Wednesday, April 7, 2010

SULTAN IDRIS SHAH

DIALOG SULTAN PERAK

DENGAN

DIALOG SAYA


Oleh: Mokhtar Petah

Sultan Idris Shah

Pada satu hari, iaitu pada masa Allahyarham Tan Sri Mohd. Ghazali Jawi bin Haji Jawi, saya telah mengikuti Sultan Idris Shah ke Pulau Pangkor, kerana baginda mengadsakan pertemuan dengan Orang _ Orang Besar Negeri Perak.

Dalam Pertemuan itu Sukltan Idris Shah meminta mereka mengambil langkah yang sesuai, agar Pertdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn memendekkan tempoh Ghazali jawi sebagai Menteri Besar negeri tersebut.

Pada masa itu krisis antara Sultan dengan UMNO Negeri Perak dalam keadaan serius, kerana baginda menuntut janji Allahyarham Tun Abdul Razak yang merlantikan ke atas Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar negeri itu buat sementara sahaja.

"Kita oghang Islam, mesti pegang pada janji ..., kalau dah cakap, janji tak betul .., tak taulah aku ..," titah Sultan Idris kepada saya.

Pada waktu itu, saya teringat akan peranan saya menolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri (kini, Tan Sri) Ishak Tadin, menjalankan ikhtiar agar baginda menandatangani watikah perkenan baginda di atasa perlantikan Presdien UMNO , Tun Abdul Razak ke atas Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar Perak.

" ...ni you punya fasal le ..., kalau tak sebab you ..., I tak sign sughat tu ...," titahSultanIdrisShah.

"Patik tak dapat elak, Tuanku, kalau patik tak campur tangan, khabarnya Tun Razak nakj letak jawatan Perdana Menteri ...," jawab saya dan merenung wajah Sultan Idris Shah.

" ... aku sign sughat tu, sebab fikiorkan dia (Ghazali Haji Jawi) oghang Islam, janji Tun Razak, kalau tak, aku tak sior ...," titah Sultan Idris Shah. Orang Besar daerah Parit, Dato' Setia Abdul Wahab Nordin mencelah, " ...kita baca Yassin Tuanku ..., biorkan dia (Ghazali Haji Jawi) letak jawatan."

"Sampai baca Yassin, tah boloeh ..., kita boleh main dengan Quran ...,"titah Sultan Idris Shah. "You pun tau, ada seoghang pegawai tinggi ngeghi ni bersumpoah langkah Quran ..., Tuhan balas dia ..., keretanya menjunam ke dalam gaung ..., dia jadi lumpuh sampai le ni ..., titah Sultan Idris Shah. Abdul Wahab Nordin diam.

Datuk aku (almarhumn Sultan Idris mursyidul azam Shah), pesan bebenor jangan buat tak tentu dengan Quran ..., buruk padahnye ..., dalam Quran tu macamn - macam hikmat ade ..., kalau tak, takkahlah agama Islam boleh tersebor ke seluruh dunia, " titah Sultan Idris lagi.

No comments: