Wednesday, April 7, 2010

BERITA



MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan buku 'Pak Lah', sejurus selepas majlis pelancarannya Angkasapuri, Kuala Lumpur, hari ini. Buku meja kopi yang mengandungi koleksi 400 foto terpilih daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), mengabadikan sebahagian besar detik-detik kerjaya Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri kelima negara dan Presiden UMNO keenam. Turut kelihatan Datin Seri Maznah Rais (kiri) dan Tun Jeanne Abdullah (depan kanan). - Foto Bernama
(Diambil dari Berita Harian online, 7 April 2010).

No comments: