Wednesday, April 21, 2010

SULTAN IDRIS SHAH

DIALOG SULTAN PERAK


DENGAN


DIALOG SAYA




Oleh: Mokhtar Petah


Sultan Idris Shah



Lebih sebulan Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan, Raja Mazuin Arif Shah bercuti di London. Pada hari mereka pulang ke tanah air, saya dan beberapa rakan rapat baginda telsah menyambut ketibaan baginda dasn rombongan di LapanganTerbang Abtarabangsa Subang.
Dari lapangan terbang tersebut kami telah mengiringi baginda dan Raja Perempuan ke Istana Perak, di Kuala Lumpur.
Pada ketika kami bercakap cakap dengan Sultan Idris Shah di Istana Perak, P.Ramlee dan isterinya, biduawnita Saloma muncul. P.Ramlee bersalam dengan dengan Sultan Idris dan tidak mencium tangan baginda. Manakala Saloma bersalam dan mencium tangan baginda.Kemudian mereka bersalaman dengan kami.

BERLAKON

Pada waktu P.Ramlee bercakapo dengan Sultan Idris Shah, telah menimbulkan kehairanan dalam kepala saya, kerana P.Ramlee menggunakan ganti namanya dengan perkatsaan ‘ saya’ dan Sultan Idris Shah menggunakan kata ‘patik’.
“Tengku tak berlakon lagi ...” Sultan Idris shah bertanya.
“ Ada ..., ada dua tiga filem saya berlakon, Engku,” jawab P.Ramlee.
Beberapa rakan baginda beredar dari kami, maka tinggallah dalam dewan tamu Istana Perak itu, Sultan Idris Shah, P.Ramlee, Saloma dan saya. Kami bercakap – cakap dengan penuh mesra.
Memang menjadi kebiasaan bagi Sultan Idris shah, bermesra dengan se niman, artis, penulis, wartawan, pelukit dan individu – individu yang ada pengetahuan seni termasuk kraf tangan dan sulaman.
“Kami ni sama – sama oghanhg Aceh. Kalau salasilah, Tengku P.Ramlee ni yang betul jadi Sultan Perak, ...kami tak ...” titahSultan Idris Shah kepada saya dan Saloma.
“ ...tapi keghana muslkihat pasda masa oghang –m oghang Perak menjempu Suktan dari Aceh untuk menjadi Raja di Perak, pihak kami yang dating lebih dahulu ...,” titah Sultan Idris Shah lagi.
“Jangan, jangan sebut, Engku, buat malu patik saja ...,patik dagang merempat, mana pula boleh jadi Sultan ...,” kata P.Ramlee merendah diri.
Menurut cerita Sultan Idris Shah, bahawa P.Ramlee adalah berasal usul atau berpangkal umbi pada Sultan Aceh. Dalam sejarah Negeri Perak, Sultan Aceh pernah memerintah Negeri Perak.

ARKIB

Dalam percakapan kami itu, P.Ramlee telah mendedahkan siapa yang sebenarnya gadis ‘Azizah’ dalam lagunya yang masyhur itu.
“Buat apa,Engku ..., dia dah ada suami ..., dah jadi pegawai arkib ...,”kata P.Ramlee.
Pada ketika itu, melompat ingatan saya kepada seorang wanita berasal dari Pulau Pulau Pinang yangmenjadi pegawai tinggi Arkib Negara, di Kuala Lumpur.
“...jadi Sultan ni, kaya sampai mati, jadi seniman macam patik ni, miskin ..., papa kedana sampai mati,” kata P.Ramlee sambil senyum.
“Benor ..., tapi, yang petingnya kita semua mati ..., ke liang lahad juga ..., di akhirat nanti entah di terajang oleh malaikat, entah dibakar api neraka, kerana sepanjang hidup kita di dunia ni banyak buat maksiat ...,” titah Sultan Idris Shah.
“Harap- harao, jahat kita ni, tak sampai tercerai baan dan hati dengan iman pada Allah ...,”sambut P.Ramlee.
“Tengku ni pandai agama Islam, tau ...,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.
Pada pertemuan itu, P.Ramlee bersungut kepada Sultan Idris Shah, bahawa ada beberapa orang menteri tidak simpatri dengan usahanya untukn meningghikan seni filem, seni lakon, seni music dan beberapa cabang seni lagi.
Kira – kira sebulan dari pertemuan kami dengan Sultan Idris Shah, di Itana Perak, Kuala Lumpur, P.Ramlee, Saloma bersama saya telah memohon kawasan tanah untuk melombong bijih timah yang dibuka permohonan oleh Kerajaan Perak, dalam kawasan Kenering, Grik, Hulu Perak.
Setiap permohonan tersebut, kami diwajibkan membayar kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah di Daerah Kecil Lenggong, sebanyak RM20.Selama permohonan dibuka, lebih 50,000 permohonan telah diajukan oleh orang ramai.
Malangnya, ada beberapa permohonan yang telah diluluskan dan dijalkankan kerja cari gali, yang mereka dapati bijih timah terlalau kurang dalam bumi tersebut. Nesbah modal keluar RM100,000 dan pendapatan yang akan diterima dari hasil bijih tersenbut kurang dari jumlah tersebut.
Mulai dari kejadian itulah, Sultan Idris Shah mengecam kerajaan negeri Baginda yang dipimjpin oleh UMNO – BN, telah meperdayakan orang ramai dengan membuka kawasan lombong bijih tetapi bijihnya terlalu kurang atau tidak menguntungkan.

(Bersambung Rabu depan).







No comments: