kerajaan dari orang Kelantan yang bekerja sambil curi tulang, pendeknya kalau ada pun dalam seratus orang ada empat lima orang, tetapi dari negeri - negeri lain, dalam seratus orang terdapat hampir dua Puluh orang,"kata bekas Ketua Setisuaha Kementerian yang tidak mahu disiarkan namanya.
Hanpir 80 peratus dari perempuan dan gadis Kelantan cantik atau jelita. Bercakap lemah lembut dan pandai mengambil hati dan pendeknya tidak sombong.

TIDAK MENENTANG POLIGAMI

Orang lelaki luar Kelantan, jika kahwin dengan perempuan atau gadis Kelantan, mereka lekas berubah menjadi orang Kelantan, lebih - lebih lagi yang mengikuti isteri masing - masing tinggal di Kelantan.
Mungkin kerana memiliki pengetahuan Islam secara baik dan faham dengan hukum - hukum dalam Quran, maka, terdapat lebih 60 perempuan dan gadis Kelantan tidak menentang poligami atau relah bermadu.

RAMAI ORANGALIM

Apa sebab orang - orang kelantan berkeadaan demikian? Saya mendapati ada tiga sebab yang utama, iaitu:
1 - Kerana Negeri Kelantan berjiran dengan kawasan
Selatan Thailand, terutama Pattani yang penduduk-
penduduknya kuat perpegang kepada agama Islam,
ramai orang alim (ulama) yang warak.
2- Hubungan para ulama Kelantan dengan para ulama di -
Mekah amat akarab atau erat hingga Kelantan bergelar
'Serambi Mekah'.
3 - Kerana kuat berpegang kepada budaya Melayu dan tidak
terpengaruh dengan budaya orang - orang luar. Mereka
ibarat ikan hidup dalam laut; air laut masin tetapi isi
atau daging ikan tidak masing.
Saya berpendapat,kalau beralaku sebab - sebab tertentu; semua orang Kelantan di seluruh negara ini bertindak mogok dalam semua bidang, sudah tentu semua jentera kerajaan terhenti, mesin dan jentera kebanyakan kilang, restoran tomyam,pasar dan sebagainya tidak beroprasi.

Anak Kelantan di rantau mana,
baik - baik berpayung kertas,
amal kebajikan tidak sempurna,
ibarat bergayung atas batas*.

* Batas sawah atau bendang.

(Habis)




No comments: