[Pada masa ini kami mendapati, sebilangan besar dari keturunan pendatang yang telah menjadi warganegara ini, telah mengungkit–ungkit atau menimbulkan sesuatu yang buruk terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu. Perbuatan itu tidak akan memberi apa-apa faedah, sebaliknya akan menempah keburukan atau memusnahkan perpaduan rakyat di negara ini.
Kami rasa bertanggungjawab atas keharmonian dan keamanan rakyat, maka kami menyiarkan sedutan dari buku Bangsa Melayu Menggugat Dunia (pembaharuan). Buku ini telah terbit dalam tulisan Jawi pada tahun 1960-an. Pada masa itu ramai mahasiswa yang mengambil pengajian sejarah (sastera) telah menelaah buku tersebut.
Editor, Petah Shahrir Aidid.]
Dalam zaman-zaman berikutnyalah timbulnya manusia mengadu kuat sesama manusia. Manusia minum darah manusia dan pendeknya peri hidup pada zaman batu beransur-ansur hilang dan sekurang-kurangnya pudar.
Ada di antara orang-orang Melayu yang mengadu kekuatan itu pula nampak akan kejayaan mereka maka mereka langsung berkuasa dan menguasai penduduk-penduduk dalam beberapa kawasan di kepulauan Melayu dan akhirnya mereka sendiri seperti masuk bakul angkat sendiri. Melantik diri mereka sendiri menjadi raja dan sultan dan orang-orang kanan dan pengikut-pengikut mereka menjadi orang-orang besar yang memberi bantuan dan menolong mereka menjalankan kekuasaan.
Orang-orang Melayu daripada tanah-tanah di bahagian Sumatera dan kawasan apa yang disebut Pagar Ruyung. Setelah berkelahi sesama sendiri maka mereka melarikan diri dan kemudian menjadi lanun-lanun dan berakhir dengan mereka berjaya menjadi sultan dan raja-raja yang berkuasa ke atas seluruh rakyat jelata yang diperintah.
Bagi pengetahuan dan hasil penilaian saya sendiri, bahawa kesultanan dan raja-raja pemerintah dalam negeri –negeri Melayu dan kepulauan Melayu bukanlah kerana adat resam atau adat lembaga apalagi mengikut ajaran Islam. Sebenarnya menurut atas lunas-lunas paksaan ke atas rakyat yang lemah pada zaman itu.
Rakyat yang lemah tidak dapat menentang pihak yang kuat dan gagah maka mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima sultan atau raja yang memerintah kepala dan diri mereka.
PEMERINTAH ISLAM
Sultan yang ada pada zaman pemerintah Islam hanya lanjutan daripada zaman raja-raja sebelum Islam dan manakala kedatangan Islam dan propaganda-propaganda Islam berkembang luas. Maka taraf kesultanan pada zaman itu mulai pudar dan apa yang dikatakan daulat mereka tersungkur dan roboh.
Apabila di seluruh kepulauan Melayu tumbuh kerajaan-kerajaan diperintah oleh raja-raja dan orang-orang yang mengaku menjadi raja sehinggalah pada zaman mula masuknya agama Islam ke kepulauan Melayu rakyat jelata menentang dan berkali-kali memberontak menentang sultan dan raja-raja dan juga orang-orang besarnya.
Pemberontakan bangsa Melayu kerana menentang sultan dan raja serta orang-orang yang menekan rakyat mulai tumbuh dalam zaman bermulanya zaman kedaulatan dalam negeri-negeri di kepulauan Melayu.
BENGUN MEMBERONTAK
Ramai bilangan rakyat bangun memberontak, pemimpin-pemimpin rakyat meniupkan angin revolusi kepada pejuang-pejuang dan badan-badan atau pertubuhan bawah tanah tumbuh di mana-mana sahaja dalam negeri Melayu yang mempunyai raja dan sultan.
Sultan-sultan dan raja-raja yang berkuasa pula tidak mendiamkan diri. Mereka menjalankan tindakan mematahkan perjuangan dan pemberontakan rakyat dan ramai daripada pemimpin-pemimpin pemberontakan zaman itu dipancung dan dipenggal leher atau digantung dan diseksa di luar peri kemanusiaan.
Zaman itu bukanlah pemberontakan rakyat kerana menentang penjajah tetapi menentang sultan dan raja-raja yang memerintah dengan zalim dan kejam terhadap rakyat.
HAWA NAFSU
Sultan-sultan dan raja-raja zaman itu mempunyai kekuasaan tidak menurut undang-undang. Mereka melakukan apa sahaja yang timbul dan lahir dalam hati mereka. Mereka berpandukan hawa nafsu kebinatangan dan menurut perhitungan diri sendiri.
Orang-orang besar sentiasa keluar masuk kampung untuk mencari anak-anak gadis dan isteri-isteri orang yang jelita untuk diserahkan kepada sultan raja di istana. Kalau ibu bapa atau suami yang ingkar dan tidak mahu menyerahkan anak-anak atau isteri mereka kepada sultan atau raja maka mereka akan menerima hukuman yang berat dan di luar peri kemanusiaan pula.
Sejak zaman itu, sultan dan raja dan orang besar-besar menjalankan tindak tanduk tanpa diberitahu. Apa lagi berunding dengan rakyat jelata. Ertinya rakyat tidak boleh bersuara dan tidak boleh bersuara langsung pada waktu itu.
Sebenarnya di sebalik kegemilangan kerajaan Melayu yang mempunyai raja dan sultan serta dengan orang besar-besar, tidak sedikit darah rakyat yang membasahi bumi, tidak sedikit tulang belulang rakyat dimakan binatang buas atau menjadi baja tanaman-tanaman dan tidak sedikit pula anak-anak gadis dan isteri-isteri rakyat yang menjadi korban hawa nafsu kebinatangan raja-raja dan sultan-sultan Melayu zaman itu.
Kerana demikian, maka sampai titis menitislah rasa dendam kesumat rakyat terhadap para sultan dan raja.
Setelah agama Islam tersebar ke seluruh Nusantara dan Semnanjung Tanah Melayu dan pulau–pulau diwarnai ilmu pengetahuan Islam.Semua orang Melayu telah berjinak – jinak dengan Islam dan sebilangan dri mereka telah memeluk agama Islam.
RAJA MELAYU
Para ulama Islam telah mendampingi para sultan dan Raja di istana masing – masing, maka segala perbuatan, perlakuan dan amalan mungkar seperti di atas, di kakangan para sultan dan Raja Melayu telah tidak wujud lagi.
Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu bersultan, beraja dan ber Yamtuan Besar dan sebagainya duduk dan taat di bawah kalimat Lailaha illallah, Muhammad rasulullah. Setiap Istana sultan dan Raja ada ulama sebagai penasihat, iaitu Sheikhul Islam.
Kekuatan pengaruh agama Islam dan iman orang Melayu kepada Allah, maka orang Melayu menolak segala adat istiada yang karut ataun khurafa. Maka wujudlah di negeri – negeri Melayu kata – kata berhikmah dan berdaulat, iaitu Majlis Agama Islam dam Adat Istiadat Melayu. Majlis ini menjadisebagai perlembagaan kecil; setiap pendud – penduduk di negeri – negeri Melayu yang menentang agama Islam brerti mentang bangsaa Melayu dan menntang bangsa Melayu bererti menenteran Raja – Raja Melayu.
Hingga pada masa ini sesiapa pun dari orang bukan Melayu dan tidak beragama Islam, tidak boleh mengeluarkan perkataan, tulisan dan sebagainya menyinggung agama Islam, bangsa Melayu dan Raja Melayu. Jika berlaku maka akan buruk akibatnya.
No comments:
Post a Comment