Sunday, November 30, 2008

KETUANAN MELAYU

JANGAN WUJUDKAN PENJAJAH BARU

Oleh: Mokhtar Petah

  1. Seorang tokoh MCA yang telah mempertikaikan ‘ketuanan Melayu’ seperti menggalakkan genarasai muda Cina di Negara ini kenjadi penjajah bentuk baru ke atas Negara ini dan bangsa Melayu.
  2. Timbalan Presiden parti politik terbesar orang Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek telah berkata, bahaw konsep ‘ketuanan Melayu’ di Negara ini, tidak lagi releven dan ditolak rakyat semua kaum, khususnya genarasi muda (Cina?).
  3. Sebalinya beliau mahu konsep perkongsian kuasa yang seimbang antara komponan Barinsan nasional, diwujudkan.
  4. PARTI POLITIK
  5. ORANG CINA
  6. Sama ada Chua beracakap atas nama pemimpin MCA atau atas nama peribadinaya sendir, bagi keseluruhan orang Melayu, beliau adalah orang Cina dari parti politik orang Cina yang lupa berfikir, percakapan beliau itu boleh mengeruhkan keadaan.
  7. Presiden MCA,Datuk Ong Tee Kiat telah berkata, bahawa pendapat Chua Soi Lek itu bukan pendapat MCA, tetapi pendapat peribadinya sendiri.
  8. Chua yang bercakap seperti mengguna golongan orang Cina di Ipoh pada tahun 1955, yang menyifatkan orang Melayu bangsa yang rendah dan hina, akan menjadikan sebilangan besar ahli MCA dan orang Cina di negara ini menyetujui dan menerima pandanganya.
  9. MENJADIPENJAJAH
  10. BENTUK BARU
  11. Chua Soi Lek seolah – olah membuka mata genarasi Cina agar kembali kepada tahun 1955 dan berjuang untuk menjdikan orang Cina di Malaysia penjajah bentuk baru.
  12. Presiden Republik, Ir. Soakerno, pada tahun 1954, pernah berkata, bahawa orang – orang Cina di rantau Kepulauan Melayu mempunyai hasrat besar untuk menjadi penjajah bentuk baru.
  13. “Mereka akan menggantikan penjajah Belanda dan Inggeris untuk menjajah semula negara- negara Melayu di rantau ini, terutama Semenanjung dan Singapura”katanya.

  14. BERPENDIDIKAN
  15. SEKOLAH CINA
  16. Pandangan Chua Soi Lek itu tentulah diterima oleh genarasi muda Cina terutama mereka yang berpendidikan sekolah Cina.
  17. Mengapa Chua sanggup menguluarkan pendapat demikian? Saya kira sekurang-kurangnya ada dua tujuan, iaitu:
  18. 1 - Beliua mahu melebarkan pengaruhnya di kala
  19. ngan muda dalam MCA bagi menerimanya
  20. sebagai pemimpin no. 1, pada masa akan dating.
  21. 2- Beliau cuba menaikkan sentiment ganarasi muda
  22. Cina agar bersedia menjadi penjajah bentuk
  23. baru ke atas negara ini dan bangsa Melayu.
  24. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO merangkap Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishamuddin pada ketika mengecam Chau Soi Lek, berkata, “ Orang ramai sudah muak dengan isu – isu yang dibangkitkan berkisar kepada agama, kaum dan politik semata.”
  25. “Jika masih dibelenggu oleh isu begini bila boleh buat kerja,”katanya lagi.
  26. HUBUNGAN TUAN
  27. DENGAN HAMBA
  28. Manakala Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin seperti memberi amaran, “ jangan ada pihak bercakap soal ketuanan Melayu secara tidak bertanggungjawab dan cuba mengelirukan makna dan maksudnya.”
  29. “Makna dan maksud asas ketuanan Melayu bukan menggambarkan soal hubungan tuan dengan hamba.Kalau begitu,temntulah tuan tidak akan berkongsi kuasa dengan hambanya, tapi kita Nampak orang Melayu berkongsi kuasa dengan kaum lain,”katanya lagi.
  30. “Ketuanan Melayu yang dimaksudkan sebenarnya berasaskan kepada sejarah asal usul negara ini yang mana majoritinya orang Melayu, maka ketuanan Melayu itu adalah keindukan Melayu dan kalau pun banyak dasar kerajaan yang berpihak kepada orang Melayu, kesan dan nikmatnya dinakmati orang Melayu kerana orang Melayu kaum majiriti,”tambahnya.
  31. SEBAGAI MENCABAR
  32. ORANG MELAYU
  33. Beliau kesal dengan sikap Chau Soi Lek yang menimbulkan kata-kata sebagai mencabar orang Melayu.
  34. Chau dan orang – orang Cina yang ada perasaan iri hati trhadap orang Melayu, hendaklah ada keinsafan dalam diri masing - masing, bahawa tragedi 13 Mei 1969 amat menakutkan kepada semua rakyat negara ini.
  35. “Mengungkit – ungkit ketuanan Melayu, apa lagi menghina dan mahu menjadi penjajah bentuk baru ke atas orang Melayu, mungkin akan menimbulkan kebencian orang Melayu kepada orang Cina,”kata seorang ahli sejarah dan pemerhati politik yang enggan didedahkan namanya.
  36. “Mungkin kebanyakan orang Cina dalam MCA dan di negara ini hendak meniru langkah orang- orang Cina Singapura yang telah Berjaya memerintah ke atas negara kecil itu dan bangsa Melayu,” katanya lagi.
  37. “Kami orang Melayu menganggap orang-orang Cina di Singapura sebagai penjajah bentuk baru dan saya harap orang –orang China di negara ini dengan sikap ikhlas bekerjasama dengan orang Melayu dan tidak mengungkit – ungkit,” tambahnya.
  38. (pm)

CERPEN

CEMBURU SEORAGN JANDA

Oleh: Mokhtar Petah

Petang Jumaat.

Usataz Hanim Senyum. Manis senyumannya. Sepasang pipinya yang putih gebu laksana terlur berkupas itu terhias dua lesung pipit. Pupur puyuh.Semua wajah manusia sejenisnya yang sedang duduk bersimpuh, bersila dan tidak ada yang mengangkang dalam dewan orang ramai itu. Mereka sedang mendengar ceramahnya dengan khusuk.

“Bukan senang nak masuk syurga …, syurga Jannatun Na’im , syurga nikmat, puan - puan, saudari – saudari …,”kata ustazah Hanim.

Wajahnya berhias senyuman.

“Puan – puan, saudara saudari, tau tak, apa nikmat yang ada dalam syurga Jannatun Na’im?” Dia bertanya kepada semua yang hadir itu. Masing-masing tunduk. Geleng – geleng. Semua biji mata bagaikan berbgolek atas perpaidani biru itu.

“Tak tau, Ustazah, “suara lembut dari seorang perempuan yang berusia setengah abad yang duduk di sudut dewan tersebut.
“Tak tau, ustazah,” suara seorang gadis berkaca mata.

“ …macammana, Ustazah?” suara mereka menjadi sepebetung.

Semua yang hadir menunggu ustaza itu menerangkan kepada mereka segala yang ada dalam syurga Jannatun Na’im.

Ustazah Hanim senyum. Dia sendiri belum pernah melawat ke sana. Sambil menggoyang - goyangkan dadanya seperti ustazah yang bercakap di hadapan kemera televisyen, dia berkata, “ …baiklah, saya akan terangkan …,” katanya.

“Baik, Ustazah,” sahut beberapa orang perempuan di hadapannya.

“ … dalam Quran, surah Al Waqi’ah, ertinya Peristiwa besar,” percakapan Ustazah Hanim terhenti sejenak. Dia teringatkan suaminya yang sedang berjuang di Pattani, Selatan Thailand.

“ …Yang, kalau ana terkorban syahid di sana …, ana nanti Yang di syurga …,” madah suaminya serak basah dalam mindanya.

Pada detik – detik itu, Ustazah Hanais didera oleh prasaan cemburunya sendiri; dia cemburu kepada bidadari – bidadari dalam syurgsa Jannatun Na’im. Cemburunya kepada para bidari di syurga melebihi cemburunya, kepada gadis Arab, mahasiswa universiti Al Azhar yang bersahabat dengan kekasihnya dulu.

“ … dalam syurga, sekumpulan orang purbakala.

Dan sedikit dari orang yang kemudian.

(duduk – duduk) atas sofa bertatahkan emas dan permata.

Beredar di sekeliling mereka anak - anak muda yang tetap (muda).

(mereka) membawa mangkuk, cerek dan piala yang penuh minuman yang jernih berkilau.

Mereka tidak rasa pening kepala dan tidak mabuk kerananya.

Dan buah - buahan, mana saja yang mereka pilih.

Dan daging burung, mana saja yang mereka inginkan.

Dan mereka dilayan bidadari bermata bulat (jelita).”

Hati Ustazah Hanim dimamah perasaan cemburu kepada para bidadari. Bidadri - bidadari itu cantik. Mereka permadona syurga. Mereka akan memiliki suaminya. Suaminya memiliki mreka.

Dia memang yakin amat; lelaki seperti suaminya, seorang pejuang pada jalan Allah. Penjuang memerdekkan umat Islam dari penjajah muarikin –Hindu atau Budha - , apabila telah meninggal dunia, Allah mengirimnya ke syurga Jannatun Na’m.

Cemburu ustazah, cemburu seorang perempuan muda. Seperti perempuan – perempuan yang sentiasa didera perasaan cemburu kepada perempun – perepuan yang mendampingi suami mereka.

“Seperti mutiara yang dijaga (simpan) dengan sebaik - baiknya.

(Semuanya itu) balasan bagi (amalan baik) yang mereka telah lakaukan).”

“Bidadari tu lebih canti dari aku, muda tak ada jerawat macam aku “…, mulut tak berbau macam aku …, ketiak tak busuk hapak macam aku …, tak datang bulan macam aku …,” pekek hati Ustazah Hanim. Cemburunya telah menguasai dirinya.

Pada ketika itu dilihatnya semua wajah di hadapannya kelabu macam dalam hujan lebat. seperti kepala sepuak ikan patin dalam tasik. Mereka faham akan caramanya.Tetapi mereka tidak mengetahui isi hatinya.disebalik dua ulas bibni merah dan wajah jelita tersembunyi duka. Lara. Derita.

Hati Ustazah Hanim dibui oleh ayat Quran dalam surah At Taubah (21,22), Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan kurniaan rahmat daripada-Nya dan keredaan serta hyurga, di dalam syurga mereka mendapat nikmat yang kekal. Mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya Allah menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar.

Pada ketika Ustazah Hanim mengakhiri ceramahnya, terasa dua pasang sendi lututnya longgar, laksana roda - roda kereta lembu zaman kesultanan Melaka.

Ustazah Hanim yang berlesung pipit itu, lepasan universiti Al Azhar, Masir. Dua gulung ijazah menjadi miliknya; M.A dan Ph.D.

Sebelum melanjutkan pelajarannya di universiti AlAzhar, dia telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Pada masa Ustazah Hanim menuntut di universiti Al Azhar, dia telah berkenalan, bersahabat karib dengan mahasiswa Melayu, Muhammad Iqbal Al Pattani. Pemuda dari Pattani, Selatan Thailand.

“Ana …,inni uhibbuki ya saidati (Saya …, sesungguhnya saya cintakan anda, hai puanku …,” kata Muhammad Iqbal Al Pattani kepada Hanim, pada ketika mereka makan dalam restoran Ad dujaj, dalam Bandaraya Kaherah, pada satu malam.

Sepasang mata milik masing-masing bertemu dilebuhraya cinta. Seperti kata Dr.Pryono, Indinesia, “Jika telah cinta kata – kata tidak perlu lagi.”

Hanim membiarkan tangan kanan dan jari jemarinya dipegang, di ramas – ramas dan diusap-usap oleh mahasiswa sains politik Islam itu. Dia merasai nikmatnya. Mesra.

Sejak malam itu mereka bercinta. Cinta mereka seteguh cinta maharani Balqis kepada Nabi Sulaiman. Laksana cinta Qais dan laila dalam kisah Laila wa majnun.

Tiga bulan kemudian mereka menikah di Kaherah.

Sekembalinya mereka ke Malaysia; Ustazah Hanim bertugas sebagai pensyarah pengetahuan Islam, di kolej al Istiqlal, Damansara. Suaminya telah menyertai pejuang Islam Selatan Thailand. Dia sering keluar masuk ke sana. Pemuda anak hartawan Pattani itu berjihad untuk menuntut kemerdekaan bumi umat Islam di sana.

Semenjak Ustazah Hanim memberi ceramah mengenai syurga Jannatun Na’im kepada wanita - wanita pada sebulan lalu, hati nuraninya sentiasa didera oleh perasaan cemburu kepada para bidadari di syurga. Bidadari – bivdadari itu akan merampas suaminya daripadanya.

Walaupun dia tahu kematian bagi setiap manusia di tentukan oleh Tuhan, tetapi dia terpaksa berdoa, agar suaminya panjang umur. Tidak lekas mati. Dia tidak mahu suaminya dimiliki oleh bidadari -bidadari di syurga yang lebih cantik daripada dirinya, walaupun mereka tidak makan jamu kacip Fatimah, janda galak dan mas cotek.

Saban malam khayalan Ustazah Hanim,diganggu gugatoleh bidadari – bidari bermata bola. Manja amat. Mereka melayan ssuaminya. Meriba. Medakap.Memeluk sekehendak hati mereka. Manja bidari lebih dari manjanya sendiri. Cemburunya menyiksa dirinya saban malam.

Pada satu petang, Ustaz Hanim dikejut oleh perkabaran suka. Dia telah menerima sms dalam telefon bimbitnya. Mesej itu dihantar oleh seseorang dari Pattani.

‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Saya sampaikan berita sedih, Ustaz Muhammad Iqbal Al Pattani telah meninggal dunia. Dia meninggal dalam pertempuaran dengan musuh-musuh Islam, di Pattani.’

Ustazah menangis. Sedih. Air matanya berladung dalam dua telaga matanya. Tumpah. Luruh atas dadanya yang subur. Pada ketika itu, dia rela mengikuti suaminya ke alam baka.

“Orang yang mati syahid, sebenarnya tidak mati …,” Ustazah Hanim teringat akan kata - kata pensyarahnya, di universiti Al Azhar, Profesor Dr. Hamdan. Pensyarah itu mengambil ke terangan Allah dalam Quran. Dia memberi kuliah tentang jihad – berjuang pada jalan Allah - kepada para mahasiswanya.

Ustazah Hanim tidak dapat pergi ke Pattani. Kalau dia datang menziarahi jenazah suaminya, tentulah dia akan diberkas atau diapa-apakan oleh musuh umat Islam di sana. Hanya dari jauh dia mengucapkan, “ …pergilah sayang, Allah lebih sayangkan sayang, …enta syahid, sayang.”

Sejak hari itu, perasaan cemburu Ustazah Hanis kepada bidada para bidadari amat sukar dijauhkan diri dirinya.Tubuhnya yang genit telah kurus bagai pelepahbertam kering. Wajanya yang ayu, telah cengkung. Pucat seprti cacing dalam hujan.

Kurus dan cengkungnya, bukan kerana tidak makan dan minum, tetapi kerana ditinggalkan suaminya dan cemburukan bidadari - bidadari di syurga yang mendakap mesra suaminya.

(Tamat).

QURAN

Perupamaan orang - orang yang mengambil pelindung selian dari Allah, sama dengan labah - labah membuat rumah (sarang). Dan sesungguhnya rumah - rumah (sarang) yang paling lemah (daif), ialah rumah (sarang) labah – labah, kiranya mereka mengetahui.

Sesungguhnya Allah mengetahui akan sesuatu yang mereka puja (sembah ataun meminta) selain dari Allah, dan Dia (Allah) Maha kuasa dan Bijaksana.

Dan perumpamaan yang demikian Kami buatkan untuk manusia, dan hanya orang - orang yang berilmu (alim) dapat mengerti. - Al Ankabut:41 – 43.

HADIS

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Allah kasih kepada lelaki yang bangun solat pada waktu malam dan membangunkan isterinya (mengajak solat). Jika (isterinya) idak suka bangun, isiram air ke mukanya. Demikian pula Allah kasihkan perempuan yang solat pada waktu malam , dan membangunkan suaminya (mengajak solat), jika (suaminya) menolak, maka disiramkan air ke mukanya.

Perawi: Imam Abu Daud

PETUA

Para gadis, janda dan perempuan yang muda yang banyak jerawat pada muka, atau khuatir jerawat tumbuh mengerumni mukanya, boleh mencuba dengan cara ini:

1 - Mkan sop ubi lobap pada tiap tiap malam.

2 - Padsa waktu ambil air sembahyang usap-usapkan air

pada seluruh wajah dan meminta kepada Allah

menyembuh , mengurang atau tidak menumbuhkan

jerawat.

3 - Elak berkhayal atau angan-angan akan seseorang

lelaki pada waktu akan tidur pada waktu malam.

Perbuatan itu akan membakar darah anda dan akan

menjadi jerawat.

Saturday, November 29, 2008

TIMBALAN MENGTERI MENINGGAL DUNIA

KETIKA BERMAIN BADMINTON

Bentong - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59 tahun, telah meninggal dunia, setelah terjatuh pada ketika bermain badminton dengan rakannya, Azmi Ariffin, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, dekat sini, jam 6.30 petang semalam.
Allahyarham meninggalkan balu, Toh Puan Seri Nooraini binti Lob Yusoff dan lima orang anak.
Razali adalah ahli Dewan Rakyat (Kuala Terangganu) setelah memenangi kerusi tersebut, dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu dengan 32,562 undi. Lawannya, calon bebas, Maimun Baba 685 undi.
Jenazah Allahyarham dikejarkan ke hospital Bnetong.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebaik-baik sahaja dimaklumkan, menyifatkan kematian Razali satu kehilangan besar kepada UMNO, Kementerian Pelajaran dan negara.
Beliau mengakui, bahawa Razali seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang pelajaran dan amat memahami dasar-dasar kementerian pelajaran.
"Beliau telah menunjukkan prestasi yang baik sebagai seorang Timbalan Menteri dan mampu memhamai dasar-dasar kerajaan dengan baik," kata Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya memang menaruh harapan, yang pada satu hari nanti beliau akan menjadi Menteri Pelajaran, tetapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia," kata Abdullah lagi.
"Saya sangat terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mengalami sakit jantung," tambah Perdana Menteri.
Sementara itu, kalangan warga Kementerian Pelajaran, termasuk para warga Bahagian Pendidikan Guru, ada yang menangis sebaik-baik sahaja mendapat tahu Razali telah meninggal dunia.
"Dia seorang yang baik, mempunyai pandangan yang luas dalam bidang pelajaran negara ini," kata seorang pegawai tinggi di kementerian tersebut.
"Apa boleh buat, kami sayang kepadanya, dia orang baik, tetapi Allah lebih menyayanginya," katanya lagi.
Menurut tulisan wartawan Utusan Malaysia, Noraini Abdul Razak, bahawa sehingga kelmarin Allahyarham masih aktif menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.
'Pada ketika menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu, beliau sering mengadakan lawatan ke sekolah- sekolah pada awal pagi sebelum memasuki pejabat dan rutin itu diteruskan apabila beliau menjadi ahli Parlimen.
Razali pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTM) sejak 2004.
Allahyarham telah menerima diploma pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1973 dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan, di University of Birmingham,England pada tahun 1986 - 87.
Berpengalaman sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008.
(mp)

(Sajak)

PEJUANG TERBILANG

Bumi ini basah dik air mata melimpah,
tangis ratap para guru dan pelajar,
raung mereka ke langit zaman,
" ...kami hilang pejuang,"
pada tika berita nafasmu diangkat Tuhan.

Pernah kau madahkan kepadaku,
di lobi Parlimen negara kita;
"Melayu akan hilang arah,
tenggelam dalam sejarah,
jika bahasa dagang didaulatkan."

"Jerman, Indonesia dan negara mana,
maju, bangsa besar,
tanpa guna bahasa dagang,
daulatkan bahasa sendiri
dalam segala bidang."

Katamu," ...penulis guru saya,
mereka mengajar saya,
menjadi manusia Melayu,
cinta bangsa sendiri,
murni budi dan kemanusiaan sejati."

Pergilah wahai pejuang,
kami menyayangimu,
tapi terkapai bawah sayang Tuhan,
Syurga Jannatun Naim menantimu;
di sana ' Dan (teman) bermata bulat jelita,
Bagaikan mutiara yang tersimpan baik.

'Di antara pokok teratai tidak berduri,
Dan pohon pisang yang (buah) bersusun-susun,
air memancut,
buah - buahan (lazat) yang banyak (Wal Waqia'ah).

Genting Highland ......................................Mokhtar Petah



SAINS POLITIK



(Sambungan dari Jumaat lalu)

NEGARA ISLAM NEGARA KEBAJIKAN

Oleh: Mokhtar Petah

Negara Islam adalah negara Allah. Negara kebajikan. Negara Perpaduan. Negara keamanan. Negara Islam bersifat republik, iaitu tidak ada Raja pemerintah. Negara Islam diketuai atau dipimpin oleh seorang ketua Negara, iaitu khalifah atau Presiden atau apa jua nama yang sesuai.
Negara Islam sentiasa bergantung kepada keredaan Allah, iaitu berpandukan petunjuk Allah dalam Quran:

“Sesungguhnya penduduk negeri Saba(Yaman) itu mempunyai keterangan tentang tempat tinggal mereka, iaitu dua taman (kebun) di kanan dan di kiri. Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negeri yang bertuah – indah dan makmur - dan Allah yang Pengampun – Saba:15

TIDAK ADA IMMMUNITY

Tidak digalakkan kuasa Raja berkuasa atau berdaulat dalam Negara Islam. Amalan Raja berdaulat dan mempunyai kuasa atas segalanya, bukan amalan Islam.Amalan itu diwarisi oleh manusia tidak beragama Islam yang diambil contoh dari Kerajaan Rom tua. Kereajaan yang disebut taghut dalam Quran.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak menegahkan sesebuah negeri Islam pada zamannya mempunyai raja pemerintah.Tetapi Raja tidak boleh berkuasa atau mengatasi perlembagaan negara Islam kerana negara Islam dan perlembagaannya mengikut Quran dan Sunnah.

Raja memerintah Negara Islam tidak ada hak mengampun rakyatnya yang bersalah – jenayah besar dan cicil. Ertinya Raja pemerintah Negara Islam tidak ada immunity (kekebalan). Amalan Raja memerintah yang ada immunity (kekebalan) adalah amalan kerajaan Rom tua.

SEBUAH NEGARA KAPITALI

Malaysia telah disebut sebagai Negara Islam. Tetapi masih belum bersifat Negara Islam sebenar. Ia masih sebuah Negara kapitalis yang mempunyai kelonggaran mempraktikkan hukum Islam dalam bidang sivil dan jenayah ringan.

Malaysia masih menggunakan perlembagaan dan undang-undang seperti undang - undang Inggeris yang diambil dari kerajaan Rom tua yang dikuasai oleh Raja dan para padri serta orang – orang orang kenamaan Kristian.

Sesorang yang layak memimpin Negara Islam,ialah:

1 - Lelaki beragama Islam, beriman dan taqwa kepada

Allah.

2 - Berani berjihad pada jalan Allah.

3 - Ada ilmu pengetahuan untuk memerintah, iaitu ilmu pengetahuan yang bepandukan Quran dan Sunnah

4 - Amanah kepada Allah, dirinya, keluarganya dan

orang ramai yang diperintahnya.

5 - Tidak melakukan jenayah termasuk amalan rasuah dan politik wang.

6 - Berakhlak mulia. Tidak dayus atau tunduk kepada

isteri.

(bersambung kepada Jumaat, 5 Disimber 2008)

QURAN

  1. Hai orang - orang yang kafir,
  2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (batu,api, kemaluan dan apa sahaja lain dari Allah),
  3. Dan kamu semua tidak menyembah Dia (Allah) yang aku sembah,
  4. Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu semua sembah,
  5. Dan kamu semua tidak akan menyembah Dia (Allah) yang aku sembah,
  6. Untuk kamu semua agama kamu sekalian dan untuk aku agama aku (Islam). – Al Kafirun: 1 - 6


HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telh bersabda: Tidak boleh (terlarang) seseorang mengingini hak orang lain, kecuali dua jenis: ASeorang yang duikurnbiakan kekayaan oleh Allah, lalu digunakan harta atau wangnya semata – mata untuk pejuangan untuk kebenaran (kerana Allah), dan orang yang dikurniakan ilmu oleh Allah, maka digunakan ilmu itu dan diajar(pula) kepada orang lain.

Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim


PETUA

Untuk mengelakkan dari enyakit keronik, termasuk mati pucuk, banyakkan sembahyang sunat. Dan ketika mengerjakan sembahyang itu hendklah dilakukan dengan betul, iaitu:

  1. 1 - Angkat tangan pada ketika takbir dengan betul, seperti
  2. seoranng tentera.
  3. 2 - Berdiri tegak dan dua puntung tangan betul – betul
  4. letak atas pertut agak ke kiri.
  5. 3 - Pada ketika rukuk, dua tapak tangan tekan kepada dua
  6. tempurung lurut.
  7. 4 - Pada waktu sujud, hujung jejari kaki tekankan kepada
  8. lantai. Jangan rapatkan dua lengan kepada lantai
  9. seperti anjing malas. Jangan rapatkan dua lengang
  10. pada dada seperti perempuan.
  11. 5 - Pada waktu sujud tekankan sedkit dahi pada lantai.
  12. 6 - Duduk pada ketika antara dua suju, membaca tahayyat
  13. hendaklah betul.
  14. Insya Allah akan tidak kena penyakit keronik.






Friday, November 28, 2008

WARTAWAN


(Sambungan dari Jumaat lalu)

BERANI BERTEGAK ATAS KEBENARAN

Seseorang yang hendak bekerja sebagai wartawan, sama ada bekerja tetap dengans esebuanh institusi akhbar atau media, atau wartawan bebas – free lance - , mestilah bertanya kepada diri sendiri lebih dahulu, iaitu:

1 - Adakan aku seorang yang berminat dalam bidang berkenaan.

2 - Mampukah bekerja tidak mengira waktu, ertinya tidak seperti

para pegawai kerajaan yang mementingkan waktu stop bekerja.

3 - Berani bertegak atas kebenaran walaupun terpaksa melangkah

ke dalam penjajar atau tahanan di bawah ISA.

4 - Bolehkah bergaul dengan berbagai peringka manusia. Dari buruk

longkang , penoreh getah hingga ke perdana menteri dan Raja –

Raja Melayu.

5 - Sanggup menggunakan tulisan untuk mengkritik pihak atasan

megara hingga ke bawahan.

6 – Beramanah kepda diri sendiri dan orang ramai.

7 - Berakhlak mulia.

8 - Mempertahankan indintiti dan prsonalaiti.

MENEMUI MASSA

Wartawan yang baik adalah yang tidak hanyak duduk- duduk dalam pejabat, tetapi sering keluar menermui massa, melakukan peretemuan dengan manusia – manusia, mencari bahan dan pendeknya menjadi manusia menjaga segala yang berlaku dalam alam mini.

Menulis segala apa yang kita tahu.Belajar segala yang belum ketahui.Jadikan ala mini universiti. Dan jadikan diri sendiri sebagai penyedar manusia mengubah keadaan yang buruk kepada yang baik.

Apabila menulis berita dan artikel, hendalah menjadikan tulisan mudah dibaca, iaitu boleh dibaca dan difaham oleh murid sekolah rendah dan suka dibaca oleh orang yang berpelajaran tinggi atau intelektual.

MENGUBAH FIKIRAN

Elakkan dari menulis berjela – jela panjangnya sehingga menjemukan orang yang membacanya atau orang tidak suka membacanya.

Wartawan Yang baik ialah yang dapat ,mengubah fikiran orang ramai dengan tulisannya dan dengan tulisannya dia menjadi popular.

Jika seseorang wartawan berada di sesuatu tempat atau di negara lain, menulis sesuatu yang menggemparkan tetapi jangan menulis perkara ayang telah ada atau perkara biasa.

(bersambung kepada Jumaat 5 Disember 2008)

KHUTBAH JUMAAT

PENGIDAP HIV MINTA DIBELA


Umat Islam diminta prihatin terhdap orang - orang Islam yang mnengidap HIV yang terpaksa mencari pelindungan dan minta p0rtolongan dari orang - orang agama lain setelah umat Islam tidak menolong mereka.
Permintaan tersebut trkadandng dalam khutbah Jumaat Masjid Putra, di sini, yang disampaikan oleh Imam Abdul Manaf Al Hafiz hari ini.
Menurut Imam Abdul Manaf Al Hafiz, lebiuh 70 peratus dari semua pengidap HIV atau Aids di negara ini terdiri dari orang Islam.
"Ada di antara mereka meminta tolong di rumah-rumah kebajikan orang bukan Islam,kerana orang Islam tidak menghiraukan mereka,"kata Imam Abdul Manaf Al Hafiz.
"Orang Islam hendaklah perihatin terhadap orang - orang Islam yang mengidap penyakit, bantulah mereka danb jangan memanda hina trhap mereka," seruanya.
"Orang bukan Islan telah menubuhkan berpuluh rumah kebajikan untuk membantu mangsa HIV dan AIDs, tetapi di kalangan oranng Islam hanya ada tiga buah,"tamnbanya.

MANUSIA DAN KEMANUSIAAN

  1. Haiwan berkata – kata,
  2. kenal dirinya, siapa aku?
  3. Dari tanah lumpur asalnya,
  4. Setetes darah membentuk daging,
  5. muncul ke dunia,
  6. Bergelar manusia.

  7. Kenal Tuhannya sungguh,
  8. Dadanya sarang Iman teguh,
  9. Taqwa jujurnya terasnya patuh,
  10. Tidak takut mati dalam jihad,
  11. Syahid sejati janji dirinya,
  12. Demi Allah Maha Quddus.

  13. Bina kemanusiaan dalam diri,
  14. Ihsan dalam ibadah saban hari,
  15. Sesama insan tuan walau abdi,
  16. Harga diri manusia senjati,
  17. Berhias Ikhlas luhur budi,
  18. Tanpa rasa permusuhan dalam hati.

  19. Sempurnakah kita beragama,
  20. Hati nurani keji tanpa amanah,
  21. Hidup hina di kalangan manusia,
  22. Wajah cantik bentuk insani,
  23. Kotor jijik pakaian rohani,
  24. Manusia kutuk Tuhan benci.

  25. Bina kemanusiaanmu dalam diri,
  26. Dengan akhlak - budi pekerti,
  27. Tegak dirimu sebagai mujahidin sejati,
  28. Menentng angkara musuh agama,
  29. Pemusnah bangsa pewaris nusamu,
  30. Kerana dirimu manusia berani.

  31. Salam kita salam muhibbah,
  32. Seantero dunia kita bersahabat,
  33. Mengekalkan ke amanan seluruh jagat,
  34. Kemanusiaan kita indah jadinya,
  35. Jika Tuhan tidak kita lupakan,
  36. Kemanusiaan membungai alam.

  37. Tanjung Hantu ………………………….Mokhtar Petah

RAJA MELAYU

UMNO HAPUSAKAN KEKEBALAN

‘Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja disanggah’

Oleh:Mokhtar Petah

Kekebalan Raja - Raja Melayu perlu dikembalikan semula kepada mereka, jika bangsa Melayu mahu mereka berperanan lebih berkesan bagi melindungi kedaulatan Raja Melayu, Perlembagaan negara dan bangsa Melayu.

Pemangku Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Tunku Jaafar bertitah, bahawa mengembalikan semua kekebalan kepada Raja Melayu adalah perlu, jika mahukan mereka menjalankan tugas dengan adil dan tidak memihak dalam melindungi Perlembagaan Negara.

Tunku Naquiyuddin telah berititah bertajuk ‘Peranan Raja Berpelembagaan Pada Abada Ke - 21’ dalam satu Majlis Jamuan Diraja di sini semalam.

LIMA BELAS TAHUN

Menurut Baginda, bahawa kekebalan Raja Melayu telah hilang selama lima belas tahun dan ia perlu dipulihkan kembali agar Raja berpelembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya mereka lebih berperanan selaku pelindung Perlembagaan.

“Jika (orang) parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja –Raja Melayu melihat diri mereka sebagai pelindung Perlembagaan,” titah Baginda.

“Dengan kekebalan itu usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, keselamatan ekonomi dan tadbir yang baik dapat dipenuhi,” titah Baginda lagi.

“Kedaulatan dan kekebalan sentiasa saling bergantung dan karut apabila seorang Raja yang berdaulat boleh dihadapkan ke mahkamah kerana cuba melindungi kepentingan terbaik Negara dan rakyat,” tambah Baginda.

Jelas baginda, “ Kesan menyeluruh penghapusan kekebalan dan pembentukan mahkamah khas agak revolusiner, tanpa ada lagi kekebalan, Raja – Raja boloeh disaman oleh warga biasa dan oleh negara.”

TOKOH PENTING

Pendapat Tunku Taquiyuddin itu memanglah menasabah dan kerajaan di bawah Barisan Nasional perlu mengakaji semula akan masalahh baik buruk kekebalan Raja – Raja Melayu yang dihapuskan itu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tiga tokoh penting UMNO yang bertanggungjawab menghapuskan (immunity)kekebalan tersebut, pada 10 Disember 1992.

‘Pada petang 10 Disember 1992 yang lalu, seorang wakil rakyatdari Melaka – Timbalan Perdana Menteri, Dr.Abdul Ghafar Baba sebagai wakil Kerajaan Persekutuan berdiri membentangkan usul menggoncangkankedudukan Raja –Raja Melayu dalam sidang Dewan Rakyat.

Dr. Abdul Ghafar dengan wajahnya yang serius macam ajah Hang Jebat alam cerita epik Melayu, lalu mengeluarkan kata-kjata yang bernada marah: “Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini berasa amatg sedih dan memandang serius k eats insiden seorang rakyat, Douglas Gomez, telah dicederakan di Istana Johor, pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.

Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejdian tersebut adalah satu penyalahguna kusa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentang dengan cita – cita serta hasrat undang – undang negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berpelembaggan dan Demokrasi Berperlimen.

Dan bahawa Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu hendak diambil bagi menentukan insiden yang seumpama itu tidak berulang.”

Berikut ini ialah cabutan dari ucapan Dr. Abdul Ghafar Baba pada ketika membentangkan usul tersebut:

“Perelmbagaan Persekutuan dan juga negeri – negeri jelas menyatakan bahawa Raja –Raja memerintah adalah dengan mengikut nasihat daripada Perdana Menteri dan Menteri – menteri Besar. Perkataan ‘nasihat’ yang tertulis dalam perlembagaan itu tidak bererti Raja – Raja ada mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri dan Menteri – menteri Besar. Dengan lain perakataan, pemerintahan sesebauah negeri itu adalah trletak sepenuhnya di tangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Perkataan dalam Perlembagaan yang mengatakan “Raja memerintah bagi sesebuah negeri” itu hanya merupakan satu istilah untuk menghormati kedudukan Raja – Raja itu sahaja. Jika perkataan ‘nasihat’ dalam prlembagaan itu disalahgunakan oleh Raja – Raja tidak lagi sebagai Raja Berpelembagaan tetapi kembali semula menjadi absolute moinarchy seperti dahulu kala.

Kedudukan seorang Raja adalah dikawal oleh Perlembagaan. Raja – Raja tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik sama adsa secara langsung atau tidak. Raja – Raja juga tidak boleh campur tangan dalam pemerintahan negeri setakat yang diubenarkan oleh Perlembagaan dan undang - undang sahaja. Raja Raja - boleh mengambil tahun pentadbiran negeri atau kedudukan kewangan negeri hanya melalui Perdana Menteri, Menteri – menteri Besar dan menteri – menteri yang berkenaan sahaja.

Raja – Raja juga tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara langsung melainkan setakat mekantin nominee yang dimilikinya.Raja adalah menjadi payung rakyat. Raja tidak sama sekali boleh bermusuhan dengan rakyatnya sendiri, maka sebab itu Raja – Raja itu biasanya disebut Rulers have done no wrong.

Tujuan diwujudkan peraturan ini, ialah untuk menjadikan Raja – Raja sebagai Raja yang dihormati untuk menyelamatkan institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.

Rakyat jelata teah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja – Raja sebagai mana yang tersebut dalam artikel 38 (4): Tiada apa – apa undang – undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja – Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja – Raja.

Dalam hal ini kedudukan Raja - Raja adalah terjamin keana apa – apa sahaja undang – undang yang diluluskan oleh Parlimen yang dudapati bercanggah dengan artikel 38 (4) itu adalah gtidak disahkan selagi tidak mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja. Ini bererti kedudukan Raja – Raja itu adalah terjamin, maka haruslah diiangatkan, bahawa jaminan itu hanya dari segi perlembagaan sahaja.

… Menjadi seorang Raja bukanlah mudah, keran ia memikjul tanggungjawab yang berat dan kebebasan pula adalah terhad. Buat masa ini rakya masih booeh menerima institusi Raja – Raja Berpelembagaan tetapi apakah ada jaminan pada masa akan datAng institusi ini akan dapat dipertahankan?

Sama ada insatitusi Raja Perlembagaan itu dapat dikekalkan atau tidak, pada pendapat saya, soalan itu terpulang kepada Raja – Raja sendiri yang harus menentukannya. Pepatah Melayu ada menyebut: Raja adil Raja disembah, Raja zalim /raja disanggah.

… saya mencadangkan supaya usul seperti yang saya bacakan sebenar tadi dibahaskan dan dilulkuskan.

Ahli – ahli Dewan Rakyat dari parti – parti pembangkang yang bangun berucap dan menokong usul itu, ialah, Haji Abdul Hadi Awang (Pas – Marang), Encik Mohamad Sabu (Pas-Nilam Puri), Encik Shukri Mohamed (Semangat 46 – Kok Lanas), Encik Ahmad Nor(DAP – Bayan Baru) dan Encik Karpal Singh – DAP – Jelutong).

Manakala dari Barisan Nasional, ialah, Datuk Dr.Afifuddin Omar (Padang Terap), Encik Ibrahim Ali (Pasir Mas), Encik Sshahidan Kassim (Arau) Cik Rohani Abdul Karim (Setubung), Encik Ruhanei Ahmad (Parit Sulong), Encik Tamrin Ghafar (Batu Berendam), Encik Abdul Malik Munip (Muar) dan Datuk Mohd. Khalid Yunos (Jempol).

Pindaan Perlembagaan itu disetujui, iaitu, artikel 181 (2) Tiada apa – apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana – mana mahkamah terhadsap Raja bagisatu – satu negeri atas sipat dirinya sendiri’, kepada: Tiada apa – apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana – mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dalam bahagian 15. - Kerajaan Masnsuh Kekebalan Raja Melayu, (1993), oleh: Mokhtar Petah.

JENAYAH DAN SIVIL
Maka, semua Raja – Raja Melayu tidak ada (kekebalan) tentang perkara jenayah dan sivil yang mereka lakukan.
Mereka boleh dihadapapkan dalam Mahkamah Khas yang yang terdiri daripada Ketua Hakim Negra Mahkamah Persekutuan, yang menjadi pengerusi.
Saya kira, sama ada kekebalan dikembalikan semula kepada Raja – Raja Melayu atau tidak, tidak menjadi masalah, tetapi yang penting Raja – Raja Melayu tidak berkedudukan seperti Raja Rom tua, iaitu Raja adalah wakil Tuhan atau Tuhan yangkedua dan kebanayakan Raja – Raja pada zaman silam ‘ beraja di mata bersultan di hati’.
TRADISI KEROHANIAN
Pada zaman sebelum Negara kita mencapai kemerdekaan, menurut kuasa convention (bukan undang – undang),iaitu adat yang diguna pakaia pada isntitusi Raja Melayu, bahawa mereka masing – masing boleh membunuh dua orang rakyat dengan tidak dibincara dalam setahun.
Di negara ini, walau sedaulat mana Raja - Raja Melayu, mereka adalah dibawah agama Islam dan Perlembagaan Negara.
Ahli undang – undang Profesor Ahmad Ibrahim gtelah berkata, “ Kesultanan itu adalah hasil asimilasi teradisi krohanian dan keagamaan (seperti Raja Rom) yang pada mulanya dikaitkan dengan insitusi khalifaha yang kuasa keduniaan semata – mata, iaitu Sultan; yang tersebut kemudian itu dengan demikian itu selain dari menjadi seorang Raja berdaulat menurut erti duniawi juga muncul untuk mengekalkan perhubungan rapat dengan rakyat dan bertanggungjawab atas syariah.”
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertitah,bahawa dari 900 buah takhta dalam dunia ini (sejak zaman silam), bilang itu telah turun kepada 240 buah dan pada abad ke dua puluh hanaya tinggal 40 buah, (sekarang) jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta ke muzium sejarah dan budya.

(habis).

QURAN



HUKUM DENGAN ADIL

Sesunguhnya Allah memerintahkan kamu semua memberi amanah (kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab, misalnya, pemimpin dan ketua negara) kepada ahlinya (orang yang berkelayakan. Iaitu yang berpelajaran tinggi, beriman kepada Allah, para malaikat, kitab - kitab Allah, para rasul-Nya dan hari kiamat)), dan bila menghukum (orang itu memerintah) antara manusia, hendaklah dengan adil; bahawa dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik - baiknya kepada kamu; sesungguhnya Allah itu menengar dan melihat. -An Nisa:58


HADIS

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda:Kamu semua mendapati manusia manusia itu laksana logam (mempunyai asal usul sendiri yang menjadi kebangaan masing - masing), maka sebaik - baik mereka pada zaman jahiliah iaitu yang baik pada masa Islam, jika (mereka) benar-benar mengerti (pengetahuan) agama Islam. Dan kamu sekalian mendapati sejahat - jahat manusia - manusia, ialah (mereka) yang bermuka dua (talam dua muka,iaitu munafik) yang datang ke mari (menghadap Junjungan) dengan satu muka, dan (pergi) ke sana (setelah meninggalkan Junjungan) dengan muka lain.
Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.


PETUA

Petua orang tua- tua, tidur berdengkur sukar mengubatnya, tetapi boleh mencuba dengan meletakkan semanggang yang terpakai pada lehir, pada ketika akan tidur pada waktu malam. Lakukan selama tujuk malam. Insya Allah berhasil.

Thursday, November 27, 2008

DOKUMEN RAHSIA

JAMBATAN BENGKOK

PUNCA DR. AHATHIR KUTUK

ABDULLAH AHMAD BADAWI

Oleh: Mokhtar Petah

Kritik demi keritik. Kecaman demi kecaman dan berbagai cara telah dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad terhadap Abdullah Badawi, tetapi sebagai orang berbudi ‘diam lebih baik dari banyak bercakap’, Abdullah tidak menjawab semua tutur kata kesat oleh bekas ketuanya itu.
Seperti yang saya ketahui; Abdullah Badawi yang kelihatan lembut dan lemah itu, sebenarnya seorang yang tegas dan teguh hati. Berfikir sebelum bercakap. Sentiasa mengelak dari memburuk-burukkan orang lain.Ini adalah nilai peribadi yang diwarisinya dari datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya, Haji Ahmad Badawi.
Manakala Dr. Mahathir Mohamad seperti yang kita ketahui sering bercakap ‘lepas mulut’ atau tidak berfikir sebelum bercakap. Pada massa dia berkuasa tidak ada siapa yang membantah, hatta para wartawan yang terikat dengan sesebuah organisasi media yang berada di bawah teduhan kerajaan atau UMNO. Pada masa itu Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah fikiran dan tindakannya ‘benar adanya’.

MENJADI MANGSA
Disebabkan caka dan fikir ‘benar adanya’, maka ramai manusia pada masa beliau menerajui kerajaan telah menjadi mangsa ‘tanpa telaga gas’ tetapi berkeadaan batang keladi layu kepanasan. Tan Sri Musa Hitam ‘angkat kaki’ dan menjadi ‘musafir politik’. Hakim, Tun Mohd. Salleh Abas ‘luruh’ dari jawatannya hingga hilang segala faedah dari perkhidmatannya. Anwar Ibrahim menerima ‘kesengsaraan’ hilang jawatan. Tercemar maruah diri dan maruah keluarga. Meringkuk dalam penjara.Dibelasah oleh Ketua Polis Negara. Kini menjadi ‘musafir khana ilmu pengetahuan dan politik’.
Berkata seorang dari ulama yang mursyid kepada saya; semua orang yang melakukan ‘keburukan’ atas Anwar Ibrahim telah menerima balasan; termasuk individu yang menendang pintu rumah Anwar di Bukit Damansara dan menangkapnya. Hanya seorang lagi belum menerima balasan dari Allah!?.
Sebagai orang Islam dan mukmin, kita tidak dapat mengatakan Dr Mahathir Mohamad salah atau benar. Kita adalah manusia, ‘Sesungguhnya manusia itu amat tidak jujur dan amat bodoh’[1]. Kita hanya orang-orang yang menanti waktu, ‘...tunggulah sampai Dia (Allah) menghukum antara kita. Dan Dia(Tuhan)lah sebaik-baik Hakim[2].
MENUTUP BANGKAI
Manusia sering menutup kesalahan yang dilakukannya. Ada kalanya yang ditutup itu tidak dapat diketahui oleh manusia. Ada pula dia menutup kesalahannya seperti ‘menutup bangkai dengan tapak tangan’. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Pada 14 Julai 2006 lalu semua rakyat ini telah mendapat tahu secara jelas akan sebab-sebab Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Abdullah Badawi tidak mahu meneruskan projek ‘Jambatan bengkok’ dari Johor ke Pulau Singapura yang dimulakan pada masa Dr. Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri negara ini.
Berikut ini saya merakamkan ‘Kenyataan Jabatan Perdana Menteri’ berhubungan dengan ‘jambatan bengkok’ yang menjadi faktor Dr. Mahathir Mohamad mengkritik Abdullah Badawi

‘Kerajaan telah mengklasifikasikan semua beberapa dokumen rahsia yang relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan yang menggantikan Tambak Johor itu.

Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad iaitu:

* Kerajaan Malaysia menerima cadangan

Malaysia untuk membina sebuah jambatan

bengkok.

* Jambatan berkenaan bukan sebahagian

daripada pekej bertunggak isu dua hala.

* Malaysia adalah negara lemah dan tidak

mempunyai bekeranian (half past six with

no guts) dengan tidak menerukan projek

jambatan bengkok.

* Ketika di meja rundingan, Malaysia yang

mengemukakan isu penjualan pasir dan

kebenaran untuk Tentera Udara Republik

Singapura (RSAF) menggunakan ruang

udara negara ini.

SEJARAH

Ini adalah kali kedua dalam sejarah Negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah dikalifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan masyarakat awam. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya kerajaan ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan.

Di dalam pekej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat yang dibuat antara Dr. Mahathir dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong.

Petikan daripada rekod mesyuarat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk tatapan umum.

Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama:

1- Perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr. Mahathir sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan menjadi sebahagian daripada isu berpekej yang ingin diselesaikan bersama Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan dari tahun 1998 sehingga 2002. Ini terbukti dalam surat Dr. Mahathir kepada Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002.Isu yang sama inilah yang dibangkitkan oleh Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat bersama Abdullah Badawi pada 1 Mac 2005. Fakta ini menangkis dakwaan Dr. Mahathir bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet-jet pejuang RSAF.

2 - Penjualan pasir kepada Singapura dibangkit kan oleh republic tersebut semasa mesyuarat di antara Abdullah dan Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005.

Ini menangkis dakwaan bahawa kerajaan sekarang yang membangkitkan isu pasir di meja rundingan.

3- Pendapat undang-undang dari Jabatan Peguam Negara menunjukkan bahawa Malaysia tidak boleh meneruskan usaha membina jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang. Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjina Pemisahan 1965.

Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan Tambah Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsuang menjejaskan paip-paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri kanak Tambak Johor. Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak milik paip-paip tersebut diberi kepada Lembaga Kemajuan Awam Singapura (Publik Utiliti Bad atau PUB).

Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, ‘Malaysia perlu mendapat kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok’,

Di bawah Perjanjian pemisahan Malaysia – Singapura 1965, Malaysia menjamin abligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air Johor –Singapura 1961 dan 1962, paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961. Justru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh diguna pakai ke atas paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh diguna pakai ke atas paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor. Oleh itu dakwaan paip air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral) setelah memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar.

TEGAS

Dengan mengambil kira fakta ini, kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk menolak cadangan timbang balas (quit-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan ruang udara. Keputusan ini dibuat memandangkan ia akan menjejaskan kedaulatan Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan ini memandangkan ia selaras dengan sentimen rakyat dan kepentingan Negara.

Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah – Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak.

Jambatan lurus sepenuhnya yang dicadangkan oleh Malaysia sepatutnya menjadi simbol persahabatan dan seharusnya memberi manfaat kepda kedua-dua Negara. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mencapai matlamat ini tidak hanya terletak kepada Malaysia semata-mata.

Keterangan lanjut mengenai isu ini terkandung dalam Lampiran A yang diserahkan bersama.

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membuat pelbagai dakwaan berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

. Kerajaan kini ingin membentangkan fakta-fakta dan menjelaskan rentetan sejarah mengenai keputusan yang telah diambil.

Dakwaan: Bahawa Kerajaan Singapura telah meminta cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia.

Fakta:Pada 4 Mac 2002 Dr.Mahathir telah menulis kepada Lee Kuan Yew mengenai cadangan Malaysia berkenaan pekej isu dua hala yang tertunggak. Antara lainnya, beliau telah mencadangkan pembinaan jambatan di sebalah Malaysia manakala Singapura akan membina jambatan di sebelah Singapura dengan masing-masing menanggung kos sendiri. Setelah jambatan tersebut siap, Tambak Johor akan dirobohkan. Dr. Mahathir seterusnya mencadangkan bahawa sekiranya Singapura tidak mahu membina jambatan di sebelahnya, Malaysia bercadang untuk membina jama batan di kawasannya sendiri. Sebaik-baik sahaja jambatan itu siap, Tambak Johor sebelah Malaysia akan dirobohkan.

PENDEKATAN

Pada 11 April 2003, Goh Hok Tong membalas surat tersebut dan menyatakan persetujuannya, walaupun beliau lebih gemar kepada cadangan jambatan penuh. Bagaimanapun, cadangan ini telah dibuat dalam konteks pendekatan berpekej untuk isu-isu dua hala yang tertunggak, yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi di peringkat menteri dan pegawai kanan.

Pada 7 Oktober 2002, Dr.Mahathir memberitahu Goh Chok Tong bahawa Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan isu-isu tertunggak secara berpekej dan hendak memberi tumpuan kepada penyelesaian isu air mentah yang dibekal kepada Singapura. Pendekatan ini diambil kerana tiada kemungkinan dapat dicapai persetujuan dalam menyelesaikan isu-isu ini secara berpekej

. Pada 14 Oktober 2002, Perdana Menteri Goh Chok Kong bersetuju untuk tidak mneneruskan perbincangan mengenai isu-isu tertunggak ini secara berpekej. Singapura menerik balik persetujuan yang diberikan untuk pembinaan jambatan bengkok yang dilakukan dalam konteks penyelesaian secara berpekej dan menyatakan persetujuan yang telah diberi lebih dahulu untuk projek jambatan kini tidak boleh dipakai lagi.

TANAH

Perdana Menteri Goh Chok Tong menulis: ‘…saya sebenarnya telah bersedia untuk memberi konsesi (concessions) dengan mengubah suai Points of Agreement (POA) dengan beberapa bidang tanah tambahan, membenarkan pengeluaran awal bagi caruman Central Provident Fund (CPF) dan untuk membina jambatan di kawasan kami untuk menggantikan Tambak Johor dengan kos yang ditanggung oleh kami sendiri, sebagai pertukaran (trade off), supaya anda boleh memberi kepada kami ruang udara dan air di masa hadapan pada harga yang berpatutan. Oleh kerana anda kini mahu membincangkan isu air secara berasingan dan tidak meneruskan pendekatan berpekej, pertukaran-pertukaran (derat off) kini tidak boleh dilakukan.’

Kesannya, surat ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak kembali kepada status quo. Kenyataan Perdana Menteri Goh tidak disangkal oleh Dr. Mahathir. Malah, Dr. Mahathir tidak menjawab surat Perdana Menteri Goh.

Singapura kemudiannya mengulangi pendiriannya dalam Nota Diplomat pada 29 November 2004, ketika Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Cagar sedang dibina. Ia menyatakan: ‘…rundingan-rundingan yang berdasarkan pakej ini telah secara unilateral dihentikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Oktober 2002.’ Dengan terhentinya perundingan isu-isu berpakej ini, persetujuan Singapura untuk jambatan bengkok tidak lagi wujud.

Kesimpulan: Adalah tidak benar untuk menyatakan Singapura menerima cadangan Malaysia untuk membina jambatan bengkok dalam wilayahnya. Persetujuan Singapura bagi Malaysia membina jambatan bengkok adalah sebaik-baiknya, satu persetujuan yang diberi secara tidak rela hati sepenuhnya dan dilakukan semata-mata berdasarkan pendekatan berpakej.

Dakwaan: Bahawa surat daripada Perdana Menteri Goh Chok Tong pada 11 April 2002 adalah komintmen muktamad republic tersebut untuk cadangan pembinaan jambatan oleh Malaysia.

Fakta: Semasa rundingan antara kedua Negara, telah wujud persefahaman bahawa sebarang cadangan tidak akan dianggap muktamad selagi ia tidak dimeterai dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura. Ini adalah seperti yang dijelaskan dalam surat Lee Kuan Yew kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Menteri Kewangan dahulu, Tun Daim Zainuddin pada 24 Ogos 2000.

PRASANGKA

Antara lain, surat itu menyatakan; ‘Untuk memudahkan kita menulis satu sama lain, untuk mencuba pelbagai pilihan, segala nota atau surat yang saya hantarkan kepada anda atau Mahathir, dan sebalik nya, perlu dilihat sebagai Tanpa Prasangka (Without Prejudice): Bahawa tiada persetujuan melainkan semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua- dua PM.’

Kesimpulan: Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa Goh Chok Tong telah memberi komitmen terhadap jambatan ini di dalam suratnya pada 11 April 2002. Tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-kedua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura berhubung pembinaan jambatan ini.

Dakwaan: Bahawa jambatan ini tidak termasuk sebagai sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala.

Fakta: Pada mulanya, isu-isu berpekej tertunggak hananya meliputi empat perkara – air, Central Provident Fund (CPF), ruang udara dan menempatkan semula Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin KTM di Singapura. Ini telah disepakati oleh kedua-dua Negara di Hanoi pada 27 Disember 1998.

Namun demikian, projek jambatan itu telah dimasukkan kemudiannya ke dalam isu-isu berpakej melalui surat Dr.Mahathir kepada Lee Kuan Yew pada r Mac 2002 dan isu jambatan telah menjadi salah satu daripada lima isu di dalam pakej bertajuk ‘PAKEJ LIMA ISU MALAYSIA – SINGAPURA - CADANGAN MALAYSIA’.

Kesimpulan: Isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala yang belum selesai disebabkan surat Dr. Mahathir telah memasukkannya dalam isu berpakej.

Dakwaan: Bahawa keputusan kerajaan untuk membatalkan projek jambatan ini akan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.

Fakta:Jumlah kos pembinaan CIQ jambatan bengkok dan landasan KTM (Keretapi Tanah Melayu) yang baru merentasi Selat Johor adalah RM2.373 bilion.

PAMPASAN

Buat masa ini, kerajaan masih lagi mempertimbangkan bayaran pampas an kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. Namun begitu,perlu ditekankan bahawa keputusan untuk membatalkan projek jambatan itu bukanlah satu keputusan ekonomi. Setelah berpuas hati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan secara unilateral atau tunduk kepada tuntutan Singapura, pembatalan rancangan pembinaan jambatan ini adalah keputusan kewangan yang paling bertanggung- jawab dan tepat.

Kesimpulan:Bukanlah satu keputusan yang wajar untuk membelanjakan RM1.13 bilion untuk struktur pembangunan yang akhirnya menemui jalan buntu.

Dakwaan:Bahawa Malaysia adalah Negara yang lemah dan dayus (half past six) kerana membatalkan- kan projek jambatan tersebut.

Fakta: Jelasnya, kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Kerajaan telah menimbangkan semula keputusan unilateral yang dibuat oleh Dr. Mahathir untuk membina jambatan bengkok tetapi yang akhirnya tidak menghasilkan penyelesaian yang terbaik.

WARISAN

Jambatan bengkok bukanlah satu warisan yang harus dan wajar ditinggalkan kepada generasi mendatang Malaysia. Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan itu, kerajaan telah mengkaji bukan sahaja Perjanjian Wayleave tetapi juga Perjanjian Air Johor- Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan Malaysia-Singapura(separation Agreement) 1965 dan turut mengambil kira pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah Pendapat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara: ‘…pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia perlu dikaji secara menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang-undang antarabangsa khususnya kesan alam sekitar terhadap Singapura dan di sekitar kawasan Selat Johor.

Selain daripada itu, pembinaan jambatan bengkok ini akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini akan secara langsung menjejaskan paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang terletak di kiri dan di kanan Tambak Johor. Dalam konteks ini implikasi undang-undang perlu dikaji berdasarkan Perjanjian Air Johor - Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan Malaysia- Singapura (Separation Agreement) 1965.

PRINSIP

Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bebas mempunyai kuasa mutlak terhadap kawasannya dan di dalam melaksanakan kuasa tersebut, tidak ada Negara lain yang berhak campur tangan. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh mengambil tindakan unilateral tanpa mengambil kira prinsip dan tuntutan undang-undang antarabangsa,yang turut menyentuh serta mengambil kira hak dan kepentingan negara-negara jirannya.’

Kesimpulan: Dengan timbulnya pelbagai ke keliru-

-an, adalah penting bagi kerajaan untuk mengkaji keputusan- nya dan melakukan tindakan yang betul. Untuk mentadbir kerajaan, ia tidak seharusnya didorong oleh kemahuan mengejar populariti ataupun untuk menimbulkan sebarang konflik. Pengurusan kerajaan adalah mengenai pertimbangan baik dan buruknya sesuatu tindakan, dan seterusnya membuat satu keputusan yang terbaik untuk Malaysia.

Dakwaan: Malaysia menawarkan ruang udara dan pasir kepada Singapura.

Fakta: Isu berkaitan penggunaan ruang udara Malaysia adalah sudah pun dibawa ke meja rundingan antara tahun 1998 dan 2002. Dr. Mahathir sendiri memasukkannya di dalam surat kepada Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Beliau menawarkan kemudahan tersebut sebagai satu pertukaran (trade off) semasa rundingan berpakej, dakwaan yang dibuat Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi relevan.

PERUNDINGAN

Sebelum ini,Singapura pernah menikmati lima jenis kemudahan penerbangan sebelum ditarik balik pada tahun 1998.Semasa perundingan, Singapura telah meminta agar Malaysia membenarkan semua kesemua kemudahan tersebut tetapi kerajaan sekarang hanya bersedia menawarkan dua daripada lima kemudahan berkenaan, iaitu Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) dan Transit Koridor (Northern Transit Corridor) dengan terma dan syarat yang perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kemudahan mencari dan Menyelamat ditawarkan berdasarkan prinsip timbal balas (reciprocity) dan ia adalah selaras dengan amalan antarabangsa. Kemudahan Laluan Koridor Utara pula hanyalah bagi tujuan transit ke Laut Cina Selatan. Pesawat tentera udara Singapura tidak dibenarkan berlegar di ruang udara Malaysia.

Kesimpulan: Penggunaan ruang udara dibangkitkan oleh Goh Chok Tong semasa mesyuarat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mac 2005 di Putrajaya.

Singapura menyatakan bahawa isu ini adalah penting bagi mereka dan ia akan memudahkan untuk pembinaan jambatan diterima oleh Singapura.

Perlu ditegaskan, bagi Singapura, mereka tidak menganggap ada keperluan untuk menggantikan Tambah Johor dengan jambatan. Justeru, Singapura inginkan timbang balas bagi mereka apabila bersetuju dengan jambatan. Merekalah yang meminta pasir serta penggunaan ruang udara sebagai balasan.

Namun begitu, apabila jelas yang Malaysia tidak mahukan penjualan pasir atau penggunaan ruang udara oleh jet pejuang RSAF, kerajaan bertindak tegas dan membuat keputusan yang boleh diterima -iaitu tidak meneruskan dengan rancangan membina sebuah jambatan.

Sekiranya kerajaan menerima dua syarat Singapura bermakna kerajaan membelakangkan kehendak sebilangan besar rakyat Malaysia. Kerajaan sentiasa menegaskan bahawa sebarang keputusan dibuat adalah keputusan politik, yang mana ia berdasarkan sentimen, kedaulatan dan maruah rakyat Malaysia.’[3]

MENCAPAI KEJAYAAN
Setelah kita meneliti kenyataan di atas ini, ternyatalah ‘kritik, provokasi atau ceroboh maruah’ Dr. Mahathir Mohamad terhadap Abdullah Badawi berhubungan dengan jambatan bengkok dapat memberi kefahaman kepada orang ramai, bahawa bekas Perdana Menteri itu berkedaan seperti orang frust dalam perciantaan. Frust kehilangan kuasa. Frust kerana gagal mencapai kejayaan. Beliau bercakap mengikut perssaan atau sentimen. Tidak menggunakan fakta sebenar atau menyalahi fakta.

‘Dalam hal ini Abdullah harus bijaksana dan cermat menilai apakah maksud serangan dan kritikan pedas yang ditimbulkan Mahathir itu. Yang jelas Mahathir tidak akan berhenti, beliau ada agenda tersendiri kenapa menimbulkan persoalan itu. Dalam hal ini jawapan terhadap persoalan itu bukan sangat diingini (oleh?) Mahathir daripada Abdullah. Sebagai orang yang pernah mewarisi takhta, beliau tahu akan segala permainan ‘kongkalikung’ itu semua. Tanpa soal pun Mahathir Boleh menjawabnya kerana persoalan seperti itu sudah lama berputar pada dirinya.

Ada mesej lain yang lebih mendalam daripada apa yang dimaksudkan itu. Isu-isu yang dibangkitkan itu disengajakan untuk menimbulkan keributan kepada Abdullah dan kerajaan. Apa yang Mahathir nantikan Abdullah pening dan akan mabuk dengan tubanya itu. Kalau tidak ada berada masakah tempua bersarang rendah!’[4]

Sesiapa sahaja yang menerjunkan dirinya ke dalam perjuangan suci, iaitu perjuangan untuk tanah air, bangsa dan negara, wajiblah ada padanya ‘niat’ yang baik dan sekap yang ikhlas. Tidak boleh wujud dalam dirinya perasaan tamak (termasuk mengaut hak miliki kerajaan, rasuah dan seumpamanya) kepada kekayaan, sayangkan pangkat dan nama, rasa tidak puas hati dan dengki atau cemburu kepada rakan atau rakan-rakan seperjuangan.
SELURUH DUNIA
Banyak contoh dalam sejarah politik negara-negara di seluruh dunia, kejatuhan seseorang pemimpin disebabkan perbuatan mereka berlainan dari niat pada awal mereka menerjunkan diri dalam perjuangan.
Satu dari contoh, di negara jiran kita, Thailand; Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang telah digulingkan oleh tentera negara itu yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin, dikatakan menggunakan negaranya sebagai ladangnya dan mengetepikan kepentingan rakyat Thailand.
Memang telah menjadi kebiasaan atau tradisi para pemimpin negara di seluruh dunia di kelilingi golongan kapitalis, borjois dan mereka yang mengejar kekajayaan dan tidak mengambil peduli penderitaan rakyat. Maka, kita di Malaysia berharap dua pemimpin kita, Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak tidak berada dalam senarai pemimpin dunia yang demikian itu.
Banyak kajian yang telah dibuat oleh para penulis politik atau penulis bebas, bahawa ramai pemimpin berkeadaan seperti yang tersebut di atas itu tidakterlepas dari perbuatan-perbuatan yang merugikan rakyat dan mengancam ke setabilan negara, di antaranya rasuah.
Dalam kertas kerja ‘Kempen Anti Rasuah’ oleh Konsortium Permodalan Usahawan Bumi (KOPUB) pada tahun 2004, telah menyatakan, ‘rasuah pembunuh bangsa’. Dan kertas kerja itu memetik dari Website UCLA Asia Intitut, iaitu hingga tahun 2003, kedudukan Malaysia dalam Rangking Asia paa tahap 5.2 (paling tinggi poin bererti kurang kajadian rasuah.



[1] Ouran; Al Ahzab: 72.

[2] Ibid; Al A’raf: 87.

[3] Dari ‘Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan PerdanaMenteri Malaysia pada Jumaat

14 Julai 2006.

[4] Mohd.Sayuti Omar, Kemelut Mahathir-Abdullah Bagaimana Anwar, 2006, Kuala Lumpur, Tintanj

Merah, hln.73.