Monday, April 12, 2010

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN




mokhtar petah

---------sama - sama kita fikir --------


PENDIRIAN TEGAS

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pendirian tegas Malaysia tentang status negara haram zionis-Israel kepada Barack Obama dalam Sidang Kemuncak Nuklear di Washington hari ini dan esok.

IKAN PUYU
Guru agama Islam dari Selatan Thailand, Haji Muhammad Khir Baba, menyeru umat Islam, di Perlis dan negeri - negeri yang berhampiran agar tidak memakan ikan puyu yang dbawa masuk dari Thailand kerana penternak - penternak ikan tersebut di sana memberi makan ikan -ikan mereka dengan perut babi yang dipotong - potong halus.

SEKOLAH TIDAK CUKUP WANG

Sekolah agama - Masrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, dalam keadaan kekurangan wang dan terepaksa berjimat cermat, demikian satu sumber dari sekolah terebut memberitahu.

KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Negeri Selangor amat memberi perhatian yang serius terhadap kedudukan sosio - ekonomi Orang Asli, di negeri itu yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa memerintah negeri itu dulu.

KERAJAAN THAI

Para pejuang kemerdekaan empat wilayah di Selatan Thailan - untuk menegakkan negara Islam - , menyifatkan kerajaan Thai sama dengan Yahudi, sama ada di segi menjajah mahupun kekejaman.

No comments: