Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan,
dia berdoa lagi: Aku harap supaya Tukhanku menun -
jukkan kepada aku jalan yang betul (Jalan menuju tem-
pat dia akan terlepas dari kezaliman Fira'un dan jalan
yang benar baginya).
Dan setelah dia (Musa a.s.) tiba di tempat yang ada air,
di Negeri Madyan, didapatinya di situ sekumpulan orang
yang sedang memberi minum (haiwan ternakan), dan
didapatinya bersama mereka dua perempuan yang se -
dang menahan (menunggu untuk mengambil air bagi
kambing - kambing mereka). Musa a.s. telah bertanya:
Bagaimana keadaan kalian? Mereka menjawab: Kami
tidak dapat memberi minum (kambing - kambing) kami
sebelum pengembal - pengembala itu menghalau pu -
lang kambing - kambing mereka, (Dua perempuan itu
gelisah) dan bapa kami seorang lelaki yang amat tua
(Nabi Sy'ib a.s. amat tua, maka terpaksalah dua anak
gadis menjadi gembala trernakannya).
Lalu (Nabi Musa a.s.) memberi minum (semua kambing
dua gadis itu). Kemudian dia kembali ke tempat berte-
duh (bawah pokok besar), dan berdoa: Hai Tuhan, se -
sungguhnya, aku sangat perlukan kebaikan yang Kamu
turunkan kepada aku (mungkin Musa a.s. telah terpaut
dengan salah seorang dari dua gadis itu atau memohon
untuk perkara lain.
Selepas itu, datanglah seorang dari dua gadis itu, berja-
lan dengan kemalu - maluan (menuju kepada Musa a.s.).
Dia berkata: sesungguhnya bapa aku menjemput kamu,
kerana dia henhdak membalas kebaikan kamu kerana
memberi minum (kambing - kambing) milik kami. Sete -
lah dia (Musa a.s. datang kepadanya (Nabi syu'ib a.s.),
maka dicerikanlah perihal dirinya, dan dia (Nabi Syu'ib
a.s.) berkata: Jangan takut, kamu telah selamat dari
kaum yang zalim.
Seorang dari dua gadis itu berkata: Hai bapaku.Ambillah
dia bekerja dengan kita. Sesunghuhnya dia orang yang
paling baik untuk menjadi seorang pekerja, dia gagah dan
dapat dipercayai.
Dia (Nabi Syu'ib a.s.) berkata: Sesungguhnya aku hendak
menjodohkan kamu dengan salah seorang dari dua anak
gadis aku ini dengan ketentuan, iaitu kamu bekerja dengan
aku selama lapan tahun, tetapi kalau kaucukupkan sepu-
luh (tahun), terserah kepada kemahuan kamu sendiri,
aku tidak hendak memberatkan pundak kamu. Jika Allah
berkehndak - insya Allah - kamu akan mengetahui yang
termasuk golongan orang - orang baik (tidak memberi
pekerjaan yang memberatkan sebagai.
(Musa a.s.) menyambut: Itu adalah antara aku dengan
kamu sahaja Yang mana saja antara kedua janji itu yang
aku penuhi (lapan atau sepuluh tahun), aku tidak me -
langgar janji, dan Allah menjadi saksi akan apa yang
kita bicarakan.
Dan setelah Musa a.s. memenuhi janjinya (dia berkahwin
dengan salah seorang dri anak gadis Nabi Syuib a.s.), dia
berangkat bersama keluarganya (meninggalkan negeri
bapa mertuanya). -22 - 29.
HADIS
SOLAT
Rasul Allah Muhammad s.a.w.telah bersabda: Jika kamu
semua telah selesaikan solat kamu sekalin di masjid, hen-
daknya memberi bahagian dari solat kamu untuk rumah
kamu, maka Allah akan mengurniakan kebaikan di rumah
kamu dari solak kamu itu.
Perawi: Imam Muslim.
PETUA:
HARTA HARAM
Petua orang alim:Jika sesebuah rumah di masuki pencuri dan mencuri barang atau wang pemiliknya, tentulah ada di antara harta atau wang milik tuan rumah itu dari hasil haram, seperti hasil penipuan, salah guna kuasa dalam kerajaan, rasuah, harta anak yatim, hak wakaf dan sebagainya.
JAMUAN
Kalau kita ketahui dengan sah seseorang itu mengamalkan rasuah, berjudi,berniaga dalam bidang zina, menyamun dan sebagainya, jika dia menjemput kamu ke majlis jamuannya, tak usah pergi, kerana makanan yang dijamu itu adalah haram di makan oleh orang - orang mukmin.
No comments:
Post a Comment