Wednesday, April 14, 2010

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN

Mokhtar Petah

---- kita sama - sama fikir ----


ISU AGAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, mengumumkan, bahawa, perjumpaan khas dengan semua mufti bagi menerangkan isu antara agama akan diadakan dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah diarahkan untuk mengadakan perjumpaan tersebut yang mungkin akan berlangsung dalam masa sehari dua ini.

BINCANG
Bantahan yang timbul terhadap pembentukan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan dibincangkan bersama semua mufti negeri esok.

MUFTI SEKATA
Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin, membritahu, bahawa Negeri Johor menyokong keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang membantah penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.
Menurutnya, beliau menyokong keputusan Perak tersebusecara peribadi, kerana alasan dan hujah yang dikemukakan adalah tepat dan wajar.

CALON PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR), telah mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecilo kawasan Dewan Rakyat Hulu Selangor, pada 25 April ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahimtelah mengyumumkan dalam satu majlis ceramah di Pusat Komuniti Serendah di sini malam ini

PAS BANTU ZAID Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menyeru Semua jentera anggota ahli PAS diminta memberi sokongan penuh kepda calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Rakyat Hulu Selangor, demikian Kettua Penerangan PAS Pusat, Encik Idris Ahmad.

Katanya, semua anggota PAS, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

No comments: