MANSUH BANGSA KUASA MELAYU
Oleh: Mokhtar Petah
Sesungguhnya Kam (Allah) telah menciptakan kalian dari seorang lelaki (Adan ‘alaihis salam) dan seorang perempuan (Hawa), dan Kami jadikan kalian beberapa bangsa dan suku – suku bangsa, agar kalian mengenali satu sama lain. – Al Hujurat: 13.
Ayat Quran di atas ini menyatakan umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah itu berbangsa dan bersuku bangsa. Ertinya umat manusia tidak boleh menolak bangsa yang ditetapkan oleh Allah. Walaupun orang Melayu beragama Islam dan mahu menegakkan negara Islam, tetapi mereka tidak boleh membuang atau memasuhkan bangsa (Melayu) dan mewujudkan bangsa Islam.
Allah telah melantik Muhammad bin Abdullah dari bangsa Arab dan suku kaum Quraisy. Bahasa bagi agama Islam adalah bahasa Arab tua. Tetapi Allah tidak pula memerintahkan dimansuhkan bangsa Arab.
Maka, orang Melayu yang mahu menegakkan ketuanan Melayu dan menegakkan Negara Islam tidak boleh membuang atau memansuhkan bangsanya.
Berbeza dengan pendapat kalangan ulama PAS ( terutama Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri besar Kelantan), bahawa beliau tidak menampakkan untuk mengekalkan bangsa Melaya jika PAS memerintah negara Islam. Dan pada PAS tidak ada ketuanan Melayu. Yang wujud hanya umat Islam yang tidak lagi mengguna dan mendulatkan bangsa.
Pandangan itu bercanggah dengan ayat Quran di atas. Para ahli PAS yang sayangkan bangsanya mestilah membuat kajian dan mempertahankan bangsa Melayu.
MEMAJUKAN UMAT ISLAM
Walaupun UMNO tidak menampakkan usahanya untuk menegakkan negara Islam, tetapi ia telah melaksanakan kerja dan usaha untuk memajukan umat Islam, misalnya ekonomi Islam, universiti Islam dan segala yang berunsur Islam. UMNO tetap mempertahankan bangsa Melayu dan ketuanan Melayu.
Kerana menurut Perlembagaan Negara, bahawa orang Melayu adalah orang Islam, maka tindakan menghapuskan bangsa Melayu samalah menghakiskan manusia Melayu yang beragama Islam di negara ini.
Dalam satu seminar ketuanan Melayu anjuran institut pengajian Tinggi di Melaka, di Air Keroh, pada 6 dan 7, sebikangan para sarjana atau intlektual Melayu telah menyuarakan menentang cara dan rancangan PAS untuk menggunakan Islam sebagai bangsa.
Jika PAS menolak rupa bangsa, maka, hanya UMNO satu- satunya parti politik yang boleh dijadikan tempat bergantung orang Melayu untuk mempertahankan bangsa Melayu dan ketuanan Melayu.
MENJAMIN KUASA MELAYU
Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, sempena ulang tahun UMNO ke 62, yang diusiarkan pada 11 Mei 2008 telah berkata, bahawa UMNO menjamin kuasa Melayu.Beliau telah menjelaskan:
“Selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang bdalam pelbagai bentuk.
Masalah terbesar ialah msalah parti-parti serpiahan yang tumbuh dan tertubu apabila apabila beberapa pemimpin telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti UMNO atas sebab-sebab yang berbeza dari semasa ke semasa.
Bermula dengan PAS pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh Dato Onn, pengasas UMNO, Parti negara; Parti Melayu Semangat 46 yang diupimpinn oloeh Tengku Razeigh Hamzah dan yang mutakhir adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawan pimpinan ‘de facto leader’nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Membela orang Melayu
Apapun yang beerlaku, sejarah melihat UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bagi mendapat tempatq dan perhatian dalam negara ini.
Jangan pula kita lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum, bermula dari piliahan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihanraya pada tahun ini. Kemenangan UMNO adalah bersama parti-parti komponen dalam Perikatan dan seterusnya dalam Barisan Nasional.
Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke - 12 yang lalu, UMNO tidak mengalami kemerosotan sepeerti yang diudakwa. UMNO memenangan 85 peratus daripada kerfusi yang dipertandingkannya tetapi majoriti yang telah diperoleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperolehi pada dalam piliahanraya umum 2004.
Walaupun begitu, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total. Kuasa orang Melayu belum terhakis. Saya setuju jika prestasi kita diperkatakan menurun, tetapi UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.
Sebaik sahaja tamat pilihan raya umum ke-12 yang lalu, saya telah menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripda Ketua _Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian. Mereka telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.
Pertemuan ini telah diadakan di kediamansaya dalam beberapa siri secara tertutup. Pertemuan tersebut dikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke enegeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pada pendapat saya, di sanping usaha mengukuhkan parti, UMNO bersama-sama dengan parti-parti komponan lain dalam Barisan nasional perlu meyakinkan rakyat tentang kemampunan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberikah khidmat yang terbaik, melaksanakan tanggungjawabnya dan memenuhi janji-janji yang dibuat dalam Piliahan Raya Umum ke-11 dan 12 yang kalu.
UMNO bukanlahg parti yang tunduk kepada tekanan daripda mana-mana pihak. Jika ada apa-apa permohonan yang wajar, UMNO tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada permohonan tersebut. Ini adalah amalan yang berlaku dalam muafakat Barisan Nasional. Partiparti komponan dalam Barisan nasional semuanya membuat keputusan megnenai satu-satu perkara berasaskan konsensus.
Umno tetap dengan pernjuangan asal. UMNO tetap mempertahankan maruah Melayu. Itu sudah termaktub dalam Perlembagaannya. Yang penting dan perlu diingat adalah UMNO berada dalam Barisan Nasional. Muafakat dan kebijaksanaan, kesederhanaan serta keadilan dan kesaksamaan perku menjadi amalan dalam mengambil tindakan.
Saya tegaskan, UMNO tidak ditolak di akar umbi. Di luar bandar UMNO tetap kukuh. Kekuatan MNO dibina dari peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya peringkat Majlis Tertinggi.
Yang menganggotai barisan kepimpinan parti terdiri daripda mereka yang mendapat sokongan ahli-ahli parti di semua perinbgkat.Di samping itu, kebanyakan mereka tgerdiri dari individu-individu yang telah memenangi pilihan raya dengan sokongan majoriti rakyat.
Pembelaan nasib bangsa, agama dan negara terus menjadi core kepada perjuangan. Inji yang perlu dihidupkan semula, diperkukuhkan. Sewjarah perjuangan bangsa perlu diterap semula. Legitimcy kewujudan orang Melaui di bumi ini mesti difahami oleh semua kaum dengan tidak mnenjejaskan hak-hak kaum lain.
Pengusaan Ilmu Pengetahuan
UMNO mesti terus memperkasa dan membangunkan bangsanya melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kedaulatan bahawa, kemuliaan akhlak dan agama, kedaulatan Raj-Raja dan kesucian islam.Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh dikompromi. Ita tidak boleh membiarkan perkara ini terhakis dan dipinggirkan. Itulah intipati perjuangan yang mnenjadi kebanggaan kita.
Inilah cabaran besarkepda golongan muda dalam UMNO, khususnya Pergerakan Pemuda dan Puteri bagi memastikan orang muda Melayu mengetahui, memahamai dan menghayati sejarah perjuangan UMNO.
UMNO mesti pergi kepada mereka, tidak boleh membiarkan atau menunggu mereka datang. Pemuda UMNO mesti mencari ahli-ahli baru, menyebar risalah, memili ‘kader’ dan melatih mereka. Pemuda dan Puteri UMNO mesti menjadi contoh sebagai pejuang yang bersemangat patriotik, berintegriti dan berjaya dalam hidup mereka serta tidak angkoh.
Perjuangan asal UMNO mesti terus dikekalkan. Kita mahu pemimpin yang ikhlas, jujur, beramanah serta memahami perjuangan UMNO. Perjalanan kita masih jauh.
UMNO dan orang Melayu mesti menguruskan kejayaan yangtelah dibina selama ini untuk terus menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati.”
Begitulah pandangan Abdullah Badawi tentang UMNO dan kepentingan bangsa Melayu pada hari ini dan pada masa akan datang. Pandangan yang berharga itu perlulah dikaji dan diamalkan oleh genarasi muda Melayu untuk menjamin masa depan mereka, iaitu tidak menjadi ‘orang merempat di bumi sendiri’.
KITA PEWARIS UMNO
(Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 55, atas nama Pemimpin Utama UMNO Malaysia, Abdullah Badawi telah membuat ucapan dalam perasmian Perhimpunan Agung itu dengan kalimat-kalimat yang bercampur ‘gula dengan garam’, ‘nasihat dan kecaman’, ‘sanggahan dan bimbingan’ dan pendeknya beliau seperti seorang doktor bedah yang melakukan pembedahan atas tubuh manusia.
Dalam menjalankan pembedahan itu, beliau telah menyuntikkan ubat keruhanian kepada manusia di hujung pisau tajamnya itu. Ubat tidak diadukan dengan dadah itu mengandungi:
1 . Ilmu Pengetahuan
2 Keimanan, ketakwaan dan akhlak mulia – AL Quran
dan As Sunnah Nabi.
3 . Akhlak yang mulia.
4 . Ikhlas dan amanah.
5 . Adil dan ihsan.
6 . Bertanggungjawab kepada diri sendiri sebagai seorang
mukmin atau mukminat.
7 . Menunaikan janji-janji kepada rakyat jelata.
8 . Insaf diri sebagai individu dari bangsa Melayu dan
sekali gus mengenali Melayu itu orang Islam.
9 . Kerjasama dari atas hingga ke akar umbi seperti
Nabi Muhammad s.a.w. bekarjasama dengan para
anggota Kabinet atau Majlis Syuranya.
Dari pengertian di atas,maka UMNO haruslah terus menerus menggunakan falsafah orang Melayu, “tak kenal maka tak cinta’. Orang ramai telah kenal UMNO dan semua pendukung UMNO dari peringkat atas hingga ke peringkat bawahan, di kampung-kampung pendalaman,maka ia tidak lagi khuatir untuk mendapat sokongan dan undi dari orang ramai.
“Perhimpunan hari ini dilangsungkan dalam suasana negara baru merayakan hari ulang tahun kemerdekaan kali ke-47. Perhimpunan ini dilangsungkan ketika UMNO telah mencapai usia 58 tahun. Perhimpunan kali ini juga meletakkan satu tanggungjawab baru kepada saya, untuk pertama kalinya mengisi agenda, menyampaikan ucapan dasar Presiden parti.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan nama UMNO merupakan parti politik terbesar di tanah air kita dengan keahlian sejumlah 3.2 juta orang. Parti yang mula diasaskan di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Onn Jaafar telah bersilih ganti pimpinannya dari Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum tanggungjawab pimpinan parti diserahkan kepada saya. Alhamdulillah, dalam perjalanan menempuh usia 58 tahun, UMNO bertambah kukuh – bertambah matang.
Kita terhutang budi kepada setiap seorang dari mereka yang telah mewariskan kepada kita UMNO yang kukuh lagi matang. Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga roh mereka berada di kalangan para solehin. Sempena perhimpunan ini sama-samalah secara ikhlas kita bacakan Surah Al-Fatihah. Semoga bacaan tersebut diterima sebagai amal soleh oleh Allah s . w . t . Semoga ganjaran dari amal ini disampaikan kepada roh-roh para pejuang UMNO yang telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.”
(Sedutan ucapan Dato’ Onn bin Jaafar sebaik-baik sahaja beliau dipilih menjadi pengerusi Kongres orang Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 1,2,3,4 Mac1946, iaitu sebelum penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO.)
“Sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas fasal yang pertama dalam kongres ini,saya mengucap terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kehormatan yang tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini.
Kepercayaan tuan-tuan ialah satu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya ialah satu lafaz kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya kongres sebagaimana yang berkumpul di sini atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan dari runddingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membina tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama diada-adakan iaitu persatuan (parti politik) di antara kita sendiri.
Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat diperliharakan dengan perpegang kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian.
Sebagai mana kita ini akan menaruh fikiran yang lain-lain dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu iaitu, kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendakkan tanah air kita dan bangsa kita ini terselamat dan kuat.
Kedua-dua itu hanya boleh terselmat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika (kita) bersatu padu. Dan lagi kita berkehndak mengambil bahagian dan pikulan (tanggungjawab) kita pada menolakkan selagi da masa. Akan keaiban yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan (parti politik) di antara bangsa kita ini disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh secukup kekuatan menurut kehendak zaman yang ada ini.
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandingnya di dalam tawarikh dunia ini mana sekalian manusia di dalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berhidup yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyaingi mereka itu. Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu.
Adakah kebahagiaannya atau kecelakaannya. Maka pilihana itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini.
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahagiaan daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan darinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.
Maka daripada ikhtiar itu zahirnya United Nations Organization - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - itu.
Catatan:
United Nations Organization telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Di antara tujuan penuhan itu,ialah untuk menghubungkan kerjasama antara negara - negara di seluruh dunia. Memupuk dan menjaga keamanan dan kebajikan bagi umat manusia.
Anggota-anggota tetap: China, Perancis, Rusia, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu pejabat PBB di New York. Di ibu pejabat itulah tempat perhimpunan anggota-anggotanya.
Di antara badan - badan di bawahnya, ialah: *Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) *Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) *Persatuan Pembangunan Industri PBB(INODO)*Persatuan Pengetahuan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
Kerana adanya Anggota- Anggota Tetap mempunyai kuasa veto dan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang sering keras kepala,maka kadang kala PBB separti mengalah. Di antaranya pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan kezaliman Yahudi ke atas Palestin.
Orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan, kesemuanya dengan satu tujuan,iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya. Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan lain-lain itu telah membantukan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu. Maka daripada bersatu hati telah te0rsemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah belah.
Dari segala cerok di Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguh seruan itu akan teruji dan tatkala di dalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka itu hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutan.
Pada hari ini lebih daripada lain-lain masa di dalam tawarikh bangsa kita adalah dikehendaki kita berkuat hati supaya dapat kita hadapkan apa juga yang akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri.
Marilah kita tunjukkan kepada dunia,iaitu ruh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan,iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat.Marilah kita tunjukkan sekuat mana paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segara daripada dahulu.
Marilah kita tunjukkan,iaitu dengan persatuan di antara kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.Marilah kita mengaku akan diri kita tidaka kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa.
Marilkah kita bersatu dan berusaha bagi faedah baangsa kita dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang benar.
Saya telah mendengar,iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semanjung Tanah Melayu ini. Akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebih-lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan di dalam negeri kita yang di dalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadanan.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja,iaitu adakaah atau tidak hendak dijadikan United Malay Organization –UMO itu. Butir-butir perdirian dan perjalanan UMO itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan.”
(Sedutan dari ucapan Tunku Abdul Rahman Putra setelah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Agung UMNO dari Dato’ Onn Jaafar – menarik diri - dalam Mesyuarat Agung UMNO yang ke enam di sebuah hotel, di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951- mokhtar petah)
“UMNO ini adalah sebuah Pertubuhan Kebangsaan Melayu yang sebenar-benarnya bertujauan dan berdasrkan pada memelihara bangsa dan tanahair Medlayuu supaya kita menjadi setaraf dengan lain-lain umat yang bebas merdeka di seluruh dunia ini.
Selama ini paa pendapat saya,kerja yang besar yang telah dijalankan oleh UMNO ialah meruntuhkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang ada pada hari ini.
Tetapi apakah yang didapati oleh rakyat jelata? Pada pandangan saya kehidupan dan kedudukan umat Melayu serta tarafnya adalah terlebih pada sepuluh tahun dahulu daripada keadaan sekarang ini,apatah lagi jika dibandingkan dengan masa-masa yang jauh ke belakang nescaya didapati kdaan kita adalah bergnda lebih baiknya daripada keadaan sekarang.
Sekiranya kita hendak timbang menimbang atas perasaan hawa nafsu bangsa asing (Orang China, India dan bangsa-bangsa lain),apakah yang akan jadi kepda bangsa Melayu kita dan apakah maknanya yang terkandung di dalam perjanjian Persekeutuan Tanah Melayu? Ini negeri hak Melayu dan berilah kelebihan kepda Melayu.
Masanya telah sampai bagi orang-orang Melayu mesti sedar di atas kedudukand an kehidupan meeka dan kita mestilah menuntut dan sepenuh-penuh dan segenap hati supaya pihak bekuasa menjalankan apa-apa yang telaah dijanjikan kepada kita.
Seperkara lagi yang penting bagi kita pada masa ini, ialah perkara kemerdekaan. Ada pun cita-cita itu berpatutan dengan keadaan masa sekarang semua jiraa-jiran yang ada dai sekeliling perenggan negeri kita telah merdeka. Lihat Siam,Selon,Indonesia dan Filipina. Mereka adalah bangsa yangmerdeka. Maka mengapa dan apakah sebabnya kita tidak mendapat kemerdekaan?
Keinginan kita hendak mengambil tempat supaya kita duduk sebelah-menyebelah dengan merteka itu adalah menasabah dengan akan fikiran. Keinginan itu bertambah kuat daripada sehari ke sahari dn hingga akhirnya haruslah perasaan ini tidak dapat di saba-sabarkan lagi.
Pada masa ini cogan yang kita pakai, ialah ‘Merdeka’. Kerana dan untuk merebut kemerdekaan bermacam-macam perkara telah berbangkit di dalam dunia ini. Berjuta-juta nyawa hilang dan beberapa negeriserta pecan menjadi hancur binasa.
Orang-orang Melayu kita menaruh cita-cita untuk mendapat kemerdekaan itu dengan jalan Perlemabagaan seperti yang didapati oleh Selon dari Britain dan Filipina dari Amerika,iaitu tidak dengan jalan menumpahkan darah dan binasa rakyat jelata.
Berkenaan dengan adanya cadangan-cadangan orang-orang kita,iaitu patut kemerdekaann diserahkan kepada ‘Malayan’ ,maka siapakah ‘Malayan’ itu belum ada lagi ditentukan siapa mereka itu. Oleh itu biarlah Melayu sendiri menentukan siapa ‘Malayan’ itu.
Janganalah kita gemar kemerdekaan itu hingga dengan kemeredekaann itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu aapa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita.Oleh sebab itu saya katakana,mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut akan kemerdekaan serta terpaksa mereka serahkan kedaulatan negeri ini kepada kita.
Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini kita tidak akan melupakan bahagian mreka. Bangsa asing itu bolehlah ketahui bahawa bangsa Melayu ini bukanlah bangsa yang tamak.
Lebih daripada dua ratus tahun sudah kita duduk bersama –sama dan berjirandengan bangsa-bangsa asing dana apa yang aa pada kita,kita beri kepda merteka dengan kita tidak menunjukkan cemburu ataudengki. Selama dua ratus tahun kita bersama-sama dengan mereka dengan tidak berlaku sesuatu pergaduhan pun. Jika pun ada pergaduahan-pergaduhan antara satu dengan lain-lain ialah kerana hasutan-hasutandari luar.
Pada masa kita bangkit mruntuhkan ‘Malayan Union’ bangsa asiang itu Cuma melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambnil tahu apa-apa kerana mereka itu sedar bahawa yang kita tunhtut itu adalah hak kita sendiri dan bangsa asing itu tidak mengambil bahagian kerana pada fikiran mereka mereka itu yang mereka tidak kena-mengena dengan pemerirntahan negeri ini.
Tujuan mereka hendak duduk di dalam Tanah Melayu ini ialah kerna mencari nafkah dan kekayaan dan kita tahu baik-baik yang mereka itu berkehendak merebut hak-hak sisasah (politik) di dalam negeri ini ialah kerana hendak mempertahankan hak-hak mereka yang ada sekarang. Kita menghormati akan hak-hak merteka dan kita akan timbang dan tilik pula atas segala tuntutan-tuntutan mereka.
Orang China dan India yang saya ketahui tidak berkehendak menjadia ‘Malayan’. Mereka lebih sayang kepada bahasa dan bangsa mereka sendiri.
Kemerdekaan negeri Melayu ini mestilah diserahkan dengan seberapa segeranya kepada kita dengan tidak dihadkan masanya dan ditinggalkan perkara-perkara keamanan negeri dan peraturan-peraturan di dalama masa peralihan dan perubahan milik kepada Melayu untuk mengurus dan mengatgurnya. Sekiranya ditangguhkan tentulah akan berbangkit pertengkaran yang panjang lebar antara penduduk-penduduk di sini.
Tiap-tiap pegawai UMNO mstilah berjalan ke merata-rata tempat dan menerangkan dasar-dasar perjuangan UMNO dan caita-caita UMNO kepda semua orang supaya janganlah orang menyangka setelah menerima wang yuran tidak ada apa yang UMNO buat kerana mereka.
Jangan orang Melayu berfikir semua pekerjaan itu akan berjaya jika orang Melayu sendiri tidak mengambil berat di dalam hal itu. UMNO sedia akan memberi bantuan dan menguruskan jika di dapati kesulitan di dalam menjalankan pekerjaan-pekerjaan dan kehendak-kehendak itu.
Kita mestilah ada keberanian bertanggungjawab dan berusaha. Hendaklah ingat bahawa dasar-dasar itu mengutamakan faedah Melayu dan anak cucu kita pada masa hadapan.”
(Tamat)
No comments:
Post a Comment