ANAI – ANAI DAN NBI SULAIAN
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman, kuasa menggunakan angin untuk memperjalan (menerbangkan) nya; Sepagi perjalananya adalah menyamai sebulan perjalanan biasa dan sepetang perjalanannya menyamai perjalanan biasa selama sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dxari tembaga dan kami (mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin penguasa (Allah) nya. Dan mana – mana dari jin itu menyeleweng dari perintah kami, kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
Golongan jin itu melakukan kerja bagi Nabi Sulaiman, apa yang dikehendakinya, dari bangunan – bangunan yang tinggi dan patung – patung (membuat patung tidak dilarang dalam syariat nabi Sulaiman, tetapi terlarang dalam syariat nabi Muhammad), dan pinggang – pinggan untuk hidangan, besar seperti kolam, serta periuk besar yang tetap di atas tungku – tunkunya.(Sulaiman itu, kami perintahkan): Hai kelurga Daud, beramalkan dan bersyukur! Dan sememangnya, sedikit sekali dari hamba – hamba – Ku yang bersykur.
Setelah kami menentapkan berlaku kematian (atas) Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka (jin dan manusia) tentang kematiannya, melaiunkan semu putih (anai – anai) yang telah menggerit (memakan) tongkatnya. Maka, apabila dia (Nabi Sulaiman) tumbang, ternyatalah kepada jin – jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengethaui perkara ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sekian lama di dalam azab (kerja berat) yang hina.
– Saba: 12 – 14
HADIS
HALAL
Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: Di antara syarat – syarat yang paling berhak (mustahak) untuk dipenuhi (dalam pernikahan), ialah sesuatu dengan syarat itu menajdikan halal faraj – faraj (ekamlouan perempuan) – bagi lelaki, suami mereka.
– Perawi: Jemaah pencatat Hadis
No comments:
Post a Comment