Wednesday, April 28, 2010

PERISTIWA DAN KITA



CATATAN

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----


PAS DI BUKIT PERANGINAN


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan melancarkan Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan Cameron Highlands pada malam 1 Mei ini di Hotel Cool Point, Tanah Rata.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi tadi berkata serentak dengan pelancaran itu, satu majlis ramah mesra bersama rakyat membabitkan pimpinan PAS negeri dan Kawasan Cameron Highlands akan diadakan.
“Majlis ramah mesra ini akan bermula jam 9 malam dan kita menjemput orang ramai hadir pada majlis yang amat bersejarah ini. Penubuhan kelab penyokong di kawasan Cameron Highlands ini amat dibanggakan kerana ia merupakan kejayaan PAS menarik penyertaan rakyat berbagai kaum ke dalam perjuangan PAS,” katanya. (Harakah)

TIDAK PERLU MINTA MAAF
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa daripada Pas, tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lepas yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah tentang kuasa raja yang tidak dihormati dan beliau bukannya mempertikaikan tentang kuasa raja sebagai ketua agama. (Sinar Harian).

KUASA RAJA
Mereka yang bergelar wakil rakyat tidak sewajarnya mengemukakan soalan yang menyentuh tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan sultan sebagai Ketua Agama Islam.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, wakil rakyat sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada pihak yang lebih pakar dan mahir dalam soal undang-undang serta kuasa institusi beraja.
Katanya, adalah tidak wajar untuk mereka mengemukakan soalan seperti itu pada sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. (Utusan Malaysia)
Komen. Pendapat Md. Shukri ini telah ketinggalan zaman. Hanya pada zaman Rom tua, rakyat tidak boleh menyoal dan mempertikaikan hal ehwal raja pemerintah.
Sila baca buku: Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah.

No comments: