Thursday, April 29, 2010

POLITIK

BANGSA MELAYU

Kemunculan Bangsa Melayu di Kepulauan Melayu atau Nusantara seperti bangsa- kemunculan bangsa-bangsa lain di negara-negara di seluruh dunia juga, iaitu permulaan kehidupan dengan fasa kebudayaan dari zaman batu (stone age). Zaman manusia tidak pengetahuan. Tidak beragama yang mengakui wujudnya Tuhan. Tidak bijaksana sebagai manusia sejati.Zaman purba, kuno, kolot atau primitif.
Pada zaman batu (stone age), orang Melayu menggunakan batu sebagai alat penting dalam kehdipan. Manakala kayu, akar, tali dari kulit kayu, damar, tulang, gading, siung atau taring haiwan dan sebagainya untuk baham membantu dalam penggunaan batu untuk kehidupan.

The cultural phase during which man relied on stone, supplimented by wood,
bone, or antler,as material for weapens and tools.

Untuk mendapatkan api, mereka menggunakan batu. Batu pejal digesel dengan batu pejal. Manakala rabuk, iaitu serbuk debu pada kulit pelepah pokok dudur atau remedin yang kering di letakkan pada bahagian batu yang digesel. Api yang keluar dari dua batu itu menyambar kepada rabuk itu. Api pada rabuk itu diletakkan pada rabuk yang banyak. Api yang membakar rabuk itu membesar dan dibakar daun-daun dan kering dan kayu - kayu kering.
BELIUNG
Alat-alat kelengkapan untuk digunakan dalam kehidupan disepadukan batu dengan kayu dan rotan. Misalnya alat untuk menebang pokok, iaitu beliung, hulunya yang panjangnya kira-kira 600mm dari kayu, tempat memegangnya dari kayu lempung atau lembut. Pada sarang batu di dipangkal hulu beliung itu diikat dengan rotan. Begitu juga lembing atau tombak. Hulunya dari kayu. Untuk mengikat batu yang menjadi matanya diikat dengan rotan. Biasanya rotan seni atau rotan segar.
Orang Melayu yang hidup pada zaman batu, tidak mempunyai peraturan, sistem atau undang-undang dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan. Mereka hidup bergantung pada kebiasaan, adat yang mereka warisi dari datuk nenek, bergantung pada perasaan hati. Bila hati baik keadaan ikut baik dan bila hati jahat atau marah, maka berlakulah keadaan yang buruk.
Adat dan perasaan seperti dalam falsafah atau peribahasa Melayu, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’ dan ‘ yang baik itu budi yang elok itu bahasa’. Bahasa ertinya tutur kata, tingkah laku yang kini dinamakan ‘budi pekerti’ atau ‘akhlak mulia’.
AKHLAK
Kita tidak menafikan, pada masa itu orang Melayu telah mempunyai budi pekerti atau akhlak mulia, seperti:
1. Kepada diri sendiri. Setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, seperti menjaga harga diri seperti menutup kemaluan dengan kulit atau daun kayu. Makan minum. Tidur baring. Memenuhi keperluan seks. Menjaga kesihatan diri. Yakin pada diri sendiri.
2. Isteri, anak dan keluarga. Menjaga atau melayan kepentingan isteri dan anak-anak, seperti mencari tempat berteduh, makan dan minum dan menjaga dari terkena penyakit, mengubat penyakit dan mengahwinkan anak.
3. Rakan atau taulan. Berbaik dengan rakan-rakan yang senasib terutama sesama dalam satu puak. Tidak khianat isteri dan anak-anak rakan.
4. Jiran tetangga. Berbaik-baik dan menghormati jiran tetangga. Menjaga keselamatan mereka.
5. Segala yang bersifat misteri dan ghaib. Hormat, taat dan percaya kepada sesuatu yang ghaib dan misteri, seperti pusara, gua, tempat-tempat tertentu, haiwan dan unggas dan sebagainya. Kerana budi pekerti, maka mereka memohon, memberi jamuan dan menyembah kepada yang mereka percaya itu.

PAKSA
Walaupun tidak ada sistem kekeluargaan yang bertulis, tetapi dalam perkara nikah kahwin, pada umumnya Orang Melayu pada masa itu berpegang pada runding muafakat. Teruna dan dara yang akan berkahwin itu ditentukan ‘suka sama suka’ atau ‘cinta sama cinta’. Tidak digalakkan berkahwin secara paksa. Sama ada paksaan oleh ibu bapa mahupun paksaan oleh pihak lelaki yang akan mengahwini seseorang gadis tersebut.
Pada zaman itu Orang Melayu hidup dalam keadaan berpuak-puak yang dikenali dengan kaum. Misalnya kaum di atas bukit, kaum di lurah dan kaum di tepi laut. Kadang-kadang disebabkan kawasan mencari makan dicerobohi oleh kaum lain, maka berlakulah perkelahian antara mereka
Kepulauan Melayu (Malay archipelago) atau Nusantara. Pada tahun-tahun sebelum terbentuk Malaysia dan disebut juga Melayu Raya, mempunyai kawasan yang luasnya lebih dari 2000,000 km persegi. Kawasan itu dari Kemboja-Campa di Semenanjung Indocina, meliputi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo atau Kalimantan, Suamtera, Aceh, Tanah Jawa, Pulau Sunda, Pulau Maluku, Filipina hingga ke kawasan Australia. Nusantara bersempadankan Lautan Hindi dan Lautan Pacific.
TERPISAH
Menurut kajian arkeologi, bahawa lebih 11,000 tahun lalu telah berlaku perubahan air batu menyebabkan berlaku perubahan pada paras laut dan daratan, sekitar Sunda dan Laut Cina Selatan ditenggelami air dan berlakulah pembahagian atau terpisah Semenanajung Tanah Melayu, Kalimantan atau Borneo, Sumatera, Jawa, Filipina dan kawasan Australia.
Disebabkan keadaan daratan terpisah-pisah, maka penduduk-penduduknya telah terpisah dan menjadi masyarakat atau kaum di tempat atau kawasan masing-masing.
Pada zaman batu Orang Melayu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan untuk mencari makan atau untuk meneruskan hidup.
Pada zaman itu belum wujud ilmu pengetahuan- sains dan teknologi teratur. Ertinya pada zaman itu Orang Melayu telah wujud dan tahu menguruskan kehidupan pada zaman mereka.
(Dari buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, oleh: Mokhtar Petah)



No comments: